Saturday, January 31, 2009

kalau Perak jatuh kepada BN, Malaysia jatuh ke tangan PR!!

Ruslan Kassim tak tahan dan keluar PKR , tiba2 tanpa disangka Anwar yang diperjuangkannya bebas 6 bulan kemudian..dia terlepas dari gelaran wira reformasi kerana tewas dengan tekanan, barangkali kesal menghantui, tetapi dah malu2 alah- maka diteruskanlah juga...
Ezam rasa terpinggir dan cuba 'mengajar' Anwar dengan keluar PKR, alih2 PR tawan 5 negeri..dendam kesumatnya membara lalu masuk umno kot2 dapat jadi senator menandingi kawan2 lamanya dalam PR!
Aku yakin jika PR tumbang di Perak, semangat berani2 takut MP BN yang nak lompat ke PR akan terbakar dan tindakan nekad akan dilakukan!!!
BN akan tumbang! Umno akan karam!!!
Umno ganti rasuah
sbut pasal karamnya Umno, satu permintaanku agar perkataan "umno" diabadikan sebagai memperingati sejarah kewujudannya. Aku cadangkan perkataan "rasuah" dimansuhkan dan digantikan dengan perkataan "umno"..jika pada tahun 2020 nanti seorang pegawai polis didakwa menerima rasuah laporan akhbarnya mesti bertulis:-
contoh ayat- seorang pegawai polis didakwa di mahkamah kerana terlibat menerima umno dari seorang peniaga.

Friday, January 30, 2009

mansuh PPSMI: Mana cikgu2?

Ayuh! 3ptg ni pergi berSogo bershopping dalam Bahasa Inggeris!! pesan Pak A.Samad Said-Kalau gagal harini belasah BN pada PRU akan datang..(laa! baru nak sedar)..

Sepatutnya kesatuan2 guru dan guru besar/pengetua terlibat sama kerana mereka lebih nampak kesannya terhadap murid...
tapi semuanya menikus...gila ahh!! kang tak pasai2 kene tatatertib, kene tukar!!

patutlah ada pepatah guru kencing berdiri murid kencing berlari, pak menteri kaki kencing!

Thursday, January 29, 2009

Kalau nak mengaku PEJUANG....

PEJUANGKAH KITA? Sebelum mengaku pejuang,lihat ciri2 ini dulu sama ada kita penuhi atau tidak...

- Berjuang bukan untuk mencari megah nama
- komited membela nasib warga tak berdaya
- Pengorbanan bermula dari jiwa
- tidak gentar walau nyawa diancam
- diri tak terkenal pun tak mengapa, kalau boleh orang tak perasan sumbangan kita...

MAKIN HEBAT MAKINLAH TERPANGGIL MAKINLAH MEMBARA SAMPAI TELINGA
MAKIN RUMIT MAKINLAH TERANGSANG MAKINLAH GELIAT SAMPAI KE TULANG SULBI, TULANG PUTIH, HAYAT DAN KUDRAT!!

...aku barangkali hanya pencinta keadilan, bukan pejuang!


kriteria ini dinukilkan Allahyarham Loloq dalam lirik TELINGA KE TULANG nyanyian Spider.. satu penghargaan kepada Allahyarham yang genap setahun hari ini 30 Januari meninggalkan kita.
Al Fatihah! (juga genap setahun pemergian Mufti Ishak Baharom)

sempat sekejap 'berkawan' dengan arwah. Seorang insan yang sentiasa terbuka untuk bersahabat dengan siapa saja- dari warga gelandangan hingga ke vvip...

mulanya aku dan isteri ke Luncai Emas mencari nya kalau2 masih menyimpan kaset Rastari- band yang dia sendiri menjadi vokalisnya- kerana kasetku hilang dalam simpanan..walaupun aku masih tak dapat hingga hari ini tapi Loloq telah sudi menghadiahkan aku sesuatu iaitu PERSAHABATAN!

dan sejak itu aku sering juga menghadiri 'kuliah' nya- kadang2 di laman rumahnya sehingga dinihari, di kaki lima Luncai Emas dan terkadang di tepi PLUS Highway Sg.Buloh. Pernah juga menjadi supir sekejap membawa arwah lepak dengan kawan2nya..minit2 yang singkat bersamanya dipenuhi dengan bicara2 berat, tentang ilmu, kemanusiaan, tentang diri dan pencipta- sebagaimana beliau memberitahuku selepas banjir Noh surut di Asia, antara bahagian yang mula2 timbul ialah Himalaya, Suralaya dan Gunung Tahan ..di situlah 'kehidupan' bermula...

Salam untuk LOLOQ! Selamat ke Pulau Kencana, kami menyusulmu nanti...

Monday, January 26, 2009

PAK LAH Strikes back..!!!

Wak Jono: Wak udah bilang Wak enggak mau campur politik. Kenapa mau tanya pendapat Wak lagi?

Ronasina : alah Wak..si Kulup ni yang beria-ia nak datang. Dahlah kita pi Gunung Suralaya dia tak dapat ikut, tu yang dia nak sangat ke mari ni...

Hisy! Banyak betul nyamuk malam ni..diorang takpelah..hisap suria lari nyamuk, aku ni nak hisap apa?

Kulupsakah : aku nak Wak komen je pasai politik sekarang..Adun Bote udoh loncat, ade ke yang lain nak ngikut same?

Wak Jono : Apa Wak peduli lompat ke tidak? yang penting Wak damai di sini, di dunia yang SATU! Huuuu...huuu!!

Kulupsakah : alah Wak! bulan mac dah dekat benor ni, Pak Lah dah nak pencen! Najib yang banyak kes tu nak jadi Piem ..ate macamane negare kite ni?

Wak Jono : Looh! kalian ingat cuma2 gitu saja Pak Lah mau turun? Setelah teruk dimalukan mereka, ingat Pak Lah diam saje? tengok udah ada satu dua ditangkap rasuah. Pak Lah will strike back!!

Ronasina : jhuii? Speaking!

Wak Jono : Pak Lah akan bertanding Presiden Mac ni..dan Najib akan tewas tanpa apa2 jawatan lagi dalam Amanu!

Ronasina : Mana bisa begitu? Kan Najib sudah menang tanpa bertanding?macamana Pak Lah nak mencelah?

Wak Jono : tulah kalian...jadi ahli Amano dulu enggak tengok perlembagaan?

KulupSakah : bile zaman le teman masuk Umno..kamu tak tau le teman?

Ronasina : hisy! tak kesior teman....ha! kenape dengan perlembagan Wak?

Wak Jono : ada klausa- sesiapa nak bertanding mesti cukup pencalonan, tetapi mantan presiden ada keistimewaan bertanding tanpa dicalonkan..ha! Pak Lah dah susun orang dia! Najib habisss!!

KulupSakah : huh! mengarutlah Wak ni!!

Wak Jono : waduh! kok tadi minta komen gue..nggak percaya sudahh! aku mahu masuk bersuluk!

Aku termenung memandang Ronasina yang menghisap suria macam orang ketagih madat!

