Tuesday, August 31, 2010

malam al qadar

"Lailatulqadar Wak dah sampai!" kata Wak menyeringai menampakkan taringnya. "Berkat ibadah yang tak putus-putus akhirnya malam tadi menderu-deru malaikat turun dari langit membawa rezeki dalam gerai songkok Wak."
Wak penjual songkok sama-sama berniaga bazar ramadhan dengan kami sejak tiga tahun lalu tetapi baru seminggu dua ni kami bertegur sapa. Mungkin kerana wajah serius dan imej songkok tingginya membuat aku agak skeptik. Atau mungkin juga muka aku tak mesra alam membuat Wak malas menegur aku selama ini. (Kesian, songkok dan kopiah bisa merenggangkan silaturrahim).

"Ibadah apa yang Wak buat tak putus-putus? Aku tengok Wak tak pernah tarawih pun, asyik dok kedai songkok ni je..(macam aku)" tanya aku.

"Nak harapkan tarawih Wak memanglah tak menderu- tapi orang balik tarawih menderu-deru masuk beli songkok Wak. Berkat ibadah Wak." kata Wak. "Apa kau ingat solat aje ibadah?" jerkah Wak macam mengerti kekusutan aku.

"Apabila kau menyebut innasolati wanusuki wamahyaya wamamati maknanya apa saja yang kau bikin untuk kebaikan diri kau demi Allah adalah ibadah. APA SAJA! Makan ibadah, tidur ibadah, rehat, kerja dan berniaga ini adalah ibadah. Asalkan kau ikhlas dan jujur. ASALKAN NIATMU MENEGAKKAN KALIMAHNYA."
"Apa saja kau lakukan..setiap lenggang tangan dan langkah kaki sewaktu berjalan, setiap kerdipan mata dan hembusan nafas, setiap adanya gerak-bergerak haruslah kau pulangkan kepada Yang Maha Suci. Itulah ibadah berterusan, tanpa ada campurtangan orang lain dan ikhlas redha meredhai antara kau dan Dia."

"Ah! LailatulQadar Wak sudah sampai." senyumnya lagi tetapi matanya seakan basah.

Aku yang ala-Qadar ini mengambil masa sedikit untuk mengerti kata-katanya.

12 comments:

perjalanan pulang said...

Betul juga kata wak tu... bagi aku solat tarawih tu sunat. Boleh pergi terawih tetapi yang wajib kena buat dulu. Zaman sekarang orang lebih suka pergi terawih, sembahyang subuh , zohor entah kemana

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

mendalam wak..dalam

Nerzhul said...

bagusla wak..hidup ni semua kerana Allah.

Anonymous said...

malam tadi dah lailatulqadar ke lup...adoiii melepas lg aku tahun ni

~moses~

Wan Omar said...

kawan aku cakap, kalau buat sesuatu untuk dapat ganjaran pahala,takut nanti tak terbawak beratnya pahala masa lalu kat siratulmustaqim...jatuh ke bawah jugak.kawan aku cakap.

Anonymous said...

wan kawan hang tu bodo

kulupSakah said...

kah kah kah!

kulupSakah said...

perhatian! jika komen anda tak tersiar, aku tak tahu. cuba lagi.
AKU TAK PERNAH BLOK KOMEN SESAPA. AKU BUKAN BACUL. KALAU TAK MAHU DIKOMEN LEBIH BAIK JANGAN BERBLOG.

harap maklum.

Anonymous said...

lup pesan kat kwn ko yg tak de nama tu...aku minta maaf bnyk2...

~moses~

Unknown said...

Subsequently, after spending many hours on the internet at last We have uncovered an individual that definitely does know what they are discussing many thanks a great deal wonderful post.

College Term Papers

Hidayah said...

Walaupun posa sudah,raya pun sudah,aku sentiasa ingat kata2 wak..ya,setiap yg kita lakukan semua ikhlas dan kerana Allah dan mengharapkan keredhaan-Nya

Resume Writing said...

Resume Professional:Good contribution, your articles are very great, very useful for us…thank you. I just like the loom you took with this subject. It isn’t every day that you discover amazing so brief and informative.