"Abang tolong gores ni bang! Kalau nasib baik abang dapat hadiah free punya!" amoi gigi rongak sebatang tu menyapa aku. Ya! Peraduan gores dan menang ni pernah aku menangi di R&R Sg. Buloh semasa aku nak ke Ijok sebab ada PRK di sana dulu (waktu Tan Sri Khalid kalah denga Parthiban). Aku menang dan agen itu meminta membawanya ke pejabat di Kepong tapi aku malas. Kali ni aku disapa lagi dan aku berhajat nak tengok sejauh mana kelentong depa. Aku pun menggores dan seperti diduga aku telah menang RM4,000. Amoi ni melompat-lompat lebih dari aku dan memanggil kawan2nya meraikan kemenanganku. Sama gaya lompatnya dengan yang dulu. Dia kemudiannya meminta aku membawanya ke pejabatnya yang 3 km dari pasar tu.
"Baiklah! Kalau aku tak dapat free aku lempang kau!!" Amaranku.
"Lempang tu apa bang?" tanya amoi tu. Laa, amoi lombong bijih mana datang ni, lempang pun tak tahu. Aku pun menumpangkannya yang menjadi jurupandu arah ke pejabatnya. Dalam kereta tak habis-habis dipujinya aku, kata aku lebih muda dari usialah, aku baguslah. Aku tak ambil pot sangat sebab taktik biasa ni aku dah tahu. Setakat pompuan kata aku kacak aku tak kisah, tapi kalau lelaki puji adalah yang nak kena terajang ke luar kereta, hihi!
Masuk saja ke dalam opisnya terus aku bagi amaran kepada mereka kalau aku tak dapat keluar dengan membawa barang RM4,000 percuma aku akan lempang seorang demi seorang. (Hisyy! Macam berani sangat!) . Lebih kurang 4- 5 orang ada di dalam tu lelaki dan perempuan.
"rileks abang, mari dengar dulu!". Seorang lagi amoi yang segak sikit membawa aku ke dalam sebuah bilik untuk diberi penerangan. Amoi rongak pun ikut sekali. Maka dicelotehlah dengan macam2 gebang termasuklah menunjukku keratan -keratan lama akhbar yang pernah tersiar dan juga akhbar hari itu gambar orang menerima hadiah dari mereka. Gambar orang berkopiah pun ada. (biasalah, orang kita kalau ada gambar berkopiah mulalah percaya sikit). Aku dikatakan akan mendapat sebuah dapur elektrik automatik dan dia buat demonstrasi. Memang spesel dapur tu, bila kita letak cerek di atas tungkunya, automatik api akan menyala dan jika diangkat terus padam. Pehh!!
Gebang punya gebang dia kata memang percuma tapi harganya sebenar RM6,000 jadi aku kena tambah RM2,000 lagi.
"apa? Kena bayar? Tadi kau kata percuma?" aku naik angin.
"Dia ni baru kerja bang, sori ye?" ujar amoi segak tu. Amoi rongak hanya diam aje.
"PU*IM@KK!!" aku menjerit sambil menghentak meja. Amoi segak kelam kabut bangun membuka pintu. Aku meluru keluar ke meja receptionist sambil berkata kepada mereka," Nasib baiklah saya ni orang baik, cakap mau lempang tapi tak lempang! Cilakee luu orang penipu!!" aku keluar dan merenung lama di depan pintu lutsinar mereka. Aku rasa mereka telah menghubungi taiko mereka kerana sewaktu aku berada di keretaku, ada dua mamat sedang melilau mencari sesuatu. Amoi rongak berkata sesuatu kepada mereka anehnya dia seolah2 tak berani menunjukkan aku kepada dua taiko tu. Hanya muka dia agak gelisah sambil curi-curi pandang ke arah aku. Aku blah! Bukan marah sangat saja nak ngusik! Hihihi!!
*Aku rasa sindiket ni telah memerangkap remaja yang kurang berpelajaran (kebanyakannya cina) dengan menawarkan peluang pekerjaan. Mungkin mereka telah sain kontrak dan akhirnya terpaksa buat kerja gini. Aku pernah jumpa budak salesman jual buku yang menceritakan perkara begini kepadaku.
Dunia! Dunia! Meniaga orang lebih untung dari meniaga unta- Hussein Lempoyang Tiga Abdul)
13 comments:
ahahahaha
menarik dan ada pengajaran..
lepas ni kawe kena beringat la bila ada peraduan gores dan menang..ahaha
Salam sdr.
Seorang kawan saya juga pernah kena. Terpaksa ke Kuantan dari Kota Bharu. Rupanya kena tipu macam tu juga. Dia meradang diterjangnya cina dua ekor sehingga tergolek jatuh tanggi bangunan 2 tingkat. Lepas tu dia belah dan repot polis.
Polis bertindak atau tidak dia tak tahu.
kalau gua amoi tu, gua pun tak sanggup tunjuk kulup yang tengah berasap!
he he he
dulu gua dpt perdana v6 bro..!
lain kali lu jgn gores..lu suruh depa gores..
Haha! Gua pon pernah kena... Seronok tengok diorang terlompat-lompat macam monyet bila aku menang! kah kah kah!
lempang ajer bro...aku pernah juga alami perkara nie tapi aku tak bodoh...
cakap free pass tu mintak duit aku tak bagi dia tak balik...aku kunci dia dalam rumah hahahaha
cam babi kan..
sku slalu kene kat belakang sg wang tuh..
cam haremm jerrr...
sekali jer aku gores..
same gak acting diaorang
melompat cam monyet kene belacan..
tak leh tgk muker diaorang..
mnyumpahhh jerrr
gua pun pernah kena....
tapi layankan aje...
tang dia panggil kawan2 dia sama je modus operandi...pastu gembira mcm org giler...mcm dia yang dapat!hahahha...
last2 gua dapat V6..pastu selamba je aku kata..."bagilah sesapa keta tu....aku tamau kaya!"...hahaha
Salam KulupSakah,
Artikel demo ni kalau disebarkan gerenti sindiket ni tidak berani berleluasa lagi...
hehehehe teman kesian kat org2 yg terbeli juga barang "free" tu. mcm kulup cakap barang dapur harga 6000 tapi cuma perlu bayar 2000. biasanya depa akan bagi "free" lgi 2-3 barang supaya kita buta mata.
tapi pada teman barang yg sama tapi ada brand kekadang lagi murah. kita perlu ingat apa saja modus direct selling komisen yg besar pada penjual. sbb itu harga mereka mahal dari pasaran.
bapak gua dpt WAJA bro muahahaha... gua ckp ala waja watpe wa nk BMW, xpela lu smpn sajala lu punya WAJA, dia bengang lalu berkata...
Abg JGN MENYESAL!!!...
AKU kate menyesal aku bg kau msuk rumah kencing bapak aku muahahahhaa...
Post a Comment