Saturday, January 17, 2009

post mortem: sebab2 BN kalah!

tinjauan terhadap rakyat mengapa mereka menolak BN yang aku dapat dan tak boleh dinafikan BN ialah:-

1) Kemarahan mereka terhadap Moonson Cup memang tak dapat dibendung. Hampir semua rakyat yang aku tak nampak kecenderungan politik kepartian mereka amat membenci projek membazir ini.

2) Taman tamadun Islam hadhari yang ada Masjid Kristal tu adalah lambang kemegahan dengan mengenepikan rintihan rakyat miskin. Ini hakikat yang mana ada rakyat yang tinggal tak sampai 1 km dari masjid itu tidak pernah langsung menjejakkan kakinya ke sana..

3) isu lama, royalti minyak yang dirampas dan BN menipu mereka baru2 ini. Negeri kaya hasil bumi tetapi rakyatnya antara termiskin di Malaysia.

4) Gula2 dan fitnah memperbodoh2kan rakyat menyebabkan rakyat rasa terhina menyebabkan mereka mengajar BN untuk keluar dari Kuala Terengganu..

banyak lagi isu backfire- tetapi ini sebab yang cukup besar untuk menolak BN..
tak perlu digodam Wan Farid atau Ezam..mereka hanya pelengkap kejatuhan ini..yang paling besar ialah:-

NAJIB ADALAH BENCANA YANG MESTI DITOLAK DARI MENDUDUKI KERUSI PM

syabas dolah Badawi kerana menjadi orang pertama memulaukan penglibatan dalam PRK ini. Cukup sudah kau dihina mereka..

kita harus beristighfar dan bersyukur ke hadrat Allah kerana kemenangan ini. Jadikan ia satu platform untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan akan menyenangi kita..

aku bukan ahli Umno/BN tetapi buat masa ini aku menyokong Dolah Badawi kekal sebagai PM dan berharap Umno menyingkirkan segera Najib dan 'suaminya' Rosmah untuk bertakhta di singgahsana PM..jangan biarkan Malaysia dilanda bencana!!

4 comments:

ISA said...

Aku sokong PakLah stay sampai PRU13, Jangan bagi Najib jadi PM nanti habis di C4nya semua yang tak sehaluan dengan dia.

Pasal post mortem BN tu, tak payah kecoh dan sibuk2 lah, biaq depa bungkus cepat sikit lagi baguih

Anonymous said...

Salam KS,

Jangan salahkan sesiapa, rakyat sebenarnya sudah tahu kemana hendak dituju setelah melihat keputusan PRU12 yang lalu. Rakyat Malaysia menghampiri 2020 bukan sahaja sebagai negara maju tapi pemikiran juga berstatus maju. Teruskan memberi maklumat kepada rakyat agar pemikiran rakyat lebih kelas dari pemimpin yang memerintah sekarang. Rakyat dah nampak betapa bodoh dan ceteknya pemikiran pemimpin BN dan tak habis-habis memperbodohkan rakyat. Permainan politik seperti itu telah berlalu, sekarang politik perlu berasaskan rasa ikhlas, tanggungjawab, amanah, kredibiliti untuk kesejahteraan rakyat, baru rakyat akan terima. Politik kronisme, rasuah, memperbodohkan, gula-gula telah dibuang kedalam bakul sampah oleh rakyat. Apabila majoriti rakyat inginkan perubahan, yang bakinya lambat laut akan mengikut. Gelombang itu akan menyapu, mengaut dan membersih apa-apa yang dilaluinya. Tunggulah dan gelombang itu akan sampai kepantai akhirnya.

Anonymous said...

yee aku setuju sbb aku x nak nnti malaysia ni akan jadi lagi milik keluarga bakal PM

Anonymous said...

sebagai rakyat malaysia kita yang bertanggungjawab untuk menentukan masa depan kita