Sunday, April 4, 2010

haiya 'alal falah

"Saya nak jadi askar besar nanti mak."

"toksahlah anak mak. kau sorang je anak lelaki. kalau kena tembak nanti menangislah mak."

aku memadamkan niat. mungkin cita-cita tu hanya kerana teruja dengan vic morrow dalam combat.

waktu sekolah rendah aku terlihat rekod peribadiku dan di situ tercatat cita-citaku apabila dewasa hendak menjadi doktor, pilot dan entah apa-apa lagi. Tak ingat itu permintaanku sendiri atau cikgu yang sengaja bubuh.

sekolah menengah dilema melanda nak jadi apa? Kilang elektronik tumbuh macam cendawan. Atau kerja di Proton?

"Kau jadi cikgu jelah." kata apak.

"Ha'ah." kata mak. "Apak kau dulu pun sikit lagi nak jadi cikgu tapi tak habis sekolah."

aku masuk maktab. Tension satu semester. Betulke apa aku nak buat ni? Tup-tup berjaya aku habiskan.

beberapa tahun kemudian aku buat outcampus untuk ijazah. Dua semester aku cabut.

Hari ni aku masih memikir aku nak jadi apa.
"Jadilah apa kau nak jadi. Jadi kau!"
"Hidup ini singkat. Jadi diri kau!"

Haiya 'alal falah! (marilah menuju kejayaan)
la haula wala quwwata illa billah (tiada daya upaya aku melainkan Allah)
Haiya 'alal falah! (marilah menuju kejayaan)
la haula wala quwwata illa billah (tiada daya upaya aku melainkan Allah)
Allahu akbar Allahu akbar! (Allah Maha Besar Allah Maha Besar)
La ilaha ilallah! (tiada Tuhan selain Allah)

Apa kejayaan? Mengapa tiada daya upaya pula ketika melaungkan ajakan menuju kejayaan?

4 comments:

pembela_rakyat said...

alhamdulillah,,

cantiknya.. :) syukran...

add me list blogers,, heheh

Anonymous said...

bro,

jangan ambil rangkap akhir tu je, maksud tersirat dari keseluruhan azan tu..marilah menuju kejayaan dengan mengerjakan sembahyang dimana hati serta jasad kita berpaksikan kepada kalimah syahadah dengan khusyuk bagi memperhambakan diri pada kuasa Allah yang maha Besar tiada tuhan selain Allah yang maha berkuasa tempat kita berserah kejayaan dunia dan akhirat. jalan lurusnya ialah beribadatlah seperti hendak mati esok dan bekerjalah (apa-apa kerja yang baik) seperti hendak hidup beribu tahun..itulah jalan kejayaanNya..heee..heee..

kalo ada salah boleh betulkan..

kulupSakah said...

anon,
jangan guna perkataan "jangan" sebab ia akan menutup ruang lingkup penyuburan ilmu. Kunci segala ilmu adalah soalan dan tiap persoalan ada jawapan.
aku tinggalkan ia untuk teman2 berfikir apakah rahsia yang ditinggalkan sang Maha Pencipta untuk kita jejaki.
ahaha!

Anonymous said...

bunyi macam kena main saja..
tiada daya upaya melainkan Dia, tapi nak menuju kejayaan..

bagi sesetengah org, "tiada daya upaya melainkan Dia" itulah kejayaan!

dikupas lagi sdr.. silakan