sepasang kekasih awal 20an kami dengar bergaduh - nak sarapan di mana. Sang teruna (harap teruna) memilih untuk ke mamak depan sementara sang dara (harap juga) mahu ke Uk5. Sang teruna terus masuk ke kedai mamak meninggalkan sang dara di luar.
Bagus! Permulaan yang baik. Lelaki mesti menang. tak harus tunduk pada wanita. Tapi...............tak masuk ke kedai aku, rugilah aku. Dara kemudiannya membontoti teruna ke mamak depan. menikmati sarapan dengan penuh selera harapnya.
Sepuluh minit kenudian mereka keluar dan kedua-duanya masuk ke kafe kami. Duduk dan memesan makanan. Anehnya sang teruna melantak nasi lemak begitu penuh khusyuk dan tawadhuk sampai licin pinggan. Sang dara biasa-biasa saja. Tetapi habis makanannya.
Kali ini kami menang.
6 comments:
ralat:- kesilapan ejaan "kenudian". sebenarnya "kemudian". harap maklum
salam,
kalau dah rezeki tak ke mana bro. hehe
poyolah kau
Tadi pn singgah kedai mamak depan tu beli rokok...sori bro tak sempat nak singgah UK5..rushing sket...tgk bro tgh melukis di meja depan kaunter...:D
masa kat kedai mamak tadi... si dara telah offer satu benda yang si teruna tak leh nak tolak... janji gie Uk5 dulu...
D'ayo
si teruna orang zambry 786..
si dara Srikandi Pakatan..
di sini kita melihat Bahawa kuasa wanita lebih dominan dalam aspek pemilihan.. Jesteru itu maka tidak hairanlah konsep ini ( pujuk memujuk, rayu merayu ) di terapkan kedalam skuad puteri UMNO... muahahaha awas lelaki yg mudah di pujuk rayu...
Post a Comment