Saturday, December 6, 2008

kembalikan ROH hari Raya Korban!!


Sewaktu aku sedang duduk di saf sambil berangan sementara nak luang masa menanti solat Jumaat..ilham tulisan ini datang! maklumlah khutbah kurengg menarikk (hehe!)

Aku pasti khutbah raya korban esok akan ada cerita tentang peristiwa Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya Nabi Ismail dan khatib akan ceritakan betapa besarnya pengorbanan mereka...jemaah pun dengor dengan mata layu..

lepas tu kita semua pergi sembelih lembu, melapah dan mengagihkan daging2 korban..petangnya kita pun tersandar lega..sempurna sudah 'upacara' lalu yang di kampung pulang ke kota, yang di kota terus berehat sebab esok nak kerja.cuti sehari je..

Itu sajakah pengertian Korban? Apa sebenarnya mesej Allah apabila Nabi Ibrahim diperintahkanNya untuk menyembelih Ismail?

Anak beb!..harta yang paling disayangi manusia! Yang banyak melalaikan manusia dan sumber kebanggaan manusia..apakah kita akan melakukannya jika pada malam tadi kita bermimpi Allah perintahkan sembelih anak kita? Atau bapak kita bagitahu Allah perintahkannya sembelih kita?maksudnya untuk melaksanakan perintahnya (berjuang) kadang2 kita perlu mengorbankan yang sangat kita cintai!! ITULAH PERJUANGAN!!

ada pengerusi persatuan penduduk terengek-rengek minta kat YB agar menyumbangkan lembu untuk mereka jalankan ibadah korban..Aparaa!! Korang yang nak jalankan ibadah, kongsi2lah berkorbankan harta bukannya menagih2..sapa nak berkorban, kamu ke atau YB? kamu jadi tukang sembelih dan lapah jelahh!!

..khutbah masih panjang tapi lamunanku terhenti bila orang sebelah menolak tabung duit bergerak ke arah aku..aku mengorek saku mencari2 duit syiling di celah-celah not merah dan hijau lalu memasukkan 2-3 keping syiling ke dalam tabung..

takut nak korbankan not merah..


2 comments:

ISA said...

Salam Aidil-Adha Bro..

Yang tergolek tu apa bro... kambing ka? atau BB bro...

Yang pasti ramai yang terkorban malam ni bro...(baru je ronda-ronda KL) wooish.... tak ingat ke malam ni malam raya korban...

kulupSakah said...

ade yg terkorban ade yg jena qiqah