Wednesday, December 30, 2009

Al fatihah untuk bapak Gus Dur

Pak Abdurrahman Wahid meninggal dunia.
Mantan presiden Indonesia.
Al Fatihah! Kalian pergi dulu
kami menyusul nanti.

Tuesday, December 29, 2009

kalau anda mahu digelar cool......

Kalau anda mahu dilihat cool, sila tengok banner di bawah dan datang walaupun hujan..


Kenapa? Kerana ia melibatkan selebriti2 yang telah memenangi Anugerah Cool 2009/2010 oleh tukartiub.blogspot.com- sebuah blog yang paling unggul dan cool di cakerawala dan galaksi bima sakti. Malah taukeh blog ini juga - HISHAMUDDIN RAIS akan bikin persembahan.

Yang bakal ada di pelancaran buku PERAK DARUL KARTUN (memenangi kategori buku paling cool) ialah:-

Zunar - pemenang selebriti cool 2009/2010
Pyanhabib- pemenang selebriti cool 2009/2010
Ito
Dinsman
Meor- pemenang album paling cool
Puspa Ros- pemenang selebriti pendatang baru bakal cool
Jonos, Art, Orangorang, Israq, Naza- krew buku paling cool
Syafiqsunny - pemenang facebook paling cool

kata mereka- seniman yang ada penyakit parkinson apabila memegang mikrofon pun datang, ye ke? siapa? Ada sesiapa kenal Dolahjon?
MC malam tu ialah aku- satu-satunya insan yang memenangi dua kategori (selebriti paling cool 2009/2010 dan facebook paling cool)- tiada politik wang di sini..

AYUHHH!!

(malam lepas itu kami pemenang2 anugerah akan adakan parti sesama sendiri, bersisha- mandi air sabun- hisap cigar dan air anggur di kelab Gay dan Lesbian yang masih halal di KL.)

Friday, December 25, 2009

aku, dunia dan 26 disember..

Hari ini 26 Disember. Aku teringat..

26 Disember..........
Beberapa tahun sebelum ini, tsunami melanda Aceh, Phuket, Maldives dan beberapa tempat lain. Banda Acheh jadi padang jarak padang tekukur. Nyawa melayang, harta benda musnah..

26 Disember sebelum tsunami Acheh..
Gempa bumi di Bam, Iran membuat rakyatnya meratap merasa kerdilnya di sisi Tuhan. Ribut Gregg di Sabah juga pada Disember ini..

26 Disember 1999....
Ayahanda mertuaku Raja Muhaiddin bin Raja Agong meninggal dunia di pangkuan aku dan anaknya Raja Rohaisham setahun selepas perkahwinan kami tanpa sempat melihat cucundanya dari keturunan kami. Pagi Ramadhan itu sangat sayu.

26 Disember 1973....
Beberapa rantai dari Istana Bukit Chandan dan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar (tempat rakyat berdemo baru-baru ini kerana rampasan kuasa di Perak), di dalam sebuah rumah lahir seorang bayi lelaki comel, sihat berkulit putih merah (menurut mereka). Bayi ini membesar merempuh jalan berliku merentas semak meruntuh tembok..
Walau tubuhnya luka, jiwanya sentosa. Dia kini sudah 36 tahun kiraan Masehi. Dia itulah aku...KulupSakah!

Thursday, December 24, 2009

macam-macam KL

cerita 1

Brickfield, Rabu 1.00 pm
Sedang makan tengah hari bersama kartunis Jonos, Art, Orangorang, Naza Grafik, Syafiqsunny dan Zunar di restoran Yusof Ali (tah apahal kami ketagih betul dengan kari telur atau kari kambing di situ) tiba2 meluru seorang pak cik tua salam aku sambil berkata, "Nak kahwin 2,3 atau 4 telefon saya, Pak Din. Gerenti boleh tolong punya". Dia memuji-muji snow cap aku. Anehnya dia hanya salam aku. Kawan2 lain menyangka aku kenal pak cik ni. Aku ingat dia peminat blog aku (eheh! macam popular sangat).
"Bini saya benarkan saya kahwin tapi saya takde duit, macamana?" tanya aku seloroh.

" Oh! Baitulmal boleh bagi pinjam RM5k bantuan. Mintalah! Insyaallah Pak Din boleh tolong!".

Jonos dah mula nak gelak tapi ditahan betul-betul.
"Pak Din ni bukan sembarangan orang tau?" Dia dah start bergebang dan aku biasanya suka melawan, "saya pun bukan sembarangan jugak Pak Din, saya cakap betul ni!".

"Pak Din tahu! pak Din tengok pun tahu. kawan2 yang lain ni pun semuanya hebat belaka. Sufi ni! Tak pe..Pak Din salam sorang je cukup ya? Apa2hal kol Pak Din!".

Dia memberikan nombornya dan berlalu. Kata Art," Biasalah! dalam sebulan kita mesti akan jumpa karektor macam ni!".


Cerita 2

8malam. Khamis. Keramat AU5.
Aku dengan Sham menunggu abang Pyanhabib sampai dan hendak membawanya makan malam di taman Melawati. Dia kemudiannya parking keretanya di depan sebuah restoran. Kami tiba-tiba malas makan di Melawati dan meletakkan kenderaan di situ. Kemudian terus memesan makanan di restoran yang kami tak rancang makan di situ. Aku pun ceritakan hal Brickfield tu. Pyanhabib pulak buka cerita 2-3 hari sebelum itu ketika makan bersama Imuda datang seorang lelaki bersembang dengan mereka macam2. Punyalah panjang gebangnya dan tiba2 lelaki itu ke kaunter lalu membayar semua orang yang makan di situ.
Lelaki itu kemudiannya meninggalkan nota dan nombor telefon berbunyi lebih kurang, "Rezeki tak siapa tahu, ia adalah dari Allah. kalau ada masalah hubungi nombor ini (tercatat nombor telefonnya)

hahahaha..kami ketawa mengenangkan macam-macam kisah manusia.
Tiba-tiba seorang lelaki (sebenarnya bersama isteri dan anak) yang makan di meja berhampiran berkatakepada Pyanhabib (mereka saling mengenali sebab bersalam pada mula kami sampai) yang dia dah bayarkan makanan kami.
Yahooooo!!! kami dah jimat wang lalu memesan 2 cawan kopi lagi (budget belanja awal masih ada lalu digunakan untuk membayar kopi).

"Dia Zainaldin Zainal" kata Pyanhabib.
Masyaallah aku tak perasan deejay kesukaan aku masa sekolah dulu.

Wednesday, December 23, 2009

BTN: Simbol kegagalan sistem pendidikan negara

gambar ehsan blog ummu asiah

Malam tadi aku ke forum Biro Tata Negara: Patriotik atau Perkauman di PJ. Seperti yang dijangka wakil Umno, Dr Asyraf Wajdi (dulu anti ISA) tak hadir sedangkan aku ke sana memang ingin mendengar idea dia.

KJ John, Nik Nazmi, Amir Shari dan Eddin Khoo adalah panelis dan Fadah moderator. Apa yang diharapkan dari mereka? Aku mahukan buah fikiran dari yang pro BTN. Ke semua panelis di atas terutama Eddin amat bernas.

Azam (ada konneksi dengan Perkasa) - peserta forum yang selalu menjadi orang pertama akan bertanya dan menyampaikan hujah2 yang bagi orang Umno kononnya bernas menyokong BTN. Beberapa peserta yang pro BTN juga menyampaikan hujahnya. Baca blog ummuasiah untuk lanjut.



Aku bangun dan berpendapat aku tak perlukan BTN untuk jadi patriotik dan tidak racist. Bagi aku sistem pendidikan sudah rosak (sependapat dengan Yusmadi) kerana sistem kita berorientasikan peperiksaan (exam oriented). Sekolah terlalu mementingkan pencapaian gred dalam peperiksaan lalu mengabaikan aspek yang patut ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Negara (cikgu2 zaman sekarang pun dah tak hafal FPN ni) iaitu mewujudkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Yang wujud hanyalah bagaimana nak naikkan gred sekolah agar popular.

Perlembagaan Persekutuan harus diajar asasnya di peringkat sekolah lagi di mana di sekolahlah warga Malaysia sudah didedahkan tentang peranan dan hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Ke semuanya sudah diselesaikan di dalam perlembagaan (ini pun boleh didebatkan) tetapi masalahnya mengapa maklumatnya tidak sampai kepada rakyat. Kalau boleh biarlah rakyat bodoh dengan perlembagaan. Langkah Majlis Peguam (Bar Council) untuk merakyatkan perlembagaan persekutuan dengan program "perlembagaanku" patut dipuji dan ia mestilah dipastikan sampai juga ke sasarannya.

Kegagalan sistem pendidikan inilah menyebabkan Biro Tata Negara terpaksa diwujudkan untuk menampungnya. Kononnya program ini baik untuk menyedarkan rakyat tetapi kesempatan ini diambil untuk mencucuk jarum demi kepentingan survival politik pemerintah yang tersepit kerana sokongan rakyat mula terhakis sejak era reformasi. Sama seperti PLKN, proses indoktrinasi ditanam untuk membenci individu atau pertubuhan yang tidak sehaluan dengan pemerintah dalam sesetengah program. (Bukan semua program sebab itu ada bekas peserta mengaku tiada unsur-unsur hasutan yang mereka alami). Anwar Ibrahim agen yahudi, Nik Aziz Syiah atau Kit Siang jahat bukan perkara baru malah Tengku Razaleigh dulu pernah dirosakkan imejnya dalam kursus BTN apabila gambar dia memakai tengkolok berlambang salib disebar. Kononnya dia pro Kristian. Apa ni?

Isu perkauman hanya momokan pemerintah untuk menakut-nakutkan rakyat. Seruan Melayu perlu bersatu demi ketuanannya hanya sentimen bodoh. Hakikatnya apa bangsa di dalam dunia ini mahu pun Yahudi tak pernah bersatu sesama sendiri. Pembahagian kekayaan yang adil, pengurusan ekonomi yang seimbang membuat rakyat berasa terbela dan selamat. Semangat cintakan negara dapat dibentuk. Inilah realitinya. Rakyat dapat bersatu tak kira apa jua kaum jika kebajikan mereka terbela. Lihat pemimpin atasan negara Melayu, Cina dan India yang BERSATU merompak harta negara. Mereka bersatu kerana ada kepentingan.

Kesimpulannya BTN tak diperlukan dan seperti saranan Eddin, dana yang besar untuk BTN patut disalurkan kepada sistem pendidikan untuk disusun semula dan memperbaikinya agar ia relevan untuk rakyat Malaysia.

Monday, December 21, 2009

mari ketawa

ke mana enjin jet hilang, lihat sini


DARI FILEM MADU 3

Isteri tua : Jamil, Jamil! Kusangkakan satu rupanya dua!


Isteri kedua : Jangan-jangan tiga


Isteri ketiga : Apa yang dua, apa yang tiga?


Isteri tua : Enjin jet hilang!

Kulup "Tukar Tiub" Sakah

Enjin hilang? kahkahkah....siapa curi?munkee mana rembat?kahkahkah... sama macam hilang ayah pin..kahkahkah..atau dino entot-entot lari..mana shyfool bullcurry? hilang jugak? woi..hentikanlah projek bodohkan melayu...kes sharifah aini pun hilangkan? kahkahkah...
bala hilang, awek cun mongolia hilang...kahkahkah...

mp kinaBATANGan tak hilang? kahkahkah..
apa kata madey..EEE...kahkahkah

(sesekali jadi tukar tiub)

Thursday, December 17, 2009

Tolong hormat sikit!

Sampai bila kerja mencuri dan menangguk karya orang untuk membikin wang nak tamat di Malaysia tercinta ini?
Klip video amoi menyanyi lagu SUARA yang dipetik dari puisi Pyanhabib telah didelete dari youtube selepas penyair tersohor tersebut menSUARAkannya. Tapi salinannya sempat disimpan. Sila rujuk blog Pyanhabib.

Hormatilah karya orang lain. Bukan susah sangat. Jonos juga pernah dicuri artikelnya oleh sebuah akhbar tempatan dan kerana tiada uang untuk mengambil tindakan undang2, kes ini terpaksa dipendamkan Jonos.
Aku? ...huh! ..maleh nak cerita!

