Wednesday, June 3, 2009

bicara kakak nasi lemak

Sewaktu aku membeli nasi lemak di gerai kakak ni, van penguatkuasa melintasi gerai tersebut dan penguatkuasa di dalamnya memerhatikan gerai tersebut tetapi terus berlalu. Kakak tersebut menarik nafas lega, "setiap kali penguatkuasa lalu akak rasa macam nak mati..takut dik! Kalau dirampas apa kakak nak buat? Ni jelah mata pencarian akak. Laki akak ni dah tak kerja. Kencing manis teruk!"

Suami kakak tu hanya tersenyum tak berkata apa-apa.
"Jangan risau kak! diorang tak kacau punya asalkan akak jaga kebersihan, meniaga di sini tak ganggu sesiapa pun, selamat tak ganggu jalan!" kata kawannya yang melepak di situ. Bini kawannya ini pun menyampuk, "Ya! Sekarang PKR memerintah sini, apa ada hal? Mereka akan tolong rakyat!"

kakak nasi lemak pun tersenyum, "Ya! PKR menjaga rakyat! Tengok kat Ampang, apa ada hal? Mereka boleh berniaga sebab kita rakyat Malaysia!"
Aku terharu kata-kata itu datang dari rakyat marhaen sebegini. Betapa besarnya harapan mereka terhadap Pakatan Rakyat yang selalu mengatakan mereka akan menjaga kebajikan rakyat.

Aku tanya adakah kakak sokong PKR?
kakak tu menjawab, "Kami akan sokong orang yang nak tolong rakyat seperti kami!"

Wahai pemimpin Pakatan Rakyat! Dengarlah suara salah seorang rakyat di sini yang menaruh harapan yang tinggi kepada kamu. Teruskanlah berjuang untuk mereka dan janganlah hendaknya terpedaya dengan pangkat dan kedudukan.

"Suara Rakyat Suara Keramat!

10 comments:

Anonymous said...

dari anon 10.47am kpd ks,

pekabar isteri n anak2?
moga semuanya didlm kesabaran menghadapi ujian didunia yg sementara cuma

nak tanya sket soalan tak berkaitan tajuk,

kalu tak silap dulu2 antara sebab2 yg membolehkan pendtg2 terutamanya dr indon (hrp tiada yg tersinggung) dtg ke malaysia adalah utk tugas2:
a. pembantu rumah/kedai
(kena duduk sekali dgn majikan)

b. buruh binaan
(tinggal dirumah kotai/kongsi)

c. pekerja ladang/estet
(ditempatkan rumah khas)

kenapa skrg dah jadi melambak2 sungguh indon memenuhi premis2 perniagaan disetiap pekan dan bandar2 besar?
dah bodoh sgt ker pegawai2 pemantau dgn 'kencing' depa? hingga boleh digula2kan dgn alasan2 reput?

kwn saya ambil sorg indon sebagai cleaner dirumah dia, seminggu sekali, pg dia jemput, lps 3 jam kerja (sarapan pg diberi percuma) harga dittpkan rm40, pastu dia hantar indon ni kerumah yg
seterusnya, lps 3 jam dan dpt lg rm40 (mkn tghari free), mangsa kedua ni hantar kerumah mangsa seterusnya, lps 3 jam kerja dan dpt lagi rm40 (minum ptg free) mangsa ketiga ni hantar indon ni balik kerumah dia.

pastu kwn2 dok rekomen kat sayalah, hiiii...pandang muka pendtg yg lagak dan licik tuh dah cukup membuat usus saya memulas2. saya berpndpt kwn2 saya ni bodoh, kerana adanya manusia spt depa lah maka pendtg2 ni begitu selesa dan tak reti2 nak balik negara sendiri.
bayangkan (sikit pun tak jeles ya), sehari dia pulun rm120 kaw2, sesen pun tak kuor dit tambang ker, dit mkn minum ker,seminggu tujuh hari kerja bertukar2 rumah, sebulan berapa punya masyuk? dah tu berlagak tak betah jadi pembantu rumah konon yg terpaksa tinggal dgn majikan psl pendptan skrg dah terlalu lumayan!

dari buang dit ke dia baik saya curah ke....mmg payah nk cari cleaner tempatan - melayu -
(org tmpatan patut belajar kaedah ni, dan org temptan patut dulukan org sendiri)

kalu dh terpaksa sgt (sbb sakit ker), saya lebih rela upah aci local, setkt bersih2kan bilik air dan tingkap2 oklah, sesekali dia ajar saya masak tosei, apum dan idli, lg best!

la pkr dah menang, situasi begini tak berubah pun...yg beraja dimata semakin bermaharajalela, tak ada ker akta yg menghalang rakyat temptn dr menyewakan rumah mereka kpd pendtg2 tu, rimaslah... tolonglah...jgn kata soal perikemanusiaan ya, kerana kebykan mereka disini bukannya tau adat dan adap pun!

maaf komen nyamuk ni.

BROTHER said...

yg sebenornya pemimpin PR yg ada hari ni sumenya hampeh, blom menang dulu kami akan sentiasa bersama rakyat, dah menang nak jumpa pun payah, saya rela PRU13 nanti kalau PR kalah tak dpr perintah, bior sedor sikit YB yg ada ni...jangan nak belagak sangat. Saya memang kecewa dgn sikap semua yb PR. Tunggulah PRU 13, tahu lah kami nak ngajor...

BUJANG SUSAH said...

