Tuesday, June 23, 2009

di persimpangan

selalunya kita akan berada di dalam dilema jika perjalanan kita menemui sebuah persimpangan..Apakah kita akan memilih simpang yang betul?
Betul dan salah sebenarnya siapa yang menentukan dan apakah kayu ukurnya?

persimpangan memilih mengikut arus yang mana..jernih atau keruh?
menyerah menjadi mangsa atau melawan?
ke mana destinasi?


jalan susah atau senang?
sejahtera atau sengsara?
syurga atau neraka?


mana lebih baik, perjalanan betul tetapi termasuk simpang yang salah atau simpangnya betul tetapi perjalanan berniat salah?













p/s sesat di Madinah!

8 comments:

Anonymous said...

salam ks,

andai hidup utk memilih
derita bukan suntingan hati
jernih pasti dihampiri
keruh tak sesekali dicari

apalah daya
yg namanya sengsara atau neraka
dihujung jln menanti cuma

betul dan salah sendiri menentukan
ilmu didada jd ukuran
memangsakan diri bukannya pasrah
mati melawan itulah pahlawan

memilih yg baik
antara dua simpang
yg betul pasti betul
yg salah tetap salah
tanya pada ilmu
dimana tafsiran?

anon 10.47am.

kulupSakah said...

mengenal, menghayati dan menyatu dalam kesatuan...
tiada destinasi terakhir kerana awalnya memang tiada...

Anonymous said...

mengenal itu ada
menghayati itu ada
menyatu pun ada
apa lg kesatuan
besar punya ada

dari tiada di ada
di ada mcm2 ada
destinasi pun suatu ada2
mengapa akhirnya
dimana tiada?

anon 10.47am.

mamai said...

semuanya bersimpang siur....lagi senang cari simpang altantuya

maun said...

dari tiada kepada ada
dah ada nak jadi tiada
bila dah tiada muncullah ADA
ADA itu terus berada
kerana ADA adalah ADA
tiada yang ADA melainkan ADA
itulah ADA yang lain tiada

Ape le ko lup, dah bercuti buat cara bercuti le...

gedek! said...

Aku akan lari kalau kena kejar,
Siapa yang bijak jadi orang besar,
Jangan kau sedih jangan gusar,
Hey brader! Kita mesti terus hidop...

-balada osman tikos-

Anonymous said...

masih ada kah pilihan setelah memilih jalan mendaki lagi sukar?

nurul~ said...

persimpangan yg selalu membuat seseorg jadi dilema untuk memilih yg terbaik dari yg baik..aku sendiri di persimpangan adakah kanan yg memberi kebahagian ur kiri yg memberi kepuasan..wah x suka la klau ada di situasi cam ni...benci....