Saturday, July 25, 2009

untuk Tok harussani!

Baiklah Tok Harussani,
katalah kami setuju dengan isu lilin tu..
kami minta maaf!

Sekarang kami nak tanya pula,
Di sisi Islam, bagaimana keadilan untuk orang bukan Islam ?
Rasulullah SAW dahulu dan khulafa urrasyiddin ada tindas orang bukan Islam tak di zaman pemerintahan mereka? Ketika berurusan dengan berbagai suku kaum dan agama, adakah mereka pentingkan Islam kerana yaqin Islam menganjurkan keadilan yang benar2 sejagat atau mereka juga amalkan konsep ketuanan suku mereka macam ketuanan melayu?


*AL FATIHAH UNTUK Yasmin Ahmad. teringat sewaktu kontroversi melanda sehingga seorang menteri marah dengan filemnya, insan bijak ini menjawab dia buat filem itu untuk ibunya kerana ibunya suka. Dalam Islam ibu sangat sangat wajib dipatuhi bukan menteri. Teruih mangkuk diam! Bukan bijak mana pun mangkuk2 tingkat berkilat tuh!

21 comments:

Harimau-Menaip said...

Al-Fatihah buat Allahyarhamah Seniwati Yasmin Ahmad.

Bro.,

Jangan mintak maap kat Harussani. Mintak maap kat Allah.

Salam ukhwah.

Unknown said...

Salam sdr.

Rasanya tidak wajar sdr. bertanyakan kepada Mufti yang kakinya beridiri di antara garis hitam dan putih.

rentakjari said...

Salam k/sakah,

Politik dan merosakkan semua. Umat Islam di Malaysia keliru dengan tindakan mufti. Nampaknya kenyataannya cuma berdasarkan isu yang di bangkitkan oleh UMNO. Kalau berkaitan dengan depa .. senyap seribu bahasa.

Ni la contoh alasan kenapa Mufti tidak lagi di hormati. Sampai sekarang masih ada islam yang dungu, tak tau permainan politik bodoh UMNO.

kulupSakah said...

rimau,
minta maaf kat Allah? buat hapa?
itu urusan aku dengan RabbulJalil..

aku belum habis lagi urusan dengan Harussani! Aku tuntut dia keluar fatwa pasal apa yang aku bangkitkan. Maaf tu aku maksudkan utk habiskan bab lilin dulu dan sambungkan semula dengan bab lain!

faham tuntutan aku!

Harimau-Menaip said...

Bro.,

Jangan emo.

Maksud den, kalau kita tersilap, kita bukan buat silap dengan Mufti. Kita buat silap ngan Tuan Punya Dunia.

Maaf kalau bro. tersinggung.

kulupSakah said...

dalam konsep karamah insaniah, dosa dengan Allah kecuali syirik akan diampunkanNya tetapi khilaf dgn manusia mestilah manusia yg memaafkannya. Allah takkan memaafkan manusia selagi manusia tidak memaafkannya..

Aku minta maaf dgn mufti bukan kerana aku berbuat salah kepadanya tetapi menghormatinya agar keluarlah satu lagi fatwa tentang apa yg aku musykilkan..
ada tak ISA zaman Nabi dan sahabat?
aku minta dia jgn alih isu atau tukar channel..

tak emo, saja nak cerita kedudukan sebenar..salam!

Harimau-Menaip said...

Bro.,

ISA tiada di zaman Nabi dan para sahabat.

Tiada juga perarakan jalanan atau Mesyuarat Agung parti politik. Malah, tiada juga parti politik.

ISA memang perlu dipinda tetapi tidak wajar dibuang. Jika benar-benar mengikut Islam, keseluruhan undang-undang Kafir perlu dibuang secara total.

Guna perundangan Syariah 100%. Namun, mengapa tiada yang peduli?

ISA hanya sekelumit dari peruindangan kafir.