Sunday, January 25, 2009

Malam Prihatin Palestin!

perjalanan program ini yang bertempat di dewan Sivik MBPJ malam tadi ada diceritakan di blog ummu asiah..

aku hanya ingin memaparkan kegembiraan sahabat2 reformis yang selalu menjadikan sesuatu program sebagai medan berkumpul, bermesra bertanya khabar bagai sebuah keluarga.

Keluar saja dari kereta, kami bersua peguam Lateefa Koya yang sibuk menjadi tuan rumah program bersama Halimey, depa ahli majlis MBPJ..
Berjalan ke depan pintu dewan, aktivis Arulchelvan membantu mengangkat kereta tolak anak dan disapa oleh kawan2 JERIT nya..Blogger Zorro bersalam sambil memeluk aku "long time no see!" katanya yang sanggup meninggalkan rumahnya terus ke sini sejak awal lagi sebaik saja makan besar dengan keluarga. "Gong Xi Fa Cai tiap2 tahun ada, tapi ini sekali seumur hidup!"

Haris Ibrahim menghalakan laser kamera ke arah kami "Gambar untuk membangkitkan semangat juang orang lain!"

yasin sedang membuat persembahan (maaf! jauh dan tak jelas)
demonstran!

Vigil yang selalu dihalang pihak polis berjalan lancar malam ini. Zali Gombak menggunakan kelebihan suara besarnya menjerit HIDUP PALESTIN! JAHANAM ISRAEL! HANCUR ISA! dan diikuti yang lainnya.. Keluarga Ummu Asiah dan Abang Bad dengan headban dan t-shirt anti Israel mereka sentiasa bersemangat! Syed Husin Ali datang bersalam dan bertanya khabar..


srikandi AMK dahulu, Sharifah Shahida dan putera Animah Ferrel juga turut hadir . Gelombang reformasi seakan memukul Malaysia sekali lagi aku rasa, apatah lagi siangnya Adun Bota melompat ke bahtera PR!
Kalau bukan cuti Gong Xi Fa Cai aku rasa lebih ramai lagi..mungkin Tian Chua, Eli Wong, Ginie, Chan,Yap, Tan Ah Kow dan Lau Tek Hai sedang makan dengan keluarga sekarang..
Hey CK Chew! sms Kak Sham segera! nombor dah hilang bersama handphone!


malam itu juga dapat berjumpa dan berbual dengan Zairy, Rahman Hakeem dan geng REFORMIS- persatuan yang telah menyingkir presidennya yang minat berbogel.

Gambar family besar Dr Badrul bersama kami. Tetamu undangan Yasin!
family Ummu Asiah!


Sharifah Shahida!



Zali Gombak, anak muda yang tetap ikhlas bekerja di belakang tabir sejak 10 tahun dulu!!
GONG XI FA CAI!! MAAF ZAHIR BATIN!







Friday, January 23, 2009

PAKATAN RAKYAT bakal runtuh...


PR roboh?

Terlihat muka depan akhbar Sinar di kedai tadi kenyataan tentang "MB Selangor tak telus" oleh Toyol Jawa duta Botox membuat aku terfikir akan masa depan karajaan Pakatan Rakyat..

Benar, rakyat makin cerdik dan tahu menilai mana betul mana fitnah akan tetapi Kerajaan Pakatan Rakyat dan penyokongnya harus memainkan peranan bagi memastikan kita takkan runtuh!

Media penyebar maklumat

Kelihatan kerajaan Pakatan Rakyat agak lembab bergerak untuk menerbitkan akhbar harian sendiri seperti yang pernah mereka cadangkan. Memang menerbitkannya bukan kerja mudah, tetapi kalau ia dimulakan kajian dan perancangannya sebaik saja menang PRU tempohari (dah 10 bulan dah) pasti sekarang ni sudah ada 'pergerakannya'.. Kita ada ramai tenaga pakar dalam mengendalikan akhbar ini yang aku jamin akan melingkupkan akhbar harian besar Melayu masa kini. We must start from somewhere!!
- Begitu juga stesyen radio.. Jangan bagi Ketua Pembangkang di negeri 5 Pakatan Rakyat ni berkokok macamlah depa ni bersih dulu..Anak Toyo, Si Tajol masih bebas bercakap kerana tiada ruang yang luas untuk dia ditelanjangkan di depan rakyat.

Tugas Rakyat (penyokong PR)

Penyokong PR dan ahli parti janganlah asyik sebok dengan ceramah, kutip derma saja sebaliknya terus proaktif bergerak menjadi agen kerajaan. Pergilah berjumpa dengan ahli majilis, Adun atau pejabat MP- study beberapa program yang telah dilancarkan oleh kerajaan PR dan bergerak turun padang mendekati jiran dan masyarakat. Tak perlu tunggu Adun, MP atau ahli majlis- kita sendiri pergi cari warga tua dan bantu mereka mengisi borang skim usia emas, cari ibu bapa yang baru melahirkan anak di Selangor dan terangkan program TAWAS, cari anak2 muda yang nak sambung pelajaran....bayangkan kalau warga tua , ibu bapa yang baru mendapat anak dan anak muda yang nak sambung pelajaran ini yang dulunya karat BN diberi penerangan yang betul tentang semua ini dan akan menerima banyak lagi manfaat jika PR memerintah, pasti mereka akan terpesona (walaupun bukan semua)!

satu pertanyaan- Adakah kita buat semua ini? Sebab kita buat benda lain sekarang!! Kita sibuk dengan kontrak dan tender serta nak projek..Kita berlagak macam dah menang semua- Kita sudah menanyakan apakah 'habuan' yang kita boleh dapat setelah berjaya menawan BN..Kita yang dulu boleh bergerak dalam keadaan tersepit kini sudah berkata "Kalau takde duit macamana nak menang akan datang?" (Persoalan ini pun boleh didebat panjang, nantilah kita tulis lain bab ni)..

Apa yang perlu kita fikir?

Ya! Kita perlu berfikir kita masih belum menang dan akan terus berjuang untuk kepentingan rakyat dan belakangkan dulu kepentingan kita. Tawan Malaysia sepenuhnya dulu dan baru kita susun untuk rakyat dan juga wira2 yang telah berjuang! Sistem dah rosak! Tumbangkan kezaliman dan tegakkan keadilan!!

Dalam masa yang sama kita kena fikir kita sedang menang sekarang dan terus bekerja menyenangkan rakyat. Rakyat mahu itu dan sedang menilai sekarang!!

* tentang entry sebelum ni, suara akar umbi memang tak puas hati dengan mereka ni..Hassan Ali (Pas), Exco DAP ( Ronnie Liu) dan MP dari PKR yang juga bekas Tim.MB Selangor Datuk Zainal...
- boleh bagi arahan ubah keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat ahli majlis!

AWASI MEREKA!!

perangai mereka macam ulat bulu dah naik dauunn!!!
AWASI MEREKA!!

