Friday, July 17, 2009

Hikayat Raja Bohong yang pening!


gambar dari "anak semua bangsa"



Al kisah maka tersebutlah dengan sedihnya sang empunya hikayat akan sebuah ceritera syahdu lagi lawas (lawak keras) yang berlaku pada zaman dahulu colour perihal sebuah kerajaan yang memerintah di atas langit. Raja kerajaan namanya Datuk Nazak dan kerajaannya bernama BN (Bini Nazak) berasa agak masygul lagi gundah gulana akan masalah yang bertimpa-timpa kepada pemerintahan Datuk Nazak dan konco-konco boroi mereka. Datuk Nazak yang dahulunya bekerja sebagai orang suruhan Perempuan Puaka telah berjaya menjadi kepala kerajaan langit sejak 100 hari yang lalu. Kerajaan ini yang sudah porak peranda semakin porahh keranda kerana hari ini rakyat mereka sudah tidak percaya lagi akan setiap buah butir bicara Datuk Nazak dan konco-konconya. Inilah yang memeningkan Datuk Nazak. Setiap kali beliau membuka zip...er..mulut, rakyatnya pasti akan bertempik, "Bohonggg!!". Begitu jualah akan halnya dengan konco-konconya. Setiap kali mereka bersuara maka rakyat akan mengajuk-ajuk sambil menjerit "Bohong!', "Tipu" dan sebagainya.
Beberapa hari lalu telah berlaku akan peristiwa pelik apabila seorang rakyat bermata sepet telah ditemui mati di bangunan istiadat yang menjaga perihal akan kes-kes tumbuk rusuk, makan suap dan sumbat-menyumbat. Akan anak muda bermata sepet ini dikatakan telah dipanggil untuk disoal siasat hari sebelumnya dan telah matilah akan dia pada hari berikutnya. Konco Datuk Nazak pun mengeluarkan kenyataan bahawa budak ini telah membunuh akan dirinya sendiri seperti mantan timbalan kepala negara dahulu yang dikatakan menumbuk matanya sendiri sehingga lebam sewaktu di lokap.

Maka seluruh rakyat telah memperlekeh dan mentertawakan lawak jenaka jegela-jegela Datuk Nazak yang bodoh lagi membangangkan. Maka bergegaslah isteri Datuk Nazak, Datin Rosima Masdor menemui dukun di raja untuk membomohkan rakyat dan orang banyak supaya percayakan lebong dan hikayat ini. Mak cik datin "eselah orang tongahnyo" telah mengesahkan perkara ini.
Datuk Nazak harus berbuat sesuatu untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada pemerintahannya. Dia mahu rakyat kembali berkata "Betul!" atau "Benar!' setiap kali dia bersuara hatta jika dia terkentut atau terbersin pun rakyat akan menjerit "Betulll!!".. Difikirlah beliau akan beberapa ilham dan setelah dihadamkan ilhamnya itu betul-betul maka mengarahlah akan ia agar semua rakyat dihimpunkan di depan istana Putarjayanya untuk mendengar labunnya.
Maka pada hari yang telah ditentukan, berdedai-dedailah orang banyak datang berhimpun.

Yang buta datang beremote kontrol
Yang kudung berwheel chair
Yang rendah terlangak-langak
yang panjang tertunduk-tunduk

Maka berkatalah Datuk Nazak,"Wahai rakyat beta sekalian! Sempena 100 hari pemerintahanku, aku ingin mengumumkan berita gembira kepada kamu!"

"Bohongggg!!!" kata rakyat.

"Aku akan beri diskaun tambang balik kamu nanti dengan syarat mesti bersaie dan bertawaf istanaku 80 kali dan pusingan"

"Tipuuuuu!!!" jerit rakyat.

Datuk Nazak pening." Aku akan murahkan harga barang, naikkan gaji, bagi rumah percuma dan murah!"

"temberanggg!!" pekik rakyat.

Peluh renek membasahi Datuk Nazak. Datin Rosima memperasapkan kemenyan dan gudang garam. Mulut botoxnya terkumat-kamit membaca serapah. Bergerak-geraklah kopeknya mengikut alunan serapah. Asap-asap kemenyan mula memenuhi ruang udara dan merayap ke arah orang banyak.

"Budak mata sepet tu mati bunuh diri, percayalahhh!!" rayu Datuk Nazak.

"Tipuuu lagiii!!!" laung rakyat lagi.

Air mata Datuk Nazak mula bertakung di kelopak mata. Tipislah harapannya untuk mengembalikan kepercayaan rakyat. Gelaplah masa depannya dan bagaimanalah dia hendak mencari duit untuk isterinya membeli belah nanti. Akhirnya dia beroleh kekuatan dan setelah berdoa bertawassul terhadap mendiang ratu dewi Mongolia maka mendapat ilhamlah akan dia. Dikumpulkan nafas yang ketat di rongga dada dan melaunglah dia,

" Sesungguhnya aku memang pembohong, penipu dan perompak! Aku dan konco-koncoku memang kaki temberang dan tiada satu apa pun yang kulabunkan ini benar kerana hidup dan mati aku dan konco-koncoku memang menipu saja kerjanya!!!"

rakyat terbanyak pun menjerit, "BENARRRRRRRR!!!!'
tersengihlah Datuk Nazak. Telah kembali percayalah rakyat akan kata-katanya. Di balik pintu Datin Rosima ketawa berdekah-dekah. Puas kerana serapah santaunya kepada rakyat menjadikkk!!

demikianlah ceritera rakyat yang dibawa dari mulut ke mulut dan dari blog ke blog adanya.

sahibul hikayat;
Tun Sri KulupSakah lanang AlHaj

11 comments:

Pyanhabib said...

