Friday, July 31, 2009

TANGKAP TANGKAP!!

12.54 tengah hari hampir 100 orang dah ditangkap di Demonstrasi anti ISA..

tapi lebih 20 juta rakyat Malaysia sebenarnya telah ditangkap dalam lokap terbesar di dunia yang dinamakan MALAYSIA..

aku baru saja berurusan keluarkan anak dari wad. Sebaik saja dibenarkan keluar dan siap segala urusan di wad, kami terus keluar. Kami tak mahu minta rehat beberapa jam sebab takut mayat kami dijumpai di koridor dan walaupun dah mati kami takut dituduh terjun tingkap nanti.

lagu ISA bergema di Shah Alam

Alhamdulillah!
Berkat doa kalian anak aku yang sesak nafas semalam sembuh dan boleh keluar pagi ini. (perkembangan fantastik)
Ya! Kita teruskan perjuangan.
Dan 9.00-11.00 malam ni di Dataran Shah Alam lagu ISA dendangan Meor akan bergema. Mari sama-sama kita nyanyikan beramai-ramai. Boleh tengok klip kat blog cakaprakyat untuk dengar lagu dan hafal.

korang ni degillah!

Woi! mufti harussana dan tuk mashitah, tokoh agama ulung dah menfatwakan perhimpunan haram itu haram yang korang degil pasaipa?
melawan cakap ulama hah!!

baik korang pi dataran shah alam 9 malamnya ada nik, meor, airmas, pyanhabib, osman kering, fynnjamal, fared ayam dan aku perform..
demo itu haram!!

*semalam kawan baik aku meninggal dunia di Kajang, pagi ini anakku sesak nafas dan masuk wad tapi esok tetap esok..
LAWAN TETAP LAWAN!!!

Thursday, July 30, 2009

habih camno? (retorik demagog part 2)

"isy! Tak boleh Lup, kena ban nanti!" kata kawanku si penyanyi nasyid bila aku memintanya memasukkan lirik yang aku tunjukkan kepadanya ke dalam album akan datangnya.

"takkanlah takut? Kan kau selalu nyanyikan lagu perjuangan, tegakkan kebenaran dan keadilan serta menyeru agar berjihad?" tanya aku.

"yalah! Tapi isy..susah ni!" dia berkerut.

"Hahaha! Sebenarnya lirik Syuhada Memali ni nukilan anak muda rugged, Black yang mana telah dinyanyikan oleh kutu folk rabak, Meor. Mereka ada pendirian dan bertanggungjawab dengan apa yang mereka nyanyikan. Benar, salah suatu hal tetapi ruang perdebatan sihat mencari makna harus dibuka seluas-luasnya dan khalayak yang bijak bebas memilih yang mana mereka persetujui." kataku.

"huhh!" keluh dia..
aku cuma terlupa nak periksa kelangkangnya- takut-takut basah dan kecut.

habih camno?

Wednesday, July 29, 2009

retorik demagog!

"Aku ada lagu baru untuk single terbaru aku, ciptaan komposer terkenal. Tajuknya "Wira Mujahadah! Power Lup, lu dengar!" kata kawanku , penyanyi sebuah kumpulan nasyid dan aku mendengarnya. Ya! Hebat dan bagus liriknya cuma aku rasa agak tawar dan tiada semangat di dalamnya.
Lalu dalam benakku terlintas kemashgulan berat untuk apakah komposer ini menulis lagu dan lirik ini. Untuk tujuan nyanyi atau untuk mengiktiraf para pejuang. Kalau yang kedua, wira yang manakah? Apakah karya itu suatu pendirian yang tertancap dari dhamir peribadinya sendiri? Jika lirik itu mengajak berjuang berjihad lalu apakah tanggungjawab dia menyampaikannya? Apakah dia sanggup menyambut cabaran dari karya nukilannya sendiri? Dan kawanku si penyanyi- apakah sekadar kakaktua yang mengalunkan susunan kata-kata mengalun irama dan kemudian menggelarkan dirinya penyanyi lagu2 dakwah dan ketuhanan.

Bagaimana pendirian kalian dalam situasi Malaysia sekarang?. Bagaimana hendak diterjemahkan semangat jihad tulisan dan nyanyian kalian dalam konteks siasah tanah leluhur sendiri hari ini? Lalu apa sebenarnya kawan? Apa pandangan kalian dengan isu rasuah, penyelewengan kuasa, penipuan, adu domba, fitnah sekarang. Beranikah kalian berterus terang dalam karya kalian tentang pergolakan di Malaysia? Cerita tentang habluminallah sajakah

Jika tidak, lupakan cerita pasal jihad, perjuangan mahu pun menyampaikan kebenaran. Ia tak ubah seperti demagogi sang jegela yang berpakaian ranggi tetapi penuh sandiwara atau menambahkan lagi bising-bising kacau retorik dari oligarki usang. Karya itu hanya akan menjadi hampas dan terbang ke atmosfera ilusi. Jangan mimpi ia akan menggapai zenith kalau karya itu tiada roh. Mengapa Rendra terkenal? Berpuluh sasterawan yang bahasanya lebih berbunga daripadanya. Beratus orang boleh hasilkan modern art seperti Picasso dan seribu lukisan perempuan lebih cantik dari Monalisa tapi mengapa tak mampu tandingi mereka?

Kerana dalam Monalisa ada roh dan pendirian Da Vinci. Ia lahir jujur dan natural. Lukisan Picasso seperti boleh menceritakan sesuatu dari dalam Picasso itu sendiri dan Rendra meluahkan ayat-ayat yang jelas terang dari dalam dirinya sendiri. Itulah menjadikan ia hidup.
Seni dan karya itu mesti ada roh dan ia mesti hidup untuk dirasai!
Jika tidak, tanam saja ia bersama alat kelamin yang hanya berfungsi untuk mengeluarkan urea itu.

Monday, July 27, 2009

untuk penyokong ISA!

"la dhorar wala dhiror fi al islam!
tidak boleh menyiksa dan tidak boleh diseksa dalam Islam


iklan!
SELANGOR FESTIVAL MUSICAL EXTRAVAGANZA 1-9 0G0S 2009

1 OGOS 9- 11 PM di DATARAN SHAH ALAM
meor pestajiwa
nikbinjidan bukan iwan fals
pyanhabib otai legend
airmas kreatif
mei chern amoi brilliant
missfyn tukang karut leter
osman kering si tukang karut pedas
fared ayam dengan puisi gile

2 OGOS 9-11 PM di DATARAN SHAH ALAM
Kumpulan Usratika rugged muslim
Kumpulan Dendang Anak
telah menakluk gugusan nusantara kepulauan melayu

pengacara: KulupSakah

Untuk pencinta seni rakyat, kalau tak best jangan panggil aku KulupSakah!
Datang semua selepas berdemoo!!!

Sunday, July 26, 2009

lagi untuk Tan Sri Harussani!

saudara saya yang pernah berjuang bersama mujahiddin di Afghanistan telah dikurung di Kemunting di bawah ISA lebih 7 tahun lalu kerana kononnya merancang melakukan keganasan. Saya tak tahu betul atau tidak kerana dia tak pernah didakwa di mahkamah dan tidak dibuktikan dakwaan itu. Dia juga tak diberi peluang membela diri.

Selama 3000 hari anak isterinya terpisah darinya dan menggelupur mencari sesuap nasi. Tekanan mental usah cakaplah.

