Thursday, August 19, 2010

aku dengar suara dia

hari ini cuaca baik. Jualan pun baik setelah tiga hari berturut-turut disakat hujan, disergah petir menggundahkan jiwa. Dia seakan berbisik, "kelmarin aku turunkan hujan untuk mereka yang memerlukan. Hari ini rezeki untuk kau. Gilir-gilirlah."
Aku enggan menjawab. Kadang-kadang aku merajuk dengan Dia. Tetapi bila tengah malam, rindu menggaru, aku memohon ampun dan bergurau dengan Dia semula.

"Aku cintakan Kau, sungguh. Cuma janganlah kau ajak aku bermain di padang berapi, aku takut aku akan terbakar dan curang denganmu."

Aku dengar Dia menjawab," Aku tahu apa yang kau tak tahu."

"Kau cintakan aku?" tanya aku pada Dia.

"Kalau aku tumpahkan hama cintaku kepadamu nescaya kau takkan tertanggung." jawab Dia.

"Bolehkah ada dua cinta dalam satu jiwa?" tanyaku.

Aku tak dengar lagi suara itu. Aku mencari ke gunung, di awan, di bintang. Aku menjerit melaungkan nama Dia.

Sunyi..........

6 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

sebab kasih sayang -NYA ada insan dapat menghilang dahaga puasanya dengan air limau barli...

kulupSakah said...

semuanya kerana cinta

azmietaha said...

Jangan menjerit
beri salam
Insyaallah
bersambut!

-Bro...jgn menyakat...heheee!

niche said...

salam bro...

zahirnye 'sora' itu di kala wujud sgl kepasrahan dan penyatuan di dalam 'diri' ITU ... namun 'sora' itu jua sts 'bermain-main' di dlm jiwa kta tnpa disedari, tnpa dikenali n tnpa dipeduli lntaran 'kejahilan' kta yg tdk ambil pduli siapa 'dri' kita ini ....

mhn mf bro ....

Anonymous said...

pembalasaan di dunia, mungkin ada ketentuan dari-NYA .. insyaAllah ..

Irwan said...

Aku berSAKSI bahawa tiada tuhan selain ALLAH dan Muhammad SAW itu hanyalah hamba ALLAH

Dia yang memiliki Kita
Dia tidak dimiliki oleh sesiapa
Setinggi mana pun PERASAN seorang engkau
ingatlah

sedangkan Muhammad SAW itu hanyalah hamba
dan hamba tak memuNYA kan tuannya
menyayangi, menyintai itu memang indah
namun mentaati itulah tahap kita

bersyukurlah dipilih untuk menyaksikan semua ini
dan diberi kelebihan menikmati
kemanisan disebalik erti

perbaharuilah syahadah mu!
solatlah!