Wednesday, January 7, 2009

Vampire@dracula dalam Pakatan Rakyat!


10 tahun gelombang reformasi membadai dan pahitnya bertukar menjadi manis apabila berjaya menawan 5 negeri dalam PRU yang lalu..10 tahun perjuangan telah melahirkan golongan:-


a) Pejuang yang masih setia dan tetap bersemangat berjuang

b) Pejuang hebat telah lari meninggalkan perjuangan
c) Munculnya ahli2 baru yang memang benar2 ingin sama berjuang dan komited

d) Ahli2 baru yang muncul sebenarnya berpura2 sahaja..


Golongan b dan d inilah yang aku gelar vampire/dracula..tapi aku lebih fokuskan golongan d kerana golongan b sudah lama kita talkinkan dan perlu dilupakan..

Ada seekor dracula yang tiba2 muncul menghimpit Adun PR sebaik saja Selangor berjaya ditawan. Setelah dinasihat kawan2 Adun ini yang sebenarnya tidaklah bodoh menyedari akan kehadiran dracula yang cuba menghimpit dengan niat yang tak siapa tahu. Dracula ini akan sibuk mengiringi dan menjadi bodyguard ke mana saja YB ini pergi...

Setelah usahanya gagal dracula ini cuba mendekati pejuang2 dan ahli2 PR lama dan mencucuk jarum mengatakan Adun ni dah berubah dan tak boleh dipercayai..

Kawan aku seorang ahli majlis memberitahu aku dracula ini telah 'menasihatkan' dia agar 'menyapu bersih' segala peluang yang ada sekarang kerana menurut bacaan politiknya PR takkan kekal lama dan akan tumbang pada PRU akan datang, jadi sebelum hilang kedudukan mesti rompak dan bina kekayaan dulu..

siapa dracula ni tak penting kerana aku percaya ia bukan seorang tapi banyak berkeliaran bertenggek di tepi2 pimpinan atasan termasuklah menyibuk2 sebagai pengawal Anwar!!

2 comments:

Anonymous said...

Salam KS,
Benor yob, 10 tahun...
gelombang itu masih kuingati
Aku antara didalamnya semenjak hari pertama lagi
Ku dukung anak dibahu yang baru setahun jagung dalam gelombang itu
Mungkin juge yob,
kite pernah memegang tangan bersame walaupun tidak mengenali
Merapatkan saf sebagai perisai
Dari cotar, gas pemedih mata, pancuran air gatal
Semata- mata mempertahankan pemimpin pembela rakyat dari dizalimi
Sekarang aku hanya melihat dari jauh yob, senyum sinis memerhati gelagat 'orang' baru ini
Tak menyedor je rupenye
Melainkan berjuang untuk sesuap nasi bukan rela hati
Sesak nafas aku yob,bagai dikoyak-koyak perjuangan ini
Sedor le aku,
rupenya gelombang itu sudah dikelilingi buih-buih
Apa kata mu yob? VAMPIRE?
Bila cahaya menjelma hilanglah dia

aloha2 said...

b) Pejuang hebat telah lari meninggalkan perjuangan-nak cari makan

d) Ahli2 baru yang muncul sebenarnya berpura2 sahaja.-nak mencari peluang

lagi satu yang luar biasa-jadi kerajaan,jadi perangai UMNO...berebut harta2 ismet ikut suka mak tiri laki pak dia...hehehe