ketika orang lain bekerja, bebudakk dan cikgu mula ke sekolah semula..aku memilih bercuti dari kerja rutinku setahun..
buat apa?
cari je apa-apa rezeki, sekadar nak rasa dan terjemahkan apa yang dimaksudkan "rezeki di tangan Allah"
selamat berjaya, selamat susah KulupSakah!!
14 comments:
salam ks,
kata-kata Tuhan, Tuhan jua penterjemahnya, kita tak punya apa2, siapa kita?
Dunia kalau sudah tua
byk tanda2 mulai terbaca
semua serba terbalik
lelaki ingin cantik
perempuan ingin tampan
dunia kalau sudah renta
byk tanda2 mulai nyata
perbuatan dosa dianggap biasa
urusan ibadat selalu lupa
aduh..zaman kok jadi kayak gini
sibuk merebut bukan saling memberi
hasil mencuri dibilangnya prestasi
duit korupsi dianggap rezeki
Ya Allah..
inikah tanda qiamat sudah dekat
tp mengapa org2 tak byk bertobat
anon 10.47am
lagu kegemaran dr drama qiamat sudah dekat bulan ramadhan beberapa thn lalu.
Salam bro KS,
Dimana bumi di pijak, disitu langit di junjung. Ada allah berfirman, "maka dengan orang kafir pun aku bagi rezeki samapi aku paksa mereka menerima seksaan ku". SO apa lagi kita yang muslim ini, pasti Allah bagi rezeki di mana jua kita berada. Eh... lebih lebih plak gw ni.
Salam Lup,
Tak tercapai ungkapan "rezeki di tangan Tuhan" melainkan mempunyai keyakinan yang teguh. Apabila tidak ada lagi kesusahan dalam dunia ini melainkan mati, apabila matlamat hidup adalah akhirat bukan dunia, apabila makan nasi dengan kicap sama dengan makan nasi dengan ayam, yang penting dapat makan, apabila saat genting dalam masalah berdoa kepada Tuhan, Tuhan membisu seribu bahasa sehingga sampai ke kemuncak LANTAKLE,LET IT BE sehingga keakuan hilang hingga tidak memiliki sekupang duit..nescaya keyakinan itu akan datang.
Keyakinan jitu bahawa rezeki di tangan Tuhan tak akan dapat ditikar sembahyang, berlapar berpuasa, berzakat ikut nisab, bersedekah nak murah rezeki, di dalam Kaabah, di dalam kitab, di dalam hadis.
Keyakinan ini terbentuk hasil ujian bukan hasil amal tapi mesti berilmu, jika tidak merepek toben le, sesat barat le. Kalau ada ilmu sesat melarat, merepek toban sekalipun kesudahan bagai seluang jauh melaut, akhirnya balik ke muara jua......
Yang nyata sebenar-benar keyakinan tak akan muncul dalam keakuan, kekayaan dan kegembiraan. Ia hanya muncul dalam kehinaan, kehambaan, kemiskinan dan kesedihan.
salam..
selamat bcuti setaun..
aku masih menanti...
salam bro
ibnu arabi kata 'apa yang kita nampak adalah apa yang kita bayangkan dalam otak'
bravo!
salam bro,
keyakinan itu dtg dr 'ilham' yg diterjemahkan melalui perbuatan...
perbuatan itu dtg dr gerak yg 'dituntun' oleh AKU....
anony,
tanpa Tuhan siapalah kita,tanpa kita siapa pula yang tahu kewujudanNya? ye tak? huhu!
snowflake,
tulah nak kena cari kebenaran kata2 tu dlm bentuk praktikal agar keyakinan yang hakiki dapat dicapai, dari ainulyaqin ke haqqulyaqin..
maun,
perghh!!..terlalu kewakjonoan kamu deh!hihi!!
aku,
sunan kalijaga menanti Sunan Bonang (kalau tak silap) berapa tahun ha?
usratika,
ibnu arabi rulez zaman berzaman..
abdullahjones,
eureka!
niche,
lama tak muncul? hilang dalam keakuan ke?
waduh! geng wak jono semuanya datang ke mari haa?
Brader, selamat berjaya!
iya.. kayak gitulah kesahnya..
akan setia nungguin kanjeng sunan..
hahaha..selangkah kealam serabut yang namanya kita
Bravo X 3
salam KS,
teruskan usaha sekiranya itu akan buat sdr dan keluarga gembira. betul kata kawan2, di mana bumi dipijak, di mana langit dijunjung, kalau yang baik diusahakan, rezeki yang baik jugalah Allah limpahkan.
ingat, dalam sibuk mencari duniawi, akhirat sesekali jangan dilupakan. tanggungjawab sdr hanya kepada Allah, Rasul, ibubapa, isteri, anak-anak dan ahli keluarga lain.
baik mana pun sahabat dan bloggers lain, jangan tertipu dengan keistimewaan duniawi ini. waspadalah, iblis sentiasa akan menyusahkan kita di dunia ini. jangan terlalu ikut kata hati, akal pun perlu digunakan sepenuhnya.
ini bukan kata-kata untuk menghukum tetapi hanya sekadar peringatan kepada diri sdr dan saya sendiri.
wassalam...
Selamat bercuti,abg!
Post a Comment