-Masih ada ahli dari parti komponen PR yang besar2 sama ada yang pernah jadi calon, atau dah jadi YB ataupun yang jadi ahli Majlis masih berfikiran ala Umno/BN karat dengan perkauman.. antaranya seorang 'Datuk" yang memarahi aku kerana menyokong 'keling' (dia yang gelarkan begitu) apabila aku berdiri tanda sokongan kerana bersimpati dengan seorang penceramah India yang dimalukan ahli Pas semasa sesi soal jawab dengan membangkitkan sentimen perkauman!

- Adun atau MP yang jadi 'Jenderal"..boleh mengarahkan itu ini atau dengan notis pendek agar mengubah keputusan yang telah dibuat dalam jawatankuasa tender..kroni2 ni boleh berlagak dengan ahli majlis sambil menggoyang2kan 'surat rekomendasi' dari Exco Cina atau Melayu parti Islam ni..

- seorang MP PKR yang dulunya berjawatan tinggi di Selangor semasa di dalam Umno masih mengamalkan budaya Umno dengan memecahbelahkan Bahagian yang dipimpinnya..sibuk menguatkan pengaruhnya dan cuba mengatur 'jalan' untuk kemudahan kawan2 mendapat projek..CIBAIII!!!

- Orang2 PAS dengan gelojohnya 'menawan' beberapa pasar malam di sekitar Hulu Langat dan Bangi yang dulunya dianjurkan Umno sebaik saja menang PRU dulu. Bagai wira menang perang mereka menetapkan peraturan baru yang menimbulkan rasa tak puas hati di kalangan peniaga yang mengundi PR dulu dengan harapan konsep negara berkebajikan membantu mereka..tapi 'disiplin' yang digariskan bagai mencengkam mereka!

INI SEMUA GERUDI YANG MENEBUK LUBANG BAHTERA PAKATAN RAKYAT KETIKA BAHTERA YANG SEDANG CUBA MEMBINA KEKUATAN INI BELAYAR DI LAUTAN GELORA!!

tulisan ini hanya 'hint' saja...kalau masih tak berubah, Kulup Sakah tak segan2 membedal Small Napoleon ini!!

Tuesday, January 20, 2009

RIHANNA busyukku! Selamat berkonsert di Negara Islam Hadhari!!


SELAMAT DATANG RIHANNA, model MODAL INSAN! SELAMAT BERKONSERT di negara ISLAM HADHARI!
Peminat2 Islam boleh masuk awal untuk berjemaah Maghrib dan Isyak dan sedikit tazkirah sebelum konsert dimulakan!
Bawa ibu bapa dan anak2 ke majlis ilmu ini..kukuhkan hubungan kekeluargaan dan ukhuwah serta eratkan silaturrahim sesama insan di konsert ini...
COOL!!!
( baca tukartiub untuk mengetahui makna cool!

sukarnya menghayati KETUANAN RAKYAT!

Dasar pecah perintah British yang diwarisi Umno/Bn sudah tebal mengaratkan minda rakyat Malaysia dan mengikisnya seperti mustahil..Mission Impossible!

Anwar Ibrahim yang melancarkan Ketuanan Rakyat dan menolak fahaman kebangsaan yang berbentuk racist seperti 'Ketuanan Melayu" di Kg. Baru 14 April 2008 menjelaskan yang konsep ini selaras dengan dasar Islam yang menegakkan keadilan sejagat tanpa mengira warna kulit. Islam adalah agama yang menjamin kesejahteraan umat manusia melangkaui batasan agama dan kaum.
Tok Guru Nik Aziz menjelaskan fahaman nasionalisme takkan berkekalan dan menyokong dasar ini kerana Allah berfirman "sesungguhnya berlaku adillah dan berbuat baiklah". Nik Aziz menolak ketuanan Melayu kerana Allah menjadikan manusia itu berbagai2 kaum untuk saling kenal mengenal, apatah lagi semua manusia berasal dari Nabi Adam a.s dan beliau selalu bertanya "Adam apakah bangsanya?"
DAP dan PSM juga memperjuangkan keadilan dan hak yang sama rata. Siapa yang susah perlu dibela..

Konsep ini rupanya masih sukar dihadami mahupun dihayati oleh penyokong Pakatan Rakyat walaupun mereka cukup menyanjungi tokoh ini..
Fahami baik2 kenyataan aku....Sebagai Melayu, tidak salah kalau aku terlalu memikirkan nasib bangsaku, Cina dan India juga boleh memikirkan peluang bangsa mereka..TIDAK SALAH DAN ITU BUKAN RACIST!

yang salah dan racist ialah membantu bangsa sendiri dengan menindas yang lain..INI SALAH DAN ZALIM!!

Persaingan sihat amat digalakkan dan masing2 WAJIB menghormati hak dan kepercayaan antara satu sama lain..
Aku takkan biarkan negara ini dirompak pemimpin rakus hanya kerana dia Melayu Islam!! Jangan tuduh aku menggadaikan bangsaku sendiri apabila melawan pemimpin sebangsaku yang korup..
Sebagai Islam aku menyokong Hudud dilaksanakan walaupun Karpal Singh menentangnya..(lebih sedih kalau bangsaku dan saudara seagamaku sendiri membantah)..

Tetapi aku menyokong beberapa perkara yang pernah dibangkitkan Karpal atas kebenaran yang dibawanya..aku menyokong bukan bermakna aku Pro Benggali dan aku tak setuju dengan dia bukan kerana dia Benggali....

Inilah yang berlaku hari ini! Musuh menuduh kita menjilat atau mengikut bontot pihak2 tertentu hanya kerana kita bersetuju dengan mereka...
Aku dapat lihat sendiri bahawa "jarum" ini sedang cuba dijalankan ke dalam Pakatan Rakyat, sebab mereka takut jika "Pemuda Pakatan Rakyat" yang berkonsepkan hidup harmoni, cintakan keamanan dan keadilan serta menghormati antara satu sama lain ditubuhkan- jarum mereka bukan saja patah malah mereka akan tenggelam dipukul ribut..

Apakah memecah tembok perkauman satu "MISI MUSTAHIL"?

Sunday, January 18, 2009

Mereka yang dah nak mampus..(Satu lontaran untuk anak muda Malaysia!)

JANGAN BIARKAN ANAK MALAYSIA INI MEMIKUL SENJATA KETIKA DIA PATUT BERMAIN DAN BERSERONOK!
gambar hiasan - sewaktu demo anti Israel di kedutaan Amerika tempohari

Politikus usang itu sudah hampir mampus dengan indoktrinasinya..dengan ideologinya. Mereka sudah habis 'gas' kerana tempoh luput "kasihan" dari Tuhan semakin rapat. telah banyak petunjuk diberi untuk mereka insaf tetapi kebebalan dan keangkuhan membutakan perut mereka..mereka semakin panas dengan dosa sendiri..

Ayuh! anak muda Malaysia,


giliran kita sekarang. Kata pujangga dunia ini adalah untuk orang muda! Corak apa dunia ini ditentukan oleh anak muda! Sukarno perlukan orang muda untuk menggegarkan dunia, bukan orang tua!


