Seperti ribut, PEMUDA PAKATAN RAKYAT yang bakal ditubuhkan akan menghentam,meranapkan dan menanam UMNO/BN akan datang. Pemuda-pemudi dari parti Pakatan Rakyat serta anak-anak muda yang menyokong reformasi akan bergabung dengan satu cita-cita..KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL, SEJAHTERA DAN SELAMAT!!
Mereka hidup berharmoni mempunyai prinsip yang sama- menghormati hak dan kepercayaan masing-masing demi sebuah masa depan yang gemilang.
Pemuda dari PAS dan DAP akan terus berbincang dengan terbuka mencari sebuah kesaksamaan lalu meluaskan pengaruh mereka. Pas akan mendekati anak-anak muda Melayu dan juga umno sementara DAP kepada kaum cina dan MCA- mengajak mereka melupakan dasar pecah dan perintah yang mencipta prejudis sejak lama dahulu..
Anak muda PKR yang sinonim dengan "mencetus gelombang reformasi" akan terus melangkah memecah benteng Umno/BN yang sarat dengan korupsi. Golongan-golongan yang merasa tersisih akan didekati. Para artis dan seniman yang mula membuka mata mengintai perubahan sejak akhir-akhir ini akan terus disantuni agar sama-sama menyertai angkatan ini. Pejuang Bahasa Melayu dengan kesatuan-kesatuan Bahasanya sudah lama kecewa dengan Umno yang meminggirkan dan tidak menghormati kedaulatan Bahasa Melayu dijangka akan turut menyokong gerakan ini.
Sarawak sudah mula merasakan angin perubahan yang ditiup 10 tahun dulu. Panas angin ini sudah berjaya menyeberangi Laut Cina Selatan dan dipercayai akan memanaskan kepulauan Borneo..
ARGHH!! MEREKA SUDAH PANASSS!!
2 comments:
KS,
Setakat nak musnahkan umno tak payah hantar ribut, angin sepoi2 bahasa pun dah cukup.
Lembut tapi boleh runtuh bro....
This is an outstanding stuff, really got an informative sight. Thank you for the post.
Post a Comment