Sunday, July 12, 2009

hidup di atas kasih sayang Tuhan!

tiga empat tahun dulu-


" Bang , kasi seringgit bang! Baru keluar hospital ni, banyak lapar! Saya ing..."

Belum sempat lelaki India tu habis cakap, aku membentak," Berapa kali mau kasi lu wang? Minggu lepas sudah kasi, lu samsu jugak ada beli! Tipu punya orang!!"

"Mana ada tipu? Betul abang!"

"Hoi!! Aku bagi kau seringgit minggu lepas, tulah! Dah mabuk hapa pun tak ingat, bikin susah orang saja!" Aku betul2 marah. Aku pun undurkan kereta dan oppss!! Aku terlanggar sebuah kereta yang lalu di belakang!

"Cilakeee!!" Aku keluar dari kereta dan menjerit ke arah lelaki mabuk tadi, "Ini semua kau punya pasallah, pergi blahlah kau!!"..

Lelaki India itu blah tanpa sepatah kata. Si pemandu Wira yang aku langgar tadi sudah berdiri di sisi keretanya dengan muka yang cukup masam. Selamba saja aku sound dia, "Jangan kerana kereta kita bergaduh kalau kau orang Islam! Parking tepi dulu kereta kau!!". Dia menurut.


Apabila dia datang, aku terus bersalam dan meminta maaf kerana kesalahanku mengundur tanpa melihat keretanya ada di situ.

"Awak buat dulu kereta awak dan bilnya beri pada saya, biar saya bayar! Saya takde duit sekarang. Ansur-ansur pun saya pasti akan bayar!" Kata aku selepas aku memperkenalkan nama penuh dan tempat kerja.

Dia yang kelihatan agak tenang sedikit selepas aku sound tadi berkata,'Oklah! Tapi mana IC kamu? Orang sekarang ni bukan boleh percaya sangat!"

Aku bagi segala butir2 peribadiku. Esoknya aku menelefonnya dan memintanya membawa aku ke bengkel cat kereta kawanku untuk berunding. Dia seorang peniaga nasi lemak sepenuh masa dan kenderaannya adalah harta yang sangat bernilai. Kalau masuk bengkel pasti susahlah dia sehari dua ni. Aku faham, aku juga menceritakan yang aku juga buat part time niaga pasar malam sebab nak biaya perubatan dua anak aku yang dilahirkan cerebral palsy (lumpuh otak) dan tiada upaya menguruskan diri. Aku cerita selamba saja tapi dia tiba-tiba bersedih.

Kawan aku kata kos repair semuanya lebih kurang RM250 je dan segala urusan selesai. Mamat yang berasal dari Sabah ni tiba2 memulangkan RM100 kepadaku walaupun sungguh2 aku menolak.
"Aku memang salah dan wajarlah aku membiayai kerosakan kau!" kata aku sejujurnya.

"Takpe bang! Saya faham bang! Simpanlah duit ni untuk anak abang!' Dia betul2 sedih dan akhirnya kami jadi kawan. "sesekali datanglah kedai nasi lemak kami!".

Aku ketawa..

Aku sedar sewaktu aku menempik lelaki India tu hati aku sendiri tak setuju dengan tindakanku tu selaras dengan ayat 10 Surah Ad-Dhuha, "Akan orang yang meminta, janganlah kamu menjerit (membentak)"..akibatnya aku dibalas dengan eksiden. RM1 punya pasal aku kena bayar RM150. Aku juga percaya Tuhan sayangkan aku bila mana insan tersebut dilembutkan hatinya untuk meringankan bebanan aku.

Terima kasih Tuhan! Aku semakin percaya kepadaMu!

12 comments:

AKUOKU said...

cerita ni semua boleh kita buat buku. bila baca buat hati sedih. masa tu mmg susah tapi kita tak rasa susah dan tak pernah sedih kita hidup seadanya. kereta takde, motor tak de, ada basikal bagi org pinjam dihilangkan pulak.lepas tu buat dek aje. nak hantar nasi lemak kena pinjam motor jiran indonesia.....

ummu asiah said...

Alhamdulillah..Allah bayar tunai kat dunia ni..dapat pula diambil peringatan..

MMg sedih bila difikirkan zaman2 kesusahan..rasa nak kongsi jugak..tp di ruang ni terhad la..

Alhamdulillah kita sentiasa berpegang kpd janji ALlah..jika tolong orang..ALlah pasti mudahkan urusan kita..mcm dlm entry akak yg lepas.

Jgn kita tergolong dlm golongan yg senang dan terus lupakan yg susah..dan terus jadi kedekut.

binjidan said...

BAHAGIA SUDAH ATAS KURNIAN ITU..

Pyanhabib said...

tuhan sayangkan kulup!

aku said...

terima saja, kenangan diatas dunia..

wa stomek said...

tuhan memang sygkan hambanya...termasuk gua yg lupa....

hafiz said...

tuhan sayang semua kita...!

lempentalam said...

Kedai Mamak atas CM ada ke lg.Teringat zaman awal 90an,makan-makan ngan awek Kg Pandan

Unknown said...

cerita ni mcm sama dgn peristiwa yang saya lalui pd tahun 90an dahulu.
Saudara dikira lebih beruntung dari saya sbb terlanggar kereta yang kerosakannya RM250. Saya menanggung kesempitan hidup hampir 1 tahun.
Itupun disedarkan oleh seorang guru Quran yg mengatakan kesempitan hidup saya disebabkan mengherdik orang yang meminta bantuan.
Sejak dari itu, saya jarang sekali tidak menghulurkan derma kpd orang yang datang meminta kecuali da tak de fulus. Pengalaman adalah GURU yang terbaik. Banyakkan SYUKUR

CYS said...

Aku tumpang sedih baca tulisan ni...harap sahabat ku... Kulup Sakah tabah...ni cuma ujian dari Maha Esa.

Anonymous said...

kite pun penah terlanggar kete org ms nk reverse. x perasan ada kete kat blkg ms tu sbb ms tu kite tgh berangan nk beli kete baru. mungkin kete ni merajuk kot, dia trus bg bontot kat org blkg . ehh...ada kene mengena ker dgn cite KS ni? lari tajuk ekkk...

Tinta Hitam said...

Lup

Teman tumpang terharu dgn ayat AlQur'an tu.teringat satu masa dulu ada sorang benggali minta sedekah pada teman.Kata orang dia ni otak tak center sikit.Bila teman tak bagi dia marah pd teman.Nyaris benggali tu tak kena penyepak.

Sebab dema ni mcm mcm pesyen.ada yg kata nak buat masjid la,nak buat rumah anak yatim la dan mcm mcm lagi.kdg kdg tu jelas nampak auta dema.
Bila baca AlQur'an terjumpa ayat tu.Peminta sedekah jgn diherdik.Itu pokok pangkal akhlaq kita dengan peminta sedekah.Bagi tak bagi itu lain cerita..