kalau bertemu kawan-kawan,ipar duai, adik beradik atau sepupu sepapat pastilah ceritanya akan berkisar tentang berapa anak kau, dah pandai apa, berapa gred dia dan bla..bla..bla...kenakalan, kecomelan dan macam-macam.
Aku jarang ambil pot cerita-cerita begini sebab aku kurang berminat.
"Eleh, sebab anak kau dua-dua tak boleh buat apa-apa, hanya terlantar sebab tulah takd cerita menarik untuk dikongsikan." Mungkin ada yang berfikiran begitu dan kalau melihat aku mengacah-acah anak kecil pasti ada orang berkata,"kesian dia..teringin sangat nak anak normal."
Hihihi....aku pernah dengar semua tu dilemparkan pada aku dan ketahuilah ia tak memberi kesan dan ketahuilah anggapan itu adalah salah. Aku bahagia dengan apa yang aku ada sekarang.
Aku tak berminat sebab dari dulu lagi aku cukup sedar dengan ayat:"Dan janganlah anak-anak kamu dan harta benda kamu melalaikan kamu kelak kamu akan tergolong dalam golongan yang rugi."
Ya..melalaikan...cinta lebih-lebih akan menyebabkan kita lalai dan jauh. perasan dan syok sendiri. kalau kita tak sedar ia pinjaman, suatu hari nanti kita akan gila apabila pinjaman itu ditarik.
Aku teringat kisah seorang sufi yang sangat abid sehinggalah apabila dia mendapat anak, ia leka bermain dengan anaknya. Suatu malam ia bermimpi melihat sekumpulan manusia berkuda memegang panji-panji. Dia cuba menghampiri kumpulan tersebut yang diketuai Rasulullah tetapi Rasulullah mengatakan ia tak layak kerana ia bukanlah dari kumpulan tersebut.
"kau terkeluar sejak kau sibuk dengan anakmu."
Dia kemudia terjaga apabila terdengar jeritan jirannya melaungkan yang anaknya mati jatuh dari bumbung.
(Aku adalah pengkagum Dzun Nun al Misri, Rabiatul Adawiyah, Junaid al Baghdadi, Syeikh Abd Qadir Jailani, Ibrahim Adham dan Sunan Kalijaga)
Sayang anak...sanggupkah kau menyembelih anakmu seperti Ibrahim jika diperintah Allah?
"Demi Allah, jika anakku Fatimah sendiri mencuri, akan kupotong tangannya." kata Rasulullah saw.
p/s entry ni ditulis setelah tak dapat tidur diganggu An-Nur yang merengek sepanjang malam sampai subuh minta ditepuk bahunya...arghh!!
7 comments:
kah kah kah bapak mithali betul la ko ni..hebat2....
bro, gua pernah tanya sorang ust...tajuk ceramah dia masa tu anak anugerah ALLah. Gua tanya dia macamana anak pula jadi fitnah. Dia jawab, eh saya tak tau pun.
aku tak setabah ibrahim
aku tak seadil muhammad
dan munggkin aku tak boleh sabar dan kuat sperti bro kulup
kernah mualaf tiga org tu pun aku dah pening
Salam perkenalan,
setuju sangat2 dengan post ini. Mulut orang biasalah, macam depa lebih mengetahui apa yang dalam fikiran dan hati.
salam. aku tertarik dengan ayat-ayat ini:
"kesian dia..teringin sangat nak anak normal."
Anak kau tak normal ke?
Anyway, bersabarlah...
Kisah hubungan manusia dengan Allah yang menjauh akibat dari anak, memang klasik. Macam cerita Maryam setelah kelahiran Nabi Isa a.s (kena bersusah payah untuk makan) dan cerita Siti Hajar yang disusahkan bila beliau bergantung kepada khafilah untuk bekalan (lastlast air zamzam keluar kat tempat diorang duduk jer)...
Apa-apa pun yang berlaku dalam hidup kita, susah atau senang, jangan sampai kita kena uji macam Nabi Ibrahim kerana kata-katanya ketika beliau menyembelih kambing-kambing nya untuk Allah (jika Allah suruh aku sembelih anak sendiri pun, aku sanggup)
Aku juga meminati Zun Nun.
Anyway, entry ko memang power-power laaaa...kurangkan melukis, banyakkan menangis...
tahniah, korang faham entry ni. objektif tercapai.
Bro Kulup..
Aku memang tak setabah kau. Allah cuma uji anak aku dengan gatal2 dan kering kulit jer. Tu pun aku dah pening kepala....lemahnya.
Post a Comment