WAW!

ISA said...

BENAR, memang BETUL, tiada yang tidak BENAR dan BETUL, melainkan BENAR dan BETUL belaka.

Pemerintahan Raja Nazak memang CELAKA!!!!

Pyanhabib said...

- tajuk muka depan akhbar semalam: `jatuh atau lompat?' sepatutnya `jatuh atau ditolak!'
- tajuk muka depan akhbar hari ini:
`jangan buat tuduhan-pm' sepatutnya
`takziah kepada keluarga teo-pm'
-CEH!

kulupSakah said...

kalau terjatuh atau sengaja lompat takkan bahagian punggung seluar tu koyak?
ah! Sudahh..
macam nak terjatuh tapi ada orang cuba pegang supaya tak jatuh...tapi pegangan kuat tu tak dapat halang dari terjatuh sehingga koyak..

ingat kisah Nabi Yusuf a.s dituduh merogol Zulaikha? Lalu ditanya baju Yusuf koyak tang mana? Kalau depan memang sah dia nak rogol sebab Zulaikha nak melawan tapi kalau koyak di belakang maknanya Yusuf nak lari tapi Zulaikhalah yang menggoda dan menariknya dari belakang..
ha amacam?

uncle gedek said...

Bro... Gambar hiasan tu muka sapa? Pecah perot tu!

Anonymous said...

BEST HII GAYAT IN DEWERLD!

Anonymous said...

Kalau BENAR Imelda Melayur tu suka main pawang dan bomoh, moh kita bertukang telek plak nak.
Kalau BETUL bagai yg diramal kata, PM malaysia hanya sekontot R.A.H.M.A.N, maka tak perlu digusarkan apa2, sabar saja menunggu kesudahannya, ntah esok ntahkan lusa, kitakan rakyat jelantah jgn kuat bantah nanti ditolak mentah-mentah!...

koyengtempur said...

"Roti canai 1..kasi koyak...banjir aaa", kata Mongolita - perempuan dari Mongol peranakan Sepanyol - kepada mamak yang mengambil order.

"Sudah tebar lagi mau koyak, baik tak payah tebar", bisik hati mamak itu.

Abg Kulup mengambil contoh riwayat Nabi Yusuf. Tetapi byk lagi isu koyak yg boleh dikupas lagi. Antaranya ialah poster koyak, mulut koyak, vagina koyak, temkoyak, susu koyak dan pelbagai lagi.

P.Ramlee juga ada membuat adegan berkenaan koyak di dalam filem Pendekar Bujang Lapok. Kerana koyaklah terjadinya babak percintaan dan nyanyian antara Ramlee dan Cikgu Ros.

Makanya, koyak memang sesuatu yg bermakna dari dahulu hingga sekarang. Ia hanya perbuatan biasa yang mampu membuka lebaran sejarah dan mampu mencipta keindahan.

Koyak bersifat nasib atau Qada' dan Qadar. Memang ada penjelasan yang saintifik kenapa koyak berlaku. Namun kita tidak boleh menjangka adakah koyak akan berlaku pada diri kita atau tidak.

Kemampuan koyak memang tidak boleh dinafikan. Namun, kehebatan koyak dibayangi dengan cerita kehebatan manusia. Manusia sering bercerita tentang kehebatannya berusaha untuk maju.

Tanpa disedari semua kehebatan manusia adalah bantuan dan ihsan dari Qada' dan Qadar. Makanya, makhluk yg hebat seperti koyak dibiarkan seperti "memandang Mawi dahulu meletop, memandang Mawi sekarang biasa je,
lama-lama lantak la kau".

Koyak mampu membina tamadun dengan sistem perundangan yang baik dan adil. Jadi, jangan sia-siakan koyak. Ada tak nama orang M.Koyak?

Syntax Error :
temkoyak = tempoyak
susu koyak = susu kocak

AnakSemuaBangsa said...

terima kasih kerana promote anaksemuabangsa yg tak nak mula menulis blog lg..

bekas seorang jurugambar polis berkata-
biasanya mangsa dalam KEADAAN SEDAR akan jatuh tertiarap dengan kedua-dua tangan
kiri dan kanan terbuka. Kedua-dua tangan terbuka adalah sebagai respons seseorang untuk cuba menahan hentakan badannya ke atas tanah, simen atau objek keras lain di bawah. Tapi Teoh mati di dalam keadaaan mengiring, seolah-olah ketika jatuh, dia sudah tidak ada respons untuk cuba menahan sesuatu di bawahnya.

Mungkin ketika jatuh orang itu dalam keadaan tidak sedar,pengsan atau sudah mati.Yang pasti orang jatuh dalam KEADAAN SEDAR tidak jatuh dalam posisi seperti itu.

anaksemuabangsa-hanya menulis nama org yg tak turun sembahyang subuh aje...

abgBro said...

haramjadah punyerr raja bohongg!!!

kulupSakah said...

anak semua bangsa ada jual burger tak?