Tuesday, August 24, 2010

satu hari di bulan puasa..

seorang polis trafik yang kami kenal iaitu bapa kepada kawan kami juga dilihat memberhentikan motosikal polisnya dan masuk ke dalam bilik wudhuk surau berhampiran tempat kami yang sedang bermain tuju selipar.
Surau itu kepunyaan arwah nenek Nazim, kawanku yang rumahnya beberapa rantai dari situ. Neneknya mewakafkan surau yang terletak di tepi jalan utama ke Raub-Kuala Lipis-Gua Musang itu.
Dengan pakaian seragamnya, dia membuka bungkusan nasi dan makan dengan laju.

"Pak cik tak puasa?" tanya Nazim. Kami terhendap-hendap di balik dinding zink yang mengepung kolah wudhuk.

"Pak Cik tak sahur, nak." kata pak cik tu. Mungkin dia penat sangat agaknya dan perut boroi yang selalu diletakkan di atas tangki motosikalnya tak mampu menyimpan stok sehingga waktu berbuka.

"Saya pun tak sahur jugak pak cik." kata Nazim, budak darjah 6 sebaya dengan aku.

"Puasa ni untuk diri kita, nak. Bukan untuk Tuhan. Tuhan Maha Kaya dan tak perlu apa-apa dari kita. Tidak cacat dan lemah akan Dia jika kita tak berpuasa. Puasa ni untuk kita. Kalau kita buat ia baik untuk kita."

"Pak cik tak puasa?" kata Nazim.

"Pak cik tetap bersembunyi dan memelihara kesucian bulan puasa. Kalau pak cik makan di khalayak ramai pak cik rela dituduh menghina agama."

"Macam solat. Kenapa orang selamba je tak solat apabila sampai waktu solat. Merayau-rayau. Tak menghina ke?" soal pak cik tu semula.

Kami perlahan-lahan meninggalkan pak cik yang sedang makan itu dan meneruskan main tuju selipar.

7 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

biasalah sekarang cakap tak serupa bikin zasss

mae said...

semoga tahun ni yang tanye tu jabatan agama pulak..biar dia jawab dalam van mayat jawapan yang same..

Nerzhul said...

apela pakcik. puasa kerana Allah la.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

asalamuilikum bro kulup
mintak tolong comment gaya penulisan gua..jika ok gau kekalkan
http://brutalsolo.blogspot.com/

Irwan said...

brutal, lu kena belajar speling arab supaya maknanya betul.
lu kekalkan gaya penampilan lu dulu...

kisah orang tak poser...ramadhan ini menyaksikan peningkatan paling mendadak dalam bilangan pakcik sebegini...

Anonymous said...

hahaha...kulup2.... ko mmg bijak
cukup aku tersengeh je la baca n3 ko

~moses~

kulupSakah said...

moses,
no fon ko dah ilang, email kat ronasina@gmail.com