Sekadar pandangan bro.

kulupSakah said...

kalau Umno/BN mengaku negara Islam (hadhari) yang menjunjung Al Quran dan Sunnah seperti kata hamid Othman dulu perlembagaan malaysia sama macam Piagam Madinah (pala hotak dia) maka perlukah ISA?
Prinsip keadilan ialah tak boleh zalimi sesiapa. kalaulah dikatakan pesalah wajar diISAkan , apa yg berlaku kpd anak isteri mereka yang terpaksa menelan keperitan.

maksud politik bukan semstinya kepartian. Tetapi piagam madinah dan Maqasid Syariah tu adalah garispanduan sistem politik dan pentadbiran sesebuah kerajaan.

Sewaktu Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, penduduk Madinah berhimpun dan berarak sambil menyanyi lagu Talaal Badru alaina dengan anak2 gadisnya berlari2 anak kegembiraan menyambut kedatangan Rasulullah.
dalam ibadah Haji ada perarakan dan perhimpunan. Antara sebab disuruh melontar jamrah, agar melepaskan perasaan (tunjuk rasa) terhadap Syaitan..

Guna 100% undang2 Islam dan buang undang2 kafir/
Ya! Itulah yang aku cita2kan kerana amatlah rugi (kata bijak pandai) bagi seorang muslim jika di dalam hatinya tiada sekelumit pun niat untuk menegakkan hukum Allah di atas muka bumi ini kerana hanya hukum Allah pencipta segala isi dunia ini yang mampu memberi keadilan kepada semua makhluk dia tas muka bumi ini tak kira muslim, bukan muslim, haiwan, tumbuh2an kerana masing2 ada hak di atas muka bumi ini selaras dengan Innallaha ya'muru bilAdli wal Ihsan..orang Islam yang berkata "emm..kita bukan tak boleh laksanakan undang2 Islam tapi...(macam2 alasan) adalah orang islam yang tak percaya akan Allah dan rukun2 Iman yg lain, maka itu bagaimana hendak memperakukan Allah Tuhan sebenarnya seperti yg dilafazkan dlm kalimah syahadah. Seperti yang aku kata kalimah syahadah (tauhid) dan Al Fatihah yang dibacakan utk Yasmin tadi bukan sekadar baca. kita kena "duduk' dalam kalimah itu..

sekadar pandangan.

raja uda said...

harimau,
kau kata "Isa hanya sekelumit dari undang2 kafir?"

kau akui ia kafir kenapa masih sokong? terserlahlah keumnoan kau

takmauisa said...

Harimau,

ye na sulei.... hang melalut apa. kejap sokong isa kejap kata isa undang2 kafir.

walauppun sekelumit tapi Allah tetap kira. Lu jangan main2 dengan bab akidah ni. payah nanti.

binjidan said...

bagi aku mufti harussani ni pandai2 kuar fatwa haram tu pesal..
mentang2 ada kuasa mufti suka2 dia je..

kulupSakah said...

kalau menyalakan lilin ibadah kafir, bagaimana lilin (undang2 kafir) yg dinyalakan dlm hati dan merestuinya/menyokongnya?

aku selalu reserve dlm bab aqidah utk mengecop orang itu sesat kerana soal sesat itu subjektif antara dia dengan tuhan. jika melakukan kesalahan boleh ditegur, tak dengar kite belasah tetapi utk melabel terus dengan menyebut nama org itu yg dia sesat, bukan hak aku. ada seorang kafir diredhai Allah dan dibalasi kebaikan hanya kerana mendahulukan beri minum kpd seekor anjing yg dahaga sedangkan ketika itu dia terlalu dahaga juga!

maun said...

Alamak lup, gua caya lu..hujah yang bernas, akal yang cerdas.