Bagus posting ni lup.. aku nak copy.. Untuk brother BN tu.. dah ko tu memang org BN yg xpernah mengundi PR pun.. ko undilah BN tu sampai parti hang tu dah xde pun nanti.. wakakaka.. bangang bin tolol... BN= Bebalnya Nauzubillah... wakakakka

Anonymous said...

samalah gerai tomyam penuh seluruh malaysia,klu orang malaysia ambil tukangmasak thailand kena de permit,tak lebih 2orang,tak boleh buat selain tukang masak,tak boleh masak selain tomyam.
tetapi klu orang thailand buka ditepi2 jalan satu bas pun boleh,dari tukang masak,pelayan semuanya mereka tak pun diambil tindakan.
orang tempatan kena tindakan mahkamah hingga RM10,000 jika mengambil pekerja asing tanpa permit.APA KATA IMIGRESEN!!!!!

Anonymous said...

KALAU TAK PERCAYA CUBA BERHENTI KEDAI TOMYAM PERIKSA IC PENGUSHA DAN PEKERJA,JGN TANYA DARI MANA,MEREKA AKAN JAWAB DARI KELANTAN(KERANA CAKAP DIALAG KELANTAN)
MANA:
1.DAFTAR NIAGA(KLU GUNA NAMA)
2.SYARAT MAJLIS TEMPATAN TIADA
KLU RAKYAT MALAYSIA LEBIH 15 SYARAT BARU BOLEH MENDAPAT LESEN NIAGA.
3.SYARAT KESIHATAN(IMUNITI PENYAKIT)
4.CUKAI PENDAPATAN TAK KENA
5.SYARAT KEMASUKAN PELAWAT(BOLEH NIAGA)
6.KEBERSIHAN DIPERTIKAIKAN
APAKAH PIHAK IMIGRISEN/MAJLIS TEMPATAN TIDAK TAHU INI SEMUA.

kulupSakah said...

apa yang kerajaan PR boleh buat? Kerajaan Pusat punyai kuasa besar utk banteras pendatang asing. Jabatan Imigresen pun boleh hilangkan data Altantuya masuk Malaysia..

Sewaktu penguatkuasa sebuah PBT serbu peniaga Indon di suatu tempat, peniaga Indon ni cakap "kenapa kami kena serbu sedangkan kami dah bayar pada RELA?"
..tapi kalau PBT bekerjasama dengan RELA dan polis utk buat serbuan, mesti gerai2 tu tak niaga haritu macam tau2 je...

Anonymous said...

Lup, kat Ampang Indah,jln pegi kekubur kampung dato mufti ada pasar pagi,ramai org berniaga terutama pada hujung minggu,memang seronok kalau kau tengok.Semua org melayu yg berniaga,kawasan tu tak menganggu lalu lintas pun.Tapi baru-baru ini MPAJ datang dan saman peniaga pasar pagi di situ,dulu masa BN memerintah tak pulak MPAJ saman,Seolah-olah ada Konspirasi dari pihak UBN dengan MPAJ.Kerana didalam MPAJ masih banyak antu UBN.

Anonymous said...

salam ks,

skrg ni kalu diteliti penghuni2 ipta/s dan pekerja2/pegawai2/yg pegang jwtn elok2 dijabatan kerajaan ramai dah anak pendtg yg mak bapaknya dulu dtg merempat diawal2 80an, siap beranak pinak, pastu dgn melenglong pihak2 tertentu dpt plak masuk kesekolah2 k'jaan dgn mudahnya, pastu blajar rajin2, dpt masuk u dgn mudahnya dn terus menjawat jwtn bagus2 dlm menguruskan keperluan rakyat dan kerajaannya, dlm ertikata lain kalau ada apa2 hal mmg suku sakat depalah yg diuruskan terlebih dulu.

5-10 thn akan dtg apa jadi pada rakyat marhaen spt saya?

bab2 tomyam tu, disepanjang jln dr utara hingga selatan mmg byk gerai2 dibuka dihalaman2 org kampung, modus operandi mereka saya dh hafal, byr 4-5 ratus sebulan pd tuan tanah sbg sewa sdgkan mereka kaut 4-5 ribu saban mlm, tak caya perati saja disetiap jarak 1-2 kampung ada gerai tercongok di situ.

bg saya imigresen dan rela serta kwn2 sewaktu dgnnya mmg lemah n korup. syhh...jgn bg tau depa, nanti depa marah! nak jaga depa punya marah habis anak cucu cicit kita kena jual jugak!

mcmana sempadan negara boleh bolos dan berlobang terus menerus? tak lain tak bukan gara2 industri BUDU la nih! dpt tak seberapa tanpa mikirkan nasib anak cucu dn masa dpn negara, yer ler agaknya org atasan/pegawai2 bg tugasan2 tu sumer dulunya anak2 pendtg, maka habislah lingkuplah kita ks...

saya tak beranilah nak tambah anak lg kalu negara yg bakal kita tinggalkan utk mereka haru biru dan huru hara.

Anonymous said...

salam ks,

apakah ini bermakna biarlah luncai terus terjun dgn labu2nya?

saya mmg menaruh harapan bila pr menang, sebg pengundi (undi saya pun keramat jugak tau), adalah kesan2 yg dilihat dan dirasa, tp macam tak daya jer...

pimai2 dok tang tu gak, mungkin perlu beri masa sethn dua?

anon 10.47am.
(ada org tikam ekor dgn angka ini. saya tak subahat)hehe..

kulupSakah said...

inilah yg pernah aku tulis..dulu ada program pengampunan di mana kerajaan bg peluang depa sama ada yg ada passport atau tidak balik indon semula.
tapi kemudiannya agen2 yg terdiri drpd puak2 kroni bikin bisnes masukkan depa semula..sebenarnya apa yg depa buat semuanya duit..duit kerana ini jam meniaga orang lebih untung dari meniaga unta kata husin lempoyang!