Friday, June 12, 2009

bayor dulu gaji weh!

RM13,000 HADIAH MENANTI PENCIPTA LAGU TEMA SPIESharakahdaily
SHAH ALAM, 12 Jun (Hrkh) - Kerajaan negeri Selangor menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM13,000 dalam pertandingan mencipta lagu tema 'Spiritual, Physical, Intellectual, Emotional dan Social (SPIES) dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali, SPIES merupakan satu program pembangunan modal insan yang bertujuan untuk mewujudkan masyarakat cemerlang secara holistik. "Sejajar dengan itu, Kerajaan Selangor melalui Jawatankuasa ini akan menganjurkan pertandingan mencipta lagu tema SPIES yang diadakan bertujuan untuk memilih lagu yang boleh merumuskan dan menghidupkan SPIES sebagai dasar pembangunan insan negeri Selangor.

HOOHH!! Sebelum tu cepatkanlah proses membayar gaji tenaga kerja yang terlibat dalam PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR tu!
Dah dua bulan depa kerja dan ngajor takde gaji..takkan BIROKRASI pun lembab macam BN dulu? Haritu kemain kutuk BN, sekarang macamana dengan pengurusan?

Consultant yang terlibat dan Exco tak berhadapan dengan cikgu2 yang mengajar ni..apa nak jawab bila depa mintak gaji??? CEPAT KASI SETTLE.. bukan apa, masa taklimat haritu bukan main lagi cakap macam-macam, kena pantaslah, kena itu ini lah..tapi bila orang bawah dah siap kerja lu orang pulak lembab..apa cerite???

Yang disuruh "Bersabar! Berdoalah agar dapat cepat, dan tabahlah mungkin ini ujian kita!"

SABAR, DOA DAN UJIAN kalau boleh dimasak lomak dan digoreng oklah!!

9 comments:

mamai said...

aku setuju dengan kamu bro...selangor jgn nak jadi mcm bn dulu ingat esok memerintah sepengal ajer baru tau...

Cikgooden said...

balun ja bro!...

Pak Oncu said...

dah khalid brahim pun asal nya ameno ha ha aha ha ha,,, kemana tumpah nya kuah kalau tak ke nasi,,,,,!!!!!!!

ISA said...

Without fear and favour... ha..ha..ha...

Banyak lagi yang perlu di belasah, Duit hadiah lagu tema tu tak penting, yang penting dapur orang tu berasap atau tidak...

Kang kena maki hamun tau pulak terasa..., kalau baru memerintah sebulan dua kita boleh faham, ni dah lebih setahun... takan tak setle lagi...

Banyak sangat alasan diorang ni... banyak lagi benda yang aku dok simpan ni... tunggu jelah...

Kutuk UBN kow..kow..., kena kat batang hidung sendiri... amacam... pandai cakap jer...

Anonymous said...

Duit tak der bro. Kan ke kalau perjuangan itu perlu iklas. Jadi cikgu cikgu pun kena lah iklas.

kah kah kah.

Anonymous said...

Isu pasir apa cerita. Sampai hari ni dah setahun 3 bulan, masih terkapai kapai. Itu adalah punca wang, tapi orang orang Guthrie dalam KSSB, termasuk Dato Ibrahim, Dato Anuar dan IR Ramli kata nya masih terkedek kedek mengeluarkan tender pasir. Sampai sekarang tak selesai.

Selepas PRU12 dulu, Khalid sibuk kata keuntungan pasir untuk tahun 2008, dijangka RM200 juta. Selepas itu, ketika Gerak di Stadium Kelana Jaya, keuntungan yang disebut oleh Khalid berubah kepada RM50 juta. Sekarang orang orang PR tidak tanya berapa banyak yang sebenarnya dikumpulkan.

Nyata, wang itu adalah untuk bantuan ibu tunggal, orang miskin, anak anak yatim dan semua saluran bantuan. Kalau tak berjaya kumpul sebanyak itu, maka Kerajaan Khalid fail.

Adakah Khalid ni sememangnya bebal, atau dia memangnya tidak sebijak mana kecuali berteduh pada beberapa pakar di dalam Guhtrie. Kerana itu kemana sahaja dia pergi, orang orang Guthrie dan kepercayaannya akan di usung sekali.

Anonymous said...

pkr ni pun cakap aja lebih, sebelum perintah janji melangit,lps tu hampeh.

Anonymous said...

aku sokong semua komen disini kecuali
anonymous seorang tu.pakatan ni bukan nak tolong rakyat,dalam kepala otak depa hanya nak tolong pakatan orang atas aja.esok- esok ni lebih terok dari bn lagi, pasai apa org yg nak sangat jawatan politik hanya nak kumpul $$$$$$$$$$$$$$.

Anonymous said...

Bagi saya pkr kira jauh lebih baik dari bn tu. Saya umur dah lebih 60, tak pernah dapat apa pun dari bn, tapi pkr baru setahun lebih saya merasa juga duit air free yang RM11.xx tu. Semua manusia ada kelemahan masing2. Fikirlah mengapa bayaran gaji dll tertunggak. Saya rasa ada kaitan dengan peruntukan dari kerajaan pusat. Terima kasih kerajaan pr selangor.