Wednesday, January 7, 2009

Media tak sokong perjuangan HATTAN membantu Palestin!

Pada 2002, HATTAN telah mengeluarkan album khas PALESTIN bertujuan untuk mengutip hasil jualan albumnya membantu Palestin. Pembeli boleh mendengar karya hebat di dalamnya sambil menderma..
Harga CD ini cukup murah RM15 dan dijual di kedai2 buku dan tempat2 mudah dikunjungi, bukan di kedai2 kaset dan cd..tak pernah ada CD original semurah ini sebab...

studio rakaman milik M.Nasir memberikan harga istimewa untuk projek khas ini..
malangnya berapa kali anda pernah dengar 10 lagu ini dimainkan di stesyen radio yang penuh dengan lagu cengeng bebal dan karya orang luar walhal orang seberang tak pernah sibuk2 nak tolong kita di sana..mangkuk betul stesen radio ni..(Hot fm, ERA dll yang dah tukar status jadi Radio Indon cawangan Malaysia)..

Aku nak cari Bro Hattan untuk keluarkan semula demi tabung Palestin..kita beli ok? Brader Pyanhabib..tolong kasitau Hattan boleh?





dalam CD ni Bob Lokman kata "Berbeza kitabmu, benarlah kitabku, asalnya yang satu tak mahu bertemu"
Allahyarham Loloq kata " Berikanlah kami kedamaian atau beri kami timah dengan belerang, biar kami tempa senjata kami sendiri, senjata berkalimah.."
"Hanya janji2 kosong di sebalik wajah temasya" kata Shuhaimi Baba..
dan banyak lagi karya M.Nasir, Tam dan Nafie Spider!!

4 comments:

F.A.Z.R.U.L.L.S said...

salam bro, ya betul kalau di remaster atau diulang cetak sekarang dan dijual secara online ok gak ni...

Harimau-Menaip said...

Hensem la lu bro...

ummu asiah said...

jgn lupa bila dpt..bagi kami satu copy.

ehem..ehem..cantikla gambar profile baru tu...

kulupSakah said...

fazrulls dan rimau,
kalau diulangcetak mesti beli..

ummu asiah,
saya ada satu copy..
apa?gambar profile tu cantik? hehehe..kameraman dia lagi kacak oo!! terimakasih kerana sudi membenarkan saya merompaknya!