Sabtu kami tutup kafe jam 3 petang dan hari ni (ahad) kami tutup pukul 2 petang. Aku dan Sham rasa dah tak boleh angkat kaki. dua hari di hujung minggu selalunya ramai pelanggan bersarapan. Si pembasuh pinggan bercuti seminggu kerana sibuk berteater.
Kami kemudiannya pergi makan di sebuah restoran pizza di sebuah pasaraya. (pizza dan pasaraya ni milik orang asing yang dibenarkan meniaga sedangkan warga asing yang buka gerai tepi jalan dicekup).
Budak pelayan mengambil pesanan. Aku macam teringin nak minum teh ais lemon. "jangan! mahal kat sini. kat kedai kita murah je. Adik datanglah kedai akak. " dalam dok tak kasik aku minum tu sempat Sham promote kafe kami kat budak pelayan tu.
"saya tau kak. UK5 kafe." kata budak tu.
"Hah? mana kau tahu?" tanya Sham terkejut.
"Saya baca blog abang. Bila abang masuk sini je tadi, saya dah cam." kata dia.
Hohoho! femes ke aku? (perasan..keh keh!). nampaknya aku kena kontrol ayu bila ke mana-mana sekarang. tak boleh lagi menyanyi lagu 'Forever and one' - Helloween kuat-kuat.
moral cerita di atas:-
1) meniagalah walaupun penat
2) tak kira orang asing ke orang tempatan ke, kalau kau 'besar' kau jadi halal. Yang kecik haram jadah.
3) kalau takde orang kenal kau, Tuhan kenal.
* terima kasih si pelayan yang merupakan pelajar sebuah kolej universiti. aku sempat jeling namanya "Kimmy".
1 comment:
hahaha siapa yg tak kenal kulupsakah.. start dari sek teknik kajang, membawak ke prima saujana, dan paling dikenali adalah di Tandas awam Giant.. hahah selalu datang situ melabur
Post a Comment