Mail aku rasa belum lagi 45 tahun. Jiran lama aku ni seorang pemandu lori dan kuat merokok. Aku pernah mengajak dia mengamalkan pemakanan sihat dan kurangkan merokok. Tangani masalah rumahtangga dengan penuh kewarasan dan sentiasa tenang..Dia yang gemar berlawak jarang mengambil serius kata-kataku..
Disember lepas sewaktu aku sibuk berkampung di wad menjaga anak aku yang hendak dibedah, aku mendapat khabar Mail koma dan terlantar di wad selang dua tingkat atas dari wad anak aku. Kawan-kawan yang menziarahinya sempat mengunjungi aku yang menjaga anakku. Kata mereka Mail koma, pendarahan otak.
Bulan lepas, isteriku terserempak dengannya di hospital yang sama sewaktu membawa anak aku berjumpa doktor untuk rawatan susulan. Menurut isteriku, Mail sudah sedar tetapi duduk di kerusi roda, ditolak oleh isterinya yang setia. Mail sudah tidak boleh bercakap lagi tetapi mampu mendengar. Mail sebelum ini pernah bercerai dan anak-anaknya terbiar. Mujurlah dia dah berkahwin baru dan mendapat isteri yang setia. Aku tak dapat bayangkan kalau dia koma sewaktu menduda. dalam keadaan begitu, adik beradik bukanlah boleh disandarkan harapan.
Siang tadi aku membawa anak aku ke hospital itu untuk rawatan susulan dengan pakar ortopedik. Di kafeteria aku terkejut kerana berjumpa dengan Mail yang dari jauh tersengih padaku. Dia sudah bertongkat tetapi masih tak boleh bercakap. Anggota sebelah kanannya lumpuh dan terketar-ketar. Aku tak mahu bertanya banyak sebab tak mahu dia bersusah payah menjawab.
Isterinya tetap setia. Aku dan isteriku memuji isterinya dan berharap Mail terus cekal berusaha kerana keadaannya dilihat lebih baik dari sebelumnya. Cuma Mail dikatakan agak panas baran dan agak sensitif. Mungkin dia berasa rendah diri kerana tak dapat memberi kebahagiaan sepenuhnya kepada sang isteri. Aku kata aku yakin dia akan sembuh..
Segera aku terfikir, semalam dan hari ini kita masih boleh ketawa, melepak, makan dan mungkin kita ini samseng memukul orang atau mengherdik bini, tetapi ketika roda berputar dan kita berada dalam keadaan lemah, masih sayangkah orang2 yang pernah kita kasari? Atau Yang Maha Esa akan mengajar kita cukup-cukup akan makna "Engkar"..
3 comments:
beginilah sifat insan. :)
Salam LKS..
begitulah ada dunia..ketika sihat kita jrng2 menghargai apa yg kita ada...bila musibah melanda,pasti kita akan menghargai org sekeliling ...perasaan ego tu.simpan tepi ajerlah...
insan bersifat lemah...
Salam Bang.
Orang yang sakit terutama yang kena stroke memang akan sentiasa tertekan atau `depress`.Kekadang cemburunya menjadi melampau2.
Post a Comment