Tuesday, December 9, 2008

BILA TULANG BELAKANG AKU HENDAK DITEBUK!!

"MAAF ENCIK KULUP! TULANG BELAKANG ENCIK TERPAKSA KAMI TEBUK!"
-Kenapa?
"ARAHAN PAKAR! ERR..DAGING PUNGGUNG ENCIK JUGA AKAN DIKOREK DAN TENGKORAK ENCIK AKAN DITARAH SEDIKIT!!
- Whaaattttt???

Aku menangis melolong dengan kuat..macamana nak berdiri kalau tulang belakang dah rosak? Bolehkah aku bergerak melangkah kalau daging punggung dah tiada? Cacatlah mukaku sebab tengkorak dah senget...

Begitulah bumi bertuah ini! Banjaran Titiwangsa ini bak tulang belakang dan gunung-ganang serta bukit-bukaunya adalah tulang temulang pemasak bumi..pasak buwono!
Kalau ditarah,diperkosa dirosakkannya, maka hukum alam akan berlaku. Bukan Allah menzalimi tetapi tangan manusia yang rakus itu sendiri menzalimi diri sendiri!
Tak hebatlah kita yang selalu melawan Dia! cukup hantar hujan lebat saja kita pun menggelupur!

jadi tak payahlah marah2 wahai en.tumiran kasdi! anda marah sapa sebenarnya? bayar tax bukanlah kite ni besor benor! aku cadangkan korang saman Tuhan!!!
*maaf ummi asiah kalau entry lalu menyinggung..kami tabik kakak sekeluarga..u know who u r! salam!!

4 comments:

Pyanhabib said...

gua dah merepek pasal tolak award. letih gua merepek, lu dah pegi jengok ka?

WAK JONO! said...
This comment has been removed by the author.
kulupSakah said...

Ya sudah brader! tapi osman tikus marah sebab lain tu! nasib baik dia tadak bom itu dewan!mungkin c4 belum wujud..
Ah! marah tu diteruskan dalam rozana cinta 87!

ummu asiah said...

la..puas kena baca balik entry yang dimaksudkan..kay je..tak terasa :)...sbb tahu InsyaAllah kami tak termasuk dlm golongan tu..baru perasan dlm komen akak yg lepas tulis kami pun tinggal kat bukit tu..:)

tu la org yang menebuk dan buat operation tu tak rasa skesakitannnya dia tahu dapat duit saja!!!!