Ramai lagi. Ujang sendiri hilang hak karya inteleknya. bila mana watak2 ciptaannya milik peribadi mutlaknya. Sikap tolak ansur karyawan selalunya diliwat sang keparat lapar uang.

Wednesday, December 16, 2009

talaal badru alaina

Jejak- jejak yang kami tinggalkan aku sapu agar tak dapat dikesan musuh. Ribut pasir, angin sejuk yang kejam kami tempuh dengan sabar. Demi sebuah perjuangan perlu ada pengorbanan yang bukanlah kecil. Kena tinggalkan tempat ini. Tempat lahir, tanah leluhur tempat aku melihat dunia. Tempat aku bermain dan menjadi dewasa. Kerana tekanan aku harus pindah. Tinggalkan semua yang kusayang. Dengan harapan suatu hari nanti kami akan beroleh kemenangan. Sabar sayang, aku akan pulang membawa kejayaan.
Bukan setitis air mata ini tumpah. Bukan sedikit ngilu jiwa dihiris. Tekanan bukan calang. Tapi Dia ada di sisi memberi semangat agar terus cekal. Lalu aku ikut dia. Membelah padang pasir. Wahai musuh! Moga Tuhan mengaburkan matamu dari melihat kami.

"Tala'al Badru Alaina.." lagu sambutan dinyanyikan mereka sayup kedengaran di balik sana. Orang ramai sedang berhimpun menyambut kedatangan kami. Tabuh dan gurindam bertingkah sangat syahdu. Anak-anak gadis dan kanak-kanak berlari-lari kecil menyambut.
Syukur kami selamat sampai dan seterusnya adalah sejarah.

Salam Maal Hijrah!

(Sekadar berfantasi bersama rombongan hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah)

Monday, December 14, 2009

selamat tinggal KJ...


kartunis dan karyawan Perak Darul Kartun bersama Azmin Ali, Ir Nizar, Amir Shari


1 pagi: Isnin, sampai di rumah selepas penat promosi buku PERAK DARUL KARTUN, Sham terperanjat ada sesuatu yang kecil melompat-lompat di bilik air.

"Bang! Rosmah lari bang!" Jerit Sham. Dia kemudiannya pantas menangkap ikan puyu tersebut dan memasukkan semula ke dalam balang. Pelik juga bagaimana Rosmah boleh lompat dari balang yang kuletakkan depan pintu masuk rumah dan ditemui di bilik air yang agak jauh. Sepatutnya ada tiga ekor puyu tetapi selepas memasukkan Rosmah ke dalam balang, hanya Najib saja tinggal di dalam. KJ juga hilang. Pukul berapa mereka lompat aku tak tahu. Aku, Sham dan Bibik mencari KJ dan akhirnya aku temui di bawah sinki dapur tak bernyawa lagi. Semut menghurung badannya.
Al Fatihah KJ...
Begitulah kami. Walaupun tinggal di tingkat 8 apartment tapi kampung tetap kampung. Aku bela ikan puyu dan di pasu depan koridor rumah aku ada pokok kunyit, daun pandan, daun kari, pegaga dan macam-macam lagi. Bibik dah semai betik pulak.

* KJ juga salah satu watak perompak (Kutu Jebon) karya aku dalam buku "Perak Darul Kartun"

===============================================================

Sewaktu turun dari apartment nak keluar rumah, aku terserempak dengan Hafiz, anak jiran yang ayahnya kawanku- baru meninggal dunia pada hari kedua Raya Korban haritu. Aku sedikit sebak melihat anak muda 16 tahun ini betapa dia memikul tanggungjawab untuk adik-adiknya yang masih kecil. Aku cuba mengelak bercakap dengannya sebab entah kenapa aku rasa sangat sedih. Ajal maut adalah rahsia empunya roh. Yang pergi tetap pergi. Aku entah kenapa terlalu kesian kepadanya.

" Tapi awak kena fikir kalau suatu hari nanti awak sama bini awak mati siapa mahu jaga anak awak?" tanya aci kedai buku yang aku kenali dulu. Pertanyaan ini selalu diajukan kepadaku oleh sesiapa saja. Mereka merujuk dua anak aku yang cacat tak mampu uruskan diri itu.

" kalau tiada siapa mahu jaga anak saya nanti, mereka akan mati kelaparan dan Allah akan menjemput mereka ke syurga di mana tempat itu memang dah lama menjadi miliknya. Saya tak risau!" Itu selalu jawapanku. Betul aku tak pernah bimbangkan itu.

Sebab aku sangat yakin!

Thursday, December 10, 2009

antara Lat dan Zunar

Membandingkan Lat dengan Zunar seperti membandingkan Al Pacino dengan Robert DeNiro bagi aku. Kata peminat tegar Pacino "trilogi filem Godfather lakonan Pacino sudah cukup membungkus semua filem lakonan DeNiro tetapi untuk kipas-susah-mati DeNiro (macam aku) mengatakan DeNiro lebih versatile dengan lakonan berbagai karektor, dari kepala mafia hinggalah ke watak bakal pak mertua yang lawak (Meet the parents dan sequelnya). Pencapaian kedua-duanya menakjubkan dan mereka menjadi ikon. Menariknya mereka meminati antara satu sama lain dan jika mereka berkolaborasi dalam satu filem, perkataan yang sesuai adalah "Gila!".

Lat muncul pada zaman kartun mula membudaya di Malaysia dan secara automatiknya Zunar juga menghormati Lat sebagai sifu. Aku pun. Ini faktor umur. Kalau takdirnya Zunar lebih tua suasana juga akan jadi sebaliknya. Bolehlah dikatakan Lat adalah guru kepada semua kartunis di Malaysia. Karyanya malah strokenya tulen Malaysia. Sebab itulah Lat dengan Kampung Boynya tersohor ke serata dunia. Wajah Malaysia dan budaya kampung terzahir di tangan Lat. Nak tahu Malaysia kena tengok kartun Lat.

Zunar sudah pedas karyanya sejak awal-awal pembabitannya dalam dunia kartun dan lelucon. Sejak era "Gebang-Gebang" di majalah Gila-Gila atau "Papa dan Kedana" di akhbar Berita Harian mengkritik dan menyatakan pendirian tentang isu-isu semasa sehinggalah memilih jalan yang tidak sehaluan dengan pemerintah ketika gelombang reformasi tercetus. Dari watak Kadok dan Liza atau pun Sifar sehinggalah ke "Mat Reform" dan "kroni Datuk Ya".

Lat juga sinis dengan mengkritik isu semasa tetapi pendirian politik sebenarnya agak kabur. Tembakannya tentang isu-isu rasuah atau penyelewengan kuasa tersasar (mungkin disengajakan) dan tidak setepat tembakan Zunar yang terang-terang membalun mangsanya. Jika seniman atau karyawan itu perakam suasana sekelilingnya pada zaman itu, mereka harus peka dan lahirkan karya mengikut suasana itu. Tepat lagi menepatkan. Yakin lagi meyakinkan. Jelas lagi terang. Tak sembunyi-sembunyi. Tanpa ragu-ragu atau garu-garu. Setiap karya yang dihasilkan oleh setiap karyawan perlu dihormati sama ada kita bersetuju atau tidak apa yang dinukilkan. Tiada masalah. Yang penting karyawan mestilah bertanggungjawab terhadap karyanya dan bukan menjadi pak turut yang menjadi alat orang lain dalam menyampaikan mesej. Orang lain yang memerintahkan karyawan tersebut membuat mengikut kemahuannya dan karyawan ini melepaskan tangan dengan berkata "saya hanya mengikut arahan saja" adalah karyawan yang malang. Dia bukan karyawan tulen sebaliknya hanya robot yang bekerja mengikut arahan yang dipetik pada alat remote control oleh tuannya.
Jika Lat berpendirian menyokong pemerintah dalam karyanya tiada masalah kerana itu yang dia percaya. Kita menghormatinya dan seharusnya Zunar juga dihormati karyanya berlandaskan pendirian yang dia percaya.

Aku tidak boleh membandingkan siapa lebih hebat dari sudut profesion sebab sebagai kartunis tak popular aku hormati seniority mereka dan mereka guru aku. Semua kartunis duduk di kategori berbeza untuk dibanding-bandingkan. Ia sukar. Jaafar Taib, Nan, Ujang, Aie atau mana-mana yang lain ada keistimewaannya. Cuma dari sudut menyatakan pendirian aku setuju memilih Zunar kerana aku juga punya pendirian yang sama sepertinya. Ikhlas!

Kalaulah suatu hari nanti aku jadi Mike Tyson atau Joe Frasier dalam kategori kartunis politik, Zunar tetap Muhammad Ali! Atau jika mereka Pacino dan DeNiro cukuplah aku jadi Johnny Depp, yahooo!


Wednesday, December 9, 2009

Anda kuat seks?

"Akak bukan nak cakap dik! Laki akak sejak pakai benda ni, power! Trylah, murah je." akak jual jamu tu menduga kejantananku.

"Mai sini bang. Pakai ni. Sapu kat situ setengah jam sebelum main. Pastu abang rasa sendiri. Gerenti bini abang akan ingat sampai mati!" kata mamat penjual ubat kuat dengan bantuan replika 'punai' saiz besar yang diperbuat dari kayu. Aku rasa macam nak londehkan seluar dia nak tengok camana barang dia.

Aku pun hairan dengan trend orang kita yang tak pernah habis dok sebok bab tenaga batin ni. Dari Viagra ke Tongkat Ali, yang pompuan dengan kacip fatimahnya. Cula tupailah, ball bearinglah..TAK HABEH-HABEH! Paling hampeh ada yang jual depan sarang pelacur. Boleh terus buat praktikal. Takde benda lain ke yang nak difikirkan selain seks. frasa "kepuasan" untuk isteri amat meloyakan seolah2 perempuan jadi bahan keganasan yang tak akan cari lain jika tuntutan nafsunya dipenuhi secukupnya.
Agaknya kita mengalami krisis keyakinan terhadap potensi sebenar kita lalu memerlukan bahan katalis untuk melampiaskan syahwat. hahaha!

"yakinlah pada diri sendiri"


ok, iklan sebentar!




kartun aku di majalah tersebut. layari di sini untuk dapatkannya.

Ir Nizar jamaluddin, Menteri Besar Perak pilihan rakyat bersama Azmin Ali akan merasmikan buku PERAK DALAM KARTUN pada hari Ahad 13 Disember jam 4ptg di lokasi di bawah. JEMPUT HADIR!

Tuesday, December 8, 2009

GEMPAR WOII!!


Penerbitan buku "Perak Darul kartun"

Memandangkan tidak ada respon positif dari pihak KDN mengenai permit penerbitan Gedung Kartun, Sepakat Efektif terpaksa meneruskan penerbitan kartun itu dalam bentuk lain. Kami dengan ini mengumumkan penerbitan Gedung Kartun edisi kedua dalam bentuk buku dengan tajuk "Perak Darul kartun" (PDK).

Kenapa kami memilih buku? Buku adalah penerbitan tidak berkala, dengan itu tidak memerlukan permit penerbitan, hanya ISBN yang mana kami telah memperolehinya.
PDK mempunyai ketebalan 80 muka surat tidak termasuk kulit muka (dengan penambahan 12 muka surat berbanding Gedung Kartun) dan dijual dengan harga RM10 setiap naskhah. Cetakan pertama adalah sebanyak 10, 000 naskhah dan akan diedarkan ke seluruh negara. Ia juga boleh dibeli secara online melalui website cartoonkafe.com.
Penyambungan penerbitan ini dalam bentuk buku membuktikan pihak kami tidak berhasrat berkonfrontasi dengan pihak KDN kerana itu bukanlah matlamat kami.
Matlamat kami adalah untuk menghasilkan karya-karya alternatif dalam konteks Malaysia, dengan isu-isu dan pendekatan yang selama ini gagal diketengahkan oleh karyawan negara ini, khususnya kartunis.

Kami percaya kartunis bukan sahaja berperanan mengenengahkan unsur lelucon dalam karya, tetapi punya tanggung jawab sosial untuk mengkritik, merakam realiti, memberi informasi, membawa suara rakyat dan mendidik.

Kami berpendirian tegas bahawa kartunis tidak boleh berdiam diri atau berkecuali, tetapi harus menyatakan pendirian apabila masyarakat atau negara berdepan dengan krisis. Dan pendirian itu harus diterjemahkan dalam karya.
Sehubungan itu, kami akan terus menghasilkan kartun-kartun alternatif dari masa ke semasa biar pun menghadapi berbagai rintangan.