Buat Yasmin aku sedekahkan fatihah kerana muka tak hipokritnya...

hamdan al-kandahlawi said...

salam..

panas nampak isu lilin ni.yg pasti..kalo dh salah tu tetap salah la..kalo ada hujah dan dalil kata okey..okeyla jwbnya.masing2 jwb la depan Allah nanti..mudah ja.

bab ISA-memang zalim-kalau guna pada salah orang.tp sekrg ni mmg disalahgunakan.

kpd sedara ,yg kata org madinah nasyid tala'albadru 'alaina masa nabi datang tu..dan adanya perarakan....dpt dr riwayat mana?ada hadis shohih,atau penyampaian shahih dari mana2 sumber tak?so far saya tk jumpa lagi,kalo ada,bagus utk rujukan.-sekadar pertanyaan utk verify.

kita nampak isa menzalimi..maka zalim ni..tempatnya di neraka..betul?

jadi apa maksud zalim?-meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya- maka dialah zalim.maka darjat kezaliman tak membezakan sesiapa,atau bagaimana,tau apa saja.sapa2 yang meletakkan sesuau ta kena dgn apa yg sepatutnya,apa yg disyariatkan Allah,maka dialah "mazlum".pelaku2 kezaliman.tempatnya sama-balasan nereka dan azab.

jd nak tanya sikit kt suma2..

apa hukum berarak menentang ISA?atau menyokong ISA?

dua2 zalim.so akibatnya?tanya diri sendiri dengan ikhlas,jgn terpengaruh dengan emosi.

kenapa zalim?perarakan sah2 kacau pengguna jalan raya.bikin sibuk,bikin jem,menyusahkan semua orang.memang la nak tnjuk rasa tak puas hati,tapi dah p buat kt jalanraya..menyusahkan orang lain.tak zalim namanya?bygkan orang tgh rushing,ada hal,ada keja kena setel,ada appointment kena hadir meeting,nak kejar masa,dan sebagainya.ada tak dalil yg menghalalkan semua ni dilakukan?

ada tak dalil yg bg kebenaran utk menghalalkan sesuatu kezaliman kerana nak menentang kezaliman?

maka saya tak bersetuju kalo ada perarakan.rasa terseksa bila jem teruk di kl sbb ada demonstrasi.

sokong isa dihapuskan,tapi kena mahkamah mesti lebih efisyen utk dakwa org2 yg membawa threat kpd keselamatan negara.

wslm

kulupSakah said...

hamdan,
bab lilin ni tak panas langsung bagi saya...

bab madinah tu dapat dari mana? laa..kat sekolah rendah lagi dah diajar. Hadis sohih ke riwayat ke mudah je..cari kitab riwayat hidup Rasulullah dan Sirahnya atau pi tengok / cari dvd atau filem kisah2 Nabi..cari sendiri! jangan harap suap-menyuap ni..

demonstrasi selalunya aman selagi polis tak ganggu, meh turun tengok. kalau rasa menyusahkan akibat trafik jem, takpelah..anda jaga anak bini anda..biar kami berjuang, apabila menang maka berbondong2lah yg masuk menyertai..izaja anasrullahi wal fath..

ada banyak kategori manusia dalam dunia ni, sila rujuk Ihya' Ulumuddin Al Ghazali r.a, baca ke semua jilid2nya dan hadami.

Menentang kezaliman dengan tangan sebaik2 iman. Nabi pun berperang. Kalau setakat sembahyang dan 4 rukun islam tu je, takdelah puak kafir Quraisy nak tentang dan ajak berperang. Sembahyanglah banyak mana pun. tapi yg depa marah apabila kekayaan mesti diagihkan, zakat dikeluarkan, berniaga jangan menipu takde riba', wanita dibela dan tidak dianiayai.

benda2 gini patut dah selesai dah, dalil2 ayat2 yg selalu dibaca tulah nas dan dalilnya tapi dok sebok ngaji tak faham makna susahlah. Al Fatihah tu kata ummul kitab tapi apa dia?
perhati satu demi satu ayatnya dan satu ayat boleh ditafsir macam2..cari kitab rujukan..
cari cari cari!

Harimau-Menaip said...

Amboi Raja Uda,

Sedap mulut laki belah bapak kau je cop aku UMNO.

Aku cakap "sekelumit" tu, agar kita tahu yang kau tentang (against) tu baru besar bijik kelentit, padahal yang besar kepala dan badan kau tak usik pun.

Aku sokong penggunaannya namun ia tetap dibawah perundsangan Sivil.

Undang-undang sivil ni, akan jadi tak bagus kalau tak selari dengan undang2 syariah.