Tok mufti, 7 kali kita berAidilfitri bersama keluarga tapi mereka tak dapat begitu. Kalau hari ni tan sri bahagia tidur sebantal dengan isteri dan gembira melihat anak2 ketahuilah ada saudara sedang menderita.
"layu'minu ahadukum hatta yuhibbu li ahihi ma yuhibbu linafsihi"!

Anaknya berkata,"saya akan mengadu kepada Allah dan dakwa di padang Mahsyar sesiapa saja yang mengurung, bersubahat dan menyokong ayah saya dikurung dalam tahanan!"

Saturday, July 25, 2009

untuk Tok harussani!

Baiklah Tok Harussani,
katalah kami setuju dengan isu lilin tu..
kami minta maaf!

Sekarang kami nak tanya pula,
Di sisi Islam, bagaimana keadilan untuk orang bukan Islam ?
Rasulullah SAW dahulu dan khulafa urrasyiddin ada tindas orang bukan Islam tak di zaman pemerintahan mereka? Ketika berurusan dengan berbagai suku kaum dan agama, adakah mereka pentingkan Islam kerana yaqin Islam menganjurkan keadilan yang benar2 sejagat atau mereka juga amalkan konsep ketuanan suku mereka macam ketuanan melayu?


*AL FATIHAH UNTUK Yasmin Ahmad. teringat sewaktu kontroversi melanda sehingga seorang menteri marah dengan filemnya, insan bijak ini menjawab dia buat filem itu untuk ibunya kerana ibunya suka. Dalam Islam ibu sangat sangat wajib dipatuhi bukan menteri. Teruih mangkuk diam! Bukan bijak mana pun mangkuk2 tingkat berkilat tuh!

Friday, July 24, 2009

Sindiketkah itu?

yennadeyy! lu ingat gua tarak bayarka ini kereta?

kereta taiko
tow truck




Jika anda dah bayar ansuran bulanan kereta anda, simpankan penyatanya di dalam kereta. Aku dah ceritakan pada entry sebelum ni tentang taiko tarik kereta yang cuba pau anak buah aku. 3 malam lepas kawan aku cerita ada 3-4 orang penarik kereta nak tarik keretanya kerana dikatakan tak bayar 3 bulan. Kawanku tayang buku lima sebab dia tak pernah sangkut bayar pun. Barulah depa nak blah! depa ni sebenarnya nak pau kalau2 ada puak yg takut dan tak mau ambil risiko lalu bayarlah berapa pun!

2 petang Rabu lalu ada 2 taiko dah tunggu kat kereta Niki. Aku dan isteri beserta Alfiano kebetulan ada di situ. Adalah tak logik Proton edisi awal keluarannya tu masih ada hutang. Ya, pada anda yang beli kereta second hand awas, mungkin mereka ada orang dalam yang boleh dapatkan geran lama dengan nama tuan terdahulu walaupun anda dah tukar nama. Inilah yang berlaku pada Niki. Aku tengok, dalam sengih Niki, lengannya berbintik2 sebab bulu romanya sedang meremang.. Dalam tenang aku percaya dia akan bertindak luar jangkaan jika taiko ni nak tarik keretanya juga. Taiko ni cuba membodoh2kan kami konon2 telefon polis minta patrol car datang settlekan perbalahan kami. Alfiano, otai hanya tenang saja. Isteri aku macam biasalah, memarahi taiko2 ni dengan menyuruhnya cari kerja lain. Aku panas sebab dalam rembang terik tu terasa seperti sedang dipermainkan. Polis yang menaiki motorsikal datang dan minta suruh tinggalkan kereta di balai dan settle di sana. Niki tak mau sebaliknya minta mereka ikut ke rumahnya menengok geran yang dia simpan. Polis ni blah camtu je kerana dia kata dia tak boleh buat apa2 bila taiko ni tunjuk kad kuasanya dan RO (surat tarik)..
Aku dah mula nampak 2 mamat berbangsa india ni kecik je..kukepalkan penumbuk sambil menarik nafas dalam2.
"Allahumma bariklana fimarazqtana waqina azaban naar!" kuhembuskan doa itu dan memeriksa senjata sulitku. Masih ada! Mungkin boleh digunakan untuk mengetuk apa2 nanti..

mungkin kerana mereka tengok Niki dan kami jenis tak makan saman dan bersedia bertempur apatah lagi acahan mereka untuk panggil polis amat kami alu2kan kerana balai, lokap dan gari bukan asing bagi kami maka mereka pun blah dengan hampa.

Brengsek!
lu orang jaga2..

Thursday, July 23, 2009

DEMO 1MALAYSIA 1 OGOS NI

1 OGOS ni MANSUHKAN ISA, SOKONG ISA, JUSTICE 4 BENG HOCK, SUPPORT MACC semuanya akan berdemo
tak puas hati demo, puas hati pun demo..
DEMO MENDEMO amalan mulia, barulah 1MALAYSIA!

Pak Ngah dan Siso kena bikin lagu "Mari Berdemo" untuk siaran RTM setiap hari!

p/s Jangan ada perarakan membawa dan melonggokkan lilin depan rumah Tan Sri Harussanasini sudahhhhh!!!

Wednesday, July 22, 2009

HARUS di SAna siNI!

Pegang lilin haram di sisi Islam: Harussani
SHAH ALAM – Tindakan memegang lilin oleh masyarakat Islam sebagai tanda memprotes dan mengingati orang mati adalah satu perbuatan haram di sisi agama. Muft:i Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, perbuatan itu menyalahi hukum Islam kerana seolah-olah menggambarkan ajaran kristian. :“Islam haram tindakan sedemikian. Tambahan pula perkara itu dilakukan untuk orang mati. Dalam agama kaedah terbabit adalah orang kristian,” katanya, semalam. B:eliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa yang berpendapat tindakan terbabit boleh dilakukan sebagai tanda protes. :Bagaimana pun, kata Harussani, seseorang boleh melakukan protes dengan menghantar surat bukannya menerusi perbuatan seumpama itu. “Banyak medium lain yang boleh digunakan bagi menunjukkan bantahan dan rasa tidak puas hati. Selain surat kita boleh bersemuka. “Itu adalah cara terbaik daripada melakukan perkara yang haram di sisi agama,”katanya. Menurutnya, dalam konteks ibadat ia tidak boleh dipermain-mainkan.


ya betul betul, Tok Peti oii..bebenor sangat le tu..Apa ceghite konsert Sureheboh yang Tok Peti fatwakan haram dulu? Waktu belum jadi Tan Sri dulu? Kan ia diharamkan di Perak! Oh ya! Tu Sureheboh ye tak? Bukan Jomheboh! Jom heboh okeyyy kan "Tan Sri"?
Rasuah halal ke? Membuat diri terdedah dengan tuduhan membunuh okey tak? Apa cerite 300 ribu yang dah murtad seperti Tok kata dulu? Tok Guru Nik Aziz suruh Tok Peti nasihatkan isteri Piem tu..
Ibadat tu apa Tan Sri Mufti?

mangkuk ampang

umno ampang anak buah mail kijo berdemo sokong SPeRMa..

bagus!! Bagus!! Pewaris pun nak berdemo..bagus!! Inilah demokrasi 1Malaysia..

Tapi biasanya berdemo ni membantah sesuatu..kalau sokong tak payahlah demo..

MANGKUK TINGKAT!!