Orang tua dihormati kerana ilmu dan tawadhuknya, bukan umurnya..bukan kerana ia tua maka wajib kita menghormatinya, orang tua yang tiada masa depan harus ditunjukkan jalan ke kubur!

Pujangga juga berkata kalau mahu lihat masa depan sesebuah negara, lihatlah anak mudanya!! Kita akan maju seperti zaman pemerintahan Khalifah Sayiddina Abu Bakar r.a jikalau anak mudanya seperti Ali Karamallahu wajha, akan tetapi pemerintahan Ali runtuh kerana anak mudanya seperti Yazid dan pencetus sengketa Karbala!

Ayuh! Anak muda Malaysia..hentikan lagha! Kita berdiri dengan nafas lega di sini kerana nenek moyang kita memerdekakan tanah ini, menjadi jihad bagi kita membunuh kezaliman di muka bumi leluhur ini untuk anak cucu kita!





Bangun!


bunuh rasuah! bunuh penindasan!


Ibnu Khaldun berkata tamadun sesebuah bangsa akan musnah jika pemimpinnya mengepung harta benda untuk kelompok mereka saja



Kitalah pencoraknya!!

TAKBIIIRRR!!!
R-E-F-O-R-M-A-S-I!!

Saturday, January 17, 2009

post mortem: sebab2 BN kalah!

tinjauan terhadap rakyat mengapa mereka menolak BN yang aku dapat dan tak boleh dinafikan BN ialah:-

1) Kemarahan mereka terhadap Moonson Cup memang tak dapat dibendung. Hampir semua rakyat yang aku tak nampak kecenderungan politik kepartian mereka amat membenci projek membazir ini.

2) Taman tamadun Islam hadhari yang ada Masjid Kristal tu adalah lambang kemegahan dengan mengenepikan rintihan rakyat miskin. Ini hakikat yang mana ada rakyat yang tinggal tak sampai 1 km dari masjid itu tidak pernah langsung menjejakkan kakinya ke sana..

3) isu lama, royalti minyak yang dirampas dan BN menipu mereka baru2 ini. Negeri kaya hasil bumi tetapi rakyatnya antara termiskin di Malaysia.

4) Gula2 dan fitnah memperbodoh2kan rakyat menyebabkan rakyat rasa terhina menyebabkan mereka mengajar BN untuk keluar dari Kuala Terengganu..

banyak lagi isu backfire- tetapi ini sebab yang cukup besar untuk menolak BN..
tak perlu digodam Wan Farid atau Ezam..mereka hanya pelengkap kejatuhan ini..yang paling besar ialah:-

NAJIB ADALAH BENCANA YANG MESTI DITOLAK DARI MENDUDUKI KERUSI PM

syabas dolah Badawi kerana menjadi orang pertama memulaukan penglibatan dalam PRK ini. Cukup sudah kau dihina mereka..

kita harus beristighfar dan bersyukur ke hadrat Allah kerana kemenangan ini. Jadikan ia satu platform untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan akan menyenangi kita..

aku bukan ahli Umno/BN tetapi buat masa ini aku menyokong Dolah Badawi kekal sebagai PM dan berharap Umno menyingkirkan segera Najib dan 'suaminya' Rosmah untuk bertakhta di singgahsana PM..jangan biarkan Malaysia dilanda bencana!!

EZAM punca kemenangan PR! terima kaseyy!


EZAM sekali lagi membuktikan kehebatannya memenangkan PR selepas beraksi cemerlang di Permatang Pauh..

kahkahkahkehkehkehkohkohkoh...


wahai kekandaku,

ayuh kembalilah ke pangkuan..

rakyat dah menyampah dah dengan penyamun dan babi2 tu..sebelum PR rampas Malaysia cepat selamatkan diri..


ajak Khairy sekali...


kotak?surat damai?munafik?

kahkahkahkahhh!!! seroooooooooonoooooknyee!!


proksi dolah lingkup..imej najib menajis!!

..minit-minit terakhir keputusan PRK

kemaskini 9pm..mat comot telefon, keputusan tak rasmi Pas menang 1700 undi tapi belum umum lagi..polis tak bagi masuk stadium, penyokong dah mula nak berarak..

sms dari ADIL 7pm memberitahu PAS mendahului 400 undi setelah 35,000 undi dikira..kemudian, tulisan ni ditulis pada pukul 8pm sebaik saja menerima sms dari rakan Cinaku yang berada di KT yang PAS sekarang mendahului 1900 undi, kemungkinan keputusan penuh jam 11malam nanti...

ahh!! like butterfly in my stomach! untuk mengurangkan suspen ni mari kita teruskan boikot KFC, McD dan lain2..


tapi...kepada pencinta ISA, aku juga menyeru agar memboikot ISA kerana akta ini hanya ada di 3 buah negara saja iaitu ISRAEL, SINGAPURA dan kita boleh, MALAYSIA!!!.. Amerika juga ada kem Guantanamo ala-ala ISA!

Yahoooo!!! Kita setanding mereka!!! SYABAS MALAYSIA, SYABAS DOLAH DAN NAJIB, JUGA ANAK ARAB SI ALBAB!!

p/s- gambar setan di atas menunjukkan sombol yang ISA bisa menukarkan seorang Insan kepada Setan, dari manusia kepada biawak sesumpah..

Thursday, January 15, 2009

surat Anwar kepada Mahathir- TERIMA KASIH EZAM!

gambar ehsan blog bro naz..kembar ezam

Terima kasih kekanda Ezam atas pendedahan surat tersebut yang mendedahkan keperibadian Anwar yang tetap berbaik sangka dan mendoakan Mahathir, si tua yang menzaliminya agar dilimpahi taufik hidayah...
adinda sedang nunggu pendedahan dokumen kes rasuah Azmin yang sempat dilarikan bersama kotak2 kasut tu..

satu soalan:
apasal lu tak hantarkan surat tu kepada Mahathir seperti yang diamanahkan Anwar?
lu jahaaatlah sejak dulu lagi ropenyeee!!

Wednesday, January 14, 2009

IMAM Mahdi akan turun?

Amerika (Dajjal mata satu- buta mata hati ) terus bersepakat bersama Yakjuj Makjuj (Yahudi, zionis, Israel) mengganyang orang Islam..Islam seperti buih2 di lautan..banyak tapi ringan dihembus angin tersadai ke tepi..dipukul ombak terumbang ambing!!
Dajjal membawa api mengharung lautan yang separas betisnya (kapal perang lautan) menghentam Iraq hingga Iraq kiamat, diikuti Afghanistan...

Palestin dibuli..hentikan perang?
ah... sabda Baginda SAW- Takkan berhenti perang selagi berdirinya Masjidil Aqsa..

Imam Mahdi akan turun? Turunkah? Bila?
Osama Laden, Mullah Omar, Hamas, Muammar Gaddafi, Ahmadinejad, Abdullah Badawi?

Betulkah mereka pembela Islam setaraf Imam Mahdi?
*Islam bagai menara yang terkepung, di balik jendela menara aku menanti tibanya sang wira..kelihatan dia semakin hampir..tapi aku ragu kerana sang wira kelihatan menunggang keldai?

