minggu-minggu awal UK5 dibuka, sedang aku membancuh air tiba-tiba sebiji gelas di antara gelas-gelas lain yang tersusun di rak meletup. meletup kau tau. jaraknya sehasta dengan kedudukanku. serpihannya berterabur tapi tak mengenaiku. ia sangat menghairankan kerana puas aku kaji dari sudut logik mahu pun saintifik - tiada sebab boleh meletup sedangkan yang lainnya tidak meletup. gelas itu tersusun di antara yang lain-lain. ia di tengah bukan di tepi. kalau di tepi pun tak de sebab meletup.
"itu tuju-tuju tu. ada orang dengki. macam nak kenakan kau tapi tak kena." kata kawanku.
aku tak tahu dan tak mahu ambil tahu. benar atau tidak, tuhan yang maha tahu. jadi atau tak jadi, atas kudratNya. aku hanya mahu cari rezeki halalNya yang Dia suka- berniaga.
"kau kena pakai pendinding." ujar kawan lagi.
"Pendinding letaknya di dalam diri. ayat-ayat yang digantung silap-silap bikin kau syirik. dah jadi macam tangkal pulak meletakkan keyakinan pada huruf dan ayat." teringat pesan arwah Wak Lisut.
Aku teringat abang chik- abang sham yang dah 30 tahun berniaga. pernah dia jumpa benda2 pelik ditanam di gerainya seperti jarum, rambut dan macam. bila disuruh jumpa bomoh dia akan jawab, "biarlah dik. sabar jelah. tuhan ada."
aku lihat satu demi satu gerai di sekelilingnya bertukar ganti, tapi dia tetap tegar. tenang dan sederhana.
aku hanya mahu mencari rezeki halal untuk membesarkan annisa dan an-nur. akan engkau kami sembah dan kepada engkaulah kami memohon pertolongan (iyyakana'budu wa iyyakanasta'in)
12 comments:
alhamdulilah bro kulup, beriman kamu
celaka betulll.. masih ada org yg dengki... pada sesama melayu..bberani kasi buat tuju-tuju angin kat McD depan tu lah...
semoga allah melindungi.
Melayu... mana pernah senang tengok Melayu senang.... ramai lagi perangai anjing ni... kadang-kadang dah ditolong pun sanggup gigit balik..... (ni aku tak perli sesapa yang tentang BN ker... sebab bn tu ramai bangang tak tahu beza jasa dengan tanggungjawab)
sabar geng, kita tak tahu ye ke tak..bersangka baik dulu.
rasulullah saw dulu pun tak tahu dia disihir tapi dapat mimpi. itu pun bukan baginda yg dapat tahu siapa yg sihirkan melainkan malaikat yg sampaikan.
Assalammualaikum. Bro..
Jangan risau la bro..tak apa-apa la tu..serah je pada tuhan...
Gelas kaca selalu senang pecah.
Sebab panas-sejuk, tambah plak bila tengah panas kau terus tambah ais..atau gelas yang masih panas tu terus direndam dalam besen basuhan, jawab tak lama la gelas tu..
petua untuk elak gelas atau cawan kaca yang baru senang pecah.
kau rendam dalam besen besar dengan air panas yang mendidih. lepas tu biar sampai air tu sejuk. Insya Allah gelas kaca tu boleh tahan lama sikit. Kalau tak yakin jugak kau buat la bacaan yasin dan ayat kursi pada air yang kau baca sendiri dan renjis keliling kedai. Lepas tu buat solat hajat.. Insya Allah.
Bhai LKS...
Orang Melayu ramai yang ader PHD... hehehe
Salam bro. Saya sokong pandangan Tok Ketua. Kadang2 kaca atau gelas memang boleh pecah. Masa proses pembentukan kaca tu, dia punya structure tak perfect. dalam seribu barang, mesti ada satu dua yg tak perfect.
ya..sebab tulah aku tak amik pot..aku husnuzan..tq
eleh, bro ks saja tulis untuk sindir orang kita pasal caye sangat kat tahyul ni ye dak?
Semut balin molotov cocktail kot.
Nak kata C4 karut sangat.
dorang ni pon satu...
tuju kat org yang baru nak meniaga...
kalau btl power tuju la kat kedai mamak yang berlambak tu...
klu terrer sgt try tuju kat kfc ke mcd ke...
jadi ke tak...
MCD dan KFC anak dia punya selera la tu..dia mana la boleh kacau..
Post a Comment