Tuesday, July 21, 2009

catakserukin!

kawan aku ustaz berkata, "buat masa ni aku tak boleh aktif! 5 tahun lagi bila aku dah pencen aku akan bergerak, mungkin berceramah menentang kezaliman dan menegakkan keadilan!"

Dia ni selalu berceramah dan bagi kuliah di surau2 tentang bab2 fiqh, tauhid dan hal-hal berkaitan thaharah, munakahat dan sebagainya..

Aku jawab, "habis macamana yang selalu disebut rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara? Muda sebelum tua, Sihat sebelum sakit, Lapang sebelum sempit.......hidup sebelum mati!



"err....." kata dia.

"takut2 tak sempat pencen arwah!" aku sambung lagi.

Dia lap mukanya dan matanya terkelip2 memandang ke atas kerajaan langit!

mangkuk-mangkuk era baru

mangkuk 1

"sori bro, walaupun gua org anwar, tapi gua takkan pi ziarah kubor org cine..jgn jadi barua cina!" balas kawanku waktu kuajak dia pergi Nirvana Semenyih menghadiri pengkebumian Beng Hock. Aku bagaimana pun mewakilkan isteriku pergi kerana ada urusan duniawi dan ukhrawi yang lain.(pakai bahasa Arab nampak alim sikit).

Aku sedih membaca sms kawanku. Bukan isinya tapi sedih kerana selama ni aku berkawan dengan seketul mangkuk. Kepada mangkuk ni, usahakanlah menaik taraf diri dari mangkuk geluk kepada mangkuk tingkat (sia). Ni jawapan aku biar reti sikit:-

1) aku bukan ORANG Anwar. Dhamir, pendirian dan pemahaman perjuangan aku bukan kerana ketaksuban pada mana2 individu akan tetapi Anwar yang mengepalai perjuangan yang sealiran denganku maka aku sokong, kalau Anwar esoknya tidak sehaluan lagi maka aku akan tidak bersamanya lagi.

2) Sila baca dan cari sirah (cari sendiri jangan tumpang cakap org lain) Rasulullah SAW atau sahabat2 ada tak kisah Rasulullah menghormati jenazah bukan Islam. Cari sampai dapat.

3) Jangan sebok kata orang lain tak berjuang, hanya kau je yang berjuang!

4) kalau kau PAS sila hayati slogan kau PAS FOR ALL, kalau kau Umno/BN fahami 1 Malaysia fatwa Najib, kalau kau DAP hadami Malaysian Malaysia, kalau kau PKR ingat KEADILAN RAKYAT MALAYSIA.

5) kalau kau kata kau "orang Anwar", macamana kau tak faham2 pidato Anwar yang berulang kali sebut "Kalau kamu tak boleh cakap Anak Melayu anak aku, anak Cina anak aku, anak India anak aku jangan duduk dalam pakatan Rakyat!".
Anwar pun ziarah..

Isu apa yang lebih besar dari SPeRMa siasat rakyat malaysia sampai mati?


Mangkuk 2

aku memang tak suka beli dan sokong barang rompak tapi kalau pihak penguatkuasa pun tak kisah pasal penjual VCD cetak rompak siapa aku yang nak lawan mereka? Silap2 kepala aku kena tembak kalaupun tak kena tolak dari bangunan.
Aku pun beli Dvd lanun kat pasar malam tadi- biasalah koleksi Al pacino, DeNiro, Johnny Depp aktor feveret aku.

"RM21!" kata mamat cina ni.

"ceh! diskaun sikitlah!..." dengan suara slow dan mata mengecil ala-ala DeNiro (teruk betul aku nak imitate dia- idolalah katakan) aku berkata,' U kena bagi diskaun sama i. I taiko sini area tau, kalau lu mahu selamat bisnes oklah!"

Cina ni ketawa tapi ketawanya macam badak sakit telinga. Dia rasa macam aku serius."Oklah cincai! RM20!'.

Aku ketawa dan bayar. Singgit je diskaun, tih! Tih! Tih!..Sewaktu hendak berjalan aku sempat menoleh dan mamat cina ni berbisik sesuatu dengan rakannya, mereka berdua kemudiannya melambai tangan kepada aku.
Isteri aku ketawa dengan lawak kami berdua.
Aku percaya aku boleh jadi macam DeNiro kalau tak macam Mafia!
Mangkuk!

Monday, July 20, 2009

Siapa Tuhan kita?

Apa itu Tuhan?
Kata mereka yang mengajar kita, Dia Pemberi Rezeki, Penentu Segala, Berkuasa ke atas segala sesuatu dan kerana itulah Dia wajib kita tunduk dan sembah kerana jika engkar akan Dia hukum. Nyawa- Hidup dan mati di tangannya...

Sembah bukan sekadar bermaksud tunduk melutut merapatkan kedua-dua tangan tetapi sembah bermaksud tunduk patuh dengar dan taat..

Kalau kita takut kepada makhluk yang kononnya akan menyekat rezeki kita, terpaksa tunduk dengan perintahnya kerana khuatir tuan kita putuskan rezeki kita, takut jika engkar arahannya akan dihukum (diISAkan atau dibunuh) apakah automatiknya dia itu sudah jadi Tuhan?

lalu kalimah Syahadah yang menafikan Tuhan lain dan mengisbathkan hanya Allah Tuhan yang satu bagaimana? Syahadah bukan main sebut2 je tapi ada praktikalnya..la Syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana minal muslimin camana?

mana lebih takut? Lokap ISA atau liang lahad?
soalan SB atau Munkar dan Nakir?
Patutlah kata ulama "mentauhidkan Yang maha Esa" amat berat walaupun anda solat 1000 rakaat sehari sampai melecet dahi dan bengkak tumit kerana aqidah tak boleh tergelincir walau sedetik...

amma ba'du!

Saturday, July 18, 2009

dah tua baru ada otak!

Pak Lah kata mansuhkan ISA!
laa...ada otak rupanya orang tua ni...ingatkan kaudu!
Madey dulu gila, pastu keluar umno normal sekejap..
sekarang gila balik..najib pun ditibainya..PR pun kena belasah..
gila meroyan namanya!

zUNAR dan Konco-konco!

ZUNAR- kartunis, reformis dan seniman tersohor mengorak langkah lagi untuk mengembangkan perjuangan.

Bersama kartunis Jonos dan Ronasina, penulis Azzam Supardi dan Syafiqsunny, serta dibantu oleh aktivis Naza, Israq, Jasmine dan Maisuri mereka membuka blog sementara (sebelum membina laman web)..

sila ke;-

ZUNAR DAN KONCO-KONCO

untukmu Teoh..

Ahad 4.30pm mesti datang ke Stadium Kelana Jaya.
Solidariti untuk Teoh, mangsa binatang dari bangunan SPeRMa..

AYUH!!
pAKAI HITAM ALA BLACK METAL!

