Sunday, June 14, 2009

bongok!!

kemaskini terkini:- sila baca di sini

entry ni ditulis tanpa aku semak kembali ejaan dan susunan ayatnya. sori kalau tak best!

Semalam aku ke Kongres Khas PKR di KUIS, Kajang (13 Jun). Sekadar nak cari kot-kot kawan2 lama ada kat situ, sambil mengedar pamphlet program MALAM SENI RAKYAT anjuran CAKAP RAKYAT GROUP kami. Bertembung Adun Bkt Lanjan, Eli Wong dan dia yang dah lama tak perform telah diugut oleh aku agar menyanyi dan bermain gitar, dia setuju dan minta Black hubungi dia untuk berkolaborasi.

Ternampak seorang "Datuk" yang pernah bertanding dalam PRU 2004 di kafe. Beberapa bulan dulu aku pernah bertekak dengannya sewaktu kami menghadiri satu majlis anjuran SUK Selangor. Kebetulan forumer kebanyakannya bukan Melayu maka salah seorang peserta f(dah tentu dari PR) forum membelasah program ni yang mengetepikan Melayu sehingga seorang panel berbangsa India (lelaki) menangis. Panel ini berkata dia datang kerana dijemput mengutarakan pandangannya dan adakah kerana dia bukan melayu maka dia tak layak bercakap? Aku bangun memberikannya semangat dan orang ramai ikut bertepuk menyokongnya tanda tiada prasangka perkauman.
Sewaktu minum teh, Datuk ni tiba-tiba memanggilku dan bertanya "Kenapa beria-ia benar sokong KELING?" . Aku jawab, "tolong jangan sebut KELING!"
maka terjadilah perang mulut di situ tentang beberapa isu. Dia yang dibantu dua kawannya sibuk geromal tentang semangat melayunya dan sering juga mengingatkan aku yang mereka adalah orang PKR sejak 98 lagi. Aku cakap, PKR belum wujud tahun 98 dan sebelum 98 kamu di mana?" Mereka senyap saja sama seperti mereka senyap ketika aku bertanya siapa nama mereka sedangkan sewaktu mereka bertanyakan nama aku dan dari mana aku datang, aku memberi nama penuh dan asal dengan lengkap. Nak takut hapa?
Semalam aku memberinya pamphlet MALAM SENI RAKYAT dan dia ternyata agak serba-salah dan keberatan bersalam sewaktu aku hulurkan tangan..PASAIPA?

Aku tak berminat nak ikuti Kongres sepenuhnya. Duduk di ruang pemerhati dengan isteri sambil berbual2 dengan blogger CK Chew dan Yap Seputeh. Cuma isu yang panas apabila undian dibuka kepada perwakilan sama ada bersetuju atau tidak perlembagaan digubal, terjadilah peristiwa panas bila mana undian dijalankan seperti bebudak sekolah mengundi nak pilih ketua darjah. Main angkat tangan je..lepas tu bila dilihat ada yang tak setuju maka undian dijalankan sekali lagi dengan cara berdiri tanda sokongan. Beberapa anak muda seperti Zaki Yamani, Zulfikar (S/u AMK), Mazli dilihat bangun untuk tidak bersetuju dengan cara terbuka begini sebaliknya undian mestilah tertutup kerana ada isu yg mereka boleh setuju ada juga tidak tetapi apabila DSAI dan semua pimpinan di atas bangun maka ramailah perwakilan bangun menyokong. Bersorak kemenanganlah mereka dengan laungan REFORMASI (nak tergelak dengar).

Anak2 muda ini tak setuju pindaan yang mensyaratkan Angkatan Muda mestilah berumur 35 tahun ke bawah. Mereka ada hujah mereka dan minta diperdebatkan. Aku pun setuju juga kalau bawah 35 tahun supaya anak muda berdikari tetapi aku setuju juga pandangan mereka kerana 39 tahun ke bawah adalah sesuai kerana ramai melalui proses kematangan pada umur sedemikian. Dilihat juga YB2 bawah 30 ni agak teruk, kata mereka (yang tua pun sama juga) tapi tak kisahlah. Yang mereka komplen tiada ruang kebebasan bersuara walaupun sehari suntuk dibebelkan soal keadilan dan kebebasan.

Sesetengahnya berpendapat ada orang2 tertentu di atas sengaja mencadangkan pindaan kerana ada agenda tersendiri. Pemilihan 2010 menjadi percaturan kerana rata-rata reformis anak muda yang ada sekarang, yang lantang akan tersingkir dari AMK jika pindaan ini diluluskan. Mereka yang tidak disokong oleh anak2 muda vokal ini sedang cuba membawa masuk bebudak baru yang masih bersekolah ketika ribut reformasi menggulung dan ini menjamin kedudukan mereka. Wallahua'lam..

Kata aku "parti bukan agama, kalau rasa menyampah, blah!' . Nak berjuang bukan semestinya dalam parti aje..

