Saturday, December 27, 2008

jakun di Madinah..

subuh di Masjid Nabawi ramainya seperti solat Jumaat..



aku dan Pak Saleh Penang. 2 anak Arab ini tiba2 masuk dan teringin bergambar bersama..

"Kita sudah sampai ke kota Madinah!"..aku membuka mata. Bukanlah tidur pun hanya sekadar ingin melupakan kebosanan merentas kegelapan padang pasir Jeddah-Madinah yang menelan masa 5 jam. 7 jam di perut kapalterbang cukup membosankan apatah lagi berhimpit2 nak melepasi imigresen di lapangan Jeddah dengan muka pegawainya yang masam dan garang memerlukan kesabaran yang tinggi bagi orang seperti aku..orang Arab memang kasar!

Pengumuman Ustaz Bis tu cukup mengghairahkan aku. Aku teruja melihat dari tingkap bas dan dari jauh aku nampak masjid Nabawi yang selalu kulihat di tv mahupun akhbar berkilauan dengan lampu-lampu indahnya..sekejap lagi aku akan ke situ? mengusap-usap dindingnya, menangis di maqam Rasul, berhimpit di Raudhah dan mengambil semangat syuhada di perkuburan Baqi'..Ah! tak sabar!!


3.30 pagi sekarang dan 8.30pagi waktu Malaysia. Singgah di sebuah pekan yang 30minit dari Jeddah tadi aku sempat meminta Ustaz Bis membelikan sim-card yang memudahkan aku menghubungi isteriku di Malaysia..Bersama rakan sebilik yang baru kukenali Hamid dan Pak Saleh kami bersiap2 untuk subuh di Masjid Nabawi yang hanya 50 meter dari penginapan kami Hilton Madeena. Bilik yang cukup selesa bertaraf 4 bintang


Melainkan Pak Saleh yang dah Haji, aku dan Hamid macam rusa masuk kampung. Teruja dan penuh anggapan Madinah adalah kota sempurna dan aman damai lagi suci!


Sungguh! tak pernah aku lihat di mana2 solat Subuh ramainya seperti solat Jumaat..Kami bercadang menziarahi tempat yang ku sebutkan tadi selepas sarapan pagi..


2 perkara melucukan aku yang seperti jakun ini:- melihat anak2 belasan tahun lelaki Arab mengorat sekumpulan anak gadis sunti Arab di subuh-subuh sapiei tu..HAHAHA!! situasi tu bukanlah asing di sini tapi apabila melihat anak2 muda dengan kayu sugi di bibir yang berjubah berserban mengorat anak gadis yang berpurdah, aku rasa janggal seperti melihat orang2 alim mengorat muslimah2 yang alim..haha! Kolot betul aku melihat perilaku melalui pakaian kebangsaan mereka tetapi menjadi alim jika berjubah di Malaysia..


kedua:- di luar masjid Nabawi riuh penjaja2 haram menjual barangan mereka seperti dalam filem Ali Baba Bujang Lapok.."dua dirham! empat dirham!"..

1 comment:

Research Papers said...

Research Papers MashAllah, the place is so much peaceful and a person find a sign of relief there. Great job done.