Friday, July 17, 2009

Hikayat Raja Bohong yang pening!


gambar dari "anak semua bangsa"



Al kisah maka tersebutlah dengan sedihnya sang empunya hikayat akan sebuah ceritera syahdu lagi lawas (lawak keras) yang berlaku pada zaman dahulu colour perihal sebuah kerajaan yang memerintah di atas langit. Raja kerajaan namanya Datuk Nazak dan kerajaannya bernama BN (Bini Nazak) berasa agak masygul lagi gundah gulana akan masalah yang bertimpa-timpa kepada pemerintahan Datuk Nazak dan konco-konco boroi mereka. Datuk Nazak yang dahulunya bekerja sebagai orang suruhan Perempuan Puaka telah berjaya menjadi kepala kerajaan langit sejak 100 hari yang lalu. Kerajaan ini yang sudah porak peranda semakin porahh keranda kerana hari ini rakyat mereka sudah tidak percaya lagi akan setiap buah butir bicara Datuk Nazak dan konco-konconya. Inilah yang memeningkan Datuk Nazak. Setiap kali beliau membuka zip...er..mulut, rakyatnya pasti akan bertempik, "Bohonggg!!". Begitu jualah akan halnya dengan konco-konconya. Setiap kali mereka bersuara maka rakyat akan mengajuk-ajuk sambil menjerit "Bohong!', "Tipu" dan sebagainya.
Beberapa hari lalu telah berlaku akan peristiwa pelik apabila seorang rakyat bermata sepet telah ditemui mati di bangunan istiadat yang menjaga perihal akan kes-kes tumbuk rusuk, makan suap dan sumbat-menyumbat. Akan anak muda bermata sepet ini dikatakan telah dipanggil untuk disoal siasat hari sebelumnya dan telah matilah akan dia pada hari berikutnya. Konco Datuk Nazak pun mengeluarkan kenyataan bahawa budak ini telah membunuh akan dirinya sendiri seperti mantan timbalan kepala negara dahulu yang dikatakan menumbuk matanya sendiri sehingga lebam sewaktu di lokap.

Maka seluruh rakyat telah memperlekeh dan mentertawakan lawak jenaka jegela-jegela Datuk Nazak yang bodoh lagi membangangkan. Maka bergegaslah isteri Datuk Nazak, Datin Rosima Masdor menemui dukun di raja untuk membomohkan rakyat dan orang banyak supaya percayakan lebong dan hikayat ini. Mak cik datin "eselah orang tongahnyo" telah mengesahkan perkara ini.
Datuk Nazak harus berbuat sesuatu untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada pemerintahannya. Dia mahu rakyat kembali berkata "Betul!" atau "Benar!' setiap kali dia bersuara hatta jika dia terkentut atau terbersin pun rakyat akan menjerit "Betulll!!".. Difikirlah beliau akan beberapa ilham dan setelah dihadamkan ilhamnya itu betul-betul maka mengarahlah akan ia agar semua rakyat dihimpunkan di depan istana Putarjayanya untuk mendengar labunnya.
Maka pada hari yang telah ditentukan, berdedai-dedailah orang banyak datang berhimpun.

Yang buta datang beremote kontrol
Yang kudung berwheel chair
Yang rendah terlangak-langak
yang panjang tertunduk-tunduk

Maka berkatalah Datuk Nazak,"Wahai rakyat beta sekalian! Sempena 100 hari pemerintahanku, aku ingin mengumumkan berita gembira kepada kamu!"

"Bohongggg!!!" kata rakyat.

"Aku akan beri diskaun tambang balik kamu nanti dengan syarat mesti bersaie dan bertawaf istanaku 80 kali dan pusingan"

"Tipuuuuu!!!" jerit rakyat.

Datuk Nazak pening." Aku akan murahkan harga barang, naikkan gaji, bagi rumah percuma dan murah!"

"temberanggg!!" pekik rakyat.

Peluh renek membasahi Datuk Nazak. Datin Rosima memperasapkan kemenyan dan gudang garam. Mulut botoxnya terkumat-kamit membaca serapah. Bergerak-geraklah kopeknya mengikut alunan serapah. Asap-asap kemenyan mula memenuhi ruang udara dan merayap ke arah orang banyak.

"Budak mata sepet tu mati bunuh diri, percayalahhh!!" rayu Datuk Nazak.

"Tipuuu lagiii!!!" laung rakyat lagi.

Air mata Datuk Nazak mula bertakung di kelopak mata. Tipislah harapannya untuk mengembalikan kepercayaan rakyat. Gelaplah masa depannya dan bagaimanalah dia hendak mencari duit untuk isterinya membeli belah nanti. Akhirnya dia beroleh kekuatan dan setelah berdoa bertawassul terhadap mendiang ratu dewi Mongolia maka mendapat ilhamlah akan dia. Dikumpulkan nafas yang ketat di rongga dada dan melaunglah dia,

" Sesungguhnya aku memang pembohong, penipu dan perompak! Aku dan konco-koncoku memang kaki temberang dan tiada satu apa pun yang kulabunkan ini benar kerana hidup dan mati aku dan konco-koncoku memang menipu saja kerjanya!!!"

rakyat terbanyak pun menjerit, "BENARRRRRRRR!!!!'
tersengihlah Datuk Nazak. Telah kembali percayalah rakyat akan kata-katanya. Di balik pintu Datin Rosima ketawa berdekah-dekah. Puas kerana serapah santaunya kepada rakyat menjadikkk!!

demikianlah ceritera rakyat yang dibawa dari mulut ke mulut dan dari blog ke blog adanya.

sahibul hikayat;
Tun Sri KulupSakah lanang AlHaj

menuju negara Gangster!

Sahabat aku, Tan Boon Wah mendedahkan dalam Malaysiakini yang beliau juga disoal siasat ala gangster dengan SPRM pada ketika yang sama dengan mendiang. Tan yang juga antara yang lantang dalam kes 'buka jalan' di Taman Mahkota Cheras mengaku diancam dan didera mental sewaktu sessi soal siasat.
Ini bukan perkara baru. Telah ramai yang tampil mendedahkan perkara yang sama. Jika anda mendedahkan sesuatu anda akan diugut.
Pihak yang sepatutnya bertugas melindungi kepentingan rakyat sebaliknya melindungi gangster dan lebih hebat lagi mereka berlagak menjadi gangster. Al Capone pun tak begini.
Aku risau dan kita rakyat Malaysia perlu risau akan fenomena ini kerana hukum alam "tiap aksi pasti ada reaksi". Kesan lain akan timbul.

Apakah rentetan dari situasi ini akan muncul lagi Ma Baker, Phoolan Devi, Billy the kid, Robinhood, Bentong Kali, Botak Chin dan Mona Fandey?

Thursday, July 16, 2009

apa cerita Jumaat lepas? Apa cerita Jumaat harini?

aku membawa buku kecil untuk mencatat nota khutbah sang khatib hari ni..apalagi yang nak dibebelkan? Kisah rempit, bohsia dan hiburan melalaikan? Atau anak-anak muda yang semakin hilang pegangan agamanya? Macam minggu sebelum-sebelumnya.. Kepada siapa sebenarnya khutbah ni nak dihadapkan? Siapa yang patut dileterkan? Mamat-mamat yang dikhutbahkan ni datang tak?
Apa cerita orang tua kaki ekor? Ada tak?
Kalau anak muda berdating di dalam semak dipanggil maksiat macamana pulak pakcik2 bergomol dengan GRO di dang dut atau di hotel 5 bintang? maksiat atau makkoyak?
Apa kata waktu-waktu senggang pergi berkhutbah di Kelab-kelab eksklusif, disko, best tak?

Harap-harap hari ni ada cerita pasal rasuah atau banglo mewah-mewahan kalaupun tak cerita budak jatuh bangunan SPeRMa! Jangan khutbah pasal makanlah buah-buahan tempatan sudahhh!! Tidur lagi dapat pahala kot!

makan luar makan dalam..


