Wednesday, July 22, 2009

HARUS di SAna siNI!

Pegang lilin haram di sisi Islam: Harussani
SHAH ALAM – Tindakan memegang lilin oleh masyarakat Islam sebagai tanda memprotes dan mengingati orang mati adalah satu perbuatan haram di sisi agama. Muft:i Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, perbuatan itu menyalahi hukum Islam kerana seolah-olah menggambarkan ajaran kristian. :“Islam haram tindakan sedemikian. Tambahan pula perkara itu dilakukan untuk orang mati. Dalam agama kaedah terbabit adalah orang kristian,” katanya, semalam. B:eliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa yang berpendapat tindakan terbabit boleh dilakukan sebagai tanda protes. :Bagaimana pun, kata Harussani, seseorang boleh melakukan protes dengan menghantar surat bukannya menerusi perbuatan seumpama itu. “Banyak medium lain yang boleh digunakan bagi menunjukkan bantahan dan rasa tidak puas hati. Selain surat kita boleh bersemuka. “Itu adalah cara terbaik daripada melakukan perkara yang haram di sisi agama,”katanya. Menurutnya, dalam konteks ibadat ia tidak boleh dipermain-mainkan.


ya betul betul, Tok Peti oii..bebenor sangat le tu..Apa ceghite konsert Sureheboh yang Tok Peti fatwakan haram dulu? Waktu belum jadi Tan Sri dulu? Kan ia diharamkan di Perak! Oh ya! Tu Sureheboh ye tak? Bukan Jomheboh! Jom heboh okeyyy kan "Tan Sri"?
Rasuah halal ke? Membuat diri terdedah dengan tuduhan membunuh okey tak? Apa cerite 300 ribu yang dah murtad seperti Tok kata dulu? Tok Guru Nik Aziz suruh Tok Peti nasihatkan isteri Piem tu..
Ibadat tu apa Tan Sri Mufti?

21 comments:

abgBro said...

TBH tu bkn ker budha? awat tok peti duk samakn dgn lilin kristen plak?

benludin said...

protes dgn kiriman surat?
kehkehkeh!

Syawal Ipoh said...

Inilah mufti ku....

sang kegelapan said...

tok peti ais..keras didalam..lembut di luar..sejuk didalam..di luar panas..tok peti2..

cicitHJHASSANu said...

bila naik jaguar baru yg harus mungkin jadi haram sana sini...

EQUILIBRIUM said...

hehehehe teoh rasanya agama dia bukan kristian. pegang lilin haram sbb meniru agama kristian kata tok mufti.

tiup lilin ok sbb budaya org melayu hehehehe

letak bunga kat tugu peringatan pun ok sbb budaya 1malaya hihihihi

jom heboh ok sbb meningkatkan ekonomi melayu huhuhuhu

yg tak ok kalau bukan amno je muahahahaha

Panglipulara® said...

Adoi la latok, tolong la sama saya latok, kasi keluar la empat angka latok, hidup makin hali makin susah wooo, kedai ekor belakang lumah latok bila mau kasi tutup latok...? tiu na ma...latok talak buat kelija pun makan luit halam latok...tutup mata tutup telinga, luluk liam lagi baik dali mengalut latok...cucu mau tumpang kincing

mudz said...

Beb mintak tolong beb....tolong org tua...jangan jadi mangkuk

Tolong hormati Mufti ini ....dia ni makan gaji ikut kontrak..kena menyebelahi majikan dia...tak kan nak keluar fatwa menyusah majikan dia pulak ........cari makan beb...nak tanggung anak bini makan....

kulupSakah said...

ha ha ha..cummm..
sana sini

maun said...

Membunuh orang tanpa berlandaskan hukum syariat boleh ke Tok Peti. Hidup kerana perut tak syirik ke.

Anonymous said...

melayu tiup lilin arijadi camana pulok weh!?(U.B)

KULUP said...

MALAM TUJUH LIKUR PASANG PELITA PANJUT TU CAMANA?

mudz said...