* rangkap berwarna merah ini adalah kupasan dari lirik DI LUTUT MAMA nukilan Allahyarham Loloq dalam album Palestin HATTAN. lirik penuhnya:-
Mana ada orang yang bersalah
mahu mengaku dia bersalah
di dalam dunia punya cerita
aku dah belajar di lutut mama
lagi baik lagilah bahaya
bagi sedikit mahu semua
macamkan dunia dia yang punya
aku dah belajar di lutut mama
demi nama
nama tuhan dia gunakan
asalkan hajat melencongnya kesampaian
mana da jalan yang begitu
tak cukup kuat ajak sekutu
lawan tentera lastik dan batu
mukanya tak malu kulit sepatu
DI JENDELA MENARA KU MENGINTAI MENANTIMU
KAU DATANG DENGAN MENUNGGANG KELDAI MEMBUATKU
RASA RAGU
MUNGKINKAH SI DIA
MUNGKINKAH KU TERLENA
DI LUTUT MAMA..

YEAH U.D.1!!! (sebut betul2)

YEAH! U.D.1 (yahudi)
lagu: M.Nasir
lirik : Loloq
nyanyian Amy album 'Magic' 1994

Campakkan baki duitmu
di atas meja haram ini
sekira kau mahu melihat nasibku
Tak usah kau belek lagi
tuahmu di daun yang berdaki
Sembari kau meragui destiniku
cayakan takdir tak semesti jadikan aku
Seorang insan fatalis yang pesimisif
Tak bermaruah

Bagaikan bangkai bernyawa
pelacur yang serba salah menyusukan
anak tak berdosa
semakin hari ku semakin pasti
Kau masih tak memahami erti
perkataan kasih
yang selalu kau perdagangkan
demi membeli kami

Yeah U.D.1
Yeah U.D.1 4 Me!!

JIKA KAU ADA 4 ACE
AKU ADA STRAIGHT COLOUR
JIKA KAU ADA ROYAL FLUSH
AKU ADA SENAPANG PATAH!!!

Monday, January 12, 2009

MATINYA WIRA JALANAN..

aku memberi laluan kpd kwn2 utk cerita pasal PRK di KT..Aku mempunyai keyakinan yg rendah dalam setiap PRK, kebangkitan rakyat yang total saja dapat menumbangkan BN..kalau rakyat di situ masih boleh dibodohkan, kita agak susah nak menang melawan pembelitan mereka..namun aku doakan kemenangan PR..

Aku cuma nak cerita tentang matinya jeritan rakyat dan mandulnya keberanian seniman menyampaikan pekikan marhaen..
menyusur kaki lima Masjid India dan Central Market hari ini sudah tiada apa lagi yang menambat aku untuk berlama-lamaan di situ..80an dan awal 90an dulu Central Market adalah rumah keduaku apabila kakiku akan melekat hingga ke malam menonton jeritan lagu2 rakyat dari seniman2 jalanan seperti Adi Jagat yang melagukan hasil ciptaan sendiri juga menyanyikan lagu Iwan Fals versi Malaysia. Kemiskinan, perit marhaen dan kepincangan sosial yang dilontarkan oleh Adi di kaki lima CM menyegarkan tubuh letih aku yang baru pulang kerja mekanik atau lebih tepat buruh kasar..diselangselikan dengan persembahan Sidek the clinic...


gambar Sani Sudin memaku kaki penonton dengan celoteh lawak seriusnya

Sebelum itu angkatan seniman 80an bergelandangan di sini - di tiang lampu-bersuara, membaca sajak, berceloteh perihal kelembapan ekonomi, isu hutang BBMB, cetak rompak dan sebagainya. Pekikan buka gelanggang oleh Kamarool "farouq" Hj Yusof, celoteh Sani Sudin, dengungan suara Pyanhabib, Khalid Salleh menggegar jalan dan menghimpun khalayak agar merasai urat nadi dan gejolak kehidupan..
Mereka sudah tiada di jalanan lagi..ada yang lebih selesa bersajak di kaca tv, ada yang sudah jadi Dato', ada yang sudah cuci tangan dan jadi 'baik'...kalau ada pun mereka banyak baca sajak di pentas2 berhawa dingin atau di bumbung kalis hujan..atau layan 'pop' untuk survival..
apapun aku salut mereka kerana sudah pernah mencipta gelombang..tak perlu dipersoalkan mereka dan tak perlu diminta untuk mereka buktikan apa2 lagi..Pasar Budaya pun sudah berubah, benar ia sudah di'make up' lebih cantik tetapi aku dapat merasakan nilai 'komersial'nya terlalu tinggi hingga menenggelamkan 'seni dan estetika'nya..
PASAR BUDAYA sudah jadi tempat BUDAYA DIPASARKAN!

Hari ini hampir tiada anak muda seberani ini di jalanan lagi, menyuarakan melalui seni.. nyanyian, puisi dan pidato rakyat di tepi2 jalan sudah dianggap asing oleh generasi "Akademi Fantasia"...kalau adapun Black Amin, Rahmat Haron, Meor dan geng2 Hishamuddin Rais- mereka ini terlalu banyak peranan di balik tabir dalam perjuangan, mereka ada skop yang lebih besar tidak hanya menyanyi dan bersajak..Mana lagi?
Siapa? Siapa orang kita?
(salut untuk penyair rebel sepanjang zaman- Brader Pyanhabib a.k.a Osman Tikus..)

bersama brader Pyanhabib di teater Bilik Sulit arahan Hishamuddin Rais..


Saturday, January 10, 2009

badut pipi gendut sudah datang!!

Ezam : mari2 tuan dengar ini cerita..tuan saya dulu banyak suka auta! 6 kotak dia kata ada pada saya! antara 6 kotak tu, Azmin sempat curi fail rasuahnya sendiri dan disorokkan..saya masih ingat..harini Mahathir pecat boss saya, esoknya Anwar minta tolong saya jumpa Mahathir nak berdamai, saya takkan lupa tarikh tu sebab haritu bini saya bersalin..hihihi!!..apa? pipi saya makin tembam? ohh itu kena tanya Lokman...


Lokman : saya juga ada cerita, masa saya keluar PKR, boss saya si Ezam ni curi dana PKR dan simpan dalam peti besi RM100k bersama Azmin, saksinya Zahid Md Arip..tak caya? tanya Ezam..saya dah sumpah Quran kat Masjid Negara dulu..apa?ya!! Kami memang geng sumpah dan sesumpah!!

PERJUANGAN (Duhai Palestin)


lagu: Tam
Lirik: Bob Lokman
vokal: HATTAN
dari album Hattan-Palestin 2002


JIKA MAMPU BUNUHLAH AKU
PASTIKAN BANGKIT SEMANGAT YANG SATU
JIKA MAHU RAMPAS BUMIKU
KORBAN SATU KAN GANTI SERIBU

HIDUP DAN MATI BUKAN HUKUMAN
ENGKAU BUKAN SANDARAN
PERANG INI SATU KETENTUAN
ADA YANG WAJIB DIPERTAHAN

MASA TIDAK MENUNGGU KITA
PINTU MAUT SENTIASA TERBUKA
DOA USAHA DAN BERTAWAKKAL
TIADA JALAN KE BELAKANG
TIADA SIMPANG DI HADAPAN

AMERIKA/YAHUDI: bukan BANGSA tetapi 'SIFAT'!!

