gambar selingan. pompuan islam masuk surau tak tutup aurat..lagi hina ye dak?
sebagai warden asrama yang dipenuhi budak-budak tingkatan 4 dan 5 yang mendewasa dan ganas suatu waktu dulu, aku amat ditakuti mereka. Bukanlah kerana aku garang, malah ada warden dan guru yang lebih garang tetapi telah dicipta 'dongeng' untuk aku. Aku telah dilabel turun temurun oleh pelajar-pelajar ini sebagai 'lelaki misteri' kerana sukar membaca gerakanku.
Pelajar-pelajar yang selalu melakukan aktiviti nakal seperti merokok, menghisap ganja atau mencuri telah mencipta 'pantang' baru iaitu jangan sesekali menyebut namaku setiap kali mereka sedang melakukan aktiviti kerana banyak kali berlaku - apabila mereka sebut namaku, aku tiba-tiba menjelma menangkap mereka. Ini telah diturunkan kepada junior-junior mereka. Pantang!
Asrama sekolah itu rekaan lama di mana pintu masuk dormnya cuma satu saja dan tiada pintu kecemasan. Pelajar-pelajar biasanya akan merokok setelah lampu dipadamkan dan seseorang akan menunggu di luar pintu untuk 'cover line'. Pernah sekali aku telah berjaya melolos masuk tanpa disedari oleh penjaga pintu dan aku duduk bersama kumpulan merokok di dalam gelap. Kebetulan tubuh dan saiz aku lebih kurang mereka saja ketika itu (dan hingga kini..hehe!). Apabila aku menepuk bahu salah seorang dari mereka memintanya menyalakan lampu, mamat itu terkejut. dalam samar gelap dia masih cam aku. Lampu dibuka dan aku telah menangkap mereka. Selepas itu hebohlah cerita tentang kehebatan aku menjelma dalam gelap dan masuk tanpa disedari penjaga pintu. Cerita ini diheboh-hebohkan malah pelajar-pelajar ini mengadu juga kepada guru-guru lain dan kaunselor.
"Sumpah kami dah kunci pintu dan tak tinggalkan pintu, macamana dia boleh masuk? Gila!" kata mereka. maka aku pun dikaitkan dengan ilmu persilatan dan jampi serapah. Kebetulan pula aku guru penasihat Silat masa tu. (penasihat je bukan tok guru). Dan itu bukan sekali, ada banyak juga kes seumpama begitu berlaku.
Apabila sampai kepada pengetua cerita itu, dia bertanya kepadaku,"Adakah cikgu Kulup mengamalkan ilmu berselindung di sebalik 'Alif'?"
Aku jawab," saya duduk di dalam titik 'Ba'?"
hahaah!
*jangan ambil serius jawapan terakhir aku..ia sekadar lawak. aku cuma memanipulasi kelekaan mereka dengan sedikit taktik David Blaine..tih tih tih!
12 comments:
..alif lam ya (hahaha)
Hahhahahah.. lawak2. Hidup penuh misteri budak2 tu...
Bhai LKS...
Pengetua tue tanya... lu pakai kasut Aliff ka... hahahaha
Hahahaha....lawak tahap cipan...
pandai la ko lup....aku kenal la tembaga dgn emas
kalau bkn krn allif dan ba dah lama mati lemas dln air
-raden said-
~moses~
yeha%
geng,
memang lawak
moses,
hahahahahahah!
lu kalau kat vokay PD time tu memang dah kena sumbat dalam locker.Kacau jek orang nak isap rokok.
salam...waaa...main titik baa, nampak? tinggi ilmu ni...
Org banyak tau, tak semestinya paham. kengkadang, ilmu tu akan jadi hujah penghumbannya ke neraka saja..cam aku..
hahaha...
jalan ni tak kaji orang, kaji diri sendiri je..
wan,
kat PD ada Daruz mamak taiko sana, JAMIL, Raja, Tarudin..
haha terer terer. cikgu-cikgu skarang budak dah tak respek.
Tuan seperti Pengetua saya Cikgu Mat Zahid. Guru yang setia melihat pelajarnya dimana-mana dan bila-bila masa kahkahkah.
Post a Comment