Sunday, December 14, 2008

TOLONG KELUARGA INI...


Ini gambar kawan aku Cikgu Rosni Mohd Ali..pengalaman 18 tahun mengajar jurusan vokasional kursus KIMPALAN dan FABRIKASI LOGAM telah melahirkan tak kurang 350 anak bangsa dan seagama berkemahiran 'welding' dan mengecat kereta. Seperti entry sebelumnya yang telah aku ceritakan, seorang pelajar asrama telah memecah masuk ke rumahnya yang ada anak dara sunti telah menaikkan kemarahannya. Gagal mengawal kemarahan ketika mendenda kebiadaban budak itu, Rosni tumbang akibat pendarahan di kepala dan menghembuskan nafas terakhir pada usia 41 tahun.
Balu dan anak-anaknya (yang sulung lelaki kini di politeknik dan 6 lagi perempuan berumur 2-17 tahun) kini menetap di kampung mereka Tenggara, Johor. Allahyarham sudah dapat ijazah tetapi meninggal dunia seminggu sebelum temuduga pelantikan guru siswazah maka isterinya hanya dapat pencen RM1200 saja..
BAGAIMANA kalau hari ini kita meninggal dunia? ISTERI DAN ANAK-ANAK KITA sudahkah disediakan secukupnya bekalan dunia dan akhirat?
Sudah tentulah bebanan balu Allahyarham iaitu Kak Jun amat berat untuk mencari perbelanjaan persekolahan untuk anak-anaknya apatah lagi kos kehidupan di Johor amat tinggi. Allahyarham Rosni adalah anak tunggal.Anak-anak yatim ini tiada bapa dan ibu saudara sebelah arwah bapanya untuk membantu mereka..AYUH! Kita panjang2kan berita ini dan sudilah hulurkan sumbangan kalaupun tidak menghormati jasa seorang guru mencurah bakti untuk agama, nusa dan bangsa kenanglah tujuh anak yatim yang pergi ke sekolah tahun depan dengan serba kekurangan..kita semua bersaudara!
Sumbangkan terus ke akaun Maybank Pn Junaidah Mamat 156114191509

4 comments:

Pengasas said...

Salam,
Sumbangan yang berkat mestilah dengan hati yang ikhlas, walaupun tak seberapa. Jika boleh, masukkan saja wang ke dalam akaun tersebut dengan cara yang Rasulullah maksudkan: Tangan kanan yang menghulur tidak diketahuwi oleh tangan kiri.
Wassalam.

kulupSakah said...

ya Dr!
mudah saja..savekan no akaun dlm handphone anda dan bila anda keluar rumah atau ke bank, atm, transfer saja berapa ikhlas...

matcomot said...

telah di emailkan pada semua sahabat blogger kita

Term Papers said...

Looks quite a great post, it's having good information for research analysis. great job