* kepada anonymous yang kutuk aku kata kalau nak jawatan pilah jumpa DSAI aku nak bagitahu yang aku tak lapar jawatan dan aku pernah letak jawatan sebab maleh layan politing dalam parti, aku jadi AJK je udoh!
Dan pada yang marah sebab aku aku kata zaid Ibrahim terus masuk PKR dah jadi MPT dan minta aku berbaik sangka, kononnya penjara dan jalanan bukan ukuran perjuangan aku nak bagitahu aku selalu dengor benda ni dikatakan oleh mereka. Lihat jelah sejarah dunia, wira2 dan pejuang mempertaruhkan nyawa dalam perjuangan.
Nak suruh aku berbaik sangka? hmm...waktu berahim ali jadi calon bebas bawah tiket pas dan baru2 ni dia kata manek urai pelung terbaik dedah kelemahan pas, aku berbaaaiikk sangkaaa..
waktu pimpinan pas yang mula2nya tak ngaku muzakarah dgn umno malah nak saman bakaq @ penarik beca yang mendedahkannya aku berbaik sangkkaaa sehinggalah depa mengaku jumpa untuk muqabalah..aku berrbaikk sangkaaaaa..
kawan aku ditendang dari suarakeadilan dan syarikat lain mengambil alih penerbitannya setelah berjaya mempengaruhi org atas, aku baikkksangkaaaa..
kawan aku sorang lagi (amoi) dipaksa letak jawatan oleh orang ATAS dalam PKR kerana dihasut oleh dubuk2 yg dtg lepas menang besr..
aku berbaikk sangkaaaaaaaaaaaa!!

14 comments:

Radenjowo said...

Setuju dan syabas

Isa said...

Ini betul-betul marah... nanti kena jual... ha..ha..ha...

Aku sokong hang...

BUJANG SUSAH said...

no komen lup.. tp aku memang banyak setuju dgn pandangan ko .. pandangan makhluk halus (org seni) ni memang luas.. maklumlah makhluk halus.. Aku pun org seni gak.. seni perusahaan... wakakakaka

aku said...

lain macam no berbaik sangka ko yop..

aku setuju.. perjuangan tak semestinya berparti..

C++ said...

Bhai...

Gua sokong lu... la nie PKR, PAS dah kena semacam satu peel... perangai dah lebih kurang macam UMNO/BN jer.... aper hal nie...

Baru menang skit jer dah rasa hebat... tak lama la kalau gitue...

binjidan said...

kan dh nyata ..siapa pun memerintah dorg ttap perintah duit masuk kt poket dorg jgk..

pukimak ni smua nk nama..kluar umno msuk pkr klur pas masuk dap..

klu btul nk tolng rkyat tk pyah masuk parti pun boleh...

alang said...

haha. Betul bro. Tak elok berburuk sangka. Tuhan marah. :D

kulupSakah said...

Tuhan mana boleh marah! Bukankah marah tu sifat keji kerana ia duduk dalam nafsu amarah?
dulu depa ban lagu Berita Kepada Kawan -ebiet G. Ade sebab ada rangkap "Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita"- Tuhan mana boleh bosan...
jadi Tuhan pun tak boleh marah..hihi gurau je!!

Bah Lontok said...

Tujuan PAS bersengkokol dengan DAP se mata2 inginkan sekelimut kuasa memerintah. Yang akan di timpa malang ialah orang melayu.

PAS sudah mengetahui bahawa DAP sedarah sedaging dengan PAP Singapura. Cina dan india Malaysia sudah bersatu menyokong DAP@ PAP. Untuk menguatkan kedudukan nya DAP mengambil hati pemimpin2 PAS dengan menyokong nya pada PRU12 yang lepas.

PAS mengetahu akan kesalahan nya menyokong DAP@PAP, apakan daya sudah termakan budi. Terpaksa terus menyokong DAP. Sekarang cuma rakyat melayu sahaja yang boleh selamatkan negara dari balapetaka ini. Kita kena berhenti menyokong PAS dan PKR, menyokong mereka bermakna menyokong DAP @ PAP.

ubilepih said...

Woiit..coooooooollllll bro..ha..ha..ha.Deme2 tu masih pekat saki baki birunya..ha..ha..kita buat cara kita bro perlahan tapi tegas...deme2 tak tengok atau kalu tengok pun tak faham msg pilem Gladiator tu kot..ha..ha..

Anonymous said...

kah kah kah .... gini orang pkr rupenye, dah la , muak la wei, pejuang jalanan la, itu la ini la,suda la wei orang dah cerdik la skg, xjalan la hujah2 sampah camni, ko kena refresh blk perjuangan, bukan nak kutuk ko cuma nasihat, moga ko sedar dan aku lagik sedar.. adios

kulupSakah said...

aku bertanggungjawab atas apa yg aku tulis..
hujah2 sampah memang sengaja dilonggokkan di sini kerana peranan tukang angkut sampah sama besarnya dengan pemimpin negara.
refresh perjuangan?
ya! inilah perjuangan yg aku refreshkan..sebab aku alami sendiri dan lihat sendiri kerakusan puak2 ni membaham kawan2 aku setelah berjaya meyakinkan boss..

tiada istilah merajuk dlm perjuangan tetapi selalunya ia kelihatan sumbang jika dilihat tidak sealiran walaupun duduk dlm kapal yg sama..

kulupSakah said...

opss anony,
cuba tunjuk aku tang mana yg ko kata hujah sampah tu, biar aku detailkan..

bebas said...

boleh di pertimbangkan..