Sahabat aku, Tan Boon Wah mendedahkan dalam Malaysiakini yang beliau juga disoal siasat ala gangster dengan SPRM pada ketika yang sama dengan mendiang. Tan yang juga antara yang lantang dalam kes 'buka jalan' di Taman Mahkota Cheras mengaku diancam dan didera mental sewaktu sessi soal siasat.
Ini bukan perkara baru. Telah ramai yang tampil mendedahkan perkara yang sama. Jika anda mendedahkan sesuatu anda akan diugut.
Pihak yang sepatutnya bertugas melindungi kepentingan rakyat sebaliknya melindungi gangster dan lebih hebat lagi mereka berlagak menjadi gangster. Al Capone pun tak begini.
Aku risau dan kita rakyat Malaysia perlu risau akan fenomena ini kerana hukum alam "tiap aksi pasti ada reaksi". Kesan lain akan timbul.
Apakah rentetan dari situasi ini akan muncul lagi Ma Baker, Phoolan Devi, Billy the kid, Robinhood, Bentong Kali, Botak Chin dan Mona Fandey?
4 comments:
Lup kalau lu bleh dptkan identiti team SPRM yang buat siasatan kat teoh malam tu tolong umumkan,
gua dah mendidih dah ni...
isy! nanti gua pulak mati jatuh jembatan...hihi!
kulup sakah!
Research Papers Amazing stuff, thank you for the information.
Post a Comment