1.30 tgh- Brickfields
Berjalan melalui deretan kedai-kedai bersama Azzam Supardi dan Syafiqsunny menuju Restoran Puteri untuk makan tengahari. Disapa oleh bapak-bapak ayam agar melanggan ayam-ayam daging belaan mereka. Aku memang lapar tapi kurang selera makan ayam hari ini. Begitu juga Azzam manakala Syafiq lebih gemar ayam kampung. Selepas makan kami sekali melalui lorong-lorong ini. Ia bukan lorong gelap tetapi bisnes ayam percik, ayam togel, ayam tua yang terbuka lagi glokal.
Daging tiga segi yang kekadang berlendir dijual murah, ada yang dihurung langau tetapi masih belum basi. Masih belum expired kerana dah melalui ujian SIRIM dan ada logo halal JAKIM.

Tuesday, July 14, 2009

manik terburai!

Zunar sms aku beberapa minit sebelum keputusan PRK Manek Urai keluar..

"Kalau menang besar AlhamduliLLAH
menang tipis MuqabaLAH!"

aku balas, "jerit 3x TAKBUUUURRR!!!"

aku memerlukan 66 undi untuk menang betting, aku bet PAS kalah!!
Huihh!!!
Haram Judi (jadah!)

Sunday, July 12, 2009

hidup di atas kasih sayang Tuhan!

tiga empat tahun dulu-


" Bang , kasi seringgit bang! Baru keluar hospital ni, banyak lapar! Saya ing..."

Belum sempat lelaki India tu habis cakap, aku membentak," Berapa kali mau kasi lu wang? Minggu lepas sudah kasi, lu samsu jugak ada beli! Tipu punya orang!!"

"Mana ada tipu? Betul abang!"

"Hoi!! Aku bagi kau seringgit minggu lepas, tulah! Dah mabuk hapa pun tak ingat, bikin susah orang saja!" Aku betul2 marah. Aku pun undurkan kereta dan oppss!! Aku terlanggar sebuah kereta yang lalu di belakang!

"Cilakeee!!" Aku keluar dari kereta dan menjerit ke arah lelaki mabuk tadi, "Ini semua kau punya pasallah, pergi blahlah kau!!"..

Lelaki India itu blah tanpa sepatah kata. Si pemandu Wira yang aku langgar tadi sudah berdiri di sisi keretanya dengan muka yang cukup masam. Selamba saja aku sound dia, "Jangan kerana kereta kita bergaduh kalau kau orang Islam! Parking tepi dulu kereta kau!!". Dia menurut.


Apabila dia datang, aku terus bersalam dan meminta maaf kerana kesalahanku mengundur tanpa melihat keretanya ada di situ.

"Awak buat dulu kereta awak dan bilnya beri pada saya, biar saya bayar! Saya takde duit sekarang. Ansur-ansur pun saya pasti akan bayar!" Kata aku selepas aku memperkenalkan nama penuh dan tempat kerja.

Dia yang kelihatan agak tenang sedikit selepas aku sound tadi berkata,'Oklah! Tapi mana IC kamu? Orang sekarang ni bukan boleh percaya sangat!"

Aku bagi segala butir2 peribadiku. Esoknya aku menelefonnya dan memintanya membawa aku ke bengkel cat kereta kawanku untuk berunding. Dia seorang peniaga nasi lemak sepenuh masa dan kenderaannya adalah harta yang sangat bernilai. Kalau masuk bengkel pasti susahlah dia sehari dua ni. Aku faham, aku juga menceritakan yang aku juga buat part time niaga pasar malam sebab nak biaya perubatan dua anak aku yang dilahirkan cerebral palsy (lumpuh otak) dan tiada upaya menguruskan diri. Aku cerita selamba saja tapi dia tiba-tiba bersedih.

Kawan aku kata kos repair semuanya lebih kurang RM250 je dan segala urusan selesai. Mamat yang berasal dari Sabah ni tiba2 memulangkan RM100 kepadaku walaupun sungguh2 aku menolak.
"Aku memang salah dan wajarlah aku membiayai kerosakan kau!" kata aku sejujurnya.

"Takpe bang! Saya faham bang! Simpanlah duit ni untuk anak abang!' Dia betul2 sedih dan akhirnya kami jadi kawan. "sesekali datanglah kedai nasi lemak kami!".

Aku ketawa..

Aku sedar sewaktu aku menempik lelaki India tu hati aku sendiri tak setuju dengan tindakanku tu selaras dengan ayat 10 Surah Ad-Dhuha, "Akan orang yang meminta, janganlah kamu menjerit (membentak)"..akibatnya aku dibalas dengan eksiden. RM1 punya pasal aku kena bayar RM150. Aku juga percaya Tuhan sayangkan aku bila mana insan tersebut dilembutkan hatinya untuk meringankan bebanan aku.

Terima kasih Tuhan! Aku semakin percaya kepadaMu!

Saturday, July 11, 2009

kutu, babi, kutu babi, nyamuk dan wudhuk..

spesis kutu khinzir


Setelah berbincang ringkas dengan seorang doktor pakar perubatan, kami mendapat satu konklusi bahawa selesema babi adalah suatu agenda tersorok pihak tertentu (WHO kah?) untuk mengaut keuntungan. Persis seorang bomoh yang perniagaannya merosot lalu dilepaskan jin ke penduduk kampungnya, kemudian langsung ditawarkan dirinya mengubat pesakit yang dirasuk. Menjadilah bisnisnya.
Perubatan adalah bisnes yang paling menguntungkan! Virus ini tiba-tiba wujud dan ubatnya tiba2 ada. Untuk mengubati virus berpunca daripada babi ini, maka vaksinnya daripada babi juga. Siapakah Malaysia yang kononnya negara Islam untuk menolak dan tak mahu membeli ubat ini sedangkan seluruh dunia membelinya? Orang Islam yang terpekik terlolong akan isu babi terpaksa disuntik babi di dalam darah dagingnya.

Yang lucunya Malaysia mengambil kesempatan membalun isu H1N1 ni kerana ia datang dari luar. Mengapa disorok statistik sebenar kes denggi? Lebih 50,000 kes kan? Berapa yang terkorban? HOIII!!! Nyamuk lagi bahaya woii!! Namrud pun mati sebab nyamuk.
Berapa pula sebenarnya bacaan indeks pencemaran udara (IPU)? Juga kerana bisnes maka fakta ini diselindungkan.

(diskusi Dr. Erin dan Dr. Kulup berhenti apabila kutu babi hinggap dimuka kami. Ciss!! Batal air sembahyang saya!!)

ingat tak zaman tu?

Tadi aku ke rumah BAKTI, bikin demonstrasi kartun bersama kartunis Zunar dan Jonos serta Azzam dari Sindiket Sol Jah, menghiburkan mereka, anak-anak yang ditinggalkan ibu bapa. Aku lebih suka naik LRT atau tren sebab cepat walaupun bini aku risaukan wabak selesema cipan yang melanda hari ini.
Dalam tren aku termenung dan teringat zaman dulu, era bas mini. Biasanya masa tu aku bawak sekeping syiling RM1 untuk tambang bas pergi balik. Tak bawak wallet, cuma bawak IC lama yang liat dan tahan lasak tu di poket belakang jeans. Pekena nasi goreng dengan milo ais kat benteng baru RM3..lepas tu layan wayang kat Kotaraya nonton Chow Sing Chi, Maggie Cheung, Andy Lau Tak Wah dan Anita Mui..kah kah kah!
Berangan juga nak tackle amoi CM (agaknya Emmy kedai kaset dan Jasmine kedai emas dah beranak pinak dan dah dimamah usia sekarang)..tapi aku kaki pokai masa tu. Pomen comot yang cuma berselipar jepun melayan Adi jagat, Sidek (arwah), Sherry busking..