Apabila Allah berfirman akan kebobrokan kaum Yahudi dan Israel dalam Al Quran adakah Dia Yang Maha Mengetahui merujuk kepada 'bangsa' itu sepenuhnya? Apakah memang SEMUA yahudi jahat dan tidak boleh dipercayai? Tidak adakah seorang bani Israel yang berhati mulia?

Bagaimanakah dengan yahudi yang sudah memeluk Islam? Apakah dia juga dicerca hanya kerana dia seorang yahudi walaupun dia sudah Islam ? Seorang bayi yahudi lahir di muka bumi ini akan dicerca Allah walhal dia tidak pernah meminta dilahirkan sebagai yahudi...
Jelas pada saya Allah maksudkan 'yahudi' bukan merujuk kepada bangsa itu akan tetapi sifatnya yang telah diwarisi dan dijadikan fahaman oleh sesiapa saja termasuklah seorang muslim..
Seperti istilah 'kafir' yang bermaksud engkar- bagaimanakah yang Islam akan tetapi engkar menurut perintah Allah? Kafirkah dia? atau Kufur? (hahaha!!)

Tidak perlu menukarkan agama seorang muslim kepada agama lain, cukup sekadar membuatkan mereka berperangai dan mengamalkan cara hidup seperti yang lain..campakkan sebiji bolasepak di tengah stadium maka beribu2lah orang Islam ke sana tak bersembahyang..mudah bukan?
atau menganjurkan konsert, majlis tari menari dan sebagainya!!
Amerika tidak menjajah seluruh dunia tetapi filem Hollywoodnya telah mengindoktrin kepala hotak kita yang Amerikalah wira dunia..KFC dan McD menjajah pemikiran anak2 kita!

Tidak pelik mendengar umat Islam dipijak, dibunuh, disepakterajang Zionis tetapi mengejutkan apabila mendengar ahli KMM atau JI dibogel,disepak dan diludah mukanya oleh SB yang seagama mereka dan yang di dalam kubur nanti akan menjawab kepada Malaikat "Muslim adalah saudaraku!"..
Apabila kita hairan mendengar Lady Diana terbunuh dalam kemalangan terancang di dalam terowong kerana mula menjalin hubungan dengan seorang muslim Dodi Al Fayed, tidakkah pula kita terlebih hairan apabila seorang muslim dituduh oleh muslim yang lain yang dia melakukan zina dan liwat tanpa langsung dapat dibuktikan perbuatannya (hatta tarikh tepat pun tak dapat diberikan)? Siapa lebih kejam?

Yahudi mengajar kita riba' dalam urusniaga tetapi tidak mengenakan riba' kepada bangsanya sendiri, satu2nya bangsa yang dijadikan Allah tanpa negaranya sendiri ini telah mampu menguasai Amerika-negara gergasi dunia..Yahudi mempunyai Koscher- tak pasti ejaan (badan seperti Jakim) yang mengawal kesucian sesuatu produk makanan kerana yahudi memakan makanan yang halal disembelih dan bersih. Mereka mencipta ubat2an tetapi membuatnya mengikut berbagai2 gred untuk mengaut keuntungan...

ketika kita seperti enau melepaskan pucuk masing2, musuh bersatu menghancurkan kita!
seperti kata Baginda S.A.W kita seperti buih2 di lautan, banyak tetapi ringan dan hanyut!!

Israel kuat atau kita yang lemah? Mana dia semangat Perang Badar atau perang salib? Siapa Salahuddin Al Ayubi masa kini?( Ketua Pemuda Pas?)..Khalid Alwalid? Mus'ab Umair? Masih adakah pedang Zulfaqar dalam jiwa kita? Atau Iskandar bertanduk dua(Zulkarnain)..
KHAIBR YA YAHUD!!

TERKINI! peserta demo anti war DITANGKAP!!

Sabtu 10jan 9.15pm..

POLIS TELAH MENANGKAP AKTIVIS2 DAN NGO YANG BERHIMPUN SECARA AMAN MEMBANTAH ISRAEL MENYERANG YAHUDI. PESERTA YANG MEMBAWA LILIN BERJALAN DARI DATARAN MERDEKA KE BANGUNAN BAR COUNCIL TELAH DIKEPUNG DAN DIRAMPAS BARANG MEREKA . POLIS MENYIFATKAN INI PERHIMPUNAN HARAM DAN MEMBAWA MEREKA KE IPD DANG WANGI DEKAT STADIUM....

Mereka masih ditahan...Arulchelvan PSM, Abdullah Sani PKR (MP Kuala Langat), Pn Nashitah dan cikgu Noorlaila Othman (GMI)

Friday, January 9, 2009

Pulau USA Kutuk Israel (P.U.K.I!!)

(gambar2 sekitar demonstrasi di hadapan kedutaan U.S Jumaat lalu boleh dilihat di:-
perisik-rakyat.com
sepanjang jalan kenangan



Saudaraku Palestin,

aku sedih kerana tak berdaya membantumu dengan tanganku,

cuma sekadar mampu berkata kepada Amerika dan Israel.....


"PUKIMAK KAU ISRAEL!! PUKIMAK LU USA!!!

PUKIMAKPUKIMAKPUKIMAKPUKIMAK!!!

Wednesday, January 7, 2009

Vampire@dracula dalam Pakatan Rakyat!


10 tahun gelombang reformasi membadai dan pahitnya bertukar menjadi manis apabila berjaya menawan 5 negeri dalam PRU yang lalu..10 tahun perjuangan telah melahirkan golongan:-


a) Pejuang yang masih setia dan tetap bersemangat berjuang

b) Pejuang hebat telah lari meninggalkan perjuangan
c) Munculnya ahli2 baru yang memang benar2 ingin sama berjuang dan komited

d) Ahli2 baru yang muncul sebenarnya berpura2 sahaja..


Golongan b dan d inilah yang aku gelar vampire/dracula..tapi aku lebih fokuskan golongan d kerana golongan b sudah lama kita talkinkan dan perlu dilupakan..

Ada seekor dracula yang tiba2 muncul menghimpit Adun PR sebaik saja Selangor berjaya ditawan. Setelah dinasihat kawan2 Adun ini yang sebenarnya tidaklah bodoh menyedari akan kehadiran dracula yang cuba menghimpit dengan niat yang tak siapa tahu. Dracula ini akan sibuk mengiringi dan menjadi bodyguard ke mana saja YB ini pergi...

Setelah usahanya gagal dracula ini cuba mendekati pejuang2 dan ahli2 PR lama dan mencucuk jarum mengatakan Adun ni dah berubah dan tak boleh dipercayai..

