Tuesday, August 17, 2010

mari berpuasa

cerita 1

seorang lelaki tua bertanya, "berapa harga daging salai masak lemak ni?"
Ayam jawab,"RM6".
"Bungkus satu.." pintanya.
Sedang mencedok, lelaki itu menyuruh Ayam berhenti kerana mendapati duit di sakunya hanya ada RM4. Bajetnya lari sebab dah beli makanan lain agaknya. Lelaki tua itu melangkah longlai kerana tak dapat membeli apa yang diinginkannya.

Kata Ayam," Saya kesian tengok dia hampa sungguh."
Sham tidak sedar kehadiran lelaki itu kerana sibuk melayan pelanggan lain. "laa..kenapa kau tak bagi je RM4 tu, kesian pak cik tu." Sham kesal dan lemah.
Ayam kata dia bukan taukeh dan tak berani memandai-memandai. Betul juga. Dan kami bertiga terkilan, hanya kerana kurang RM2 seorang insan tidak layak mendapat apa yang diinginkan. Kalau dia datang tentulah kami akan beri.

cerita 2

Terkejut aku mendapati harga setin susu anak aku sudah menjangkau RM69.99 (70 hinggitlah tu, kelentong dengan angka lak). Sebulan memerlukan hampir 5 tin. Harga barang mentah semakin mahal dan margin keuntungan meniaga makanan semakin kecil. Orang-orang keparat sibuk merompak sana sini mengayakan diri. kekayaannya luar biasa tak terjangkau kita fikirkan. Anjing mereka bersarapan lebih mahal dari sehari makanan kita sekeluarga.
3 ekor ikan kembung hampir RM5 tapi ada alternatif. 8 ekor RM5 pun ada tapi perut dah pecah dan mata dah merah. Tapi oleh kerana kau miskin maka kau dan anak beranak kau layak makan ikan pecah perut itu..


maka itu mari kita berpuasa dengan niat yang ikhlas..jatuhkan kezaliman.

anak ini hanya tahu susunya ada bila dia mahu.

9 comments:

Mat Sudin Bertam said...

tu lah nasib bwhn..tersentuh aku bace kisah yg pertama kerana pernah terjadi kat aku..time tu rase malu pon ade sedih pon ade..

Mat Sudin Bertam said...
This comment has been removed by the author.
b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

menteri harga barang barang ni harap orang ramai buat laporan... hampeh
pegawai banyak ... menteri ada timbalan ada..kera tak mau. harap orang hampeh.........

yang no satu tu... pak cik tu tak de rezeki
tapi niat korang baik dah pun dapat ganjaran

C++ said...

Bhai LKS...

Kes no 1 tue pernah jadi kat gua.. masa tue gua berniaga air kathira di Bazar Ramadhan sebelah Masjid Sunway sekitar 2003...

Ader satu budak kecik tue nak beli air kathira yang gua jual pada harga RM2 .. dier bagi kat member gua duit 50 sen... member gua sempat tanya gua... amacam... gua kata.. kira halal jer dah la..

Kira rezeki budak tue la.. dan gua anggap sedikit rahmat Ramadhan buat dier... hadiah dari gua...

err.. lu kalu nak belajar buat air kathira... jangan malu-malu... boleh tanya gua....

daLyaanoon said...

Piem nasihat kena berjimat, suami dia?

Modern Talking said...

tips untuk dpt diskaun di bazar, pergi bazar dekat waktu2 berbuka.. atau dah berbuka time tu org sibuk mengemas heheh mesti dpt punya :)

armouris said...

info tentang puasa Ramadhan di SIHAT SELALU - Puasa Baik Untuk Kesihatan

lanterajiwa said...

betul tu... harga barang mentah dah semakin mahal... bisnes gua tak berapa baik sekarang... hari2 bukak pose kat masjid... =)

محمد زهراوي said...

sedih.geram.marah.sabar.ari tu gua begadoh dengan mak cik **** tu..dia kata,ye la,kena la naikkan harge!kalau x,x abis2 brg kite kena seludup!
gua terkesima.masih ada org bodoh setelah 53 tahun negara diperintah sendiri.