Hari ini RM1 dah takde nilai, dan ke semua yang pernah singgah dalam hidup hanya sebuah mata pelajaran untuk melalui kehidupan..
kerana tanpa "kalau" dan "mungkin", hidup belum tentu jadi begini!

Thursday, July 9, 2009

Taiko cheng!

"Abang tolong gores ni bang! Kalau nasib baik abang dapat hadiah free punya!" amoi gigi rongak sebatang tu menyapa aku. Ya! Peraduan gores dan menang ni pernah aku menangi di R&R Sg. Buloh semasa aku nak ke Ijok sebab ada PRK di sana dulu (waktu Tan Sri Khalid kalah denga Parthiban). Aku menang dan agen itu meminta membawanya ke pejabat di Kepong tapi aku malas. Kali ni aku disapa lagi dan aku berhajat nak tengok sejauh mana kelentong depa. Aku pun menggores dan seperti diduga aku telah menang RM4,000. Amoi ni melompat-lompat lebih dari aku dan memanggil kawan2nya meraikan kemenanganku. Sama gaya lompatnya dengan yang dulu. Dia kemudiannya meminta aku membawanya ke pejabatnya yang 3 km dari pasar tu.

"Baiklah! Kalau aku tak dapat free aku lempang kau!!" Amaranku.

"Lempang tu apa bang?" tanya amoi tu. Laa, amoi lombong bijih mana datang ni, lempang pun tak tahu. Aku pun menumpangkannya yang menjadi jurupandu arah ke pejabatnya. Dalam kereta tak habis-habis dipujinya aku, kata aku lebih muda dari usialah, aku baguslah. Aku tak ambil pot sangat sebab taktik biasa ni aku dah tahu. Setakat pompuan kata aku kacak aku tak kisah, tapi kalau lelaki puji adalah yang nak kena terajang ke luar kereta, hihi!



Masuk saja ke dalam opisnya terus aku bagi amaran kepada mereka kalau aku tak dapat keluar dengan membawa barang RM4,000 percuma aku akan lempang seorang demi seorang. (Hisyy! Macam berani sangat!) . Lebih kurang 4- 5 orang ada di dalam tu lelaki dan perempuan.

"rileks abang, mari dengar dulu!". Seorang lagi amoi yang segak sikit membawa aku ke dalam sebuah bilik untuk diberi penerangan. Amoi rongak pun ikut sekali. Maka dicelotehlah dengan macam2 gebang termasuklah menunjukku keratan -keratan lama akhbar yang pernah tersiar dan juga akhbar hari itu gambar orang menerima hadiah dari mereka. Gambar orang berkopiah pun ada. (biasalah, orang kita kalau ada gambar berkopiah mulalah percaya sikit). Aku dikatakan akan mendapat sebuah dapur elektrik automatik dan dia buat demonstrasi. Memang spesel dapur tu, bila kita letak cerek di atas tungkunya, automatik api akan menyala dan jika diangkat terus padam. Pehh!!
Gebang punya gebang dia kata memang percuma tapi harganya sebenar RM6,000 jadi aku kena tambah RM2,000 lagi.
"apa? Kena bayar? Tadi kau kata percuma?" aku naik angin.
"Dia ni baru kerja bang, sori ye?" ujar amoi segak tu. Amoi rongak hanya diam aje.

"PU*IM@KK!!" aku menjerit sambil menghentak meja. Amoi segak kelam kabut bangun membuka pintu. Aku meluru keluar ke meja receptionist sambil berkata kepada mereka," Nasib baiklah saya ni orang baik, cakap mau lempang tapi tak lempang! Cilakee luu orang penipu!!" aku keluar dan merenung lama di depan pintu lutsinar mereka. Aku rasa mereka telah menghubungi taiko mereka kerana sewaktu aku berada di keretaku, ada dua mamat sedang melilau mencari sesuatu. Amoi rongak berkata sesuatu kepada mereka anehnya dia seolah2 tak berani menunjukkan aku kepada dua taiko tu. Hanya muka dia agak gelisah sambil curi-curi pandang ke arah aku. Aku blah! Bukan marah sangat saja nak ngusik! Hihihi!!

*Aku rasa sindiket ni telah memerangkap remaja yang kurang berpelajaran (kebanyakannya cina) dengan menawarkan peluang pekerjaan. Mungkin mereka telah sain kontrak dan akhirnya terpaksa buat kerja gini. Aku pernah jumpa budak salesman jual buku yang menceritakan perkara begini kepadaku.
Dunia! Dunia! Meniaga orang lebih untung dari meniaga unta- Hussein Lempoyang Tiga Abdul)

Wednesday, July 8, 2009

hah sudah!!

.. Angkatan Muda cuba mobilise ribuan rakyat hadir di mahkamah untuk menyokong Anwar tapi tak sampai 200 yang hadir..
Kenapa?
sibuk kerjakah? Atau laungan REFORMASI makin tenggelam?
ha sudah la dah!!!

Tuesday, July 7, 2009

demnostrasi haram vs halal!




Semalam SB telefon aku apakah aku akan sertai demonstrasi haram menyokong Anwar di Mahkamah Jalan Duta pagi ni , aku jawab aku tak pergi sebab aku dah jadi penakut.


Lagi pun aku ada sekurang2nya diploma maka aku tak layak berdemonstrasi seperti rebel rousers yang lain. Tempat aku hanya layak di meja2 indah dan karpet tenggelam ..(hihi! Cuba tengok sapa yang berani karang)




Tapi semalam aku berdemonstrasi halal bersama journalist Syafiqsunny, kartunis Jonos dan diketuai kartunis Zunar..Berdemonstrasi kartun di Sekolah Agama Taman Kosas. Lagi bagus! Ajar bebudak melukis!


Hihihi!!

Monday, July 6, 2009

malamsenirakyat: sebuah catatan peribadi!

wajar rasanya aku buat catatan ni kerana pilot project kami ni mencatat kejayaan yang cukup manis. Seperti kata Dalyanoon, "PUAS!" sampai kami tak de selera malam tu. Kenyang rohani!..Sebenarnya Pn. Sham lah yang memutar semua ni. Dari proposal dan susun budget, cari dana, meyakinkan Adun Kajang YB Cikgu Lee untuk menjadi penganjur bersama, menempah hotel, menggantung banner hinggalah menyusun kerusi. Ina uruskan catering. Kehadiran kawan2 sukarelawan seperti Dalyanoon, Rodzi Jawaher, Firdaus meringankan beban. Rosli, Syakir dan Nazri ( bertugas jadi drebar Pak Samad) serta geng2 Akil gantung banner sekitar Kajang, Hulu Langat dan Bangi.

6.30 ptg: budak sekolah ni melompat gembira nampak Pyanhabib dan nak ambil gambar. "Saya memang minat Pyanhabib. Btulke Pak Samad ada malam ni?"..dan budak ni terus stay dengan baju sekolahnya sampai malam..
geng blogger Network: MatSamanKati, Ummi Hani, Sya Reformis datang menyokong. Anje DugongDarat dan Sam Ahmad pun turut bersama rombongan.

Suboh Balakong (kanan sekali) menyingsing lengan membantu jual t-shirt dan CD Meor, Nik dan Black yang licin licau! Yang kiri (cacat penglihatan) dan tengah tu geng Isham Rais bermotosikal dari JB ikut jalan kampung semata2 nak tengok show ni. Aku terharu macam nak nangis!
Sempat bikin filim. Actioooonnn!!! kata director Rahmat Haron.