Kawan aku seorang ahli majlis memberitahu aku dracula ini telah 'menasihatkan' dia agar 'menyapu bersih' segala peluang yang ada sekarang kerana menurut bacaan politiknya PR takkan kekal lama dan akan tumbang pada PRU akan datang, jadi sebelum hilang kedudukan mesti rompak dan bina kekayaan dulu..

siapa dracula ni tak penting kerana aku percaya ia bukan seorang tapi banyak berkeliaran bertenggek di tepi2 pimpinan atasan termasuklah menyibuk2 sebagai pengawal Anwar!!

Media tak sokong perjuangan HATTAN membantu Palestin!

Pada 2002, HATTAN telah mengeluarkan album khas PALESTIN bertujuan untuk mengutip hasil jualan albumnya membantu Palestin. Pembeli boleh mendengar karya hebat di dalamnya sambil menderma..
Harga CD ini cukup murah RM15 dan dijual di kedai2 buku dan tempat2 mudah dikunjungi, bukan di kedai2 kaset dan cd..tak pernah ada CD original semurah ini sebab...

studio rakaman milik M.Nasir memberikan harga istimewa untuk projek khas ini..
malangnya berapa kali anda pernah dengar 10 lagu ini dimainkan di stesyen radio yang penuh dengan lagu cengeng bebal dan karya orang luar walhal orang seberang tak pernah sibuk2 nak tolong kita di sana..mangkuk betul stesen radio ni..(Hot fm, ERA dll yang dah tukar status jadi Radio Indon cawangan Malaysia)..

Aku nak cari Bro Hattan untuk keluarkan semula demi tabung Palestin..kita beli ok? Brader Pyanhabib..tolong kasitau Hattan boleh?





dalam CD ni Bob Lokman kata "Berbeza kitabmu, benarlah kitabku, asalnya yang satu tak mahu bertemu"
Allahyarham Loloq kata " Berikanlah kami kedamaian atau beri kami timah dengan belerang, biar kami tempa senjata kami sendiri, senjata berkalimah.."
"Hanya janji2 kosong di sebalik wajah temasya" kata Shuhaimi Baba..
dan banyak lagi karya M.Nasir, Tam dan Nafie Spider!!

Tuesday, January 6, 2009

Nak tanya ulama...

wahai ulama dan bijak pandai Islam,
dalam kitab panduan umat manusia sepanjang zaman (AlQuran)
mukjizat Muhammad Rasulullah S.A.W yang membawa rahmat kepada alam (Rahmatan lilalamin)
dari ALLAH swt (tuan sekalian alam yang mana Kristian pun nak gunakan namanya sebab percaya Allah lah Tuhan sebenar2nya...

ada tak...

menghalalkan manusia ditangkap dan dikurung bertahun2 tanpa dibuktikan kesalahannya?
Tolonglah aku...
kalau ada, aku kecewa dengan agamaku..

sebab aku selalu dengar khutbah "Innallaha ya'muru bil 'adli wal ehsan!..

Monday, January 5, 2009

BIARKAN...BIARKAN!!

Adolf Hitler- ada teori mengatakan dia anti Israel setelah menelaah sifat2 Israel dalam Al Quran?

ISRAEL mengganas ke atas Palestin? masjidil Aqsa ditawan? Biarkan..biarkan! Tak perlu pulaukan Microsoft Windows, Coca Cola..tak perlu!
Tak perlu berdoa dan bersolat hajat, tak perlu berteriak pada dunia Arab agar bersatu..tak perlu ke jalanraya bawa sepanduk ,hantar memorandum...

Tak Perlu!..Israel hanya ketawakannya sahaja, lagi banyak tunjuk perasaan lebih bersemangat mereka membuli..biarkan! Walaupun tak berubah nasib sesuatu kaum itu selagi tidak kaum itu mengubahnya..biarkan!

Baginda SAW pernah bersabda tidak kan berhenti peperangan ini selagi Masjid Al Aqsa berdiri..
Biarkan! Biarkan!

Kerana mereka tahu SELAGI SOLAT SUBUH DI MASJID TIDAK SERAMAI SOLAT JUMAAT DI SELURUH DUNIA, MEREKA TIDAK AKAN TEWAS!!
Itu saja ukurannya..
tak usah cerita pasal Jihad..bangun subuh pun amat memeritkan!!!
..............aku pun!!

Saturday, January 3, 2009

KEMASKINI: Kosmo tipu?



ni keratan gambar dalam HARAKAH 5-8 Jan (8-11 Muharam) Demonstrasi anti israel di Masjid Negara. Perhatikan kawan aku lelaki yang memegang kertas putih bertulis WE UNITE FOR PALESTINE..

Dalam Kosmo ada berita demonstrasi anjuran Umno di Kedutaan Palestin tapi gambar di Masjid Negara mereka gunakan seperti yang aku tunjukkan pada entry sebelum ni..lihat gambar kawan aku tu diambil dari sudut berlainan..Mana gambar di kedutaan tu? Tak best kot sebab takde bakar bendera israel..ek elehh..sepanduk (bunting) yang dipegang pun bunting yang sama..

betul ke tipu ni?


ni keratan kosmo! hari ni Sabtu 3 jan 2009 berita demonstrasi di hadapan kedutaan Palestin lepas solat Jumaat. Khairy pun ada...
tapi..eh? silap ke ni? Rasa aku ni gambar demo di Masjid Negara anjuran Pas pada waktu yang sama? Aku ada semalam di situ dan aku nampak jelas gambar kawan aku si Haidir yang berdemo ni...Tipu ke silap teknik? Atau Haidir boleh berada di dua tempat dalam satu masa?

Friday, January 2, 2009

RASYID,RASHID, raSHIT dan anak RASHID!

YANG MANA SATU MENGGEGARKAN MALAYSIA?

Rashid Sidek? Legasi Allahyarham dato Hj Sidek Kamar dengan abang2nya yang menjadi jaguh dunia dalam sukan badminton?

Rashid Sibir? Pengarah drama melankolik Melayu yang karyanya wajib ada sawah, rumah Melaka, ada nangis2, orang miskin dan cacat dihina melampau2 dan akhirnya pun tetap sedih jugak...?
aku try google gambar Rashid Hassan, penjaga gol legenda skuad bolasepak tanahair sekitar 80an..takde..
ini gambar Allahyarham Rasyid Asmawi kartunis popular 80an dengan From Taiping With Love di majalah Gila-Gila..karya beliau juga unik!


Rashit SPR yang nak saman PR baru2 ni..hobinya meminum dakwat.. SPR membawa maksud Sial Punya Rasyid menurut pandangan Ustaz Shahrir Long..hahaha!



hmm..Uji Rashid pernah menggoncang Malaysia dengan suara merdu manjanya..lagu raya duet dengan Hail Amir terus malarhijau hingga hari ini.."indahnya sungguh di hari Raya.."



tetap maintain sejak muda hingga hari ni..





Anda pilih siapa? Ye tepat seperti aku..Uji Rashid!!! Popularnya dia sampai ada sejenis ikan diberi nama "ikan Uji Rashid"..
"Oh namamu bermain di haatiku...!"

