Sunday, January 25, 2009

Malam Prihatin Palestin!

perjalanan program ini yang bertempat di dewan Sivik MBPJ malam tadi ada diceritakan di blog ummu asiah..

aku hanya ingin memaparkan kegembiraan sahabat2 reformis yang selalu menjadikan sesuatu program sebagai medan berkumpul, bermesra bertanya khabar bagai sebuah keluarga.

Keluar saja dari kereta, kami bersua peguam Lateefa Koya yang sibuk menjadi tuan rumah program bersama Halimey, depa ahli majlis MBPJ..
Berjalan ke depan pintu dewan, aktivis Arulchelvan membantu mengangkat kereta tolak anak dan disapa oleh kawan2 JERIT nya..Blogger Zorro bersalam sambil memeluk aku "long time no see!" katanya yang sanggup meninggalkan rumahnya terus ke sini sejak awal lagi sebaik saja makan besar dengan keluarga. "Gong Xi Fa Cai tiap2 tahun ada, tapi ini sekali seumur hidup!"

Haris Ibrahim menghalakan laser kamera ke arah kami "Gambar untuk membangkitkan semangat juang orang lain!"

yasin sedang membuat persembahan (maaf! jauh dan tak jelas)
demonstran!

Vigil yang selalu dihalang pihak polis berjalan lancar malam ini. Zali Gombak menggunakan kelebihan suara besarnya menjerit HIDUP PALESTIN! JAHANAM ISRAEL! HANCUR ISA! dan diikuti yang lainnya.. Keluarga Ummu Asiah dan Abang Bad dengan headban dan t-shirt anti Israel mereka sentiasa bersemangat! Syed Husin Ali datang bersalam dan bertanya khabar..


srikandi AMK dahulu, Sharifah Shahida dan putera Animah Ferrel juga turut hadir . Gelombang reformasi seakan memukul Malaysia sekali lagi aku rasa, apatah lagi siangnya Adun Bota melompat ke bahtera PR!
Kalau bukan cuti Gong Xi Fa Cai aku rasa lebih ramai lagi..mungkin Tian Chua, Eli Wong, Ginie, Chan,Yap, Tan Ah Kow dan Lau Tek Hai sedang makan dengan keluarga sekarang..
Hey CK Chew! sms Kak Sham segera! nombor dah hilang bersama handphone!


malam itu juga dapat berjumpa dan berbual dengan Zairy, Rahman Hakeem dan geng REFORMIS- persatuan yang telah menyingkir presidennya yang minat berbogel.

Gambar family besar Dr Badrul bersama kami. Tetamu undangan Yasin!
family Ummu Asiah!


Sharifah Shahida!



Zali Gombak, anak muda yang tetap ikhlas bekerja di belakang tabir sejak 10 tahun dulu!!
GONG XI FA CAI!! MAAF ZAHIR BATIN!







4 comments:

ckcounterpunch said...

aku da antar,

Term Papers said...

Nice blog, it's quite informative for readers.

daniel john said...

Always so interesting to visit your site.What a great info, thank you for sharing. this will help me so much in my learning.

Custom Term Papers

Term Papers Writing Services said...

Term Papers Writing Services Beautiful pictures and great people.