Thursday, January 29, 2009

Kalau nak mengaku PEJUANG....

PEJUANGKAH KITA? Sebelum mengaku pejuang,lihat ciri2 ini dulu sama ada kita penuhi atau tidak...

- Berjuang bukan untuk mencari megah nama
- komited membela nasib warga tak berdaya
- Pengorbanan bermula dari jiwa
- tidak gentar walau nyawa diancam
- diri tak terkenal pun tak mengapa, kalau boleh orang tak perasan sumbangan kita...

MAKIN HEBAT MAKINLAH TERPANGGIL MAKINLAH MEMBARA SAMPAI TELINGA
MAKIN RUMIT MAKINLAH TERANGSANG MAKINLAH GELIAT SAMPAI KE TULANG SULBI, TULANG PUTIH, HAYAT DAN KUDRAT!!

...aku barangkali hanya pencinta keadilan, bukan pejuang!


kriteria ini dinukilkan Allahyarham Loloq dalam lirik TELINGA KE TULANG nyanyian Spider.. satu penghargaan kepada Allahyarham yang genap setahun hari ini 30 Januari meninggalkan kita.
Al Fatihah! (juga genap setahun pemergian Mufti Ishak Baharom)

sempat sekejap 'berkawan' dengan arwah. Seorang insan yang sentiasa terbuka untuk bersahabat dengan siapa saja- dari warga gelandangan hingga ke vvip...

mulanya aku dan isteri ke Luncai Emas mencari nya kalau2 masih menyimpan kaset Rastari- band yang dia sendiri menjadi vokalisnya- kerana kasetku hilang dalam simpanan..walaupun aku masih tak dapat hingga hari ini tapi Loloq telah sudi menghadiahkan aku sesuatu iaitu PERSAHABATAN!

dan sejak itu aku sering juga menghadiri 'kuliah' nya- kadang2 di laman rumahnya sehingga dinihari, di kaki lima Luncai Emas dan terkadang di tepi PLUS Highway Sg.Buloh. Pernah juga menjadi supir sekejap membawa arwah lepak dengan kawan2nya..minit2 yang singkat bersamanya dipenuhi dengan bicara2 berat, tentang ilmu, kemanusiaan, tentang diri dan pencipta- sebagaimana beliau memberitahuku selepas banjir Noh surut di Asia, antara bahagian yang mula2 timbul ialah Himalaya, Suralaya dan Gunung Tahan ..di situlah 'kehidupan' bermula...

Salam untuk LOLOQ! Selamat ke Pulau Kencana, kami menyusulmu nanti...

2 comments:

DzuLagiL said...

teruskan perjuangan...
slmt berkarya..
wslm

Azyze said...

salam,
kamu bertuah dapat berkongsi aura si pemikir hebat...
alfatihah buat arwah, moga semadi beliau membakar semangat perajurit bahasa untuk terus marak berkarya...

btw,
terima kasih kerana sudi singgah di blog saya :)