Sebut lilin..teringat aku mak andeh aku ..hari-hari mesti pasang lilin..tak pasang lilin ada gangguan datang...pasang lilin gangguan kurang datang...bila gangguan datang tak senang duduk dibuatnya....almaklumle mak andeh aku jual nasi campur pasang lilin nak halau lalat...kena tanya MUFTI ni masalah besor boleh pesongkan akidah...

tok iskandar said...

Umum 1 Malaysia,Suruhanjaya Di Raja akan ditubuhkan untuk menyiasat prosedur soal-siasat SPRM dan inkues untuk siasat kematian mendiang Teoh.

Tindakan memang wajar cuma patut diperluaskan skop atau bidangkuasa Suruhanjaya Di Raja termasuklah menyiasat punca kematian mendiang Teoh.

Inilah yang menghairankan rakyat semua kerana bidang kuasa suruhanjaya di raja yang begitu terhad dan ramai yang meragui ketelusan inkues yang menyiasat kematian mendiang teoh.penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dan mereka yang senada dengannya melihat ini sebagai belit umno dan seperti mempersendakan kebijaksanaan rakyat.macam kita beri gula-gula kat budak 5 tahun dan suruh dia berenti menangis.kanak-kanak sekarangpun dah tak makan umpan macam tu.

Jika siasatan inkues ini gagal memuaskan hati rakyat,bersiap-sedialah semua pemimpin UMNO-BN untuk menerima hukuman rakyat pada PRU yang akan datang di mana seorang demi seorang akan kecundang.

Pelik,bagaimana pemimpin MCA,GERAKAN dan lain-lain parti berteraskan kaum Cina boleh menerima keputusan kabinet dengan hati yang terbuka.

Sebelum rakyat lebih curiga,eloklah UMNO-BN buat sesuatu yang bijak yang boleh diterima rakyat semua.Jika gagal,UMNO-BN sudah tak relevan lagi kepada rakyat.

Anonymous said...

Huh...kalau rumah aku tetiba takder letrik...tak bole la pasang lilin...

Tok Mufti kata takleh pasang lilin...

Kena pasang pelita la pulak lain kali untuk peristiwa lain...atau bawak punjut...

Anonymous said...

Assalamualaikum

Mungkin betul Mufti Harussani tak keluarkan fatwa dalam beberapa isu yang lain. Tapi kita tak boleh tolak fatwa yang betul, dalam hal ni memang betul la, sepatutnya tak boleh kita tiru perlakuan orang bukan Islam. Ikut jela fatwa beliau, selagi tak bercanggah dengan syariat.

p/s sokong sape2 yang betul, x kira org pakatan @ BN

kulupSakah said...

brader,
perhati betul2 entry aku..aku kata betulkan? tapi bagaimana pula yang lain punye isu? takkan diam je? aku cabar dia cakap juga isu yg lain..

ulama bukan kira dari BN atau PR..
dalam Islam Umara' mesti dekati ulama tapi ulama jangan dekati umara'..bahaya!

Anonymous said...

dI akhir zaman banyak ulama bertengek kat tangga Istana..;)(U.B)

Tok Moh said...

Aku Cadangkan lepas ni kita bawak pelita atau panjut plak...

nak lagi baik dan bagus plak
kita isi petro dalam botol...
pastu bubuh sumbu kita buat
molotov cocktail baru gempak beb..

Ada tayar beskal ke motor atau tayar lori bawak mai, kita bagi bakar skit...bagi jerebu ke, atau buat halau nyamuk...kalau ada tempurung lagi baik...

biar tergezut tahi hijau si tok peti tu... habis macam-macam fatwa fatwi di bikin..kah..kah..kah..

kesian la kau tok peti..
harussana sini kah..kah..kah...
esok mampos Zambery Al Kadiak la boleh tolong baca talkin...kah..kah..

Janggut sejemput tu kira otai alim la...kah..kah...kah..

sediaraja said...

Bagus laa tu, tak cukup polis,SPRM, SPR etc...sekarang ni tok peti lak jadi jurucakap UMNOgook...satu lagi projek kerajaan UMNO-BN.

cree said...

Meh sini Tok Peti,aku nak keluarkan
fatwa pasal rampasan kuasa di Perak.Nak harap Tok Peti lambat sangat.