Tuesday, July 21, 2009

catakserukin!

kawan aku ustaz berkata, "buat masa ni aku tak boleh aktif! 5 tahun lagi bila aku dah pencen aku akan bergerak, mungkin berceramah menentang kezaliman dan menegakkan keadilan!"

Dia ni selalu berceramah dan bagi kuliah di surau2 tentang bab2 fiqh, tauhid dan hal-hal berkaitan thaharah, munakahat dan sebagainya..

Aku jawab, "habis macamana yang selalu disebut rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara? Muda sebelum tua, Sihat sebelum sakit, Lapang sebelum sempit.......hidup sebelum mati!



"err....." kata dia.

"takut2 tak sempat pencen arwah!" aku sambung lagi.

Dia lap mukanya dan matanya terkelip2 memandang ke atas kerajaan langit!

9 comments:

mudz said...

kenapa kawan hang ramai mangkuk...kesian hang...

Semoga ajal tak menjemput Al Ustaz tu..semoga panjang umur sempat pencen sempat berjuang...kesian hang

Unknown said...

Ustaz cari makan lah tu. Jaga perut dengan pencen.

Tinta Hitam said...

dia pengajian kat surau surau tu bukan ke aktif namanya??? Cuma kena luaskan lagi cara penyampaian dia pd yg hadhir agar mereka benar benar faham konsep Islam.Thaharah kena bersih luar dalam

sang kegelapan said...

dia cakap..ustaz2 jugak..perut kene "isi"..huhuhuhu

kulupSakah said...

betullah tu geng,
tinta hitam,
bab thaharah luar dalam ni tak ramai reti kupas

Syawal Ipoh said...

Tahniah syeikh kerana memberi peringatan kpd beliau....
Dan ini memberi kesan secara tak langsung kpd kita semua...

SMT03 said...

Salam KULUP!
heheheh,
thaharah "luar", nak kena belajar feqah...
thaharah "dalam", nak kena belajar tasawwuf...
sebabtu dalam islam, yang pertama ilmu tauhid = mengetahui sebenar2 pencipta, yang kedua = ilmu tasawwuf = kenal diri sendiri, yang ketiga baru dtg feqah = hamba meng"abdi"kan diri pada pencipta! ramai kita tak paham menda ni.. belajar tauhid sket, tau cebok bontot sket, dah sebok nak pegang panji2 agama dan berdakwah, kono...

tak gtu harimau????

sediaraja said...

aduuss!!!...menanah telinga Ustaz tuu.. teramat malang kalau orang yg paham pun takut!!!..sapa yg bagi dia rezeki agaknye?...

Anonymous said...

Dia ni selalu berceramah dan bagi kuliah di surau2 tentang bab2 fiqh, tauhid dan hal-hal berkaitan thaharah, munakahat dan sebagainya..
school uniform manufacturers in lahore
school uniform material fabric