Monday, August 23, 2010

pelaris gampang!

Macam biasa, sedang Sham sibuk melayan pelanggan yang berkunjung ke gerai jubah dan kurta kami masuk sepasang suami isteri (agaknya) dari seberang membelek-belek pakaian. Apabila semua pelanggan sudah keluar, pasangan ini merapati Sham.

"Adik, mau pelaris tak?" tanya si perempuan. " Adik mahu jualan adik laris. Orang pegang baju saja terus beli. Satu hari boleh jual banyak." katanya lagi.

"Suami akak ni ada dua je bahan pelaris. Kami tak mahu jual tapi entah kenapa hati dia terbuka nak bagi adik bila melihat gerai ni." madahnya lagi.

Sham sudah bersedia mental dan fizikal. Cuba melayani sebaik mungkin. Entah pelik apa rasional Sham agak baik, tidak terus hentam saja macam selalu. Tak kasi can.

Mereka terus berkempen bahan pelaris mereka tetapi agak kona-kona dan tidak berterus terang. Sham masih tak faham apa jenis bahan pelaris. Geliga ke, batu ke, minyak ke..

Berulang-ulang kali mereka kata mereka tak mahu jual cuma harga 'ikhlas' je. Tapi ayat mereka berdolak- dalih.

"Adik jangan risau, minyak ini takkan habis. Bila bulan mengambang ia akan penuh. Kalau kita ikhlas, Insyaallah rezeki akan datang dan masuk."

Oh, minyak.

"Ye, kak. Terima kasih. Saya ikhlas berniaga dan percaya rezeki Allah akan beri. Takpelah ye, saya tak perlukannya." Penolakan lembut itu disambut baik dan mereka keluar.

Aku teringat akan kawanku yang berniaga pakaian juga. Ditawarkan oleh seorang pelanggan akan perkhidmatannya yang pakar dalam hal melariskan jualan ni. Berhabis dia RM4000 habuk pun tadak. Yang laris perniagaan bomoh tu.
Huih! Macam-macam manusia cari makan. Kenapa jadi begini? Sudahlah kecurian kerap berlaku akhir-akhir ini. Dalam sibuk2 itu tanpa sedar, henfon Sham dicuri. Kata seorang kawan, " dapat pencuri tu elok dicincang-cincang je."

Aik? kan Tuhan dah suruh buat apa yang digariskanNya dalam Quran. Kita yang degil dan sombong. Berani ke nak mencuri kalau kantoi kena potong tangan?
Aku teringat di Arab Saudi, rasa selamat.

5 comments:

sang kegelapan said...

mane pembesar berani nak buat hukum islam yop..diorang sendiri takut kene sebat ngan rejam nanti yop!

Hanisham Ab Halim said...

Kalo ade hukum hudud konpom pak-pak menteri dulu yang kene rejam....

Irwan said...

desakan hidup memaksa manusia menjadi kreatif

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

aku hanya percaya Allah Dan Aku Hambanya.. telah kuserahkan urusan ku kepada_NYA

Irwan said...

Wali laa luu..