Monday, January 5, 2009

BIARKAN...BIARKAN!!

Adolf Hitler- ada teori mengatakan dia anti Israel setelah menelaah sifat2 Israel dalam Al Quran?

ISRAEL mengganas ke atas Palestin? masjidil Aqsa ditawan? Biarkan..biarkan! Tak perlu pulaukan Microsoft Windows, Coca Cola..tak perlu!
Tak perlu berdoa dan bersolat hajat, tak perlu berteriak pada dunia Arab agar bersatu..tak perlu ke jalanraya bawa sepanduk ,hantar memorandum...

Tak Perlu!..Israel hanya ketawakannya sahaja, lagi banyak tunjuk perasaan lebih bersemangat mereka membuli..biarkan! Walaupun tak berubah nasib sesuatu kaum itu selagi tidak kaum itu mengubahnya..biarkan!

Baginda SAW pernah bersabda tidak kan berhenti peperangan ini selagi Masjid Al Aqsa berdiri..
Biarkan! Biarkan!

Kerana mereka tahu SELAGI SOLAT SUBUH DI MASJID TIDAK SERAMAI SOLAT JUMAAT DI SELURUH DUNIA, MEREKA TIDAK AKAN TEWAS!!
Itu saja ukurannya..
tak usah cerita pasal Jihad..bangun subuh pun amat memeritkan!!!
..............aku pun!!

8 comments:

~PakKaramu~ said...

Salam,

Mudah-mudahan terkabul orang yang melakukan sembahyang hajat untuk keselamatan rakyat Palastin, bukan dengan tunjuk perasaan yang hasilnya tak kemana

ISA said...

Salam Bro,

Aku tak setuju dengan demo itu dn ini, buat penat je...

Yang penting tindakan.... apa tindakan negara Islam dalam hal ni... setakat Oh..I..See... saja...

Hampeh dan aku sokong apa yang kau cakapkan tu...

Harimau-Menaip said...

samolah ngan den...perit tul!

Anonymous said...

Salam KS,
Macam mana nak pegi masjid sedor-sedor azan dah dekat habis, masjid jauh pulak tu. jadi banyak le orang sembahyang subuh di surau atau kat rumah je. Lagi pula pada surau macam cendawan banyaknya dalam satu mukim. Kalau 10 taman tak 10 surau, kosong le masjid.Yang sembahyang di masjid AJK masjid je le sebab ada jawatan dan nanti senang nak mempertahan jawatan.Lagi satu yang mantain sembahyang subuh di masjid, otai-otai le sebab lepas tu boleh lepak kat kedai kopi sembang-sembang sambil pelahap roti canai.Jadi macam mana cara nak ajak orang ramai-ramai sembahyang kat masjid, takkan sampai nak keluar fatwa kot. takut nanti sembahyang tak kerana Allah pulak. 27 x ganda pahala orang dah tak ndak dah. Agaknya pahala ganti dengan voucher beras, ayam ke baru ramai nak sembahyang kat masjid. Atau agaknya kalau setan kena ikat setahun atau puasa sepanjang tahun baru penuh masjid sebab ada dua sebab manusia menjadi sibuk iaitu MAKAN,MELAHAP, MELANTAK dan MUNTAH KAN DARAH. Banyak makan suburle nafsu, panjang le angan-angan, datang le sibuk, usah kate ke masjid, kadang-kadang sembahyang pun miss, sebab sebok macam-macam kerana HIDUP UNTUK MAKAN termasuk le aku. Pasal jihad lagi tak payah cakap, jihad dalam negara sendiri pun berapa kerat orang melayu islam ni..kapir jugak yang ada akai. Betapa tak pahamnye ciri-ciri bangsa melayu terutama yang dot.dot. Negara Islam, tak payah pikor le, harapkan Iran terkontang-kanteng tu le seorang, yang lain aku rasa deme seronok sebab harga minyak boleh naik balik, deme kaya-raya balik. Deme gunakan rakyat palestin to nak naikkan harga minyak, nak mengatasi kemelesetan ekonomi dan ape-ape aje le. Nak harapkan tok Arab jangan mimpi le. Silap-silap kerajaan Malaysia pun seronok, sebab harga minyak boleh naik balik, banyak dapat hasil petronas, boleh naik harga petrol balik sebab sekarang tengah kontang beb..mana nak kerokor duit.

Anonymous said...

hahaha..
yg liat nk bgn subuh tu sbb ttido masa buat tahajud kot huhuhu

Unknown said...

Salam sdr.

Saya setuju dengan pandangan sinis saudara dan saya tetap setuju dengan pendapat Pak Karamu.

Memang sepatutnya Arab dulu yang berubah terutama yang melatik dirinya penjaga tanah haram!

daLyaanoon said...

surau yg kecik pon satu saf...apetah lg masjid yg besar2?

masjid kristal?

king size comforter sets said...

Tak Perlu!..Israel hanya ketawakannya sahaja, lagi banyak tunjuk perasaan lebih bersemangat mereka membuli..biarkan! Walaupun tak berubah nasib sesuatu kaum itu selagi tidak kaum itu mengubahnya..biarkan!

bedspreads for king size bed
extra large super king bedspreads