Saturday, July 11, 2009

ingat tak zaman tu?

Tadi aku ke rumah BAKTI, bikin demonstrasi kartun bersama kartunis Zunar dan Jonos serta Azzam dari Sindiket Sol Jah, menghiburkan mereka, anak-anak yang ditinggalkan ibu bapa. Aku lebih suka naik LRT atau tren sebab cepat walaupun bini aku risaukan wabak selesema cipan yang melanda hari ini.
Dalam tren aku termenung dan teringat zaman dulu, era bas mini. Biasanya masa tu aku bawak sekeping syiling RM1 untuk tambang bas pergi balik. Tak bawak wallet, cuma bawak IC lama yang liat dan tahan lasak tu di poket belakang jeans. Pekena nasi goreng dengan milo ais kat benteng baru RM3..lepas tu layan wayang kat Kotaraya nonton Chow Sing Chi, Maggie Cheung, Andy Lau Tak Wah dan Anita Mui..kah kah kah!
Berangan juga nak tackle amoi CM (agaknya Emmy kedai kaset dan Jasmine kedai emas dah beranak pinak dan dah dimamah usia sekarang)..tapi aku kaki pokai masa tu. Pomen comot yang cuma berselipar jepun melayan Adi jagat, Sidek (arwah), Sherry busking..

Hari ini RM1 dah takde nilai, dan ke semua yang pernah singgah dalam hidup hanya sebuah mata pelajaran untuk melalui kehidupan..
kerana tanpa "kalau" dan "mungkin", hidup belum tentu jadi begini!

13 comments:

Pyanhabib said...

`kalau' lu tidak hidup,
`mungkin' lu sudah arwah!
(tih tih tih...)

binjidan said...

hah zaman tu kalu aku dah busking kn best..haha tp apa bole buat gua sudah jauh masuk alam kromo..

wa stomek said...

ehem....nasi lemak dua kupang...

kulupSakah said...

pyanhabib,
kalau gua dah arwah, mungkin gua sedang bergurau senda dengan bidadari sekarang..tih tih tih!

binjidan,
betul bro! itu jaman kegemilangan tu. Renaissance of malaysia buskers

wa stomek,
la ni nasi lemak singgit pun tak cukup bahan,hampehh!

Airmas sz said...

zaman hayday , masa tu Kuala Lumpur pun saya takun nak pergi , takut sesat takut kena jual ...

kulupSakah said...

ye air mas, lalu campbell kena pau, PERTAMA pun gitu. aku fobia diburu gay! hampehh!!

sepol utusan said...

Bang KS,

barangkali wjhmu terlalu sweet smpi diburu GAY hahaha

Nevada said...

ah...panggung kotaraya. tempat ku menonton filem2 cina!

neslo said...

Bro lorong katak jgn lupa..

kulupSakah said...

peh! lorong katak gua berbuka puasa dgn awek gua yg kini dah jadi ibu kpd anak2 gua..

AKUOKU said...

ingat kat nasiaq " kalau emak aku tengok aku buka puasa kat sini mesti nangis punya" dialog nasiaq semasa berbuka puasa di lorong katak.

Term Papers said...

Thanks, I like this post it is very good and informative. I am sure that this post will be very helpful.

Unknown said...

You may have not intended to do so, but I think you have managed to express the state of mind that a lot of people are in. The sense of wanting to help, but not knowing how or where, is something a lot of us are going through.

Order Custom Term Papers