Kalau betul nak bunuh, bunuh bapak baru usik anak.

Raja konon.

Takmauisa,

Kau tak mau, itu kau punya hal. Aku sokong tapi aku bercerita mengenai "kewujudan" ISA. Ia banyak membantu dari segi kemanan sewaktu zaman komunis.

Aku tak ulas sangat bab penggunaan yang zalim.

Kuasa seorang Raja pun, kalau salah guna, boleh jatuh zalim.

Kenapa korang tak menentang kuasa Raja? Kecut telur?

Tuan KS,

Maaf kerana "kurang ajar" di rumah Tuan. Saya cuma berdiskusi dengan Tuan tetapi mangkuk akal sekerat ni saja bikin den panas.

Maaf.

takmauisa said...

secara otomatiknya rimau tewas sbb gagal kawal kemarahan, nak lwn raja watpe? bukan ade power..kami lwn osa, auku dll

Harimau-Menaip said...

Bagus takmauisa.

Den tak marah cuma meninggikan vokal penulisan.

"melayu sama melayu tak mau gaduh".

al-kandahlawi said...

so far sekolah rendah cikgu tk ngajar sanad dan matan lagi raanya :)

sbb belum berjumpa hadis atau riwayat shohih lg la psl tu..tu tnya tu.kut2 la ada jwpn..kalo tkdak jwpn..tkpo..nanti den tanya org lain utk mencari :D bukanpa..nk pastikan fakta tu..kdg2 citer2 bnyk bercampur2 dr yg asal..

saya bukan ckp bg pihak saya seorang.sekarang ni soal hak awam.jgn ingat menegakkan kebenaran adalah sentiasa benar kalau qaedahnya ada kecacatan..

memang benar...menentang kezaliman dengan tangan.tapi cmne plak mentang kezaliman dgn tgn,dlm masa yg sama berlaku zalim jugak dgn tgn yg dikatakan ingin menentang kezaliman itu?lihat sirah bagaimana peperangan itu dijalankan,Rasulullah mengelakkan berlakunya kezaliman hatta kepada alam sekitar.begitu jugak halifah2 selepasnya.

benar berjuang itu wajib.dakwah itu wajib.tp gunakan qaedah yg hikmah jugak.kalau tak,smpai bila2 org cop Islam ni ekstrem,susah dn sebagainya..

dalil2 dan nas2 quran-satu kefahaman yg perlu difahami dlm konteks dakwah.tafsirnya-jgn difokuskan kepada teknik berjuang dlm konteks malaysia shj.cara memahami lebih penting dr apa yg difahami..

kulupSakah said...

maksud Hikmah boleh dirujuk dalam tafsir pimpinan ArRahman. Aku pilih maksud mengikut tafsiran itu.

Apa yg diajar Islam utk petunjuk dan ia bersesuaian di mana2 dan pada setiap masa. kalau di Malaysia, sesuaikanlah di Malaysia. kalau di Palestin, sesuaikan di Palestin.

Sunnah Wal Jamaah menggariskan Islam, Iman dan Ehsan yang telah diletakkan dalam Usul Tauhid, Fiqh dan Tassawuf. Ia adalah fardhu Ain (orang skrg kata fardhu ain tu kelas ngaji..ahahaha) dan meninggalkan salah satunya berdosa!
Sampai ke akhirat pun polemik akan berlaku kerana masing2 menafsirnya mengikut selera masing2..

Aku yaqin kerana aku rasa sendiri keyaqinannya.Nikmatnya! Dzauknya! Manisnya!

hamdan al-kandahlawi said...

terpulang kpd bro..

janji niat mau betui..

seboleh2nya..biarlah hikmah seperti Rasulullah..memang tk sama malaysia dn palestin.,di palestin wajib angkt senjata.tp di malaysia,gjn pulak disebabkan politik ni awlawiyyat lain jd kacau bilau..rujuk fiqh awlawiyyat krgn yusuf alqardhawi..dan awlawiyyat yg dilaksanakan hassan al banna..dlm isu "kesatuan" ummah ini.

all d best bro