Tuesday, July 21, 2009

mangkuk-mangkuk era baru

mangkuk 1

"sori bro, walaupun gua org anwar, tapi gua takkan pi ziarah kubor org cine..jgn jadi barua cina!" balas kawanku waktu kuajak dia pergi Nirvana Semenyih menghadiri pengkebumian Beng Hock. Aku bagaimana pun mewakilkan isteriku pergi kerana ada urusan duniawi dan ukhrawi yang lain.(pakai bahasa Arab nampak alim sikit).

Aku sedih membaca sms kawanku. Bukan isinya tapi sedih kerana selama ni aku berkawan dengan seketul mangkuk. Kepada mangkuk ni, usahakanlah menaik taraf diri dari mangkuk geluk kepada mangkuk tingkat (sia). Ni jawapan aku biar reti sikit:-

1) aku bukan ORANG Anwar. Dhamir, pendirian dan pemahaman perjuangan aku bukan kerana ketaksuban pada mana2 individu akan tetapi Anwar yang mengepalai perjuangan yang sealiran denganku maka aku sokong, kalau Anwar esoknya tidak sehaluan lagi maka aku akan tidak bersamanya lagi.

2) Sila baca dan cari sirah (cari sendiri jangan tumpang cakap org lain) Rasulullah SAW atau sahabat2 ada tak kisah Rasulullah menghormati jenazah bukan Islam. Cari sampai dapat.

3) Jangan sebok kata orang lain tak berjuang, hanya kau je yang berjuang!

4) kalau kau PAS sila hayati slogan kau PAS FOR ALL, kalau kau Umno/BN fahami 1 Malaysia fatwa Najib, kalau kau DAP hadami Malaysian Malaysia, kalau kau PKR ingat KEADILAN RAKYAT MALAYSIA.

5) kalau kau kata kau "orang Anwar", macamana kau tak faham2 pidato Anwar yang berulang kali sebut "Kalau kamu tak boleh cakap Anak Melayu anak aku, anak Cina anak aku, anak India anak aku jangan duduk dalam pakatan Rakyat!".
Anwar pun ziarah..

Isu apa yang lebih besar dari SPeRMa siasat rakyat malaysia sampai mati?


Mangkuk 2

aku memang tak suka beli dan sokong barang rompak tapi kalau pihak penguatkuasa pun tak kisah pasal penjual VCD cetak rompak siapa aku yang nak lawan mereka? Silap2 kepala aku kena tembak kalaupun tak kena tolak dari bangunan.
Aku pun beli Dvd lanun kat pasar malam tadi- biasalah koleksi Al pacino, DeNiro, Johnny Depp aktor feveret aku.

"RM21!" kata mamat cina ni.

"ceh! diskaun sikitlah!..." dengan suara slow dan mata mengecil ala-ala DeNiro (teruk betul aku nak imitate dia- idolalah katakan) aku berkata,' U kena bagi diskaun sama i. I taiko sini area tau, kalau lu mahu selamat bisnes oklah!"

Cina ni ketawa tapi ketawanya macam badak sakit telinga. Dia rasa macam aku serius."Oklah cincai! RM20!'.

Aku ketawa dan bayar. Singgit je diskaun, tih! Tih! Tih!..Sewaktu hendak berjalan aku sempat menoleh dan mamat cina ni berbisik sesuatu dengan rakannya, mereka berdua kemudiannya melambai tangan kepada aku.
Isteri aku ketawa dengan lawak kami berdua.
Aku percaya aku boleh jadi macam DeNiro kalau tak macam Mafia!
Mangkuk!

10 comments:

cicitHJHASSANu said...

syabas kul.sak...
dulu aku pun ada buat2 berani..
habis misai aku dikeratnya..
labun jangan tak labun.

mudz said...

Camna lu boleh kawan dengan mangkuk mangkuk ni......bapak kawan aku cina masa nazak aku pi tidur kat rumah mereka , satu keluarga berkumpul mereka ratib...aku tengok aje sampai terlelap aku sedor bapak dia dah meninggal....

Suruh mangkuk berdoa Tuhan jadi kan satu aje kaum kat dunia...kesian kat hang dapat kawan mangkuk.

benludin said...

nanti boleh la keh pinjam dvd dmeh tu...deniro my hero...haha

aku said...

taiko dapat diskaun singgit je..
tih tih tih

Anonymous said...

kite mmg respek kat sdra KS krn dpt kwn mcm tu...bkn per skurg2 nyer bau thu dia tu mgkuk. slma ni ingatkan dia tu set pinggan vantage...

Pak Oncu said...

Kulup aku nak togolak ni,,,,,,, hahahahahahahhahahahahahaha

Unknown said...

Apa??? mangkuk???/ kah!!! kah!!1Malaysia!!!..reformasi!!!..semua dah jadi mangkuk..buat taruh bak kut teh!!!nak tau apa itu bak kut teh?? tanya sama itu mangkuk mudz...He!!! he!!!liberalisasi konon...pppiiirrraahhh....

daLyaanoon said...

Mangkuk yg pertama,
ada org tanya aku,
MB takde keje pi lawat mendiang,MatSabu semua ni...nanti dorang ni mati sape nak baca fatihah?
mangkuk TERayun!

sang kegelapan said...

mangkuk itu berayun..

Anonymous said...

MASA MOK KEH MENINGGAL DULU,RAMAI ORG CINA KAWAN DIA DATANG ZIARAH,SIAP MINTAK IZIN DGN KEH BOLEH KE CINA ZIARAH,KEH CAKAP TAK ADA MENDE SALAH NYA...MOK KEH BUKAN ORG PENTING PUN...JKKK KAMPONG PUN TIDAK...TAPI ORG SUKA KAWAN DENGAN DIA MASA HAYATNYA.(ubI)