Kandungan

Seperti juga Gedung Kartun, PDK menampilkan karya-karya kartun dan rencana yang mengkritik pedas kebobrokan, salah-guna kuasa, rasuah penguasa dengan sepuluh muka surat pertama ditumpukan kepada isu 'rampasan kuasa' di Perak oleh kerajaan BN yang digambarkan seperti kaum-kaum primitif yang tidak bertamadun bertindak ganas mengguling kerajaan PR. Malah muka hadapannya dilukis oleh kartunis Art seperti poster wayang menggambarkan watak ketua lanun dan pahlawan purba sedang bersiap sedia merampas sebuah kerajaan dengan watak-watak sampingan tiga ekor katak dan seekor beruk misteri. Watak speaker Sivakumar digambarkan sebagai superhero ala Superman seolah-olah sebagai seorang penyelamat.
Selain itu, turut dimuatkan ialah ruangan khas empat muka watak pemimpin negara bernama “Datuk Nazak”yang kelam-kabut dengan kemunculan semula Balasubramaniam setelah lama menghilang sebaik saja membuat pengakuan bersumpah penglibatan PM dengan kes Altantuya, juga bagaimana Datuk Nazak cuba menggelapkan Mongolia dari peta dunia agar ia tidak disebut lagi. Kartunis Haili menyentuh isu bekas PM, Dr. Mahathir dikalungkan selipar oleh Samy Vellu. Slot “Negaraku” juga memaparkan kritikan pedas terhadap isu semasa seperti isu lompat parti yang menggambarkan PM sebagai pekerja pengutip sampah yang sedang mengutip wakil rakyat PR lompat parti ini dari longgokan sampah (sentuhan kartunis Zunar) , kartunis Ronasina melukis watak Dol Kerepek (maskot majalah Gedung Kartun dan Perak Dalam Kartun) mentertawakan Timbalan Presiden Umno yang menggunakan istilah Arab untuk menampakkan Umno lebih bersih. Karektor bekas-bekas Perdana Menteri Malaysia dalam “Dua Tun” pula memperlecehkan dasar 1Malaysia dan Glokal ilham Datuk Nazak. Isu KDN merampas majalah Gedung Kartun disindir oleh kartunis Jonos yang melukis watak menteri KDN mengarahkan pegawai KDN menyerbu kilang ais krim yang bunyinya mirip perkataan Mongolia. Tiga muka surat karya Enot bertajuk “Nostalgia 98” pula mengimbas kembali sejarah ketika gelombang reformasi tercetus. Seperti siri pertama “Nostalgia 98” yang pernah disiarkan dalam Gedung Kartun, Enot menyambung juga ruangan “Selangor Tanahairku” untuk memberi publisiti tentang dasar-dasar kerajaan Pakatan Rakyat dengan pelbagai program kebajikan yang telah dijalankan.
PDK juga menyiarkan komik empat belas muka surat karya ahli akademik dan sejarawan Dr Farish Noor bertajuk “Istana Kita”.
Sasterawan Negara, A. Samad Said menyumbangkan puisi tajamnya mengkritik pemimpin yang cakap tak serupa bikin sementara penyair Pyanhabib terus menulis di dalam kolumnya (seperti di dalam majalah Gedung Kartun) yang diberi nama “Racau”. Kali ini beliau meracau tentang sekatan yang dikenakan oleh pihak berkuasa terhadap kebebasan berkarya. Kartunis Warih menggambarkan bagaimana penceramah agama ditangkap seperti penjenayah hanya kerana berceramah tanpa tauliah. Kartunis Art juga menyentuh isu yang sama tetapi mengaitkan isu tauliah tersebut dengan isu rasuah dalam kartun bertajuk “Warung Pak Emjal” dipercayai mengambil sempena watak salah seorang aktivis reformasi veteran Pak Amjal. Aktivis Hishamuddin Rais menulis cerpen ‘Riwayat Tok Seri Jantan Takubin” mengisahkan seorang pembesar sebuah negara yang takutkan isteri dan seniman Rahmat Haron membongkar kisah misteri “Siri Bercakap Dengan Puaka” dipercayai ada hubung kait dengan isu puaka Rosmah yang panas beberapa bulan lalu.. PDK juga menampilkan peguam muda Puspa Ros menulis tentang undang-undang di dalam kolumnya “Dari Meja Loyar” yang bertujuan untuk membangkitkan kesedaran rakyat tentang hak-hak mereka yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tenaga Kreatif

1. Ketua Editor/founder: Zunar (Zulkiflee Anwar Haque)
2. Ronasina (Mohd. Affandi Ramli): Editor, kartunis
3. Jonos (Nor Azlin Ngah): Ketua Pelukis/Kartunis
4. Art (Azhar Saad): Kartunis, Pelukis Cover
5. Orangorang (Azlan Isa): Kartunis dan colourist
6. Naza (Nazruddin Abu Bakar): Pereka Grafik Kanan
Kartunis penyumbang: Haili, Oly, Roy, Enot, AJ, Warih, Kidol, Madsein, Kawe, Ubi Lepih, Nur, Fahmi dan Buzu.

Penulis penyumbang/kolumnis: A Samad Said, Hishamuddin Rais, Pyanhabib, Rahmat Haron, Pusparos dan Benludin.

Monday, December 7, 2009

Eksklusif: KulupSakah interview KulupSakah

Interbiu ini dijalankan di sebuah gerai tepi jalan yang mana pak cik tokey kedai ni sedang memperagakan t-shirt bertulis "Pemuda Umno". Lantaklah!

KulupSakah: Apa khabar? Lama tak apdet blog? Sibuk ke?

KulupSakah: Ya lama, dah lima hari. Sangat sibuk sekarang menjadi penasihat fisioterapi kepada
isteri pembesar negara yang obesiti.

KulupSakah: Ye ke? Siapa?

KulupSakah: Rahsia....tak boleh bagitahu takut kena letup nanti menjadi seketul daging tanpa
deria.

KulupSakah: Mengapa saudara sekarang kurang menulis entry pasal politik?

KulupSakah: saya masih menulis pasal politik,jika anda perhatikan tulisan saya betul-betul
memang ada menyentuh politik. Agama pun ada.

KulupSakah: maksud saya politik kepartaian. Kurang membantai dan mencarut kepada pihak
yang saudara kritik.

KulupSakah: "Parti" politik kalau dilihat sama saja "game"nya. Busuk taik di dalamnya sama
cuma masing-masing ada disiplin tersendiri. Pas misalnya mengunci ketat dari
pengetahuan orang luar krisisnya walaupun ia tak terbendung. Segala kemelut
ditangani peringkat dalaman walaupun masih tak selesai2. PKR agak lantang
terutama ahli2 yang terdiri dari golongan reformis mengkritik secara terbuka
pimpinan mereka walau kadang2 nampak berbahaya dan lebih menguntungkan
musuh. Isu Pelabuhan Klang dan TKM Penang Fairus sebenarnya dimulakan oleh
ahli PKR sendiri. Bagi mereka, jika u tak bagus, u boleh blah! DAP anehnya lebih
konsisten. BN menyerang mengatakan DAP kudakan Pas dan PKR tapi ia tak
berkesan.

KulupSakah: Sebab itulah saudara malas nak cerita pasal "parti"?

KulupSakah: Malasss... cerita2 rakyat marhaen dengan persoalan hidup lebih bagus. Kisah
"ayam", "lanun cetak rompak", rempit dan lain2 hidup disebabkan kesan dari
ketidakstabilan politik. Rasuah yang dah jadi budaya menular sampai ke peringkat
paling bawah sebenarnya dimulakan oleh pemimpin tertinggi. Masyarakat kita
semakin mati rasa dan rasuah bagi mereka bukan satu masalah besar.

KulupSakah: Tidakkah ini bahaya dan sejarah zaman berzaman menyaksikan tamadun
sesebuah negara runtuh disebabkan rasuah?

KulupSakah: Ya memang bahaya! Tetapi jika kita masih lagi tidak menganggapnya penting
dan sambil lewa saja maka tunggulah hari binasanya. Tapi aku tak kisah sebab
bagi aku yang menghayati afa'alNya dapat berasakan ini adalah suatu gurau senda
yang mana aku sendiri harus terlibat memainkan perananku. Bersatu dengan
keabadian, mengenal lalu melebur dalam kesatuan seterusnya melayani segala
yang telah ditajallikan.....(menari seperti Jalaluddin Ar Rumi)

KulupSakah: Sekian saja interbiu ini sebab nampaknya dia ni dah mula merepek macam orang
mabuk.

Thursday, December 3, 2009

mapiau mapiau!


Pukul berapa sekarang? no kad pengenalan kau apa? Hari ni berapa haribulan? Zohor berapa rakaat? Anak kau berapa? Berapa CGPA kau?


Ada seribu satu lagi soalan seperti di atas yang jawapannya mesti diberi dalam bentuk nombor. Tulisan berwarna merah tu pun nombor. Begitulah pentingnya nombor dalam hidup kita hari hari. Dalam apa juga bidang atau cabang, ia akan melibatkan nombor. Dari hal duniawi hinggalah ke ukhrawi (sebut istilah camni nampak alim sikit) tak dapat tidak, nombor akan muncul.


Benarkah nombor mempengaruhi peribadi kita? Tuhan jadikan semuanya bersebab malah kenapa kita lahir pada tarikh itu pun ada sebabnya kerana dari tarikh itu hinggalah habisnya hayat kita, ada peranan yang perlu kita mainkan dalam hidup ini. kalau kita tak sedar dan kelabu dengan peranan kita atas bumi ini, malanglah.


Secara peribadi hari lahir aku 26 Disember (nak promote besday tak lama lagi) dan hari2 bencana dunia seperti tragedi tsunami Acheh dan gempa bumi di Bam Iran beberapa tahun dulu jatuh pada hari yang sama. Ah! Itu tak penting. Maksud aku tarikh lahir aku dan isteri aku 15 Ogos akan jatuh pada hari yang sama setiap tahun. Jika 26 Disember jatuh pada hari Rabu maka 15 Ogos juga hari Rabu malah dating pertama kami 11 April juga pada hari yang sama. Bijak pandai dahulu dapat mengkaji peribadi seseorang berdasarkan hari lahirnya yang akan menyimpulkan seseorang itu pemegang nombor apa pada tubuhnya. kajian terhadap beribu2 manusia itu menemui hasil yang cukup mengkagumkan. Tubuh aku memegang nombor 4- seorang yang berkemahiran tinggi (uhuk!), bijak, berprasangka buruk dan kedekut. (Ada betul juga).


Ada nombor Arab 18 dan 81 di telapak tangan kita yang memberikan jumlah 99 nama Allah. Telapak itulah yang kita renung sewaktu berdoa dan diterbalikkan untuk menjauhi bala (bukan Balasubramaniam). Sifat 20, angka 7 yang mempengaruhi dunia dan macam macam lagi.


Pi tengok blog Wak Jono dan baca dari awal hingga akhir.

Apa nombor korang? Sejauh mana sesuatu nombor mempengaruhi hidup korang?

Asalkan jangan gila nombor sudah.

tatak sombong..

9 pagi. Brickfields.

"Ha encik, mari masuk tengok dulu yang mana suka." kata bapak ayam itu sewaktu aku melintasi rumah berlampu merahnya. Rumah ini akan sibuk bila tiba waktu malam. Dia meminta aku memilih mana-mana ayam yang aku suka.

"saya vegetarian!" kata aku.

Monday, November 30, 2009

feel dan rasakan stimnya...ahh!

Jidin buat aku gelisah (rujuk entry sebelum ni). Lepas upacara Qurban aku ke rumah Wak Baharom, pengusaha ikan patin sangkar yang selalu bermuzakarah dengan aku tapi tak pernahlah kami bermuZAKARah.

"Apa yang dikatakan Jidin tu betul ah! Takde pedaah langsung! Nak berurusan dengan Tuhan kena ada feel, baru datang stim! Kena khusyuk! Kau tau khusyuk?" tanya Wak.

"Taulah! Menumpukan sepenuh perhatian tanpa terpengaruh dengan gangguan." kata aku.

"Yelah! labun bolehlah! Tapi kau boleh feel? Ilmu Allah Taala ni bukan pakai cakap je, kena feel! kena 'rasa' sebab rasa tu yang buat kita yakin. Dari yakin baru dapat nikmat yang hakiki. ha! macamana definisi khusyuk pada kau?" Wak sudah provok aku.