Babak Black dan Meor berlatar belakangkan Bangunan UMNO..tih tih tih!


Ina (incas katering) dan Rodzi Jawaher memaksa Pyanhabib mengikat banner tambahan depan dewan

Dalyanoon join sebagai sukarelawan tenaga kerja posing dengan Nik dan Pyanhabib.

Khalayak yang hadir, 200 kerusi tak cukup


kat atas bilik teknikal pun penuh!


sebagai MC, 5 minit awal aku mencari rentak dan mood penyampaian..


uncle Hee Kai, otai Kajang sengaja aku jemput kerana dia selalu menyanyi setiap kali berjumpa dengan aku. Lagu itulah "Bersatu Reformasi" dengan tiupan harmonikanya. Lagu yang senikatanya diubahsuai sedikit mengikut arus zaman ini pernah dinyanyikannya pada tahun 1956 di Old Port Kallang, Singapura sewaktu perhimpunan 100ribu menuntut kemerdekaan.



Sengaja aku letakkan Nik pada awal persembahan kerana aku tahu keupayaan Nik menghangatkan suasana yang masih sejuk. Nik berjaya malam tu..(siap pakai spek oo!). "Bersiaplah Untuk Sebuah Revolusi" dan "Nyanyian Para Malaikat"

Black dengan "Revolusi 48" dan anthem "Burhanuddin Helmi".


Aku tengok ramai yang tertarik mengambil foto bayang Rahmat sedang membaca sajak panjang bertajuk 'Petroleum". Memang cantik! Rahmat kena taruk dalam blog dia sebgai satu karya artistik!
Aku mengaku menSMS SB yang bertugas malam tu mengawasi seorang peminat fanatik yang mungkin di bawah pengaruh alkohol duduk di tepi tangga pentas. Aku khuatir dia merosakkan majlis. Sebaik saja Rahmat habis membaca sajak, dia sujud ke arah Rahmat.



Aku tak pernah jumpa Mei Chern sebelum ni walaupun dia berkolaborasi di dalam album DRUR Meor. Malam tu sekuntum bunga cina ini nyanyi lagu ciptaannya "Do You see me like You" dan AWAS API Perempuan itu (dedikasi untuk Shamsiah Fakeh) lagu Meor puisi Rahmat Haron


Hishamuddin "TukarTiub" Rais gegar dewan dengan stand up comedynya. Kah Kah Kah! (gelak dia)..kami sedikit berbincang kerana kami sama2 minat buat stand up comedy. Ruang kosong ni patut diisi dan dibangunkan kerana katanya penonton lebih terbuka menerima sesuatu yang panas dalam keadaan mereka ketawa. Mamat yang mabuk tadi mula sedikit bising setiap kali Hisham bagi punch dia akan sahut "f**k off!", "f**k off!"..mujurlah dia blah lepas tu. Ada yang kata dia menjerit kat luar! Pelik!

Nak kata apa lagi pasal Pyanhbib? "Apa khabar Samy Vellu apa khabar tol-tol di lebuhraya?" aku ingat sajak ni ada dalam filem Rozana Cinta 87 dan semestinya sajak "Bapakku Seorang Waibi" menggamatkan dewan.

Meor tenangkan dewan dulu dengan "Lagu Aman Lagu Damai" ciptaannya dan lirik Ubilepih. (Doa untuk ayah Ubi yang sakit, kalau tidak dia mesti datang dan saksikan detik ini). Nik juga tampil semula dengan lagu Terang Bulan sementara Black nyanyi "Anak bangsa Malaysia"


YB Kajang, Cikgu Lee Kim Sin sebenarnya dah baca sajak mula-mula acara tadi tapi sekali lagi bangun mengiringi Pak Samad dan baca sajak untuk Pak Samad yang dikarangnya spontan.


hohoho! Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said bikin khalayak terpukau dengan salah satu sajaknya "Peludah Bahasa".


lagu akhir malam tu, lagu panas yang selalu diminta walaupun album tak keluar lagi.."Syuhada Memali" dan "ISA".


Gua puas, Sham puas. YB tersengih lebar! terus rakamkan gambar dengan kawan2 dan yang lain2. Aku gembira Nora Reformis yang dah lama tak jumpa hadir dengan blogger Anuar Md. Nor (dulu web UMNO Reform), zaid, Arip, kak N dan abang Bad GMI, Hasni Abas s/u Gerakan anti PPSMI, Jasadbeku, otai Manjung, lawyer muda Fad dan Puspa pun ada..syafiqsunny AnwarIbrahimClub juga ada.
sedih juga Jeffri @ Anak8 tak dapat buat persembahan. Bukan tak bagi tapi ada sebabnya. Lain kali Insyaallah! Seniman tak boleh merajuk sebaliknya mesti berusaha kona ikut lain (belajar dengan Zunar bab ni)


..rehat selepas show. Pyan barangkali sedang menunggu adik comotnya datang.


Letih tapi puas. Aku sekeluarga tidur hotel terdekat kerana awal paginya aku terpaksa hantar Pak Samad naik komuter pulang. Ceh! Apa yang lebih menyeronokkan dapat bersarapan pagi dengan pak Samad dan isteri? Pak Samad seronok program malam tu berjaya, khalayak tak cabut awal malah terus setia hingga habis. Pak Samad juga bangga ramai anak muda begini!



Aku seronok kerana dapat sepentas dengan mereka seperti dua hari sebelumnya aku sepentas dengan IR Nizar.
Maaf terkurang, terima kasih yang membantu.Tak mampu aku ingat semuanya tapi kalian tahu siapa kalian.
* DVD akan terbit tapi agak mengambil masa sedikit. Pembuatnya terlalu sibuk.
( kepada yang menghubungi untuk join persembahan, maaflah! Jangan merajuk. Bukan ini satu saja program. Kita kena sama2 berusaha mencari ruang untuk program seperti ini terus bernafas. Hafiz Balakong, Mat Banting boleh jumpa nanti. kami juga mengalu2kan kumpulan lain menubuhkan grupnya sendiri dan mencari persembahan. Mungkin kita boleh bekerjasama nanti)
























Friday, July 3, 2009

Bahang MALAM SENI RAKYAT mula terasa!

Panggilan telefon peminat mencurah-curah nak datang malam ni..dari Melaka pun ada..hisyy!!

Maaf kepada rakan-rakan yang menghubungi meminta untuk membuat persembahan. Kami terpaksa tolak kerana program telah padat dan maklumat perlu dihantar cepat untuk proses mendapatkan permit polis. Tapi datanglah untuk kita berbincang program di lain masa.

Terima kasih kepada YB Lee Adun Kajang yang menganjur dan menghulurkan dana, rakan-rakan yang membantu memasang banner, bunting, poster dan risalah di sekitar Kajang, Hulu Langat hingga ke Bangi.

Puan Raja Rohaisham yang telah berusaha dari A hingga Z, dari menulis surat, panjat sana- sini cari dana hinggalah memanjat memasang banner..Kerja Gilee!!

JUMPA MALAM NI!!

Thursday, July 2, 2009

taiko!

