sejak bibik pulang ke indon dua bulan lepas, kehidupan kami menjadi seperti tahun-tahun asal. Tak boleh lagi kami suami isteri keluar meninggalkan anak-anak yang terlantar. Setahun juga kami boleh bergerak dengan menaruh kepercayaan kepada bibik menjaga Annisa dan An-Nur. Dulu waktu meniaga di pasar malam, di luar pagar masjid waktu Jumaat, dua-dua anak aku akan ikut dan terbaring tergolek di belakang kereta. Panas hujan, mandi atau tidak, berak, makan minum bersama. Adanya bibik banyak membantu. Terima kasih bibik. Allah berkati kamu hendaknya.
Tapi bulan puasa ni kesihatan mereka perlu dijaga takut-takut jadi macam tahun lepas. Masuk wad. Mujurlah keluar semula tiga hari sebelum raya dan mujur juga pembantu gerai kami, Kak Seser berkhidmat dengan jujur dan baik. Kami tinggalkan sepenuhnya kepada dia dan dapat juga dia bonus kerana kecemerlangannya.
Annisa dan An-Nur hanya ikut aku ke gerai pada waktu hampir berbuka sehinggalah jam 12 malam. Siang-siang tak boleh, panas. Aku akan hantar Sham pagi-pagi dan membantu Sham membuka, menyusun apa yang patut. Annisa dan An-Nur terpaksa ditinggalkan sekejap.
"Kau gila, tinggalkan anak-anak kau begitu saja terlantar di rumah?" kata kawanku.
"Aku tak senekad Siti Hajar yang gila tinggalkan Ismail di tengah panas padang pasir yang penuh dengan binatang buas. Pasrah sungguh dia pada tuhannya." jawabku.
9 comments:
Bhai LKS...
Walaupun gua tidak memiliki zuriat istimewa macam yang dikurniakan pada lu... tapi.. gua paham macam mana terpaksa meninggalkan anak "kepada" Allah sementara untuk menyelesaikan urusan...
Gua paham... gua tak pernah berkesempatan ader bibik... 4 anak gua jaga sendiri ngan wife...
dalam ujian-NYA ada hikmah sabas bro kulub kerana menjadi bapak yang baik
salam tuan...
1. kurang sesuai menggunakan perkataan gila pada siti hajar...
2. tuhan siti hajar tuhan kita juga...
maaf yer...
zuraimi,
kau faham maksud gila?
para sahabat jika hidup di zaman ini akan dikatakan 'gila' - ini hujah AsSyeikh Junaid Al Baghdadi.. kegilaan mereka terhadap Allah yang dianggap kekasih amat luar biasa.perkataan 'gila' adalah untuk melawan semula kata2 kawan aku.
sama seperti "manusia menggunakan tipu daya. Allah juga menggunakan tipu daya dan akhirnya perancangan Allah juga yang menang.
Takkanlah Allah menipu?
inilah yang dikatakan ilmu balagha, mantik, hakikat dan makrifat.
Tuhan siti hajar adalah tuhan semua makhluk di atas dunia dan seluruh cakrewala. tiada kompromi atas itu. Cuma interpretasi Tuhan berbeza2..
Kita kadang2 tak yakin dengan ALLAH swt
Kita lebih percaya cakap orang sekeliling....
Ya Allah ya Tuhanku,
Berikanlah aku sedikit kekuatan untuk aku bantu golongan-golongan 'terpilih' seperti kau Bro.
Aku cukup-cukup respek dengan kau!
Salute,
Serius!
Walaupun tidak pernah kenal, tapi aku mau bersahabat. Period!
Aku boleh rasakan segala feel dalam post kau ni. aku baru kawin dan expecting anak kedua. Dan aku pernah menjual ayam golek di tepi jalan sekitar Chembong, N9 (tapi masa bujang laaa). Cuma aku takde bibik macam kau.
Dan cerita pasal kerinduan kami laki bini terhadap bibik yang telah berkhidmat dengan jayanya telah membuahkan rasa kesyukuran kami terhadap Dia. Malang sekali rasa kesyukuran itu datang setelah kami KEHILANGAN bibik tersebut. Malang sekali anak kami telah dipergunakan (sekali lagi) dalam urusan untuk menyedarkan kami untuk bersyukur pada Nya.
Dan peringatan terus diberi kepada kami, malah dalam bentuk lisan oleh kawan kami. Malang sekali kami mempergunakan salahfaham kami tentang keimanan dan ketaatan Siti Hajar semasa terlalai ketika beliau diuji dengan ujian yang sama dengan kami ini.
Terima kasih Ya Allah. Kerana mempertemukan aku dengan mamat KulupSakah ni.
buy replica bags l54 z7y29b9j86 replica louis vuitton j18 i4f18w0g33 replica louis vuitton u74 a7t25h2y77
Post a Comment