Aku diam sambil meneguk sirap. Raya rumah Wak dapat makan patin sangkar masak tempoyak.

"bahalul kau ni! Dah banyak sangat campur urusan duniawi. Otak kau dah lemah! Jiwa kau dah malap."

Aduss! Wak belum pernah kena seligi aku.

Wak merengus. "Kau pernah rasa nikmat berjimak? Apa kau rasa masa nak sampai syok? Nikmat? kau pedulik tak pada yang lain atau apa2 masalah dunia yang lain? Tak kan? kau cuma ingat yang satu tu je..nikmat nikmat nikmat! tapi kau dah tak boleh ucapkan dengan kata2 lagi masa tu kerana nikmat kau dah sampai ke puncak yang hanya kau saja yang tahu. Ingatan kau hanya pada 'itu' saja. Tiada kata2 hanya nikmat saja. Yang mampu keluar hanyalah nafas suci kau ah ah ah!". Wak ketawa mengekeh sambil menggayakan aksi terlampau.

Aku terdiam dan sedikit kegelian. Tapi aku akui kebenarannya. ya! Khusyuk!

Wak berkata lagi," Tapi mengapa ingatan padaNya tak sampai ke tahap khusyuk begitu? Sebab hati kotor gelap, lampu aladin tak digosok sampai berkilaau nampak wajahmu!"

Tu lagu Aladin. Wak layan Spider ke?

" Banyak upacara ritual dah dikomersialkan dan dipermudahkan sampai feelnya hilang. Ingat waktu kita kerjakan saie dulu? Mana feel Siti Hajar lari-lari kecil antara Safa dan Marwa di tengah panas terik? Segalanya dah jadi mudah. Kita seolah lari dalam dewan yang panjang. Rasa air-cond tak rasa panas langsung. Siap boleh minum air zam-zam yang disediakan kat tepi jalan. Kaki kita tak rasa debu panas tapi sakit sebab simen yang keras. mana feelnya?" Wak nampak kesal. "Aku tak tahu apa kan diubah oleh kerajaan Arab Saudi nanti nak bagi semua orang senang. Aku takut esok tawaf pun kita pakai rel yang bergerak."

Aku teringat masa saie hari itu dan untuk mendapatkan feel memang aku lari-lari sambil nyanyi lagu Hijab Kekasih dan Raikan Cinta.

teringinku melihat di sebalik hijabmu
wajah yang ku puja..

Friday, November 27, 2009

qurban macam majnun!

Selesai memberi salam, aku bangun dan ke tandas. Tak tahan nak kencing. Keluar tandas hendak menuju ke saf semula langkahku terhenti. Jidin si bodoh kampung yang duduk di tepi tandas masjid membebel-bebel sendiri.

"Kenapa Long?" tanyaku. Long adalah panggilan manjanya di kampung kami. Jidin, hampir 50 tahun usianya agak bodoh2 alang orangnya. Namun dia adalah sebahagian dari warga desa kami yang tak pernah ketinggalan menyertai kegiatan2 desa. Kenduri kahwin adalah dia, jamuan masjid malah qorban tumbang lembu pasti dia jadi orang penting.

"khutbah raya haji ni dari Long kecik sampai hari ni dok camtu gak!" dia bersungut2 lagi. "Asyik bernostalgia kehebatan pengorbanan ibrahim nak sembelih ismail je..cemuih kawan!"

tiba2 aku tak nampak kebodohalangan dia. "Habis nak cerita apa lagi? " aku memancing.

"kenapa tak kaitkan gilanya pengorbanan tu pada kita? Cerita pasal dia je..tapi tak boleh nak selam!". "kenapa anak yang Allah minta dikorbankan? Sebab itulah harta yang paling disayang. Berapa lama ibrahim nak dapat anak? Alih2 disuruh sembelih. Dan betapa gilanya ismail sanggup disembelih. Gila juga Siti Hajar meninggalkan ismail di tengah panas padang pasir yang bahaya itu dengan ancaman binatang buas atau ribut pasir. kenapa mereka gila?"

"gila?" aku tak faham.

"orang yang kasih dan cintakan tuhan mestilah sampai ke tahap majnun! macam orang sedang bercinta dengan kekasihnya. kan gila? Berani kau pergi kerja mencari rezeki meninggalkan anak di rumah keseorangan seperti Siti Hajar?

"err..dia lain Long!"

"apa bezanya? Bezanya sebab kau tak bertawakal sampai tahap gila. keyakinan kau dengan perlindungan Allah rapuh. Allah uji sikit je dah tak sanggup. Lihat Ibrahim dan ismail sanggup berkorban kerana cinta mereka pada tuhan sampai ke tahap gila."

"mereka nabi, kita bukan!" kata aku.

"habis kita nak ikut sapa kalau bukan nabi? ikut babi? kau ingat tuhan zalim ka? dia cuma nak test je. bila dilihat mereka sanggup hadapi ujian gila ni, tuhan gantikan seekor kibas. itu ganjarannya. soalnya sekarang kite lemah dan tak yakin!"

aku tertanya2 sejak bila Jidin pulih dari sewelnya. Butir bicaranya petah tanpa tersekat.

"ni ibadah qurban yang kita buat ni kau tengok..ada lembu yang disedekah oleh YB sebab itu hari tok imam mohon . kata tok imam, mintaklah nak sekor lembu untuk dibagi pada orang kampung. Apahalnya ni? kenapa ibadah qurban sampai nak minta subsidi? kalau ramai2 tak mampu korbankan harta untuk korban, jangan buat! bukan sampai menagih2..raya haji bukan pesta makan nak mentedarah daging sembelih. ia ibadah korban yang ikhlas!"

aku berdesing jugak bila dia kata: Pasaipa tak cukup duit nak beli lembu? Rokok aku tengok masing2 kotak besar hari2 tak putus. Sebulan berapa ringgit tu? Hampughaih! beli lembu pun tak sanggup, belum suruh berperang!

"Sahabat2 dulu kalau hidup zaman ni mesti dicop gila. Apa taknya, masing2 berlumba untuk mengorbankan harta dan jiwa untuk Allah. Osman yang kaya tu habis hartanya dibelanjakan tapi Allah ganti balik. Sebab dia yakin. Rasulullah tanya Abu Bakr apa lagi yang kau tinggal apabila dia tengok Abu Bakr sampai tinggal sehelai sepinggang. Abu Bakr jawab aku hanya tinggal Allah dan Rasulnya! Gila tak?"

"kalau kau sedekah 10 ribu dan kau kata sangat ikhlas sedangkan kau masih ada 10 juta, itu tak hebat. Cuba kau sedekah 10 juta dan hanya tinggalkan 10 ribu untuk kau, sanggup?". "Itulah gila namanya tapi itulah yang dilakukan oleh sahabat."

Aku terasa semput. Jidin terus membebel sampai aku tak dengar buah butirnya. Khutbah raya dia meninggalkan kesan berbanding duduk di saf tadi..

Wednesday, November 25, 2009

mimpi ngeri itu

Air mata aku masih mengalir waktu terbangun dari tidur. Ketat di dada masih terasa malah sisa-sisa seduku masih ada. Dada ini bergetar kencang. Suara dari dalam mimpi itu masih terngiang-ngiang. Suara perintah. Suara kebenaran. Aku memandang isteriku. Sanggupkah dia menerimanya? Aku sendiri masih was-was walau aku dapat rasa kebenarannya. Kalaupun Sham redha apakah aku sanggup lakukannya?

"Betulkah suara perintah itu suara kebenaran?" tanya Sham.

"Aku sangat yakin." jawabku.

"Abang sanggup?" tanyanya lagi. Air matanya mula merembes keluar. Bibir Sham bergerak-gerak. Aku dapat lihat kesukarannya menahan esakan.

Annisa dan An-Nur permata hati kami. Mereka zuriat kami. Walaupun kedua-duanya cerebral palsy tapi sayang kami kepada mereka sangat suci. Mereka anak yang baik dan sudah pasti tidak akan membantah.

"Abang sanggup?" ulang Sham lagi.

Aku terjaring antara manikam dengan kaca. Antara nikmat khayal dengan kasih hakiki.

Air mataku makin laju. Sham kudakap erat. Dia menghempaskan tangisannya di dadaku. Annisa dan An-Nur kurenung. Tanganku menggeletar dadaku berdebar. Dan suara perintah itu makin kuat bergema.

" Dan janganlah anak dan harta benda kamu melalaikan kamu kelak kau akan tergolong di dalam golongan yang rugi"

Bayangkan kita mendapat mimpi dari Yang Maha Esa memerintahkan agar kita berkorban menyembelih salah seorang anak kita seperti mimpinya Nabi Ibrahim. Sanggupkah? Anak adalah nikmat dan rahmat dari Yang Maha Esa. Sanggupkah kita mengorbankan nikmat itu demi cinta kita kepada Sang Pemilik nikmat tersebut?

SALAM EIDUL ADHA!

petikan ucapan Zunar di UIA

kartun terbaru aku di sini

Don’t blame cartoonist; we only transform it onto paper.
By: Zunar


CARTOONING in Malaysia started back in 1940s. Cartoonist like Peng started to draw editorial cartoons for local newspapers. In the 60’s, Lat, Mishar, Rejabhad and Nan started the new era in cartooning and were considered as the pioneers in the Malaysian cartoon landscape.

But only in the late 70’s did the cartoon industry in Malaysia started to blossom when a humor magazine, Gila-Gila, a local version of the ‘Mad Magazine’, was formed in 1978. That created a space for great cartoonists like Jaafar Taib, Zainal Buang Hussien, Tazidi, Don, Kerengge, Ujang, Reggie Lee, Fatah, Rossem, CW Kee, to name a few.

Their cartoons became hits, not only because they were funny, but they also reflected Malaysian life.
Their works covered topics such as kampung life, school time, market scene, youths & childhood life, love, etc, etc. Since then, Malaysian cartoons continue to develop and bloom till this day.

I estimate, currently there are more than 200 active professional cartoonists in this country -- a good number for a relatively small
country like Malaysia.

But, strangely from this number you can say almost all of them steer clear of being political cartoonists.
Since 1998 until now, Malaysia has been facing a never-ending political crisis that leads to the erosion of public confidence of the ruling government.

Writers such as Shahnon Ahmad, A Samad Said, Hishamuddin Rais, Lutfi, Steven Gan, poet and theater activist Dinsman, film director Nasir Jani, singers Ito and Meor, express the injustice of the authority through their works.

But where are the cartoonists? May be they are still doctrinated by the popular saying:
“In Malaysia we may have freedom of speech; what we do not have is freedom after speech.”

The fact is, some of the cartoonists are fettered by the culture of fear and some of them prefer to play safe and maintain neutrality. This is absurd! To this I would always say, "How can I be neutral, even my pen has a stand!"

Cuban revolutionist icon, Ernesto Che Guevara said in his popular quote, "When injustice becomes law, resistance becomes duty". Modern journalism figure, Joseph Pulitzer had outlined clear ethics in his declaration on journalism.

He, among others, stressed that: "Always fight for reform and never tolerate injustice or corruption".

Dante Alighieri, an Italian poet in his famous poem, “Inferno” in the 14th century said “The hottest places in hell are reserved for those who, in a time of moral crisis, maintain their neutrality”.

I totally agree with Dante and personally think that Malaysian political cartoonists somehow fail to carry their duty to relay the voices of people and to convey strong messages to the authority where it matters most.

Very few senior cartoonists really touch fundamental issues such as human rights, freedom of speech, freedom of media, independence of judiciary and professionalism of the police force in their works.

I believe cartoonists have important roles, not only to make people laugh but also to highlight important issues. Cartoonists should criticize, educate, and open up readers’ minds in their own ways.

In September this year, I with several young emerging cartoonists namely Jonos, Ronasina, Enot, Haili and a few others started a new satirical humor magazine, “Gedung Kartun”. This is the first and only humor magazine which tackles current issues -- political, economic, human rights, judiciary, corruption and the misuse of power in the police force.

Immediately after the magazine hit the street, my office in Brickfields, Kuala Lumpur was raided by eight officers from the Home Ministry [Kementerian Dalam Negeri or KDN] and 408 copies of “Gedung Kartun” were seized. On the next day, the printing factory was also raided and printing plates of the magazine were confiscated. The ground?

