"Ayah Nyah! Ayah Nyah kat mana? Tolong Ida! Ada taiko datang nak tarik kereta ni!"
Anak buah aku telefon di sebuah lokasi yang tak jauh dari kami. Aku dan isteri yang kebetulan di dalam kereta nak bersarapan segera ke tempat kejadian.
"Cepat Ayah Nyah! Depa punya kawan dua orang lagi dah sampai dan sekat tak bagi Ida jalan!"..2-3 kali juga anak buah aku telefon sementara nak sampai ke tempat kejadian. Anak buah aku anak dara, aku risau apatah lagi pernah dua bulan lalu dia diekori sewaktu memandu seorang diri dan diancam hendak dilanggar belakang keretanya.
Sebaik saja sampai, aku lihat 4 orang lelaki India sedang menanti dan kelihatan mereka bercakap sesama sendiri sewaktu kereta aku berhenti depan mereka. Seorang bertubuh agak besar dan hampir ke semua mereka bertindik dan bersubang di telinga dan bergelang emas dan bercincin besar persis taiko Colombia kalaupun tak Mongolia. Aku harap mereka berdebar sedikit melihat muka yang aku cuba adjust ganas habis. Aku harap mereka cuak dengan KulupSakah.
Si gemuk menghulurkan tangan lalu menceritakan duduk perkara untuk berbincang dengan baik dan aku pun menerimanya. Dia kata nak tarik kereta atau kalau nak settle tolong bayar RM400 sekurang2nya dan bila aku kata RM400 banyak, RM100 adalah wajahnya berubah dan mula bercakap kasar sedikit. Aku percaya kalau bergaduh harus patah riuk aku tapi aku percaya kebenaran lebih kuat dari kebatilan. Yang ni aku pegang sungguh!
Isteri aku berkata,"Kami tak mahu bayar rasuah dan anda boleh tarik kereta ini!". Isteri aku menyuruh Ida memindahkan barang2 ke dalam keretaku. Ida yang agak sedih menurut. Mungkin dia sedih keretanya ditarik. "Dia memang hendak ke bank sekarang untuk bayar kereta . Emaknya sedang sakit dan kewangan agak susah sedikit 2-3 bulan lepas. Sekarang dia nak bayar! Tapi kami takkan bayar rasuah kepada anda. Berdosa!" Isteriku terus masuk ke dalam kereta dan menutup pintu rundingan. Berkali-kali juga mereka menegaskan, "Ini bukan rasuah!' Aku cakap, "habis apa?"..mereka tak jawab.
Taiko -taiko ni akhirnya berlembut sedikit denganku. "Oklah bang! Sekarang berapa yang abang sanggup bayar? Tak kisahlah!"
Aku jawab," Jika anda nak tarik, tariklah! Kami takkan bayar sesen pun dengan kamu, ini masalah dia dengan bank, kamu jalankan tugas kamu dan claim dengan bank".
Ida memberi kunci keretanya kepada taiko tetapi taiko tak mahu ambil sebaliknya berbincang panjang sesama mereka. Mereka menghubungi kawan Melayu mereka untuk berunding denganku ," Bang! Kami akan tarik tapi abang boleh bayar sedikit untuk kami lepaskan kereta tu! Jangan risau!'..tetapi aku beritahu mamat tu," kamu teruslah tarik dan kami takkan bayar apa-apa pun kepada kamu.
Mamat ni mengalah.
Akhirnya mereka lepaskan kami begitu saja. Kata si gemuk itu, "Takpelah! Kakak pun kata rasuah berdosa, saya lepaslah..tapi saya tak jamin kalau ada grup lain datang tarik!"
Aku jawab"kalau grup lain datang, mereka boleh tarik dan kami tetap takkan bayar kepada mereka!"
Ida berasa lega...mungkin dia menyangka pak-mak sedaranya mengalah dengan senang sewaktu memberi mereka tarik kereta. Isteri aku kata, "Teringat kata Cheng Ho sewaktu polis trafik meminta rasuah di atas kesalahan trafiknya saya boleh bagi kamu rasuah tapi saya tak tahu macamana nak jawab dengan Tuhan nanti!"..
Aku selalu percaya kebenaran sentiasa di atas selagi kita yakin!
Haqqulyaqin!
15 comments:
Pegangan macam ni lah yang aku wajib rasa bangga punya kawan bernama KulupSakah... Tetapkan!!!
camane la rope kamu yop bile buat2 bengis..
hahahaha
4hb ni lu buat muka bengis bro..
ape pun tabik..
isss aku dh bbeberapa kali jumpa mat taiko taik kucung ni tapi bila kita sergah... telur pun masuk celah punggung..
tapi kne buat muka jauh lebih taiko dri dorg la..
hang kalu bagi tau aku, terajang mereka termasuk yg gemuk tu. diaorang taiko, aku taiko juga.
Salam kulupsakah!
Senghoti! Bos kita adalah Allah!
Salam hormat bro...
Wa nk kuar topic sket, psal performance lu kt sungai sumun...
Lu nmpak cuba wat yg terbaik, dengan karya liwat lu,cuma nmpak gelabah gler bila perform, bee cool bro, than pas abis lu berkarya lu lari turun stage, adoi nampak cam tahyul sket wakaka...
Tapi wa respect dengan kesungguhan lu malam tu...
Cuma perlu lebih tenang biar sampai mesej lu pada audiance, anyway sang kulup mmg beh...
Bee cool kat kajang bro, wa marking lu pnya performance kalini ehek...
aku terasa amat bangga dan terharu..
bro semangat aku naik
bulu roma aku meremang
mata ku berair
sebenarnya ku katakan....
kamu memang kuat...
panglipurlara,
ada betoinye kata tuan..
hihi! Tapi bab lari lepas perform tu memang disengajakan utk dilihat begitu..
timakasih!
tak hairanlah..
budak2 Auto memang keras2 belaka,
ko lagi otai taiko dari dia org 2..dah lama dah tau..
hisyy..
jangan bukak cerite lama hihi!
kalo ks belasah taiko tu gua caya
gerenti tak sempat beraksi esok...
kalo saipul liwat mat sodomi gua
gerenti ks lipat 16..hehe
kalau baru tiga pat bulan tak baloi weh nak tarik... ramai lak tu nak kena kongsi... lain la kalau setahun... kikiki...
tu yang dia lepas je tu...
kita pun.... eloknya... bayar je la kat bank... tak guna setel ngan geng tarik nih... nanti kena bayar jugak... rugi je...
Pada saya tukang tarik kereta ni pun cari makan.Mereka tarik kereta sebab kita tak bayar.Biasanya pihak bank bagi warning sampai 3 bulan.Bagi warning melalui surat dan telefon.
Upah car repossesor adalah usaha terakhir pihak bank.memang biasa la tukang tarik kereta ni minta rasuah sebab dema cepat dapat duit.Kalau claim dari bank lambat
dapat...
Selalu nya tukang tukang tarik kereta ni tak sesuka hati kacau orang.
salam....
TERIMA KASIH AYAH NYAH n MAK NYAH...
terima kasih banyak2...
tinta hitam,
tak kisah kalau dia nak buat kerja tapi ayat "biasalah tukang tarik ni minta rasuah" tu yang menjadi kepantangan kami. Kami tak mahu ia menjadi 'biasa' sehingga disebut sebagai budaya..
Post a Comment