Saturday, December 6, 2008

RUNTUH!! - BEREMBANG vs BUKIT ANTARABANGSA vs MORAL

TAKZIAH!
Memang sedih dengor tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, moga keluarga mangsa tabah...

Aku dapat sms dari ADIL agar dapat turun hulurkan bantuan makanan, biskut atau apa-apa keperluan..teringat aku tak jauh dari situ KG.BEREMBANG juga diRUNTUHkan tak lama dulu oleh manusia rakus yang RUNTUH moralnya..tak sehebat ini kesungguhan untuk menolongnya..kenapa? sebab kawasan Azmin?

juga mereka yang tinggal di bukit tu, pedulikah kalian sebelum ni dengan Berembang?Biskut apa yang kalian berikan?

TAKPELAH! KITA BELAJAR DARI PETUNJUK ILLAHI INI..
AL FATIHAH!

salam kg chubadak, kg.plentong...

6 comments:

ummu asiah said...

bila baca entry ni..baru saya teringat saya ada dpt jemputan kenduri kawin dari kakak di kmpg berembang yang hebat berjuang mempertahankan rumah, tanah mereka dan surau mereka.

saya jumpa dia di ampang point minggu lepas..katanya mereka masih tinggal dalam kemah..ala..terlepas, masa terima undangan mmg saya teringat nak ziarah mereka. sibuk dgn mcm hal lansung lupa.

masa tragedi surau kmpg berembang dirobohkan saya dan anak2 bersama2 mereka cuba mempertahankan surau tersebt dari robohkan, lengan saya lebam akibat digenggam kuat oleh org MPAJ yg cuba menarik kami keluar dari surau..

anak2 yang berlindung dlm surau menjerit menangis ketakutan bila pegawai MPAJ dtg merusuh dlm surau...sedih sayu melihat surau yg jadi benteng terakhir mereka dirobohkan...

ketika itu kami sekeluarga masih menetapdi bukit mulia, bkt antarabangsa juga..moga Allah balas orang2 yg zalim dan selamatkan rakyat yang tdak berdosa.

Harimau-Menaip said...

Ia peringatan buat kita yang terlupa. Perlukah kita mempersetankan orang kaya itu?

Selamat Hari Raya Haji buat Tuan Labun dan pembaca blog "labun Kulup Sakah" yang budiman.

Wassalam.

kulatlapok said...

salam Tuan Labun...

Kemurkaan Allah SWT ditak memilih sessiapa, samada dia meriman atau tidak, kemusnahan akan daoat dirasa oleh semua akibat perbuatan manusia durjana...

"Selamat Menyambut Aidladha Tuan KULUP" , bongkarkan lagi untuk peringatan kita semua dan manusia2 yang terlena dengan dunia dan politik mereka.

kulatlapok said...

salam Tuan LABUN...

Saya amat tertarik dengan peristiwa KG. Barembang, boleh tuan Kulup carikan maklumatnya dan siarkan dalam post Tuan untuk peringatan kita semua supaya dapat kita lihat dimana perbezaan antara orang berada dan orang teraniaya.

Mr Joker said...

Yang kaya, kita kayakan lagi, kita bantu kalau depa "susah"*sikit,kita bagi tempat perlindungan, kita hulurakan makanan, kita beri mereka keselesaan...

yang miskin...terpaksa menagih untuk sekeping biskut kering yang dah masuk angin... ada ke yang peduli selama ni?

kadang-kadang aku nengok 2-2 parti BN,PR sama je...

tempat engkau, ngkau jaga, tampat aku, aku punya pasal (walaupun sempadannya sekaki dari rumah, jiran yang dok sebelah sempadan lain, susah nak dibantu, alasan yang selalu depa bagi (2-2 parti) - rasakan hangpa, yang hangpa gatai2 pi sokong parti bla bla bla wat apa?

padahala 2-2 pun x tau orang tu undi sapa, orang ni undi sapa, sebabkan depa dok dalam sempadan kuasa parti lawan, kebanyakannya dok jeling je, tak rasa nak bantu pun...

ramai yang prihatin cum pada "wilayah aku sahaja"... slogannya "negeri berkebajikan" tapi paraktikalnya......

pernah tengok ayam jantan mengorat? gitu la, detaknya lebih, baginya tidak... wa punya lauk, wa telan sorang, belakang, wa panjat belakan lu..!

ISA said...

Maaf saya bukan anti sesiapa, membantu orang dalam kesusahan fardhu kifayah kepada semua umat Islam. Bagi mangsa tanah runtuh tersebut adakah tergolong dalam kategori orang susah.

Ada maklumat atau (soksek-soksek) mengatakan mereka menolak untuk tinggal di penempatan sementara (dewan). Ramai lagi orang susah yang memerlukan bantuan yang di mana wang simpanan pun tak ada apatah lagi aset berjuta.. paham-paham udah le…

Maaf sekali lagi dan itu pendapat dan pendirian saya. Noktah

p/s; Ada hikmah disebalik kejadian, atau inikah yang disebutkan "Antara Dua Darjat" hanya Allah maha mengetahui.