They claimed the magazine does not have a publication license.They are going to charge me soon under Section 5(2)(b) of the Printing Presses and Publications Act 1984. According to the Act, those found guilty can be jailed up to three years and fined up to RM20,000, or both.

But for me, government's action was politically motivated to block alternative views and critical voices. It is also a form of intimidation against me and my team of cartoonists.

The “Gedung Kartun” cover shows top Malaysian leader holding a Mongolian flag. That was what cartoonists think of the hottest issue in Malaysia now. So, why does that irate the authority?

What is so wrong for the cartoonists to highlight this kind of issue? As mentioned above, Malaysia is facing political crisis and every political episode is cartoon material. Don’t blame us cartoonist; we only transform it onto paper.

Despite the hurdles, I can confirm that Gedung Kartun will continue to meet the readers, and I will continue to draw alternative political cartoons and train young cartoonists. The government should encourage this kind of cartoons to grow for the betterment of Malaysian cartooning industry.

ASIAPAC Conference, UIAM Kuala Lumpur
23-Nov-2009

Tuesday, November 24, 2009

nik aziz, menantu, kroni dan 2 orang pekerja sendiri saja..

Nik Aziz mendengar saranan Hj Hadi dan rombongan Pas agar menantunya meletak jawatan demi nama baik Pas. Aku setuju! Moga2 Nik Aziz mengambil iktibar akan hal ini. Berbeza pendapat tidak salah. Menerima teguran juga menunjukkan keterbukaan kita. Jangan jadi seperti sesetengah penyokong2 mereka yang hanya menurut taksub melulu dan tak boleh langsung idola mereka ditegur.

Suatu ketika Umar Al Khattab meminta anaknya menjual semua ternakannya apabila mendapati binatang ternakan anaknya gemuk2 berbanding dengan ternakan orang lain. Ini kerana orang lain segan hendak ke padang ragut yang mana anak khalifah ada juga membawa ternakannya makan di situ.

"Walaupun tak salah tapi aku tak mahu ada orang berkata mentang2 anak khalifah, maka boleh saja ke padang ragut itu" kata Umar.

Persoalannya bukan salah kalau berkelayakan tetapi untuk menutup mulut orang yang pastinya akan berkata tidak enak.
Jadi tindakan Nik Aziz wajar!

Bagaimana pula dengan Nazir Tun Razak, Khairy Jamaluddin, anak-anak Mahathir? Fazrin Azwar menantu Opah Pidah, Apa cerita?
satu dunia tahu kaya raya tempias bapak2 atau abang2 depa atau pak mak mertua depa..
tak nak cuci nama ke?

HAMPUGHAIH korang!

Sunday, November 22, 2009

2012..

"Dr Wahab Bee ditangkap lagi"
"Ah! Kena lagi" bisik aku melihat tajuk berita online di skrin notebook aku yang sebesar kotak mancis. "Dah dua kali minggu ni!"..
Pelayan yang mengambil pesananku tadi tiba lalu meletakkan secawan susu hitam di atas meja.
"Apa pula kesalahan kali ini?" tanya aku pada diri sendiri. Aku menguis skrin untuk melihat berita selanjutnya dan..

"Auww! Cit! Cinajib!" air susu hitam yang kuhirup masih panas rupanya. Bibirku berdenyut bagai disengat tebuan.

"Lotong! Lotong!" jerit satu suara seperti dalam kecemasan dari arah luar bar itu. Aku terkejut dan bingkas bangun. Orang-orang di dalam bar seakan tidak mendengar dan kalau dengar pun tidak mahu ambil pusing. Aku sempat menjeling pada seorang tua yang sibuk menghisap paip sembari mencium pasangannya yang jauh lebih muda. Geli! Getik! Macam bapa kambing mencium putik nangka. Orang tua ini selalunya kulihat siang dengan orang lain dan malam dengan pasangan yang lain. Selalu juga wajahnya tersiar di dada akhbar kononnya menderma ke sana sini dan bermacam kerja-kerja kebajikan lagi. Aku terus meluru ke luar mendapatkan suara menjerit meminta bantuan tadi.

Seorang manusia bermisai berjanggut dan memakai skirt kelihatan lemah meronta-ronta. Dua manusia bertubuh kecil tetapi keras, berdada benjol merebahkan si misai ini. Bergegar dua benjolan daging dadanya ketika menjatuhkan si misai. Skirt si misai dikoyak. Si misai menjerit lemah tak daya melawan. Air matanya meleleh. Dan....aku memalingkan muka kerana tak sanggup melihat. Orang lalu lalang tidak menghiraukannya.

Dua manusia berwajah ayu, bertubuh kecil dan berdada benjol itu pantas menyarungkan seluarnya semula. Salah seorang dari mereka menyeluk saku dan mengeluarkan sehelai dua wang kertas dan diselitkan di celah dada si misai yang hanya mampu menangis tersedu-sedu. Mereka berdua berlalu meninggalkan tempat ini. Aku semacam kenal wajah salah seorang dari mereka. Langkah lenggok kerasnya juga seperti aku kenal. Barangkali dia anak seorang pemimpin tersohor tanah leluhur ini.

"Tuan! Lotong tuan! Di sini ada kecemasan!" jerit aku pada dua orang berpakaian seragam keselamatan. Dua pegawai penguasa yang baru keluar dari kedai tikam nombor itu datang mendapatkan aku.
"Tengok tu Tuan! Dia dianu tadi. Saya seperti kenal dengan salah seorang dari dua penganu tadi. Macam anak Datuk....."

"Kamu biar betul? Jangan cakap benar. Berani kamu membenar ya?" kata salah seorang pegawai penguasa.

"Benar Tuan!". "Ramai orang nampak tadi!" kata aku.

Pegawai tersebut bertanyakan kepada orang yang lalu lalang. Masing-masing mengaku tidak nampak. Salah seorang pegawai penguasa yang tubuhnya lebih boyot masuk ke dalam bar yang aku minum tadi. Beberapa ketika kemudian dia keluar mengatakan tiada sesiapa nampak apa yang berlaku.

"Nampaknya kamu bercakap benar!" katanya.

Aku naik berang. "Saya bersumpah saya nampak Tuan. Saya bersumpah saya bercakap benar!".

Pegawai boyot tersebut mendapatkan si misai yang masih tersedu-sedu. Skirt pendeknya masih terselak.

"Kenapa kamu?" tanya si boyot. Si misai enggan menjawab. Dia hanya menggelengkan kepalanya. Sedunya makin kuat. Setelah dipujuk agak lama, barulah dia menjawab, "Gua menangis kerana cincin gua hilang." Dia kembali menangis.

"Hey! Bukankah kau dianu tadi?" kataku. Pelik.

"Bila? Mana ada? Cincin gua dirampok tadi. Itu mama gua yang belikan untuk gua. Hadiah hari jadi. Tapi dah hilang! Waa!" kata si misai.

"Betul kamu tak dianu?" tanya pegawai penguasa.

"Sumpah tidak!" jawabnya.

Muka aku terasa seperti disiat. Bera!
Dua pegawai penguasa ini merapati aku dan mengilas tanganku. Aku meronta-ronta. Si boyot menggari tanganku dengan kasar dan mereka menolakku ke kereta peronda.

"Kurang ajar! Pembenar! Berani kamu berkelakuan biadab!"

Aku ditahan di rumah pasung. Dilokap yang sama dengan Dr Wahab Bee dan atas kesalahan yang sama juga- BERCAKAP BENAR!

Friday, November 20, 2009

kami mahu dewasa


aku (duduk berbaju merah) dan watak yang aku ceritakan ada di dalam gambar ini. kahkahkah!


setiap kanak-kanak impikan untuk menjadi dewasa dengan cepat kerana menjadi dewasa bebas berbuat apa saja dan boleh berkuasa. Begitu juga kami. Prasyarat untuk menjadi dewasa dan disahkan menjadi Islam ialah mesti sunat dahulu. Lalu timbullah idea main sunat-sunat.
Aku, Pee, Mie dan Taza belum masuk sekolah rendah lagi masa tu. Anehnya kami memilih Mie yang lebih muda untuk menjadi tok mudim. Di bawah pokok kelapa tepi padang dalam kawasan masjid itu upacara bersunat dijalankan. Aku orang pertama disunatkan. Aku londehkan seluar pendek sukan ku dan Mie dengan menggunakan dua batang ranting kayu kecil konon-konon menyunatkan aku.
manalah kami tahu bahagian mana yang hendak dipotong, Tok Mudim berlagak memotong pangkal burung ciak. Selamat! Aku pun ke tepi.
Taza pun ambil giliran dan dia pun selamat. Kami terasa seperti dah dewasa.
Sewaktu Pee bersiap untuk disunatkan, aku ternampak serpihan buluh sepanjang pisau lipat di tepi banir.
"pakai buluh tu!" kata aku. Mee mengambilnya.
Sebaik saja Pee menghulurkan burung kecil berwarna gelapnya, Mee menghiris pangkal burung itu dengan buluh dan...sembilu buluh mengelar pangkal menyebabkan darah mengalir dengan banyak. Pee menjerit dan menolak kepala Mee lalu berlari ke rumahnya yang terletak di dalam kawasan masjid itu (Pee anak Tok Imam sementara Mie anak Bilal, rumah mereka di dalam kawasan pagar masjid). Mie jatuh terbungkang. Aku tak ingat apa jadi selepas itu.

Sewaktu tingkatan 5 aku dan Pee sebilik asrama. Kami ketawa mengingatkan cerita itu.
" Satu jahitan kena , Lup!" jawabnya sambil menunjukkan kesan jahitan di pangkal burungnya yang sudah membesar. Saiznya dah tak sama tetapi warnanya masih hitam.

Hari ini kami dewasa juga. Mie kini pegawai bank, Taza seorang yang agak warak aku dengar cerita kawan sekampung. Dah lama tak jumpa ke semuanya. Taza menjadi menantu Tok Siak masjid tersebut. Tok Siak ini yang dulunya selalu menyakat kami, bergurau, mendukung dan sesekali memarahi kami kini jadi mertuanya.
Pee walaupun burungnya berjahit tapi 'mereka' berdua masih boleh terbang kerana dia juruteknik kapal terbang air force. Tuah badan!

Aku?
Aku KulupSakah.......

Wednesday, November 18, 2009

apa cerita Cermin Mimpi?

PERINGATAN: jika kau google labunkulupsakah.blogspot.com kau akan jumpa blog ini (klik di sini) dengan profilenya bernama "keri". Ini bukan blog aku dan tiada kena mengena dengan aku. Isteri aku jumpanya minggu lepas tapi aku tak ambil pot. tapi tadi bila aku jumpa di fesbuk ada orang guna nama "Rona Sina" (nama lama aku di fesbuk sebelum aku tukar kepada Ronasina Kartunis) aku kena bagitahu bahawa kedua-duanya (labunkulupsakah.blogspot.com dan Rona Sina) bukan aku! Bukan aku!

CERMIN MIMPI

Di balik Cermin Mimpi
Aku melihat engkau

Di dalam engkau
aku melihat aku
ternyata kita adalah sama

di arena mimpi yang penuh bermakna

bila bulan bersatu dengan mentari
bayang-bayangku hilang diselubungi kerdip nurani

mencurah kasih
kasih murni

mencurah kasih

di balik cermin
cermin mimpi
ada realiti yang tidak kita sedari

hanya keyakinan dapat merestui
hakikat cinta yang sejati
hakikat cinta yang sejati

dengan tersingkapnya tabir siang
wajah kita jelas terbayang

dan terpecah cermin mimpi

menjadi sinar pelangi

lagu Mat Nasior lirik S. Amin Shahab

Ni aku punya interpretasi

cermin adalah alat yang digunakan untuk melihat wajah kita dan mimpi adalah suatu "misteri". Dengan menggunakan "cermin mimpi" dapatlah kita menelek diri kita yang sebenar dan yang dipantulkan dari dalam diri. Rupa-rupanya 'wajah' diri terdiri, wajah terperi dan wajah diri sebenar diri adalah serupa lagi sama. Ia satu, sama lagi saksama.

rangkap 2 tu :- bila cahaya bersatu semula dengan cahaya, lenyaplah diri palsu nyatalah diri yang sebenar diri. Yang hakiki, yang satu tak terbilang.. lalu diri yang menanggung rahsia batin akur dengan hakikat dan dia melakukan segala perbuatan itu dengan jujur ikhlas untuk diri sebenar diri. Kerana cahaya yang terpercik dari cahaya azali akan bersatu semula. maka itu setiap perlakuannya adalah penyerahan, memulangkan semula kepada yang Maha Suci.

