Tuesday, June 9, 2009

halal halam haram dan haramzadah!

hanya yang merasa mereka ada kuasa saja yang boleh melabelkan sesuatu itu haram.. Amat mudah bagi puak yang berasa berkuasa untuk bertindak menghalang sesuatu perkara dengan meletakkan label HARAM maka segala kesulitan dan kemelut itu selesai.

Aku serba sikit tahu siapa di balik Sister In Islam (SIS) tapi tak kenal puak ni apatah lagi banyak perkara yang aku tak setuju dengannya. Sama seperti Farish A. Noor yang pernah mengeluarkan kenyataan yang Rasulullah SAW (mengikut kajiannya) pernah ada perempuan simpanan bernama Raihanah (kalau tak silap). Atau Astora Jabat yang mengemukakan teori soalan kubur tiada maka berdedailah puak2 mengatakan mereka ini sesat lagi menyesatkan, haramkan dari membaca tulisan mereka atau tandakan pangkah ke muka mereka.

Tu belum termasuk lagi Al Arqam yang sampai hari ni aku masih tak faham tang mana haram melainkan kenyataan puak-puak yang dibonsaikan dalam ISA, Ustaz Ibrahim Libya haram (yang ni digelar as-syahid bagi kebanyakan orang yang peka tetapi parti Melayu-Islam Umno haramkan dan tak sedikit juga yang terus menganggap Allahyarham sesat). Rakyat macam aku pening! Siapa yang sesat dan tak haram? Siapa yang duduk di sirat al Mustaqim? Siapa golongan beriman? Yang mana para solehin? Mana yang digelar Muqarrabin, para Asyiqin, Syuhada, Aulia? Banyak istilah pastilah ada ciri2 yang membolehkan insan itu layak duduk dalam kategori itu?

Pendekatan Rasulullah SAW, para sahabat,Ulama muktabar silam dan juga ahli sufi agung pada zamannya menggalakkan kebebasan bersuara dan menerima perbezaan pendapat sebagai sesuatu yang perlu diraikan. Perbezaan pendapat adalah tanda nikmatnya ilmu. Selagi bernama manusia kita tak boleh memaksa orang lain untuk menerima apa yang kita fikirkan dan begitu juga sebaliknya. Insan yang bijak ialah apabila mereka berjaya membuat orang mengikutinya berdasarkan kebenaran hujah-hujah dan juga amalannya. Nasihat yang baik dan paling berkesan adalah dalam bentuk perbuatan, bukan percakapan. Mengharamkan kebebasan menyuarakan pendapat tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya menyimpulbelitkan lagi kemelut menjadi suatu polemik yang tidak akan selesai zaman berzaman. Seharusnya jika satu pihak merasakan sesuatu perkara yang disampaikan oleh pihak yang satu lagi tidak betul dia mestilah membalas (counter) dengan pendapat yang dirasakannya benar. Perdebatan sihat seperti yang pernah dilakukan oleh pendakwah berani Allahyarham Ahmad Deedat harus dipuji walaupun ada sesetengah golongan melabelkan Deedat juga agen Kristian kerana tindakannya itu. Jika Ustaz Ashaari pernah menulis buku tentang Aurat Muhammadiah yang dilabelkan sesat atau Ahmad Laxamana dengan kitab Hakikat Insannya yang terus popular dan tersebar walaupun dalam bentuk fotostat itu tersasar dari aqidah, bincangkan dan bengkelkan atau terbitkan buku untuk membalas semula.
Barulah wujud dan subur pembudayaan ilmu dan cerah pengetahuan. Rakyat dan individu boleh menilai dan memilihnya. Apakah Islam akan jadi hancur kerana mencontohi Kristian yang suatu masa dulu mengamalkan dasar begini? "Kau dengar saja aku, tak perlu mengkaji dan sesiapa yang tak sama denganku itu sesat". Maka wujudlah Lutherian, Vatican, Protestant dan masing2 melabelkan yang lain2 sesat. Hari ini muncul Islam Kontemporari, Islam Liberal, Islam Hadhari dan macam-macam jenama lagi seperti durian yang ada berbagai gred. Masing-masing mendakwa merekalah yang benar . Maka itu membuka pintu diskusi mencari kebenaran dengan berlapang dada adalah perkara yang paling mustajab untuk sekurang2nya meredakan kegelisahan ummah.

11 comments:

Isa said...

Yang tak haram dan masuk syurga semua pemimpin dan ulamak umno.

ha..ha...ha...

kulupSakah said...

satu lagi yang haram- kambing!

sebab kambing alim ada janggut tapi ada tanduk pulak!

mamai said...

bro yang aku tau arwah ayah aku kata islam itu satu yang berbeza mazhab...

yang haram dan halal kat malaysia nie nak kena tanyer ustaz umno kot..

aku said...

bro..,

lepas 4 july,buat plak majlis bkenaan n3 ni.aku yakin,klu wat kt stadium s.alam skalipun pasti penuh!

pasti ramai yg setuju.

* sape2 yg ada buku yg menyangkal hakikat insan tulisan hj ahmad laksamana,aku nk pinjam sat.

BROTHER said...

apa kita nak heran....umno pun parti yg haram juga, tp puak2 umno ni tak reti ssejarah...dia ingat umno hari ni dah 63 tahun...sebab tu umno suka kalo rakyat bodoh

TheCyberSniper said...

semua dah jadi haru biru. Baik ler buat aje apa yang kita gemor asalkan Tuhan redha. Penin kepala aku yob!

jaket ijo said...

Yang jekas ikut quran, hadis selamat...yang ikut selain dari tu kira seleweng lah tu...

me it`s mie said...

Ya bro...sebagai seorang rakyat semmgnya kita keliru dengan yg mn satu ajaran utk nak diikut...senang2 je melabelkn sesuatu itu ikut kehendak mrk...

Entry yang baik....good.

Corong Kita said...

Virus baru yg belum bernama sedang merebak di Malaysia. Sila beri nama yg sesuai untuk virus.

Undi anda adalah rahsia!!!!

Virus ini sedang meracuni rakyat dan Pakatan Rakyat.

Pembawa virus ini sudah lupa memali, sudah lupa rampasan kuasa haram di perak, sudah lupa rampasan royalti minyak terengganu, sudah lupa tekanan kpd kerajaan pas kelantan.

Hapuskan virus ini segera.

Undi di sini ……. http://corongkita.blogspot.com/

binjidan said...
This comment has been removed by the author.
binjidan said...

hhhaa smakin brani KS..syabaas