Sunday, August 1, 2010

di balik tirai roti kirai.

waktu di kolej dulu ada program kem bina semangat, kira macam PLKN la di mana peserta akan dilibat dengan program lasak yang dianjurkan. Mental dan fizikal dilanyak kononnya nak melatih bakal guru kuat semangat. Tika sarapan pagi pada suatu hari, 18 tahun dulu di kem itu - seorang ahli kumpulan aku ketawa.

"Cuba kau tengok dekat ampaian tu..kah kah kah!" kata dia.

Di antara banyak-banyak pakaian tersidai di situ ada sehelai spenda tahap sadis terselit. berlubang macam roti kirai. getah pinggangnya barangkali dah longgar maka dijahit dengan cebisan kain batik. Amat buruk.

"Tak segan ke awek tengok" kata kawan tu lagi. Dan sekumpulan kawan-kawan ini terus ketawa kegelian. Memang ramai awek-awek peserta program ni dari pelbagai kolej di ibu kota. bakal guru semuanya. mungkin mereka juga ketawa melihat spenda roti jala tak de ampun punya cikai.

aku juga ketawa melihat spenda itu dan terbayangkan tuannya pastilah orang yang daif. Tuan spenda itu adalah....aku.

7 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

ada nilai sejarah tu.... ada simpan ke bro
cebisan itu telah jadi batik satu malaysia

mae said...

transparent betul enti ni..takde tinted langsung..

Cikli said...

kah kah kah

salam bro, kalau simpan boleh buat lap pinggan tu....

Cikli said...

kah kah kah

salam bro, kalau simpan boleh buat lap pinggan tu....

C++ said...

Bhai semua...

Korang jangan terkezut biler Kulup gunakan tue sebagai dier punya "tangkal" bagi laku kedai dier... hahaha...

Macam kes mamak rendam spender untuk laris kari kapla ikan dier.... hahaha...

Sori lup... sajer menyakat....

kulupSakah said...

brutal,
ada kat muzium

mae,
awwwwwwwww!!

cikli,
syyyy! diam2..

c++,
cemana ko tau nih?

Term Papers said...

Thank you for the personal experience. That is great.