Wednesday, August 11, 2010

magik ramadhan

kisah 1

kanopi meniaga pasar ramadhan kami hilang dicuri dan hanya kami sedari waktu nak mula angkut barang niaga ke kereta. Bulan puasa ni kami tutup kafe dan buka gerai di Taman Mesra Jalan Cheras- Kajang lama. Bersama Sham, Fared Ayam dan pembantu yang lain, kami meniaga masak lomak lado api keli salai, daging salai, itik salai dan ayam kampung panas dalam kuali. Terpaksalah hari pertama berniaga tanpa kanopi. mujur tak hujan lebat. aku terpaksa ke hulu ke hilir angkut barang dan menengok keadaan anak di rumah. 7 petang waktu aku pergi semula ke tapak gerai aku dapati mereka semua dah rileks sebab masakan kami licin dan laris. Syukur.

kisah 2

ke pekan semenyih mencari kanopi untuk dibeli. tak mahu berpanas lagi. semalam amat panas sampai si Fared Ayam tak mampu nak makan nasi waktu berbuka. tah berapa gelas dia togok air istimewa jualan kami - barli limau.
Ada bekas anak murid sewaktu mengajar di Kuala Lipis dahulu aku bekerja di kedai hardware milik Melayu itu. Aku dah lupa siapa namanya. Dia dah berkahwin sebulan. Dia layan aku sebaik mungkin. Memeluk dan menepuk2 bahuku, mencium tangan..aku terharu. Dia budak SKM (Sijil Kemahiran Malaysia). Di sekolah Vokasional, aliran SKM selalunya budak2 yang malas nak ambil mata pelajaran akademik yang lain, mereka hanya ambil kemahiran saja. Kalau bukan malas pun, pelajar itu pelajar yang lemah pencapaian akademiknya.
Apa ukuran kejayaan seorang pelajar sekolah selalunya? Gred yang baik? Berapa A berjaya dicapai? Bagi aku, pencapaian terbaik pelajar ialah apabila keluar sekolah mereka sangat bermoral, menghargai orang lain dan mampu berdikari. Aku pernah berselisih dengan budak-budak pintar yang cemerlang akademiknya tapi sombong dan mengelak untuk bertemu. Kadang2 selisih bahu pun mereka buat-buat tak tahu. Yang mereka tak tahu, aku ada mata ketiga boleh nampak kelakuan mereka bila mereka membelakangi aku.

kisah 3

Dua orang awek Indon tersengih2 memandang aku dan berbisik2 sesama mereka di luar kedai hardware. Aku mulanya ingat aku yang perasan tapi lama kelamaan ia amat ketara.

"bang, muka abang macam Yesus lah." sapa salah seorang darinya.

Pulak! Yang nyata kemiskinan Yesus aku contohi. haha!
Dalam perjalanan pulang, Sham sms berita gembira.....barangkali lailatul Qadar untuk kami sampai dah hari ini..

7 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

yang rembat kanopi tu cari pahala sunat..
insan yang banyak berbuat baik adalah paling berguna

yesus pun yesus jangan sampai kena palang bai

Modern Talking said...

kisah 1 : aisehhh gua ingat bro meniaga kat dataran prima saujana.. tak pe ptg ni balik kerja bleh singgah Taman Mesra.

Kisah 2 : betul tu.. gua sokong.. walau budak SKM banyak buat masalah maka secara rasminya guru senang ingat diorg... hahah

Kisah 3 : cam Yesus / nabi Isa xpe jgn dia cakap bro cam Jarjis sudah.. lari anak dara.. erkkk sempat amik no HP x

Manjungmari said...

Kisah 3,

Dua orang awek Indonesia........, pakai seorang dah la, sempena bulan puasa ni .., yang seorang lagi tu sedekahlah kat aku.....

Anonymous said...

ikut ustz mashitah, kalau orang mencuri jgn potong tangan tapi cari keje bagi kat dia baru dia tak mencuri.

so bro ko bagi la keje kat gerai kau pulak.hahah

generasi bundle

author faethal said...

Salam Ramadhan bro,
Aiseh..camana boleh kantoi bab profesyen ni bro KS...
Dulu kata nak rahsia...hehe

Anyway bab pelajar SKM tu aku agree,
Pelajar lemah lebih menghormati 'sifu' berbanding pelajar 'hebat'.
Yela...mereka rasa dah lebih 'hebat' dari sifu dia kononnya...
Cheh!

Modern Talking said...

bro.. lot gerai bor belah mana.. klu aku masuk dari shell tu.. belah kana ke kiri ...? smlm aku carik x jumpa ramai sgt org meniaga.. mybe aku lepas pandang...kasi tanda sket kat mana gerai

Unknown said...

Cerita yang menarik! Tulislah lagi!