Wednesday, June 17, 2009

esok kiamat

ayuh kawan
cepat bungkus kain baju
ayuh kawan
tentukan segera arah tuju
dunia dah nak kiamat
dunia dah nak kiamat

ayuh kawan
selamatkan segera peti besimu
ayuh kawan
bawa semua rantai gelang emasmu
dunia dah nak kiamat
dunia dah nak kiamat

pastikan segala yang kau ada
cukup untuk merasuah penjaga pintu syurga
mintalah duduk kelas istimewa

tumbuk rusuk malaikat kanan kiri
biar mulut mereka terkunci
suap algojo di pintu kubur
biar dia tidur berdengkur
bagi duit kopi kepada Izrail
biar dia tak datang memanggil

serahkan semua harta bertimbun
yang kau curi dan samun
longgokkan depan Maha Pencipta
kerana kau yang lahirkan aku ke dunia!

4 comments:

mamai said...

kalau dah kiamat...macam mana nak selamat semua tu bro..
hehehehe macam perli ajer

Ex-UMNO said...

Di ingatkan kepada semua penyokong2 PAS supaya terus berjuang menentang kezaliman. Sudah lebih 50 tahun kita berjuang menentang puak2 yang tamak, tidak jujur dan menindas rakyat dengan sesuka hatinya. Selama ini mereka cuma pentingkan diri dan kaum keluarga nya sahaja.

Berkat sabar dan gigih berjuang, musuh kita sudah semakin lemah dan hampir menyerah kalah. Kita kena terus berjuang hingga keakhir hayat sehingga mencapai kemenangan.

Perjuangan kita sudah hampir mencapai matlamatnya. - hancurkan UMNO.

maun said...

Taburkan harta didepan Tuhan supaya dilanjutkannya kiamat seribu tahun lagi kerana nafsu belum puas nak menyonglap lagi....atau bagi kat anak-anak supaya ditambahnya dosa kita walaupun dah mati....

Syawal Ipoh said...

Kiamat dan mati...
Kita akan mati