"Ayah Nyah! Ayah Nyah kat mana? Tolong Ida! Ada taiko datang nak tarik kereta ni!"
Anak buah aku telefon di sebuah lokasi yang tak jauh dari kami. Aku dan isteri yang kebetulan di dalam kereta nak bersarapan segera ke tempat kejadian.
"Cepat Ayah Nyah! Depa punya kawan dua orang lagi dah sampai dan sekat tak bagi Ida jalan!"..2-3 kali juga anak buah aku telefon sementara nak sampai ke tempat kejadian. Anak buah aku anak dara, aku risau apatah lagi pernah dua bulan lalu dia diekori sewaktu memandu seorang diri dan diancam hendak dilanggar belakang keretanya.

Sebaik saja sampai, aku lihat 4 orang lelaki India sedang menanti dan kelihatan mereka bercakap sesama sendiri sewaktu kereta aku berhenti depan mereka. Seorang bertubuh agak besar dan hampir ke semua mereka bertindik dan bersubang di telinga dan bergelang emas dan bercincin besar persis taiko Colombia kalaupun tak Mongolia. Aku harap mereka berdebar sedikit melihat muka yang aku cuba adjust ganas habis. Aku harap mereka cuak dengan KulupSakah.

Si gemuk menghulurkan tangan lalu menceritakan duduk perkara untuk berbincang dengan baik dan aku pun menerimanya. Dia kata nak tarik kereta atau kalau nak settle tolong bayar RM400 sekurang2nya dan bila aku kata RM400 banyak, RM100 adalah wajahnya berubah dan mula bercakap kasar sedikit. Aku percaya kalau bergaduh harus patah riuk aku tapi aku percaya kebenaran lebih kuat dari kebatilan. Yang ni aku pegang sungguh!

Isteri aku berkata,"Kami tak mahu bayar rasuah dan anda boleh tarik kereta ini!". Isteri aku menyuruh Ida memindahkan barang2 ke dalam keretaku. Ida yang agak sedih menurut. Mungkin dia sedih keretanya ditarik. "Dia memang hendak ke bank sekarang untuk bayar kereta . Emaknya sedang sakit dan kewangan agak susah sedikit 2-3 bulan lepas. Sekarang dia nak bayar! Tapi kami takkan bayar rasuah kepada anda. Berdosa!" Isteriku terus masuk ke dalam kereta dan menutup pintu rundingan. Berkali-kali juga mereka menegaskan, "Ini bukan rasuah!' Aku cakap, "habis apa?"..mereka tak jawab.

Taiko -taiko ni akhirnya berlembut sedikit denganku. "Oklah bang! Sekarang berapa yang abang sanggup bayar? Tak kisahlah!"
Aku jawab," Jika anda nak tarik, tariklah! Kami takkan bayar sesen pun dengan kamu, ini masalah dia dengan bank, kamu jalankan tugas kamu dan claim dengan bank".

Ida memberi kunci keretanya kepada taiko tetapi taiko tak mahu ambil sebaliknya berbincang panjang sesama mereka. Mereka menghubungi kawan Melayu mereka untuk berunding denganku ," Bang! Kami akan tarik tapi abang boleh bayar sedikit untuk kami lepaskan kereta tu! Jangan risau!'..tetapi aku beritahu mamat tu," kamu teruslah tarik dan kami takkan bayar apa-apa pun kepada kamu.
Mamat ni mengalah.
Akhirnya mereka lepaskan kami begitu saja. Kata si gemuk itu, "Takpelah! Kakak pun kata rasuah berdosa, saya lepaslah..tapi saya tak jamin kalau ada grup lain datang tarik!"
Aku jawab"kalau grup lain datang, mereka boleh tarik dan kami tetap takkan bayar kepada mereka!"

Ida berasa lega...mungkin dia menyangka pak-mak sedaranya mengalah dengan senang sewaktu memberi mereka tarik kereta. Isteri aku kata, "Teringat kata Cheng Ho sewaktu polis trafik meminta rasuah di atas kesalahan trafiknya saya boleh bagi kamu rasuah tapi saya tak tahu macamana nak jawab dengan Tuhan nanti!"..

Aku selalu percaya kebenaran sentiasa di atas selagi kita yakin!
Haqqulyaqin!

IKLAN LAGII...


MALAM SENI RAKYAT di Dewan MPKj
4 Julai 2009
9.00 malam- 11.30 malam

sekali lagi iklan!!
Malam tadi di stadium Kajang Meor dan Black mendapat sambutan yang cukup hangat. Kehangatan ini akan diteruskan lagii!!

JOM!!

Wednesday, July 1, 2009

YB- Yang Besor?

1

sehari dua ni aku sibuk sangat . As busy as a bee..sibuk dengan sebuah projek yang bakal menggemparkan dunia tak lama lagi..apa? Ohh bukan .. aku tak terlibat dengan projek menyakat Rosmah tuu..(tungguuuuu)..rahsia!

Malam ni pulak 2 Julai aku kat Stadium Kajang berceramah bersama Nizar, Tian Chua dan lain-lain.. (aku berceramah? hihi..labun ke bebenor nih?) Datanglahh!!



4 Julai MALAM SENI RAKYAT akan berlangsung. Aku semakin teruja. Segala persiapan lancar. Permit polis tiada masalah. Seorang SB tu pun tak sabar nak tengok penyair pujaannya, Pyanhabib bersajak.
Ramai juga yang telefon nak buat persembahan..kami memohon maaf banyak2 sebab program dah diatur, tapi kalian dijemput hadir untuk kita berkenal2an dan merancang program seterusnya!


2

apabila aku melihat ada beberapa mamat bersungguh2 tersengih2 mengendeng YB atau wakil rakyat dan melihatkan beberapa orang wakil rakyat yang kelihatan terasa 'hagas" sebab dingendeng, aku tertanya2 adakah perlu sampai begitu sekali tahap bodek yang diperlukan?

Bukankah YB itu maknanya Yang Berkhidmat? Mengapa tiba2 menjadi orang besar sehingga acara yang dianjurkan di kawasannya sendiri dia menjadi seperti tetamu terhormat walhal dia tuan rumah di situ yang mesti mengambil tahu akan keperluan2 orang2 bawahannya. (maksud orang bawahan bukan kuli- tetapi penyokong yang mengangkatnya untuk menyampaikan suara yang mereka sepakati bersama...



Dua malam lepas di Stadium Kelana Jaya aku mendengar lagi keluhan kawan2 dan kenalan tentang mereka. Keluhan yang sama..kata mereka ada YB yang dulunya kawan rapat tapi hari ni kalau terserempak seolah2 YB ni nak mengelak..macam tu sekali?

ahh!! Jangan kecik hati..tahun depan ada pemilihan, mereka akan datang jumpa korang nanti...meminta sokongan!

Kata depa, YB seperti Saari Sungib, Johari Abdul, Dr. Nasir Hashim, Eli Wong, Dr. Dzulkefli, Dr.Hatta adalah antara YB yang berjiwa rakyat malah makin mesra dengan kawan2 lama walaupun dalam kesibukan.
YB mestilah ceria dan tidak moody ketika bertemu rakyat walaupun anda penat dan banyak masalah.. Anwar Ibrahim sewaktu dibebaskan dari penjara masih sempat tersenyum dan sanggup bertemu rakyat dan bersalam walaupun sakit tulang belakangnya begitu kuat. Inilah yang sukar nak ditandingi oleh mana-mana pemimpin.
Ada sesetengah pimpinan parti yang belum jadi YB pun dah ek dan agak moody..Camana nak jadi YB?

(entry tahapa2 sebab sibuk sangat...kunun!)