PEJUANG MALANG..

"Pss..Lup Takkan takde apa2 projek Lup! Teman tengah teruk ni!". Atan reformis kontraktor kelas F mengeluh.

"Apasal tanya teman pulak? Teman ni sapa?" Aku pelik..

" Yele.. Kamukan orang Tan Sri? Bagile teman apa2 kontrak angkat sampah ke, mesin rumput ke, cat medrasah ke?"..

"Pulak! Masa bile teman oghang kuat Tan Sri..nak berjuang mana boleh tumpang nama sapa2" kata aku.

"idak lee!"..Atan menyedut Sampoernanya." Kengkawan kite yang dah jadi YB tu ngape langsong tak ingatkan kite yang susah2 naikkan depa..dulu mase lawan kite ni dikerah turun padang, kena hempukle, kene tangkap le, jenuh dah habih duit kite kene bayor jamin je..sekaghang udoh menang oghang Umno jugak yang dapat kontrak, depa yang kaya..dapat duit bagi kat parti depa untuk kumpoi dana pilihanraya akan datang, depa makin kuat tapi kite masih macam ni..tak menang susah, udoh menang lagi susah!"..

"Isy..dulu masa susah kite tak peronah pun berkire dengan duit, udah menang ngape sebok dengan kontrak dan duit? Dulu berjuang untuk tegakkan keadilan, sekarang ngape tak de azam cam gitu lagi?..biorle oghang Umno dapat kontrak, dulu depa dapat, depa kaya tapi kalah jugak..la ni tugaih kite belom selesai..baru menang 5 negeri kite dah berehat, sebok nak kontrak..sepatutnye kite kene pikior macamane nak kekalkan 5 negeri ni dan tawan Malaysia sepenohnye..barulah perubahan total boleh dilakukan..kerja kite masih banyak!!..kata aku.

"Kamu lainlee Lup! Bisnes ayor lemuju kamu kukoh! Kamu tak terdesak..tapi kamu kene ambik peluang Lup! kamu kene buat duit sekarang..kamu kalu nak bertanding akan datang duit kene banyak, baru boleh menang..macamane kamu nak menang kalu tak bayor bebudak pasang poster, gantung bendere..depa ni kamu kene jage..usah dipandang remeh depa ni"..

"laa..mase bile pulak aku khabor nak bertanding?Ngancuklah kamu ni.." ketawa kelucuan pulak aku mendengar..

"Dak lee..manele tau..kamu tu besor jugak pengaruhnye..err..bak rokok sebatang?"..

" Hoih! Dah 6 tahun aku berenti merokok!" kata aku..sedikit kembang termakan dengan pujian Atan yang tak berasas tu..tapi perasan pulak hebat aku..

"Baguih le..Tok Guru suke tu..bakal calon mesti tak merokok! Mat Saman Kati tu kalu berenti merokok aku sokong bebenor dia jadi calon nanti!"

"Beginile Atan..kite kene terus berjuang, usah pikior bab tender kontrak tu..semangat kite mesti kuat macam dulu..musuh kite tengah tersenyum kalu kite sebok dengan duit dan lemah untuk laungkan 'reformasi' lagi..depa kite jangan ikut..takde duit depa tumpo..kite kene pastikan kite menang besor akan datang!"

"Ye! Benor kate kamu tuu..tapi orang macam kami terus susah dan orang macam kami nilah yang depa harapkan nanti untuk menang, tapi salahkah bagi sedikit untuk kami bernafas? Dulu takde duit kami boleh berjuang tapi kalau diberi kami sedikit peluang tentu kami akan lebih gagah lagi! Bukan nak banyak Lup! Sikit jee..buat lepaih makan pakai anak bini...!"

..Aku terperangkap!...lebih tersepit bila Atan mintak pinjam RM50 buat beli kasut sekolah anak..
Catch 22..!!

Thursday, January 1, 2009

SIAPA KAMI?

















HAHAHA!! Gambar siapa semuanya ni? ohh..tahu pun korang ni gambar Menteri2 Besar dan Ketua Menteri di Semenanjung..saja aku letakkan berterabur..
korang dok sebok2 belasah MB Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan buat salah itu dan ini..sedar tak sedar MB2 ni langsung tak kena apa2..
sebab apa?
Sebab orang yang tak melakukan kesalahan ialah orang yang tak buat apa2..jadi entry istimewa ni aku nukilkan untuk korang ingatkan semula sapa mereka ni?











BABI laaagii!!

agak memalukan isu babi ni diperbesar2kan oleh sekumpulan NGO cendawan pro Melayu yang tiba2 tumbuh sejak Parti Melayu kalah teruk dalam PRU haritu..

Cuba fikir tenang2...Babi hanyalah binatang ciptaan Allah untuk dimakan oleh orang bukan Islam. Yahudi dan ada agama lain juga mengharamkannya.. Menurut pandangan sesetengah ulama', Islam mengharamkan babi bukanlah kerana ada sejenis kuman yang payah nak mati (die hard fan..haha!) tetapi ia kerana Allah yang perintah. Apa pun alasannya tak penting tapi ia adalah perintah Allah sebagaimana Allah perintahkan Iblis sujud kepada Adam, walaupun Iblis rasa dia lebih mulia tapi dia tak sedar itu satu PERINTAH!
Babi makhluk Allah. Jangan kerana dia haram maka kita membencinya, jadi iltizam beberapa NGO untuk 'memansuhkan' babi bererti menghapuskan makhluk Allah dan ini bererti menghina Allah. Apa yang perlu dilakukan ialah menyelesaikannya secara betul salurannya kepada kerajaan yang diberikan kuasa memerintah dan menguatkuasakan undang2 negara ini..bukan sengaja menyelitkan isu perkauman dan membakarnya dengan mengheret semua orang Melayu memansuhkan babi..

Ketahuilah pada zaman pemerintahan para wali di tanah Jawa, Wali Songo langsung tidak membenarkan umat Islam menyembelih lembu untuk hari raya korban hanya kerana ingin menghormati kaum Hindu yang menganggap lembu binatang suci atau 'ibu' kerana memberikan susu. Bayangkan kalau itu berlaku pada zaman ini sudah tentu kita dituduh bagi muka pada kafir atau mengikut telunjuk 'keling'!..
Tetapi inilah pendekatan dakwah penuh hikmah para Wali Songo sehingga akhirnya Islam menjadi agama yang disegani, agama keamanan dan agama yang menjaminkan keadilan untuk berpayung di bawahnya..


gambar hiasan ihsan malaysiakini..

Teringat kenyataan Nik Aziz hampir 20 tahun dulu. yang lebih kurang begini... "Menghapuskan kemiskinan adalah satu usaha bersifat 'khayal' kerana Allah menciptakan sesuatu itu berpasang-pasangan, lelaki dengan perempuan, bulan dan bintang, malam dan siang, kaya dengan miskin..ia tidak boleh dihapuskan tetapi boleh dikurangkan"