Thursday, June 11, 2009

wira cadar baldu


aku pernah dengar dia menangis
waktu diseksa dalam tahanan
dari bilik sebelah aku menjerit mengapa
katanya: aku cuma ada satu nyawa
kalau aku mati musuhku akan ketawa sekali cuma
kalaulah aku ada seribu nyawa dapatlah mereka ketawa seribu kali
sayang nyawaku hanya satu
kerna itu aku menangis

aku pernah dengar dia ketawa
berdentam dentum dinding diketuknya
kala sahabat seperjuangannya berpaling mengkhianatinya
katanya: fitnah, hina, nista dan tuduhan yang dilempar kepadanya
mungkin menghantarnya ke syurga

aku pernah mengintainya apabila terdengar dia menyanyi
sambil mencabut panah di rusuk dan mencungkil peluru di ubun-ubunnya
darah yang membuak disapunya ke muka
katanya: dia sedang berwudhuk
dan mahu menyolek wajahnya agar cantik jika ditakdirkan dia kan menghadap Tuhannya
aku jua pernah mendengar dia meraung
berdengung lolongannya memecah sepi malam gelap
katanya: dia takut pemujanya terlalu mengagungkannya hingga dia tercampak ke neraka
ujub dan takabbur..

dialah wira pujaanku
yang hanya sempat kulihat dan kudengar di balik pintu
sebelum dia keluar lalu menghilang
kata mereka: dia kini sedang lena beradu
di tilam empuk cadar baldu!

3 comments:

Corong Kita said...

Virus baru yg belum bernama sedang merebak di Malaysia. Sila beri nama yg sesuai untuk virus.

Undi anda adalah rahsia!!!!

Virus ini sedang meracuni rakyat dan Pakatan Rakyat.

Pembawa virus ini sudah lupa memali, sudah lupa rampasan kuasa haram di perak, sudah lupa rampasan royalti minyak terengganu, sudah lupa tekanan kpd kerajaan pas kelantan.

Hapuskan virus ini segera.

Undi di sini ……. http://corongkita.blogspot.com/

BROTHER said...

VIRUS BARU KITA GELAR H3N1M = HADI+HASSAN+HARUN+NASA+MUSTAPA (GILA PEPADUAN KATA KULUP)
MASA MUKTAMAR BERDEGOR KATA JGN KETEPIKAN ULAMAK....DAH MENANG JADI ULAR DALAM SEMAK..MUNGKIN INI YG DIMAKSUDKAN DATO HARUN DIN MUSUH DALAM SELIMUT.

kulupSakah said...

virus rasa diri hebat dan org lain hampeh..

kalau depa tak berubah tengok jelah pilihanraya akan dtg, pandai2lah korang buat keje sendiri, ahli2 bawahan jgn buat apa2, rileks la pulak ataupun blogger yang marah2 dengan layanan mereka jangan buat apa2 liputan di pihak mereka,
buat macam aku- org syok berkempen aku cerita pasal bomoh, jin, atau muzik..kah kah kah!

aku reserve 2-3 chance je lagi utk husnazhon (berbaik sangka)..kalau depa lebih2...
PERANG!