agak memalukan isu babi ni diperbesar2kan oleh sekumpulan NGO cendawan pro Melayu yang tiba2 tumbuh sejak Parti Melayu kalah teruk dalam PRU haritu..
Cuba fikir tenang2...Babi hanyalah binatang ciptaan Allah untuk dimakan oleh orang bukan Islam. Yahudi dan ada agama lain juga mengharamkannya.. Menurut pandangan sesetengah ulama', Islam mengharamkan babi bukanlah kerana ada sejenis kuman yang payah nak mati (die hard fan..haha!) tetapi ia kerana Allah yang perintah. Apa pun alasannya tak penting tapi ia adalah perintah Allah sebagaimana Allah perintahkan Iblis sujud kepada Adam, walaupun Iblis rasa dia lebih mulia tapi dia tak sedar itu satu PERINTAH!
Babi makhluk Allah. Jangan kerana dia haram maka kita membencinya, jadi iltizam beberapa NGO untuk 'memansuhkan' babi bererti menghapuskan makhluk Allah dan ini bererti menghina Allah. Apa yang perlu dilakukan ialah menyelesaikannya secara betul salurannya kepada kerajaan yang diberikan kuasa memerintah dan menguatkuasakan undang2 negara ini..bukan sengaja menyelitkan isu perkauman dan membakarnya dengan mengheret semua orang Melayu memansuhkan babi..
Ketahuilah pada zaman pemerintahan para wali di tanah Jawa, Wali Songo langsung tidak membenarkan umat Islam menyembelih lembu untuk hari raya korban hanya kerana ingin menghormati kaum Hindu yang menganggap lembu binatang suci atau 'ibu' kerana memberikan susu. Bayangkan kalau itu berlaku pada zaman ini sudah tentu kita dituduh bagi muka pada kafir atau mengikut telunjuk 'keling'!..
Tetapi inilah pendekatan dakwah penuh hikmah para Wali Songo sehingga akhirnya Islam menjadi agama yang disegani, agama keamanan dan agama yang menjaminkan keadilan untuk berpayung di bawahnya..
gambar hiasan ihsan malaysiakini..
Teringat kenyataan Nik Aziz hampir 20 tahun dulu. yang lebih kurang begini... "Menghapuskan kemiskinan adalah satu usaha bersifat 'khayal' kerana Allah menciptakan sesuatu itu berpasang-pasangan, lelaki dengan perempuan, bulan dan bintang, malam dan siang, kaya dengan miskin..ia tidak boleh dihapuskan tetapi boleh dikurangkan"
4 comments:
Tuan, mungkin Babi tidak boleh dihapuskan, tetapi tokeh babi boleh.
"Kabel" tokeh babi lagilah boleh dihapuskan malah digalakkan. Siapa kabel tokeh babi? Adakah di kalangan orang yang kita kenali?
Aku rasa kat baju tu diorang kena tulis "Gerakan Mansuhkan Babi Kepala Hitam"
Tersebutlah al kisah, seorang paderi kristian nak masuk Islam dengan syarat dia nak makan babi, jadi kebanyakan ulamak kata tak boleh..nak masuk islam tak boleh makan babi-harammmmmm.itu perintah Tuhan kata ulamak ni. Kecewa lah si paderi ni, akhirnya dia berjumpa dengan seorang guru agama yang dapat memenuhi syaratnya. masuk islam lah si paderi ni tapi tetap makan babi disamping tu dia bergurulah dengan si guru agama ni. Maka bersolatlah dia, berpuase dia, berzakat dia, berzikir dia dan berwirid berjela-jela, tapi tetap makan babi. Dah agak lama beramal akhirnya si paderi ni termuntah darah hitam, tak tahu apa sebabnya, tapi dicubanya makan babi lagi, tak termakan dia. masuk je muntah. Akhirnya baru le dia faham, kalau nur iman dah masuk ke lubuk hati segala yang haram dek Tuhan pasti termuntah kerana yang haq tak boleh disentuh dek yang haram. Baru le dia faham bahawa segala yang diharamkan oleh Tuhan rupanya tak diterima oleh iman. lalu terpikio di benaknya, bukan setakat makan babi je haram, makan rasuah pun haram, melahap duit rakyat pun haram, idak pulak deme termuntah..gamaknya tak beriman deme tu..banyak ye orang tak beriman..ingatkan yang namanya Mat semuanya beriman, silap-silap nanti si Lim Penang tu yang beriman..berdoa teman, sifat-sifatnya dah ada, jangan jadi Abu Talib cukup le.
kalau darurat dah tak de makanan HARUS hukumnya kita org islam untuk makan sekadar utk menyambung nyawa.
en Harimau menaip,
tokey dan partner diaorg ni siapa ye?. bukakankah org dari gerombolan united malay national organisation?. sekadar bertanya sbb saya ni tak tahu?.
Post a Comment