Wednesday, April 7, 2010

bila buntu..

Tak tahu apa nak tulis hari ini. Ramai orang sangka menulis senang, kalau senang tentulah anonymous ada berpuluh ribu blog dan tak perlu menyempit kat celah-bedah blog orang lain memaki carut. Penulis mesti punyai gaya penulisan yang baik dan menarik di samping pengetahuan yang tidak sedikit. Tak dapat tidak, untuk ke arah itu - membaca adalah perkara WAJIB kerana membaca mencelikkan minda.
Lama kelamaan berblog macam dah kerja makan gaji. Tak apdet rasa bersalah sebab ada orang akan marah sambil menggigil ketagih nak yang baru.

Hari ini aku buntu - bukan takde apa nak tulis tapi kalau asyik dok tulis pasal gaduh orang politik - bosan. Anti Graviti!
Aku merayau blog Ummu Asiah - ada cerita pasal kami menebal muka menjual majalah kami di masjid Universiti Malaya. Ah! Ulama tersohor Syeikh Bahauddin Naqsyahbandi dulu walau dah jadi guru tareqat tapi masih buat part-time cuci jamban di masjid2. bayangkan jamban zaman beratus tahun dahulu. Imam Ghazali a.s sewaktu hendak berguru dengan guru tassawuf yang hanya seorang tukang kasut di pekan diminta oleh guru tersebut agar duduk di pasar dan membiarkan orang awam menyekehnya dan setiap penyekeh hendaklah diberi saguhati sebiji buah. Pehh! tujuannya untuk melunturkan ego dalam diri.



Setakat malu jual majalah, maknanya ego dalam jiwa memang tebal macam karat besilah.
Aku pergi blog pyanhabib. Huh! orang tua ni pemalas apdet. Yang sakit hatinya, tulis sikit tapi komen pembaca berjela-jela. Apa hebat sangat ke otai tu?..citttt!! Tu subuh karang mesti sms kacau aku tu..siap bang subuh lagi!

Aku pi blog Puspa. Budak sorang ni pun spesis maleh apdet blog. Tapi pasal informatif, aku tinjau2 jugaklah...lagi pun dia ni senang sikit. Suruh siapkan artikel untuk kolum dia dalam buku kami dia akan tepati janji. Sama cepatnya macam Pyanhabib dan Hishamuddin Rais. (sila faham maksud "cepat" itu).

Pastu masuk blog Wak Jono. Tahapa-hapa yang dia tulis aku tak fahamlah! sesat barat nanti! Masuk blog Benludin, Ubilepih, DolahJones, Brutal solo dan pengomen2 tegar di sini...aku buntu!

Nak merokok aku dah berhenti 7 tahun!
Nak jadi macam Mi dalam Laksamana Do Re Mi yang mencari " sabun di bilik mandi..sabun"..haram!
..ahh!!

apa entry aku nak tulis hah?????

14 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

tulis saja yang kata takde apa nak tulis .itu kan satu penulisan juga
wakakak

pensel kayu said...

hahaha..bro ni mmg style la..i adore u la bro..haha

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

tambah sikit...
ada lagi ke yang minat kat sabun
tetambah ada sabun tahan ngantuk

kulupSakah said...

aku masih x fhm sabun pon bole thn ngantuk...nak buat hapa tahan tahan?

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

aku sampai sasau memikir ada sabun tahan ngantuk

alang said...

apa yg bro 'tulis' ni. Tak paham la bro. ;)

aku said...

lu buat tanda soal pun org baca bro.. tih tih tih

C++ said...

Bhai Kulup Sakah,

Sonang jer... ko tulis jer perkataan "TULIS" tue banyak-banyak... hahaha....

WanBeruas said...

..betul bro nak buang ego kita kena letak diri di bawah..wa pernah jadi waiter kutip nasi kat bawah meja sedangkan pelanggan tu di atas asyik menyental tandoori..

kulupSakah said...

ko dapat ambik 'apa' yg aku tulis. tahniah!

sang kegelapan said...

bro kulup,

ego ni memang macam daki bagi org yg xpenah mandi...memang susah nk buang..tapi sekali kita buang,ia susah sikit nak datang balik..seperti biase..gua suka bro punye entry..bro kat dalam blog or kat alam nyata tetap sama...sempoi! (puji ikhlas ni..bukan sebab nak makan free..hahahaa)

kulupSakah said...

ahah! lu memang makan free sbb awek lu belanja

Tok Dalang Moden said...

ketandusan idea..?
hidup satu reformasi..?
betul..?

en kordi's blog (sini)

Roti Kacang Merah said...

terasa pedasnya (sebab malas hapdet blog) :p