Dengan 'alat'yang dipanggil cermin mimpi ini dapat dibongkar realiti yang tak kita sedari. Cuma keyakinan yang haq dapat merasai dan mencapai apa yang dikatakan makrifat. dari yaqin ke ainulyaqin mendaki ke tangga haqqulyaqin!
Apabila diri ini binasa, nyatalah diri sebenar diri, itulah hayat yang ada gerak-bergerak sebelum pulang melebur bersatu di daerah mahameru...

paham dak atau semakin pening? Hey, aku gunakan cara yang paling mudah untuk kalian tau? haha sori!

Tuesday, November 17, 2009

lu apahal?

sebelum tu kartun terbaru aku di sini

sebaik saja keretaku keluar ke jalan besar dari rumah aku, tiba-tiba siren motor peronda polis dari belakang berbunyi kuat dan meminta aku ke tepi. Ah! Menteri mana pulak nak lalu ni? Aku buat selamba memandu tanpa minggir ke tepi. Polis bermotorsikal menhonkan motornya dan memotong aku. Sebiji lagi bersaing di sebelah aku. Motorsikal yang memotong tadi memberhentikan motornya menghalang kereta aku. Hampir aku melanggarnya dan terpaksa aku mengelak. Seekor motor lagi di belakangku. kini ada 3 biji motor menghalang. Dari cermin pandang belakang aku dapat lihat mercedez hitam membawa menteri hapa tah masih jauh di belakang. Aku menurunkan cermin tingkap.

"Ke tepilah!" jerit polis ni.

"tak boleh! Anak aku sakit ni , nak ke hospital!" jawabku.

"yelah! kalau ye pun ke tepilah dulu!" jerkah dia.

darah aku mendidih. Cilake! Anak aku sakit disuruhnya ke tepi semata2 nak bagi lalu kuli rakyat bermercedez tu.

"Kepala hotak engkau!" Aku menjerit. 'Anak aku sakitlahhh!".

Aku tak peduli dan terus memandu. Mujurlah mereka memasuki simpang dan bukan terus melalui jalan yang sama. Polis2 itu terdiam sambil memerhatikan kereta aku berlalu. barangkali mereka berkata "gila mamat ni kot?".

.......................................................................

Kereta aku putus timing belt minggu2 Syawal yang lalu. Aku dan Sham terpaksa menunggu tow truck tepi hiway KL-Seremban . Untuk menghilangkan boring aku bikin video klip nyanyi lagu "pusara di lebuhraya" dan Sham merakamkan melalui telefon bimbitnya. (Segan lak nak uploadkan, hihi!).
Tiba2 2-3 motor pegawai polis pengiring berhenti lebih kurang 30m dari kami dan memberhentikan kenderaan yang sedang bergerak. Terjadilah kesesakan sebentar. Rupa2nya sebuah kereta mewah dengan bendera kuning diraja lalu. Kami tergamam seketika tetapi terlambat. Mereka sudah bergerak dan tidak nampak kami yang berlari mendekati kereta Agong untuk meminta pertolongan. Tumpangkanlah kami rakyat jelata yang hina dina ini.. Ah! Kalaulah kami cepat bertindak!

...............................................................................

Di lebuhraya persekutuan, dalam sesak jalan itu tiba2 polis trafik pengiring membisingkan siren meminta semua kenderaan ke tepi. Aku malas nak melawan lalu ke tepi sikit. Apabila kereta mewah gelap itu melintasi kami, aku mengeluarkan tangan dan mengangkat jari hantu. Ada pegawai trafik nampak tapi tak mempedulikannya.

kepada orang2 yang merasa besar,
renti2kanlah buat benda2 gini. kalau rasa nak cepat, keluar awal. dahlah minyak dan tol kamu free pakai duit rakyat, kereta free pakai drebar lagi..belajor2lah merasa susahnya bersesak2 dan membayar tol dan minyak.
Sepatutnya kamu hormati rakyat kerana rakyatlah kamu di situ.
sebagai kulupsakah- secara peribadi aku fed up dengan orang2 besar perasan yangtak habeh2 menyusahkan kelicinan perjalanan orang lain. noktah!

Monday, November 16, 2009

sabotaj, 'payback', disiplin dan khianat!

Orait, lepas membelasah puak2 yang merasa alim kucing dan kambing, kita layan filem lak. Jangan tanya pasaipa aku kurang menulis pasal politik la ni. Ahhh! Biar dululah. Nyampah melayan depa tuu. tuleh berat2 korang maleh komen. Kalu cerita hantu puake kemain lagi..hisy!


Kepada korang yang tak pernah tengok filem di bawah ni, aku rekomen.



Kombinasi Robert DeNiro, arwah Marlon "godfather" Brando dan Edward Norton yang cukup mantap. Nick, pencuri profesional otai (DeNiro) diminta mencuri cokmar emas di sebuah muzium berdekatan daerah tempat tinggalnya. Dia yang profesional pada mulanya enggan tetapi akhirnya bersetuju dan diminta bekerjasama dengan seorang anak muda (lakonan Norton). Mereka merancang strategi. Anak muda ini menyamar sebagai budak cacat bekerja sebagai cleaner di muzium tersebut sambil memerhatikan keadaan. tetapi dia selalu merasa dipinggirkan oleh DeNiro dan Brando. Dia rasa kedua2 mereka memandang rendah padanya.
Dia merasa dia lebih bijak dan banyak memainkan peranan dalam misi ini. Nick berazam ini rompakan terakhirnya dan akan memulakan hidup baru nanti. Sebelum rompakan, Nick pergi usha kawasan laluan bawah tanah dulu untuk masuk dan keluar ke tempat cokmar disimpan berpandukan peta yang dibaca Norton dari dalam kereta. Tanpa pengetahuan Norton, Nick sudah cuba mencari laluan larian alternatif jika sebarang perkara lain berlaku.Seorang otai berpengalaman yang cool pastinya sentiasa berwaspada dengan anak muda yang tamak dan gelojoh. Benar, pada hari rompakan Norton telah membuli Nick dengan sengaja membiarkan dia tergantung di atas peti tempat tersimpannya cokmar tersebut. Dan apabila cokmar itu berjaya dicuri Nick, Norton telah merampasnya dan cuba memerangkap Nick dalam kamera CCTV. walaubagaimanapun mereka berjaya lari dari tempat itu berasingan. Siapa sebenarnya yang dapat cokmar itu?

Aku suka beberapa falsafah dalam cerita ini apabila Norton bertanya "bagaimana Nick boleh berjaya sebagai pencuri, apakah kerana bakat?" kata Nick "ramai orang berbakat dah mampus, tapi 'disiplinlah' yang membuat seseorang berjaya walaupun seorang perompak!' kah kah kah!
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ha..ni SLEEPERS, cerita yang tah berapa kali aku tonton tak tahulah, sejak bujang sampai dah jadi bapak orang!
4 budak lelaki dari pekan Hell's Kitchen yang nakal telah dimasukkan ke sekolah pemulihan akhlak kerana tersalah bergurau dengan penjaja. Budak-budak biasalah, ingat perbuatan dia tak bahaya. seorang pura2 order makanan dan kemudian lari, si penjaja mengejar dan lagi 3 orang mengerjakan makanan di gerai tolaknya. Mereka kemudiannya menolak kereta sorong penjaja itu ke tangga subway tetapi kederat budak mereka gagal mengawal dan kereta tolak itu meluncur menuruni tangga membaham seorang lelaki tua...

Di "Boys School" segalanya terjadi. Warden2 mengganas mendera dan memukul bebudak di situ. Dan...............mereka telah diliwat oleh warden2 di situ sehinggakan mereka menjadi bebudak yang sangat tertekan. rahsia itu mereka simpul mati dan tak akan beritahu sesiapa pun termasuklah father Bobby, paderi Hell's Kitchen yang sangat prihatin terhadap mereka.

Suatu hari selepas beberapa tahun dibebaskan (rekod kanak2 yang masuk ke sini kemudiannya dimusnahkan), 2 dari 4 sahabat ini menemui salah seorang warden ini sedang makan berseorangan di sebuah bar di pekan kelahiran mereka. mereka telah menembak mati warden ni. Kerana itu mereka dipenjara dan akan didakwa.
Di sinilah segalanya bermula! 'payback!"

Mereka berempat membalas dendam terhadap warden2 yang lain. Bagaimana? Salah seorang dari 4 sahabat ini adalah peguam dan dia telah menjadi pendakwaraya dalam kes bunuh ini. Tugasnya ialah dia mesti 'kalah' dalam kes ini dan melepaskan tertuduh, kawan baiknya. bagaimana? Untuk membuktikan yang warden ini jahat dan bukan kawannya yang membunuh. Konspirasi rahsia ini hanya diketahui oleh sang peguam dan salah seorang kawan dari 4 orang ini iaitu Lorenzo (watak utama cerita ini). Malah 2 sahabat yang dituduh pun tak tahu. Kejiranan mereka juga tak tahu sehingga ada yang mengutuk peguam ini yang sanggup menjadi pendakwaraya dalam kes ini.
Dia menulis skrip soalan2 dan seorang peguam tua dan kaki mabuk di pekan mereka dipanggil untuk menjadi peguambela 2 tertuduh ini. Tugas peguambela ini hanya membaca saja skrip yang telah disediakan.
yang paling berat untuk menyediakan alibi dan hendak membuktikan yang mereka tidak membunuhnya.
Konspirasi ini berjaya apabila 'saksi' ini muncul dan mengaku bahawa pada malam kejadian, 2 anak muda ini bersamanya menonton sebuah permainan dan bukan berada di bar tersebut. Siapa saksi ini?

aku suka semangat setiakawan ini. paling best Dustin Hoffman jadi peguambela tua mabuk. haha! DeNiro cool jadi paderi. Kevin Bacon macam cilake jadi warden yang cukup jahat sampai aku benci dengan lakonannya yang jahat sungguh!
lain2:- Jason patrick, Brad Pitt, Billy Crudup dan awek Minnie Driver..

Diadaptasi dari novel Lorenzo Cartacarerra (watak utama cerita ni). walaupun kerajaan menyangkal cerita ini tetapi Lorenzo mempertahankan kebenaran ceritanya. Bagaimanapun menurutnya nama dan tempat dalam novelnya telah diubah.

Saturday, November 14, 2009

kamu sesat aku betul, kamu wahabi, aku nabi..dia babi!

Umat Islam akan ada 73 firqah, yang sampai hanya 1 firqah, beribu2 Aulia, yang sampai hanya 30 saja. (haha! Dah macam lagu Hud-hud).

Jadi timbullah label melabel yang tu sesat yang ni barat. akulah golongan yang sampai. Ada Syiah mengaku sampai, Sunnah Wal Jamaah perjalanan benar mengikut Rasulullah dan jamaah, Muktazilah, Qadariah dan tarekat-tarekat lain seperti Naqsyabandiah, Ahmadiyyah, Qadiani, Syattariyyah.
Di Malaysia ada PAS, ABIM, Sister in Islam, Tabligh, Al Arqam, Hadhari, Pusat Islam bertindik, Jakim dan macam2 lagi. Kalau durian tu, ada D26, D13 dan macam2 lagi. Islam macam kat pasar malam- masing2 kata dia punya betul.
SELALUNYA ORANG YANG RASA BERKUASA SAJA AKAN MELABELKAN PUAK LAIN SESAT.

Hamzah fansuri dilabel sesat dan dibakar kitabnya oleh gurunya sendiri Syeikh Nuruddin ar Raniri kerana kemalasan gurunya berlapang dada dan hagas. Ibnu Arabi juga dilabel sesat oleh ulama muktabar yang lain .

"kias fansuri madah bersari
kias fansuri lembah yang sepi
kias fansuri mawar berduri
kias fansuri
langit yang tinggi

Kita menerima Al Arqam sesat selepas pengasas dan pengikutnya diISAkan. Ustaz Ibrahim Libya dilabel sesat, PAS dituduh sesat dan dia pun tuduh Umno sesat. Asal kegiatan tu ada hubungkait dengan politik, ia akan menghadapi masalah. Setakat ini jemaah Tabligh masih selamat kerana mereka tidak berminat dengan politik. Al Arqam dibunuh selepas Ustaz Ashaari dikatakan merancang mengambil alih kerajaan.
Aku pernah bergaul dengan puak2 ni. Dilihat pengikut Arqam lebih mesra rakyat dan tidak memandang orang lain dengan mata yang sombong. Mereka boleh berbual mesra dengan wanita tak bertudung dalam urusan dakwah dan bisnes. Tak macam sesetengah pengikut "durian islam gred lain'. Pandang pun sipi. salam pun dengan jemaah sendiri, kita cakap dia pandang kat lain. Hampughaih!!
Hari ini sibuk pasal orang itu Wahabi, orang ini Syiah!
Yang tak tahu pasal Wahabi pun turut memuncungkan mulut bercerita. apa dan siapa wahabi? Muhammad bin Abdul Wahab ni sapa? Syiah MENATANG JADAH apa?
Ayatollah Khomeini pernah berkata sama ada kamu Syiah atau Sunnah wal Jamaah, bersatulah!

Apa Islam sebenarnya atau 'agama' itu apa?
Kalau kata Islam, perkara pertama sekali ialah mengenal Allah (Awaluddin Makrifatullah). Bagaimana hendak bicara tentang Islam sedang asal-usul kejadian diri zahir batin sendiri tak mampu dikupas? Di mana yang dikatakan insan dengan penciptanya amat hampir? Yang mana Allah, Muhammad, Adam atau Insan? Kita duduk di mana?
Sudahkah memahami syariat, tarekat, hakikat dan makrifat mahupun mendaki tingkat2 nafsu martabat 7? Menguasai Fiqh, Usuluddin, Tauhid dan Tassawuf?
Sebok persoalkan amal ibadat orang lain..
kamu sembahyang tak betul, ruku' tak sempurna, baca salah tajwid, macam bebudak Melayu nyanyi lagu Inggeris dalam Akademi Fantasia, juri2 kata "Brush your diction, sound like you eat your word!'..ceh!
Singkap sirah Nabi- dakwah, kuliah dimulakan secara berkelompok dan sembunyi-sembunyi. Hari ni tak boleh, sebab takde tauliah! Peh! Muhammad dulu tauliah apa?
Aqidah dan tauhid dibaja sehingga kukuh dan padu, mengesakan Tuhan, tak tunduk dengan tuhan manusia walaupun kena seksa ISA seperti Bilal bin Rabah. Berperang walau hanya 313 orang mampu menewaskan 1000 musuh kerana tauhid dan aqidah kemas. Bukan kerana ekonomi kuat.
Perintah wajib solat hanya muncul selepas isra'mikraj, tahun ke 13 kerasulan. Dalam soalan kubur masih belum ditanya pasal solat kerana perkara paling penting 'mengenal'.
Apa soalan kubur yang selalu kita dengar talqin itu?
Ada tak "siapa saudara kamu?" ..marilah kita kasih mengasihi..
Allah tak hukum manusia tetapi manusialah menghukum dirinya sendiri kerana dirinyalah yang menzalimi diri sendiri. Peristiwa Muhammad mikraj ada menunjukkan manusia memotong liahnya sendiri atau membakar dirinya kerana kesalahan yang dilakukannya. Mana Allah? Bukankah manusia sendiri menghukum dirinya sendiri..kerana melanggar hukum yang telah digariskan. hukum karma!

Aku kalau orang sebok dok kata orang tu sesat orang ni takde aqidah memang aku jentik hidung dia. Jaga diri dulu.
"jika kelak kau melihat aku tidur dan sedang bermimpi, kuharap kau memahami keadaanku, dan mungkin kau ingin bersamaku, bersama bermimpi dalam kenyataan yang satu!

Thursday, November 12, 2009

part 2 graduan kakilima..(Tuhan bersuara)

Alkisah cetera ini bersambung lagi..

Aku duduk di birai katil berbual dengan Sham sambil memerhatikan Annisa. Seorang lelaki berumur dengan isterinya menghampiri. Barangkali dia melawat cucunya. Dia bertanyakan aku kenapa anak aku begini dan kenapa cacat begitu?
Aku jawab acuh tak acuh. Letih dengan soalan ini!

"Barangkali anak ini kenan. Saka kot! Dulu sepupu saya punya anak..pot..pet..pot..pet!" bebel sang isteri. Aku hormat orang tua dan kawasan sekitar. kalau tidak....

Ini cerita benar. Tak lama berselang seorang aci (India tua) datang. Dia tak banyak cakap. Menggeleng-gelengkan kepala sambil berkata," Adik jangan risau! banyak-banyak sembahyang ingat sama Tuhan kasi ini anak baik. Saya mesti pergi kuil kasi tolong sembahyang!". Dia memegang kaki Annisa dan berdoa dalam bahasanya. Keadaan ini sama pernah berlaku sewaktu aku pergi mencari rumah penjagaan kanak2 cacat untuk mengikuti kelas fisioterapi. Kebanyakan sukarelawannya bukan Islam dan ada seorang lelaki Cina kristian berdoa untuk Annisa.

Petang, boss dan second boss dari Pahang datang melawat. Boss amat faham dan membenarkan aku bercuti sehingga semuanya sudah selesai. Second boss hulurkan sedekah RM50 sama seperti kawan2 yang lain jika datang ziarah. Boss tak sedekah pun sebaliknya dia meletakkan tangannya di belakang badan Annisa. Matanya pejam dan bibirnya terkumat-kamit.
"Saya hanya mahu memegang tubuh seorang wali Allah!" katanya mengikut persepsi atau tafsiran versinya.

4.30 petang
Annisa batuk-batuk tanpa henti. Ia berlarutan sehingga jam 4 pagi. bayangkan batuk tanpa henti selama dua belas jam?
Doktor on call datang memeriksa suhu badan, memeriksa anggota tubuh yang lain. Kemudiannya aku terdengar doktor wanita ini mengeluh perlahan,"Apasal ha?"..dia kebingungan. Doktor pun tak tahu apatah lagi kami.
Aku kemudiannya duduk. Memejam mata. Aku bertanya pada Tuhan apa sebab Annisa begitu dan tolonglah beri penyelesaian. Akalku seolah-olah berkata annisa mungkin terganggu tekaknya disebabkan tiub yang dipasang di hidung melalui tekak terus ke perut itu.aku menyuruh Doktor mencabutnya dan .... benar! Annisa boleh tidur dengan nyenyak kemudiannya.

Aku dapat pelajaran hari itu yang kita boleh berkomunikasi terus tanpa sempadan dengan Tuhan jika kita benar2 ikhlas, menunduk mengakui kebesaranNya dan pasrah. Aku masih ingat suara itu..

Graduan kaki lima

kalau korang lihat di profile aku, aku tulis aku ada ijazah Universiti Kakilima Land, itu self-proclaim..haha! aku sebenarnya masih student yang selalu kantoi dalam exam "survival" dan "hidup". Masih menuntut jurusan "kehidupan". Aku akan sesekali menulis catatan peribadi seperti ini untuk syok sendiri. Kalau kalian tak suka, takpe.

Hari-hari sewaktu Annisa sakit dan sering berulang-alik setiap bulan dari K.Lipis- Hospital Universiti adalah mimpi ngeri. Setiap bulan dia akan dimasukkan ke wad selama tiga hari untuk menjalani pemeriksaan. Darah diambil. Sham sangat prihatin. Dia akan mencatat apa tujuan darah diambil dan pernah sekali darah nak diambil dan apabila ditanya untuk apa, Dr beritahu untuk melakukan satu ujian yang sebenarnya dah pun dibuat bulan sebelumnya. Kalau tidak, kesakitanlah Annisa dicucuk.

Satu ketika kami pergi untuk memenuhi temujanji, Dr menyatakan Annisa disyaki menghidap Mitochondrial disease (dah diterangkan sebelumnya). Tiba2 mereka buat Annisa macam dah tenat, diminta masuk wad untuk menjalani pembedahan. Memandangkan tubuhnya kurus, Dr perlu mengatur diet agar berat badannya naik dan boleh melakukan pembedahan. Aku rasa macam dipanah petir. Berkampunglah kami di Hospital Universiti. Aku dah tak ingatkan kerja-kerja aku lagi. 3 minggu aku tak balik Pahang. Sham yang sedang mengandungkan An-Nur menjaga Annisa pada waktu siang dan aku mengambil tugas malam. Kerja aku hanya duduk di kerusi memandang Annisa sehingga subuh. Seminit pun aku tak tidur. Hidungnya bertiub. Aku kena jaga kalau2 Annisa terbatuk2 aku akan pangku supaya dia tidak tersedak ataupun paru-parunya kejang. Ia amat mencemaskan. Waktu itu aku isi dengan menghadam buku "falsafah Al Qusyairy". Di sini aku banyak mendapat 'ilham' dan buku itu seakan berkongsi dengan perjalanan hidup aku waktu itu.

Subuh aku akan berjalan kaki ke restoran berdekatan. Sehingga suatu masa kos parking semakin tak mampu aku tanggung, aku diberi pinjam oleh abang ipar aku motor Jaguh dan kereta kuletakkan di rumahnya di Cheras. Apak dan Mak? Ahh..aku tak mahu beritahu mereka. Biarlah mereka yang sudah tua itu tidak mendengar berita-berita sedih.

Apabila Sham sudah sedikit gagah walaupun sedang sarat, aku malu pula dengan sister2 wad yang baik hati. Aku tak mahu tidur di wad sebaliknya kuperah throttle Jaguh ke mana saja aku suka. Membelah kotaraya- dari Kg.Baru ke dataran merdeka, tidur tepi jalan. Nyamuk gigit aku bangun, blah! Tepi federal hiway, baring. Stesyen minyak. Masjid tak boleh sebab berkunci. Rokok bersilih ganti..
kadang2 aku ke Sungai Buloh bersembang dengan Loloq (arwah) tentang hidup, peranan ikhtiar dan nasib, ketentuan dan kejadian insan. Arwah macam tutor aku.
Sementara itu Outcampus aku terbarai. Pensyarah2 terkejut dan menelefonku supaya sambung semula pelajaran. Buat ajelah assignment asal hantar mereka akan bantu tapi aku tak boleh buat. Nak minta kawan2 payung aku malu. Pensyarah tak boleh kata apa sekadar lemah mengucapkan selamat berjaya,"saya tak sangka awak yang selalu buat kelakar dalam kelas rupanya ada sesuatu yang perlu diharung, saya kagum!"..
Ah! Apa pilihannya?
Aku sedar akan hakikat kejadian insan dan aku tak sedih langsung. Ada jugak kawan2 aku datang melawat dan menangis tapi aku selalu berkata,"jangan menangis! Belum masa lagi nak menangis!"
Itu pelajaran pertama, kuiz yang pertama dan ujian yang pertama. Aku rasa aku lulus.

..dan motor Jaguh kuning itu membelah Kuala Lumpur menuju wad untuk menghadapi ujian esoknya!

Wednesday, November 11, 2009

terkulai di perut wanita..

sebelum tu, kartun terbaru aku di sini

Aku diperkenalkan oleh seseorang kepada sang ustaz ni. Beberapa tahun dulu waktu Annisa kecil dan sering keluar masuk wad di hospital Universiti, bapa kepada salah seorang pesakit kanak-kanak di situ menyuruh aku pergi mengubati anak aku dengan ustaz ini.

"Saya dulu kena migrain, ada ketulan darah di kepala. Bila di'scan' memang nampak. Ustaz ni ubati saya tapi dia nasihatkan selepas seminggu berubat saya dibenarkan scan untuk melihat hasilnya. Betullah, memang tiada lagi ketulan tu dan saya sudah tidak sakit kepala lagi". katanya.

Annisa disyaki menghidap Mitochondrial disease- sel yang menjana tenaganya tidak berfungsi. Muscle Biopsy dilakukan iaitu menggerudi paha Annisa dan diambil sel ototnya. Spesimen itu dibawa ke Australia untuk diselidiki benar atau tidak Annisa menghidapnya. (Sampai hari ni aku tak tahu keputusannya- tah ke mana hilang tak tahu). Ketika itu Annisa memakai tiub di hidungnya yang menyalurkan susu terus ke perut. Keadaan dia lemah dan tak mampu menyusu. Aku sendiri sampai pandai memasang tiub itu dengan memasukkannya melalui hidung hingga ke perut.
Selepas Profesor yang mengambil kes aku mengatakan tiada penawar penyakit ini dan punca bagaimana terjadinya tak diketahui. aku berkata yang aku akan cuba mencari alternatif.
"carilah walau ke langit ke 7 pun, tiada!" katanya.

"Sampai bila pula anak saya mesti pakai ryles tube ni?" tanya aku.

"Sampai bila2 dan kalau dia semakin lemah, kita akan tebuk perutnya!" jawabnya.

"takpelah! saya orang Islam dan saya yakin ada jalannya jika berikhtiar!" jawab aku.

Aku jumpa Ustaz ini. Depan mata aku, tanpa diberitahu Ustaz ini berkata,"Anak ini ada cecair dalam kepalanya, tenaganya tak boleh dijana kerana hempedunya kurang pahit sejak lahir, ada sedikit ketumbuhan kecil di jantungnya. Saya dah pulihkan. kilang air liurnya ada dua. Saya dah tutup satu. Ya! Bab air liur tu betul, selalunya air liur Annisa akan meleleh dan tak sampai 5 minit biasanya saputangan akan basah. Jam-jam tu jugak terus tiada lagi air liur mengalir.

Ustaz menyuruh aku mencabut saja tiub tu. Aku agak sangsi tetapi tiga bulan kemudian aku bertawakkal mencabut tiub itu dan melatih semula Annisa minum susu dan makan secara oral. Alhamdulillah, Annisa boleh sehingga hari ini.

2-3 tahun lepas aku terkejut melihat wajahnya terpampang di akhbar harian, bergari kerana didapati bersalah dan dihukum penjara- merogol pesakit!

Apa pun yang sebenarnya berlaku aku tak tahu- berkat usaha dia dan izin Allah, aku berterima kasih. Jika benar dia bikin itu, harap dia mempelajarinya di penjara!

Tuesday, November 10, 2009

hari ini 2 tahun dulu!



10 Nov 2007- detik bersejarah apabila rakyat bangkit menguningkan kotaraya menyatakan protes dan menuntut pilihanraya yang telus dan adil. Perhimpunan BERSIH mengajar kerajaan betapa kemaraan rakyat amat berbahaya. Strategi yang tersusun berjaya menewaskan mereka sehingga pihak keselamatan terpaksa menggunakan strategi lain untuk mematahkan demonstrasi2 selepas itu. Kami terperangkap di Masjid Jamek bersama 3000 yang lain apabila FRU menunggu betul2 depan pintu pagar dan menembak air mawar ke arah kami. Mereka terpaksa akur kegagalan membendung ribuan yang lainnya menghala ke istana.

Demo dalam klip di atas Januari 2008, di KLCC membantah kenaikan petrol 3 bulan selepas BERSIH.Pihak polis mematahkan awal2 lagi apabila tokoh2 dan aktivis2 ditangkap sebaik saja mereka sampai. (tumpukan perhatian anda pada minit ke 2:50- 3:15 tih tih tih!)
Jika anda menghadiri setiap demonstrasi selepas BERSIH anda akan perasan strategi yang mereka gunakan.
Demo anti PPSMI contohnya- mereka biarkan perarakan hampir sampai ke istana. Pasukan polis dan FRU yang menunggu di sana menembak gas dan cannister sehingga perarakan dipatahkan.
Demo Anti ISA Ogos 2009 juga mereka gunakan strategi menangkap awal2 muka-muka kaki demo tegar.

"HIDUP RAKYAT! HIDUP RAKYAT!"

Monday, November 9, 2009

kalau tak lawak bukan kulupsakah!

baru balik pekena teh di kedai mamak bersama isteri dan kawan2.
seorang pelayan (baru mari kot!) mengambil order. kami pun order makan dan minum. Sham bertanya;

"tambi, ini kedai ada WiFi ka?

Dia terkulat sekejap, mengangguk perlahan sebelum menjawab," Ada. Mau taruk telur ka tak mau?".

kah kah kah! Rasa nak berak aku ketawa..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

sambil makan dan minum, kami pun bersembang mengumpat gomen dan 1Malaysia. Aku memerhatikan gelas teh haliaku lama2.

"gelas ni memang 1Malaysia. ada bekas mulut melayu,cina.india,nepal,gurkha,myanmar, indon mahupun afrika. 1World!"

....selera Sham terbantu

Sunday, November 8, 2009

sikit punya gila!

Hari Jumaat hingga Ahad biasanya blog aku memang slow dan kurang pengunjung. Ceh! Nampak sangat korang ni banyak guna harta opis layari internet. Oleh kerana kepala hotak kita ni selalu dijerebukan dengan isu politik kebudak-budakan yang tak habeh-habeh mari kita rileks. Bosan dengan mereka. "Infantile!' kata pak Din rojak.
Lebih baik aku kenang gila-gila masa zaman aku bebudak, jangan bila dah besar jadi gila dan selalu diperbudak.. tengok di bawah dan kenangkan pula kegilaan korang dulu-dulu!

Kisah 1
Aku memang pandir sejak bebudak lagi. Bebudak genius memang camtu kot? (eheh!). Kecik2 aku cukup suka baju bareback yang aku pakai dalam gambar ni.

Satu ketika sewaktu berkunjung rumah Ayah Tua (arwah) yang ketika itu tinggal di berek polis dalam Balai Polis Cheras mak aku basuh baju ni dan jemur. Aku punyalah nak sangat pakai, menangis2 meronta2 nak jugak. Puas depa pujuk tapi aku degil dan menghentak2....akhirnya depa mengalah!
Aku terus diam dan berbangga memakai baju ni dalam keadaan basah dan menjejeh-jejeh!

Kisah 2

Entah apa mengigaunya subuh2 aku bangun nak gula-gula "Kiss Me". Pun bantai meraung2 sampai Mak Chor (isteri Ayah Tua) surrender. Terpaksalah Abang sepupu aku Abang Amin bawa aku ke kedai mamak di dalam berek tersebut dan mengetuk pintu kedai. mamak yang sedang tidur bersungut2 sebab terpaksa bangun buka kedai hanya kerana "Kiss Me" 10 sen.

Kisah 3

Masa darjah 6 aku dipaksa menyertai Musabaqah Bahagian Hafazan peringkat Daerah oleh Ustazah. Aku tak mahu kerana tiada kenderaan nak ke tempat berlangsung tapi Ustazah terus mendesak tanpa memahami masalah aku. Sewaktu latihan aku balun baguih2 sampai Ustazah kata "gerenti menang punya!'..
Hari pertandingan aku tak datang. kah kah kah!

Kisah 4

Masa Tingkatan 4 aku dan geng2 masuk muka depan Utusan Malaysia dengan tajuk headline "16 pelajar digantung sekolah- gara2 kehilangan sebuah kamera". Digantung sekolah. Masa tu tiap-tiap malam sebelum berita rtm mesti ada segmen keratan akhbar yang akan menceritakan berita di suratkhabar pada hari tersebut. Aku rosakkan tv supaya apak tak dapat menontonnya. Dan malam tu aku bantai tonton konsert Wings di funfair..yeah Rock!

Kisah 5

dah pernah ceritakan dulu. Waktu mula2 datang KL duit tak banyak tapi nak sangat tonton cerita Mat Som. Keluar panggung seluk saku hanya ada 10 sen..Maka aku berjalan kaki dari Coliseum ikut jalan TAR, tempuh Chow Kit, menyusur Jalan pahang ke Setapak, lalu Genting klang sampailah ke rumah Ayah Alang tempat aku menumpang tinggal di seksyen 4 Wangsa Maju. masa tu rasa tapak kaki dah sebesar dulang...
Rekod kedua jalan kaki dari Wisma MCA Ampang tonton konsert M.Nasir lewat tengah malam jalan kaki pulang ke Kampung Konggo bandar Tun Razak...dikejar anjing- aku kejar balik!

Kisah 6

Cuti semester kolej, balik kampung boring- kawan2 pergi kerja. Pagi-pagi dengan singlet, seluar track dan berselipar jepun aku keluar rumah berjalan kaki menuju pekan (3 km). sampai pekan nampak bas KL terus naik. Sampai Pekeliling, jalan kaki ke Yaohan The Mall beli suratkhabar. jalan kaki semula ambil bas balik kampung. Dari stesen bas kampung jalan kaki balik rumah..(apa daa!)

ni cerita bab gila..akan datang aku cerita bab orang buat sesuatu yang gila pada aku pulak!

Friday, November 6, 2009

menyingsing fajar perjuangan..

Sedih, pongah, sebak dan sebal, lucu dan tercekik apabila menghayati buku terbaru MENYINGSING FAJAR PERJUANGAN antologi sajak Dr. Nasir Hashim (Pengerusi Parti Sosialis Malaysia), ADUN Kota Damansara. Pengalaman perjuangannya terutama ketika merengkok dalam tahanan ISA sewaktu Ops Lalang 1987 dicurahkan dalam bentuk sajak. Ketika jiwa terhiris ngilu dan pedih di dalam sel gelap hancing, Dr.Nasir menghasilkan luahan-luahan tentang hidup, perjuangan, ketuhanan, kepada isteri dan anak, ibu dan ayah, keluhan terhadap abang dan lain-lain.

Aku hanya kenal Dr. Nasir 4-5 tahun dulu sewaktu terbaca iklan dalam Harakah tentang klinik perubatan akupunkturnya. Sham menghubungi Dr.Nasir dan membuat temujanji untuk anak-anak kami dirawat dengan kaedah akupunktur di apartmentnya yang terletak di Pandan Perdana.
Masuk ke dalam apartmentnya aku melihat lukisan-lukisan abstrak hasil tangannya yang tersendiri. Ada mesej kerohanian di sebalik palitan warna dan garisan. Ada juga terpampang lukisan karikatur tokoh-tokoh aktivis seperti Irene Fernandez, Sivarasa dan lain termasuklah dirinya oleh Rossem.

"Oh! Awak kenal mereka ye?" kata Dr. Nasir bila aku menyebut nama-nama dalam lukisan itu.
"Ye! Saya memang kaki lawan!" kata aku ghairah dan merasakan tentunya dia juga 'orang kita'.

Rupa-rupanya dia orang hebat. Aku menyelidik sendiri kemudiannya siapakah lelaki yang suka ketawa ini kerana haram tidak ada langsung keluar dari mulutnya apa-apa tentang perjuangan yang telah dia sertai. Dan dia mengenakan kos yang rendah untuk kami. Oleh kerana kedudukan kami agak jauh maka proses rawatan ini tidak berjalan lancar. Pertemuan seterusnya lebih baik kerana aku sudah kenal tokoh yang sering keluar masuk lokap kerana membela rakyat ini. Masalah setinggan, pekerja bawahan, buruh estet amat menyentuh hatinya dan menggamitnya untuk turun membela warga yang tertindas ini.

Dr.Nasir sering dilihat sederhana. Sehingga hari ini walaupun dah jadi YB, dia selesa berkemeja T kolar bulat, bercapal dan sangat 'down to earth'. Katanya dia belajar akupunktur dengan seorang tahanan cina sewaktu di Kamunting. Mereka bertukar ilmu. Aku tak ingat sama ada Dr.Nasir mengajar cina itu Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Kemudian beliau melanjutkan lagi pelajaran akupunkturnya selepas dibebaskan.

Pelancaran bukunya tempoh hari di Chinese Assembly Hall aku pergi. Aku buka meja dan jual Gedung Kartun. Di situ aku kenal anak-anak gadisnya yang cantik dan peramah. Ibu kepada anak-anak gadis ini yang dicoretkan di dalam antologinya sangat aku kenal dan sering juga kami bertukar pandangan. Seorang wanita yang tegas dan berprinsip.
Aku pernah berbincang dengan kawan2 reformis, yang sama-sama pernah bermandi air mawar meriam FRU, bahawa Dr.Nasir patut diberi 5 bintang kerana dia masih "Dr.Nasir" yang kami kenali sebelum jadi YB. Mudah dihubungi, tidak berjanji kosong, berterus-terang kalau tidak dapat menunaikan hajat dan masih mesra.
(ada ke kawan YB kita yang lain dah tak macam tu? hahaha! bukan aku kata, ramai kawan2 merungut ).

dan woii! Dapatkan bukunya!
(gambar buku akan diupload kemudian)